Monday, February 01, 2016

Makanan Menyelerakan di Market Restaurant, LEGOLAND


 
Kalau korang berkunjung ke Taman Tema Legoland, jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di Market Restaurant tau! Sebab makanan kat sini memang slurrppppp menepati cita rasa aku. Macam-macam ada! dari Continental, Western, Asian pun ada..

Market Restaurant ni terletak di Stage City, kiranya masuk je pintu masuk taman tema Legoland, terus korang menuju ke arah kanan tau tau..hehe Tak payah cerita banyak, meh tengok gambar antara makanan yang ada. Pilih lah mana satu pilihan kalbu.








Portion dia besar tau. Cuma kalau korang rasa tak larat nak makan sebab tak nak perut penuh sangat dan takut nanti tak dapat nak naik roller coaster, korang boleh ambil yang saiz kanak-kanak. Pun ada jual. Jadi korang tak perlu risau, okay?

Oh ye, bukan Market Restaurant je ada tau, korang pun boleh cuba Pizza Mania sesuai untuk kaki gemarkan pizza dan pasta, Burger Junction untuk yang gemarkan burger dan hot dog di samping onion rings dan fries. Selain tu, untuk siapa yang lebih sukakan pilihan makanan Asia, korang boleh menikmatinya di Asian Deli. Kalau suka yang bakar-bakar, korang boleh cuba di King's Grill. Macam -macam variety ada kan?? Semuanya di LEGOLAND.

Happy food hunting!



 

 
suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...