Tuesday, February 09, 2016

Bakal Ada Orang Baru Ke?


Semenjak awal perkahwinan lagi aku akan catit dan monitor kitaran haid aku menggunakan aplikasi yang ada dalam telefon ni. Cuma bila aku dah selamat melahirkan Mierza, aku lupa nak catit dah sebabnya kan lama tak datang period dalam tempoh menyusukan Mierza - salah satu cara berkesan untuk perancangan keluarga. Dan beberapa bulan sebelum ni, aku dah mula gunakan balik aplikasi ni untuk cek balik kitaran haid aku. Alhamdulillah kitaran haid aku normal macam dulu, tak lari dari kitaran 28 hari.

Semalam aku tergerak hati untuk buka aplikasi ni dan tengok bila last period. Macam lama pulak aku rasa tak period. Ternyata sangkaan aku tepat. Aku dah lewat 5 hari! Oh maiiii.. 

"Rilex laaaa.. Baru lewat 5 ari kannnn? Belum lewat 2 minggu lagi.." -ayat sedapkan hati, haha

Kalau ikutkan memang kami rancang untuk tak tambah lagi. Cukup Mierza sorang sekarang ni dan layan dia puas-puas dulu. Tapi kalau dah dapat rezeki bertambah anak, tak de lah pulak kami menolak. Kes Mierza dulu pun kes accident. Huhu Tahu rezeki anak tu ada dan luas. Cuma bila memikirkan kesibukan bekerja, takut nanti anak-anak terabai. Kan sekarang ni kena sahut cabaran menteri untuk buat pelbagai kerja - ehhhh..terpolitik pulak..haha

Mierza sekarang pun makin aktif dan rajin 'mengemas'. Pantang nampak aku tengah lipat baju ke, susun barang dalam laci ke, mesti dia pun sibuk sekali nak 'membantu'. Dan semalam, tengah aku melayan dia memonggah barang yang ada dalam laci tu, tiba-tiba dia hulur barang dekat aku. Mierza! Haha tergelak aku dibuatnya.


Dip 'N' Tell pregnancy test! Kahkah 

Adoii Mierza.. Tahulah ibu dah lewat 5 hari. Sabar ye sayang. Tak payah rakus sangat nak tunjuk yang sayang nak adik. Adehhhhh.. Haha tu stok setahun lepas yang aku tak pernah guna. Bila aku suruh dia simpan balik, dia terus-terusan bagi kat aku. Bila aku ambil dan simpan, dia capai balik dan bagi kat aku. 

Mierza..Mierza.. Sampai ke sudah dia dengan benda tu.. Bertuah punya anak~





suke? like la..

4 comment :

Maria Firdz said... Reply To This Comment

cepat tes ktanya..

ezaiza Iza said... Reply To This Comment

Bw n do follow blog ni...
Tahniah, semoga telahan mierza tu betul, kan syok g2...

Mila Hilas said... Reply To This Comment

hehehe..pandai je dia..dia pn dpt rsa bakal dpt adik..ekeeke.

pengalaman sy :

mcm awak jgk, mmg xde niat nak tmbh lg sb msa tu anak bru 1y10m.. tp mmg dh lewat peod..ati mmg risau sgt..akhirnya kecundang bila line double. memang menangis sb rsa bsalah dgn ank 1sy, xpuas bg ksh syg lg. susah jgk mula2 nk trm kehadiran no.2, dlm 2,3bulan lps preggy bru blh trm n latih diri pk yg diri tgh preggy..hehe..dan Alhamdulillah skrg dpt sepasang da..

eh tpanjang plak komen..ekeke.

sy rsa awk pn sm nih..bakal dpt bb.. tahniah ye..hikhikhik..cpt2 cek.nt kongsi cmne.

Cik Ash said... Reply To This Comment

macam dia pun taw nak dapat adik hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...