Saturday, February 13, 2016

Keropok Lekor Terengganu


Minggu Lepas

Sebaik tiba je rumah kat Shah Alam, husband cakap kat aku: 

"Nak keropok lekor terengganu?"

"Hah? Dapat kat mana? Nakkk!"

"Ada group taman ni post and tanya kot siapa-siapa yang nak. Sebungkus RM 8, ada 10 batang."

"Nakk!"

Menjerit kecil keriangan aku sebab aku memang suka gila keropok lekor. Lagi-lagi sekarang ni banyak keropok lekor yang tak berapa sedap sebab penuh rasa tepung je, isi ikan pulak hampeh, sikit je. 

Aku pesan kat husband untuk beli 2 bungkus kot-kot lah sebungkus tu kecik je kan. Yelah, dah harga RM 8, banyak mana pun boleh dapat dengan ekonomi sekarang ni? Bak kata husband aku-entah-entah besar pen je..hahah dan selamat jangkaan aku tepat, memang kecik je saiz nya. Sekali hadap boleh habis. 


Elok je dapat, terus aku bukak bungkusan tu. Hmmmm macam tak pekat/gelap je warna keropok lekor ni. Aku pernah diberitahu yang keropok lekor ni, kalau warnanya cerah, maksudnya isi ikan tak banyak, tepung je yang lebih. Mula lah aku duk pikir bukan-bukan.

"Sayang, keropok lekor ni macam tepung lebih je. Entah-entah jiran tu dah terbeli banyak, then bila dia masak, rasa tak berapa sedap, tu yang dia jual kat orang tu.." Hahahaha jahat tak aku?

Lepas dah elok goreng, aku rasa sikit. Eh! Sedap pulak!

"Sayang, elok keropok lekor ni. Sedap! Salah tekaan tadi..hehe"

"Haa.. Pergi mintak maaf balik kat jiran tu.."

Erk! Hahahaha jenuh pulak nak pergi mintak maaf kan..kihkih tu lah... Cakap ikut sedap je tadi. Pengajarannya, fikir positif je dulu okay? Jangan terus negatif. Ngeee~

Sekali hadap dengan cili sos dia, terus puas hati! (^__^)




suke? like la..

1 comment :

miera chan said... Reply To This Comment

bak meh ciket...ioollss masuk koje esok post kat level 6 :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...