Monday, February 08, 2016

Terlambat Renew Lesen - Kena Denda Ke?


Fuhhh.. Boleh aku tak perasan lesen aku dah mati 5 bulan! Hahah itu pun sebab aku beli purse baru dan bila tengah proses transfer kad-kad aku (kad pengenalan, kad medikal, kad kahwin, kad bank dan segala jenis kad keahlian) baru aku terperasan yang lesen aku tak renew lagi. Gila lah. Maksudnya selama 5 bulan ni selamba badak je aku memandu tanpa lesen sah! Selamat tak ada roadblock kannn??hohoho 


Gigih aku pergi pejabat pos untuk renew lesen. Ramai dah suruh aku renew lesen kat website myeg je tapi aku tak nak. Alasannya semata-mata sebab aku nak lesen baru yang macam kad pengenalan tu, bukan sekadar laminate punya.. kihkih mengada kan?

Kalau tengok proses kat myeg punya website pun sebenarnya simple je. Cuma  adalah extra charge nye kan. Dan korang boleh pilih samada nak pergi ambil sendiri atau suruh diorang pos je. Tapi nak ambil sendiri pun hanya di kaunter myeg Bandar Utama sahaja ye..kat tempat lain takda.. Jadi lebih mudah pilih penghantaran pos laju je yang akan memakan masa 5 hari. Okay lah tu kan?

Oh, berbalik kepada proses penantian aku di pejabat pos, orang memang ramai lah. Masa aku ambil nombor giliran pun, beza nombor sekarang dengan nombor aku ialah 60 orang! Mak aihhhhh.. Tarik nafas aku sekejap. Haha Tunggu je lah. Nak buat macam mana kan? Dah gatal nak renew kat pejabat pos jugak. Selamat lah pejabat pos Kelana Jaya ni cekap dan ramai staff. Laju je buat kerja dan tak ada lah rasa seksa sangat menunggu. Hati pun tak sakit kan. 


Sebenarnya proses nak renew lesen ni tak lama pun. Bila nombor korang dipanggil, just tunjukkan lesen dan kad pengenalan korang, cakap nak renew berapa tahun, staff tu masukkan data dalam sistem, print atas kad keras dan wallah siap! Kalau renew lesen dulu, tak ada gambar kan? Tapi yang jenis kad keras ni ada gambar dan dia akan ikut gambar dekat kad pengenalan korang. Bukan ikut gambar lesen awal korang tu. Terasa diri macam budak-budak sebab kad pengenalan aku pun zaman budak sekolah lagi..tak pernah renew..hahah

Ingat nak pergi renew kad pengenalan jugak sebab plastik belah tepi dia dah macam terkoyak akibat pernah masuk mesin basuh! Kahkah Tapi bila memikirkan yang aku bakal menghadap penantian berpanjangan, aku batalkan niat. Kemudian saja lah labu! Huhu 


Oh ye, nak renew lesen yang dah tamat tempoh ni tak dikenakan denda pun. Cuma korang kena renew untuk dua tahun terus atau lebih dan ikut tarikh lahir korang. Macam aku renew 2 tahun je dan kena RM92.10 termasuk cas dan gst. Kalau nak renew terus 3 tahun ke 5 tahun pun boleh tapi aku malas. Mungkin sebab nak merasa lagi pengalaman memandu tanpa lesen sah. Thrill gituuu..haha takdelah.. Ikut bajet masing-masing. Lagipun aku ingat next time aku nak tukar kad pengenalan dulu, bagi gambar cantik, kemudian baru aku renew lesen. Barulah muka cun dan matang..kahkah



suke? like la..

2 comment :

Mila Hilas said... Reply To This Comment

nape mahal tu? 2 tahun kn 60 je..

Faziera193 said... Reply To This Comment

2 tahun mmg rm60 tapi sebab kita dah lambat renew..patot expired 2015, tp kite renew sampai bulan 9 2018 -untuk selaraskan dengan birthday..kire 3 tahun sbenanye..haha silap pulak..tu yang kena Rm92.10 termasuk gst n cas.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...