Saturday, January 30, 2016

Kereta oh kereta!


Baru je masuk Januari 2016, dah kereta aku buat hal lagi.. Baru je aku update entry 19/01/2016 haritu pasal signal cvt tu menyala..ni dah lain pulak.. Adehhhh.. Perasan bila  lepas aku beli makanan malam, aku hidupkan enjin dan nak gerak, kereta tu macam tak nak gerak..cannot go atau tak pick up.. Mula-mula aku tak ada lah nak hairan sangat, nak sedapkan hati just terdetik enjin tak cukup panas kot..huhu Tapi ternyata tidak!

Sebabnya esok pagi, husband aku guna kereta, ada kerja sedikit kat pejabat. Balik tu dia bagitahu yang kereta macam nak mati. Nak naik bukit pun macam terhenjut-henjut. Risau dah aku. Macam mana pulak aku nak pergi kerja esok pagi kan? Dah lah perjalanan agak boleh tahan. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Kalau berhenti tengah jalan, tak ke masak aku nanti. Sorang-sorang pulak tu kannn.. 

Jadi petang tu, terus angkut Mierza dan kami bawak kereta ke bengkel mana yang bukak. Al maklum lah, hari tu hari Isnin- cuti ganti perayaan Thaipusam. Pusat servis proton yang kami selalu pergi tu tak bukak. Redah je lah mana-mana. Nak buat macam mana lagi kan? Sampai je dan mekanik tu cakap kena tukar spark plug. Macam proton ni ada 4 spark plug. Tukar sekali dengan servis kenalah RM45. Boleh lah. Asalkan kereta okay kan?

Sibuk je budak tecik tu nak tengok

Bila dah diap semua dan bawak balik rumah, husband pun kata kereta okay. Lega. Sekejap je la tapi! Sebabnya bila aku bawak kereta ke pejabat hari Selasa, kereta tu masih lagi terhenjut-henjut tak mahu pergi. Cuma kurang sikitlah berbanding sebelum tukar spark plug tu. 

Ku tabahkan jua memandu. Semalam aku dah tak tahan dah. Sebabnya membahayakan wei! Yelah, aku nak keluar simpang, kereta tu jauh lagi. Bila aku tekan enjin, kereta tu gerak sikit je. Pastu macam nak berhenti. Benda-benda macam ni yang boleh buat eksiden ni. Selamat kereta tu tak sampai lagi kat tempat aku. Buatnya nak dekat dan kereta aku tak nak bergerak, kan ke akan berlanggar? Satu hal jugaklah nanti aku kena maki kan.. Huhu 

"yang pasti bukan masalah tayar" - kata Mierza

Jadi harini aku mintak husband tolong hantar ke bengkel. Aku dan Mierza tunggu dekat rumah je. Senang. Tadi aku whatsapp husband untuk tanya mekanik kat proton servis tu dapat kenalpasti ke punca masalahnya? Kata husband aku, kena tukar filter apa entah. Cuma pusat servis proton tu tak ada stok. Terpaksalah husband aku cari bengkel lain yang ada stok. Katanya kat bengkel biasa yang ada. Tu pun lepas bengkel ke-4 dia pergi. Dugaannn..hoho

Harap-harapnya betul okay la kereta ni lepas tukar filter tu. Dan aku berdoa sangat supaya tak ada kerosakan major dekat kereta tu. Bonus tak dapat lagi wei! Entah ada bonus ke tak tahun ni dengan ekonomi sekarang ni. Adehhh..

suke? like la..

Tuesday, January 26, 2016

LEGO® NINJAGO™ LIVE Show Hanya di LEGOLAND


Bermula 28 Ogos 2015, LEGOLAND Malaysia Resort telah menyajikan sesuatu excitement terbaru khas untuk pengunjung taman tema iaitu LEGO® NINJAGO™ Live Show yang berdurasi selama 20 minit. 

LEGO® NINJAGO & THE REALMS OF SHADOWS LIVE!


Alkisahnya, lepas je habis sidang media penyampaian The Malaysia Book of Records kepada LEGOLAND® untuk replica LEGO monkey terbanyak, kami telah diberi kebebasan untuk meninjau dan berseronok di Taman Tema LEGOLAND. Baru je nak melangkah ke tempat lain, kami terdengar ada pertunjukan akan bermula. Hah! Apa lagi. Serbu! Hehe



Kami antara yang terawal masuk ke dalam panggung ni.  Tu yang nampak kosong kat belakang tu. Tapi bila show dah nak mula, penuh wei! Huhu Sempat aku ber-wefie dan ambil gambar set sebelum show ni bermula. Ingatkan macam tengok panggung wayang je, cerita hanya di paparkan di skrin. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali! Lagi best woi! Ada effect macam-macam.

Ni lebih kurang teater la, stail Bunraku (Teater puppet Jepun) diorang panggil. Instead orang betul yang berlakon, diorang guna lego figurine yang digerakkan oleh orang berbaju serba hitam. Hehe Bukan kata budak-budak je yang seronok dan asyik bila tengok persembahan ni, mak bapak budak pun turut terhibur!



Aku secara peribadi pun turut teruja dan kagum dengan effect 4D yang cuba disampaikan. Di samping teknik video mapping dia. Lagi pulak bila figurine tu kau nak kena gerakkan. Kalau seorang je yang kena gerakkan tak apa lah, ni 2 orang yang gerakkan. Kenalah sekepala kan? Kang kalau tak sekepala, mau mulut ke mana, badan ke mana. Mesti lama diorang ambil masa nak praktis kan? Pape pun, thumbs up untuk LEGOLAND!!

Krew-krew yang menjayakan LEGO® NINJAGO™ LIVE Show
Show ni korang boleh saksikan dekat LEGO CITY Theme Park bersebelahan dengan Market Restaurant. Tayangan dia pulak macam jadual bawah ni. Set betul-betul timing korang tau supaya tak terlepas! Hehe


Selamat menonton! 



suke? like la..

Sunday, January 24, 2016

LEGOLAND Cipta Rekod Lego Monkey Terbanyak!


Jumaat lepas iaitu pada 22 Januari 2016, aku berpeluang untuk turut serta memeriahkan acara Legoland Malaysia Resort dalam usaha mencipta rekod membina LEGO Monkey terbanyak sempena menyambut Tahun Monyet supaya dapat dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records! Perghhhhh.. Best weh! 

Majlis bertempat di dalam Taman Tema Legoland sendiri ni dirasmikan oleh Dato' Mirza Mohamad Taiyab dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang mewakili Ybhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan dihadiri oleh pelbagai wakil media dan rakan bloggers. Acara dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Ketua Pengarah Legoland, Mark Germyn dan sepatah dua kata dari Dato' Mirza. Usai ucapan, terus kepada cabaran membuat LEGO Monkey!



Ni lah orang cakap, dah besar baru nak merasa main LEGO kannn. Kecik-kecik tak dapat. Ko hado? Kihkih khusyuk kan masing-masing buat lego. Ingatkan satu muka surat je panduan dia, rupanya ada 3 muka surat! Gigih buat. Dah nak akhir-akhir tu, siap jugakkkk.. Comel tak? Ekekeke

Lepas je cabaran bina LEGO monkey ni, kami dihidangkan dengan tarian singa. Comel je singa ni tau. Jinak dan pandai dia bergurau. Hehe aku siap rekod video lagi untuk tatapan korang. Korang boleh tengok kat sini.


Masing-masing terhibur dengan persembahan singa jinak ni. Lagi-lagi bila singa ni pandai bergurau suruh cuba ambil limau dalam mulut dia tu. hehe Habis je persembahan singa, tibalah masa untuk penyampaian sijil The Malaysia Book of Records kepada pihak Legoland dan acara diteruskan dengan tak lain tak bukan, Yee Sang!

Ni baru kali pertama aku rasa dan aku paling sukakan salmon dia! Sedapp! rasa-rasa smokey salmon gitu. Eh, bukan makan ni je tau. Alang-alang dalam restaurant Legoland, kami berpeluang untuk menikmati apa sahaja makanan dan minuman. Terbaik!! Tu nanti aku cerita dalam next entry ye. Berbaloi!

 



Okay. Aku nak cerita sikit lah pasal event ni. Sepanjang 22 Januari sehingga 14 Februari ni, aktiviti membina LEGO monkey akan diadakan. Kesemua LEGO monkey yang dibina ni akan dipamerkan di atas Festive Stage, Lego City untuk tatapan para pengunjung. Masa ni jugak korang boleh beramah mesra dan bergambar dengan Walking Character Minifigures yang akan berada di sekitar taman tema.

Nama pun sambutan Tahun Baru Cina kan. Mestilah ada tarian singa! Tapi tarian singa ni  khas hanya pada 8 dan 9 Februari je tau! Jadi korang kena pandai bajet bila nak datang ke sini. Datang banyak kali pun apa salahnya? kihkih


Oh ye, ni penting. Setiap pengunjung yang turut serta dalam aktiviti membina LEGO monkey ni akan diberikan Commemorative Lunar New Year DUPLO brick sebagai hadiah saguhati! Yelah sebab korang dah tolong buat LEGO monkey tu kannn... Gituuuu.. Target dia nak 2016 replica je weh.. Apa lagi? Meh datang dan tolong meh! 

"Lunar New Year is quite a special time for our visitors, and we wanted to make sure that they would be in the mood for this special occasion even at LEGOLAND Malaysia Resort! It's the perfect opportunity with the long weekend to come and celebrate at the park and hopefully our visitors will help us get into the Malaysia Book of Records with all their Monekys, too." - Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia Resort

Masa ni lah seronok untuk korang datang dan jadi antara penyumbang membina LEGO monkey nih! Lagi-lagi cuti panjang kan.. Dengar pulak ada promosi! Antara promosinya:
  1. Bawa kawan dengan separuh harga! Promosi sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016.
  2. Beli '3 percuma 1' pas tahunan! Promosi sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016.
  3. Retail promotion - Apa-apa pembelian lego akan dapat paket angpow LEGO dan hadiah monyet ekslusif - Promosi sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016.
  4. Pemegang kad Maybank boleh menikmati penjimatan sebanyak RM60 apabila membeli 4 tiket dan layak mendapat limited edition Lunar New Year brick. 
Kannnn dah jimat tuuu. Boleh masuk beramai-ramai. Dapat hadiah lagi kann..

Angpow LEGO dan Limited Edition Lunar New Year brick

Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha
Website: www.LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my



Aku letak sekali senarai harga kat sini untuk mudah korang rujuk (sumber dari website LEGOLAND). Bagi aku memang berbaloi kalau korang beli online dan tempah 7 hari sebelum nak pergi tu sebab dapat 20% off. 
Tak pun, kalau nak lagi berbaloi-baloi, beli yang pass tahunan tu. Masuk je lah bila-bila korang nak. Lagi puas hati kannn.. Seronok siapa yang duduk dekat dengan Legoland. hehe





♥ Sekian dari kami wakil Kelab Blogger Ben Ashaari




suke? like la..

Tuesday, January 19, 2016

Kereta Buat Hal


Hmmmm.. Baru je lepas servis dan renew insurance road tax semua, tiba-tiba masa balik kerja, nampak simbol cvt ni menyala..

Tu yang tanda seru tu. Yang peliknya, kejap menyala..kejap padam balik.. Mana satu yang betul ni? Sepanjang 1 jam setengah perjalanan aku balik dari kerja, boleh kata 194 kali lah dia menyala padam menyala padam! Haha pening aku.. Siap aku rekod lagi kannn.. 


Tanya kat member, puncanya mungkin kereta ni tak dapat detect sistem cvt ni bila tukar gear tu. Cuak gak aku kan..kang tiba-tiba tersadai pulak tepi jalan..naya..mintak dijauhkan la..huhu 

Pernah je dulu jadi macam ni tapi sekejap je..masa first time jadi tu memang aku kecut lah sebab dah lah sorang-sorang masa tu. Terus berhentikan kereta kat tepi jalan dan bukak buku manual kereta! Kihkih biasalah..perempuan kan..mana tau apa sangat pasal kereta. 

Bila tanya kat pusat servis kereta, diorang cakap tak ada apa-apa pun..haihhh Korang tau apa-apa lagi sebab lain tak? Ni dah 2 hari aku perhati, tak ada pulak menyala dah..hah 

Oo kereta ku sayang..janganlah dikau buat hal..
suke? like la..

Saturday, January 09, 2016

Kena Standby Kerja

Malam tadi dapat call dari teman sepejabat, katanya dia dapat call dari bos sebab ada masalah teknikal pada statement customer. Jadi kitorang ni lah yang kena standby untuk langkah penyelesaiannya. Adehhhh. Tu lah kan? Akuuuuu jugak kena.. Baru nak merasa berehat kat rumah minggu-minggu awal tahun baru ni. Nak buat macam mana kan? Dah nasib badannnn..

Tak larat aku nak menunggu, aku tidur terus. Pape mesti diorang call punya. Subuh aku terjaga, cek whatsapp dan memang ada pun whatsapp daripada teman sepejabat. Siap ada group whatsapp baru lagi untuk hal ni. Katanya lepas subuh terus kena gerak ke pejabat untuk selesaikan. Hmmm.. Selamat husband memahami. Dah cakap dah kat dia, kalau ape, hantar Mierza ke taska. Taska bukak separuh hari harini. 


Sampai-sampai je kat pejabat dengan muka toya (mestilah kan? Kena datang kerja hari sabtu,hahah) terus cek email untuk dapatkan list customer yang dapat masalah teknikal tu. Sap sup sap, dah siap! Kan best kalau kerja ni boleh buat dekat rumah je. Tak payah membazir masa dan minyak serta duit tol datang sini. Tapi tu lah, sistem bank kan? Tak boleh nak buat apa lah.. Padahal kejap je boleh setel. Tak kira. Aku nak claim jugak nanti!


Sebelum balik, lepak bersarapan dulu. Lapar weh! Jemput tengok.. 😝



suke? like la..

Wednesday, January 06, 2016

Mierza Luka Berdarah


Berderau rasa hati ni bila terbaca whatsapp husband yang dapat dibaca sekali imbas sebab tengah memandu dalam traffic jem. 

"Mierza jatuh tadi dan berdarah"

Fuhhh semangat! Terus tak focus bila nak bawak kereta. Rasa nak curi-curi bukak whatsapp dan baca betul-betul je. Ni kalau dalam drama ni, dah jadi dah babak eksiden berlanggar sebab cuai main telefon sambil memandu. Haha

Selamat lah kecederaan tak serius. Dia terjatuh dan mungkin terkena bucu katil atau meja sebab husband pun tak perasan. Bilik gelap dan Mierza main tutup pintu. Bila dia berjalan, tersadung dan dengar dia menangis. Lama sikit baru nampak ada keluar darah dari dalam mulut. Luka kat gusi gamaknya.


Risau jugak kalau-kalau ada kecederaan dalaman tapi insyaAllah tak ada apa-apa sebab sekejap je darah tu beku dan dia elok bermain balik. Aku terfikir jugak, ke gigi dia patah? Dah lah ada 2 batang gigi je belah depan sekarang ni. Lambat sikit dia tumbuh gigi walaupun dah nak masuk setahun 4 bulan ni. Takpe anakku, perkembangan masing-masing berlainan. Asalkan sihat dan cergas, ibu okay. 

Lagipun sekarang ni fasa anak nak membesar. Jadi perkara jatuh tersungkur, yang tu memang tak dapat nak dielakkan. Cuma ambil langkah berjaga-jaga je untuk pastikan persekitaran dalam rumah tu tak merbahaya pada kanak-kanak. Mana benda tajam, simpan elok-elok. Mana ada tempat yang agak-agak boleh jatuh sebab dia nak tunjuk lagak spiderman panjat memanjat, ubahkan kedudukan. Gitulah nakkkkk...

Ibu mana tak risau kalau anak jatuh. Inikan pulak kalau sampai berdarah. Dah siap pesan dah pada husband, kalau benda tak serius, jangan lah bagi whatsapp gitu. Kang tak pasal-pasal ibu dia ni yang tak sampai-sampai rumah sebab eksiden. Hish! Huhu



suke? like la..

Monday, January 04, 2016

Pusat Servis Kereta Terbaik

Assalamualaikum

Sempena tahun baru ni, kereta pun kenalah servis kan? Lagipun dah lama kereta aku tak berservis. Dah terlepas appointment date dulu dan sekarang ni kiranya dah terlebih 10ribu kilometer tak berservis! Parah ni kalau biar lama-lama. Jadi alang-alang tengah cuti ni, husband aku pun call lah tempat pusat servis kereta yang biasa aku pergi sebelum ni iaitu di Long G.


"Boleh walk in tak sekarang untuk servis kereta?"

"Ramai bang..ni ada 8 kereta tak gerak-gerak lagi dari tadi..Kalau apa, abang datang petang.."


Tak jadi. Terus search kat website, pusat servis kereta mana lagi yang terdekat.  Terus tekan nombor dan dail. Tak berangkat. Baru nak call balik, telefon berbunyi. Rupanya tuan punya bengkel tu call balik.


"Boleh bang. Walk in je sekarang. Nanti jumpa Hamizal."


Boleh caya ke ni? Kang tak pasal-pasal walk in kang, tak boleh servis pulak kannn.. Fikir punya fikir, redah je lah. Kalau tak ada, pergi balik ke tempat lama dan buat appointment 😅

Sampai je sana, terus jumpa en Hamizal dan cakap nak servis kereta dan claim warranty motor power window. Dia tengok rekod servis kereta dan cakap boleh claim. Cantik!! Terus masuk dalam bilik menunggu dan dia kirakan anggaran servis kereta. Lepas je sign borang tu, kitorang pun mula menunggu. 

5 minit berlalu, en. Hamizal tu berikan kami 3 kotak air soya dan berlalu keluar. Tengah elok husband aku dukung Mierza, dah nampak dah kereta kami masuk dalam pusat servis dan terus di servis. 


Tak sampai setengah jam siap semua! Ye aku tahu servis ni servis minor je tak major pun.. Tapi bagi aku memang tiptop la servis sini sebab selama aku pergi kat pusat servis proton Long G tu, confirm-confirm 2 jam setengah aku menunggu. Itu dengan appointment tu, bukan walk in. 

Lepas ni memang aku pergi sini je lah.. kat Nine Ninety Sdn Bhd, Kg Subang Perdana ni.. Takde dah nak balik tempat lama. Huhu


suke? like la..

Friday, January 01, 2016

Tahun Baru 2016

Assalamualaikum semua!!

Masih tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 kan?? Hehe Dan pastinya semua dah dengan wishlist masing-masing dan ada azam baru untuk tahun ni kan? Aku pun sama tapi aku malas nak listkan dekat sini. Kihkih

Yang pasti, tahun ni akan lebih banyak cabaran yang akan kita tempuh sebab ekonomi yang korang pun tahu cam mana sekarang. Pffft.. Jadi belanja lah dengan sebaik-baiknye ok?? Rancang kewangan supaya kita tak kerugian di hari yang mendatang.. 

Last but not least, semoga impian korang tercapai and have a great 2016 ahead!

Taken 01.01.2016

Happy new year!!


suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...