Tuesday, November 24, 2015

Masuk Kelas Semula


Selama 2 hari aku di Bangi atas urusan kerja. Kena masuk kelas belajar pasal Excel! Dah lah Excel Foundation 2010 untuk Foundation & Intermediate pulak tu. Kahkah No no no no! Korang jangan salah sangka ye. Ni semua hanyalah semata-mata untuk cukupkan training hours demi KPI tahunan, bukan sebab aku noob sangat pasal excel..haha


Tempat kerja aku ni, ada satu bahagian pemarkahan di mana semua pekerja kena cukupkan  kursus/bengkel/training selama 40 jam. Sehari training di Bangi dikira 8 jam. Makanya kena lah pergi training apa-apa pun selama 5 hari. Kita akan diberi satu senarai panjang kelas apa yang ada, pilihlah mana yang nak dan bos akan calonkan kelas mana yang sesuai dengan skop tugas kerja supaya boleh diaplikasikan apa yang kita belajar nanti.  Dan memandangkan kerja aku ni ada guna excel, jadi bos aku pun calonkan aku untuk kelas excel. Begitulah ceritanya. 

Masa aku sampai-sampai je kelas ni, baru aku perasan yang kelas ni untuk orang beginner! Dalam hati dah terus terdetik dah, 'mesti boring ni sebab semua aku dah tau kot'. Kelas beginner kan. Mesti lah dok belajar pasal macam mana nak bukak excel, nak cut copy dan paste. Nak buat jadual, carta pai bagai tu. Semua aku tahu kot. *Bajet aku dah pakar gila lah excel ni, hahahah 

Tapi ambik kau! Bila kelas bermula je, trainer Anne Teoh Hui San ni bagi macam-macam short cut key yang korang boleh pakai untuk lagi memudahkan kerja korang masa guna excel ni. Dan aku pun macam:

'Oooooooo..ada cara yang lagi mudah rupanya' 

Gila kagum aku. Konon selama ni dah pakar la kan. Yelah, dari zaman sekolah dah pakai excel. Masa belajar kat Universiti pun buat kerja pakai excel versi terbaru punya, mestilah tahu kan bila godek-godek sendiri. Siap dekat resume dengan yakinnya tulis advanced excel. Padahal dalam kelas foundation & intermediate ni pun aku banyak belajar. Belum masuk kelas excel advanced lagi! Hahah

Tapi aku seronok gila bila aku berjaya buatkan trainer tu tak dapat jawab soalan aku! bhahahaha yelah. Apa gunanya datang kelas tapi tak tanya kat dia jawapan mengenai apa yang kita selalu hadapi masalah bila buat data guna excel ni kan. Senyum je aku bila trainer tu cakap "aikkk..tak boleh lorr.." dan perkataan terakhir dia "stupid lor excel.." hahahahaha last-last dia mintak email aku dan emailkan jawapan bila dia dapat selesaikan permasalahan aku tu..kahkah



*teringin nak belajar balik, pergi kuliah, lepak dengan kawan-kawan kengkonon study kat McD. Rinduu!! Tapi yang penting, tak nak exam! hahah


suke? like la..

Wednesday, November 18, 2015

Percubaan Kali Kedua


Bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Kita praktikkan banyak-banyak kali, lama-lama akan jadi kebiasaan lah, betul tak? Haaa.. Inilah yang aku tengah cuba nak bagi mierza ni biasa dengan air dan tak takut mandi kat kolam. Sebab budak ni kebiasaannya akan takut dengan air bila tak praktikkan dari dia di peringkat bayi lagi. Contoh macam anak kakak aku. Menjerit dia tak nak masuk dalam kolam sebab takut punya pasal, huhu.
Ingat lagi bila kali pertama aku bawak Mierza pergi mandi kat swimming pool, beria ni beli pelampung untuk dia tapi last-last dia tak nak naik pun. Nak melekat je kat badan aku. Takut sangat, lagi-lagi bila nampak orang ramai. Tak biasa lagi kan. Jadi bila kali kedua aku nak bawak dia pergi mandi kolam, malam sebelum tu aku saja tiup pelampung depan dia. Nak tengok reaksi dia macam mana. Bulat mata dia tengok aku pegang pelampung. SUKA! Tak sempat lagi pelampung tu betul penuh anginnya, dah dia masuk dan baring dalam pelampung tu, hehe. 

Naik kereta tapi duduk dalam pelampung
Tengoklah, bila dalam kereta pun, nak duduk dalam pelampung. Ada harapan nih! Sampai je dekat Pusat Akuatik Shah Alam, kami bersarapan ringan dulu untuk lapik perut. Tak adalah nanti rasa lapar menggila bila dah habis mandi kolam. Semangat Mierza makan bihun. Sedap jugak makanan dekat sini. Kena dengan tekak dan selera kami. Perut pun dah kenyang, masa untuk berenang! Hehe

Cubaan untuk biar Mierza duduk dalam pelampung membuahkan hasil. Tapi korang tengoklah macam mana rupanya walaupun dah ada dalam pelampung. Tangan tu...tangan tu.... hahahaha 


Lama jugak Mierza ambil masa untuk 'warm up'. Lebih kurang lepas 20 minit, baru dia agak okay dan kami pun boleh lepaskan tangan tak payah pegang pelampung. Dia pun mula seronok dan tampar-tampar air dengan tangan dia. Bila saja-saja kami jauhkan diri dari dia, dia pun dok tendang-tendang kaki dia dalam air dan automatik bergerak ke depan. Bijak! Hehe

Tapi! 10 minit lepas tu dia takut balik. Nak melekat lagi, jadi kenalah pegang pelampung dia balik! Hahah Mierza... Mierza... Kena cuba lagi nanti nih. Selamat cuaca sekarang dah tak jerebu. Cuma kalau nak bawak pergi mandi kolam, kena pergi pagi-pagi. Musim hujan kan sekarang. Pandai-pandai lah bajet masa untuk beriadah dengan keluarga. Heeeee


Nanti-nanti nak cuba bawak dia beriadah dekat taman pulak, naik basikal ada 3 tempat duduk tu. Bajet feeling macam dalam cerita korea, hahah




suke? like la..

Thursday, November 12, 2015

3rd Year Anniversary


Genap 3 tahun lepas bertarikh 10.11.12, aku selamat diijabkabulkan dengan husband sekarang. Eh! Macam lain pulak husband dulu dengan husband sekarang kan? Hahaha 

Kononnya nak buat surprise kat husband. Balik je dari kerja, terus singgah secret recipe dan beli kek. Nanti menjelang 12 tengah malam, nak la surprise kan dia yang confirm confirm tengah main fifa kat bilik lagi satu. Berhias la sikit untuk suami kan. Gunakan peluang yang ada bila anak tengah sedap tidur.

Cukup sekadar sepotong kek, lagi romantis bila berkongsi bersama

Harapan tinggal harapan bila aku sampai je rumah, tengok-tengok ada kereta keluarga mertua. Allah! Rosak plan. Baru nak pakai cekci mekci dan feeling-feeling manja dengan husband kan, kah kah! 

Tapi tak apalah, plan masih lagi berjalan seperti biasa untuk kejutkan husband tapi tanpa pakaian cekci mekci dan tunggu sampai mak ayah pergi masuk bilik untuk tidur, kihkih


Suka jugak aku dengan facebook ni sebab ada saat imbas kembali apa yang jadi pada tarikh nikah aku ni. Bila dapat tengok balik ucapan-ucapan tahniah daripada kawan-kawan, rasa seronok sangat. Apatah lagi bila gambar yang menyatukan aku dan husband pun ditunjuk sekali. Mula lah melayan perasaan dan terkenang saat-saat manis disatukan tu, hehe.

Mudah-mudahan kekal dan bahagialah kami..aminnnn♥

suke? like la..

Saturday, November 07, 2015

Tak cukup sekali !



Kelmarin kan aku ada up entry pasal sushi king bonanza tu dan punyalah aku sibuk mencari geng nak makan sushi king kononnya kan.. haaaa ambik ko! Tak sampai berapa minit aku upload gambar dekat instagram, terus kakak aku komen kat situ ajak makan tengahari tu! Haha patutlah beria. Dia mc rupanya. Kalau tak, tak ada kerjanya nak datang dari putrajaya ambik aku kat kl ni semata-mata nak ajak makan sushi kannn...

Elok je ngam ngam masa lunch hour, kakak aku sampai dan kitorang bergerak ke Times Square sebab tu je lah pun yang paling dekat dengan pejabat aku. 5 minit je dah sampai. Fuhhhh tak ramai orang! Dan yang paling best bila masuk masuk je sushi king, berderet favourite aku kat atas tempat bergerak macam train tu.. terus ambik 6 pinggan salmon nishoku! Bhahahaha


Ni la salmon nishoku.. sedapppppp!! Kalau salmon lain aku tak makan. Aku boleh makan salmon jenis ni je. Mungkin sebab ada mayonis tu yang membuatkan tekak aku boleh terima. Tak ada lah rasa sangat rasa mentah ikan salmon tu. Cicah dalam soya sos dan sos manis lepas tu ngap sekali harung. Nikmatttt !!! Hoho 

Bagi aku masa bonanza ni, untung kalau korang ambil pinggan yang warna merah, ungu dan hitam. Pinggan warna merah jambu dan oren cair tu elakkan sebab beza harga tak banyak sangat dengan harga bila bukan waktu bonanza. Tapi kalau dah korang punya favourite tu, ambik je lah kan. 


Puas hati dapat makan sushi banyak-banyak. Tapi puas tak berapa puas lah sebab esoknya pulak aku pergi terjah lagi dengan kawan sepejabat pulak! Bhahahaha kena ada 'second round' maaa.... Alang-alang bonanza tak habis lagi kan. Salmon nishoku lagi! kah kah

Kawan sepejabat aku ni pun boleh nampak betapa aku tak sabarnya menunggu chef tu letak salmon nishoku atas meja bergerak tu. Sampai je kat depan aku, terus ambik 5 pinggan! hahah Mula-mula diorang ingat aku bukan nak makan semua dan hanya ambik, lepas tu letak balik untuk tengok saiz mana yang paling besar. Memang ada pun yang aku beza-bezakan saiz, tapi still aku ambil 5 pinggan. haha Nasiblah untuk orang belakang kalau tak sempat ambik. Sorry memang sengaja. kah

Masing-masing kekenyangan dan berat montot nak balik pejabat, hehe 


suke? like la..

Wednesday, November 04, 2015

Sushi King Bonanza November 2015


Jom serbu Sushi King wei! Sushi King ada buat bonanza! Sekarang satu plate harga rm3.18 (termasuk gst). Masa ni lah korang dengan aku aku sekali boleh makan favourite dish banyak banyak dengan harga macam ni. kan? kan? puas hati bila tengok pinggan berlapis lapis lepas habis ngap sushi ni. hehe


Sushi King Bonanza mula dari 2 November 2015 sehingga 5 November 2015

Nak tahu apa favourite aku?? Tunggu next entry bila aku dapat pergi makan kat sushi king..tinggal harini dengan esok je pun bonanza ni..jom jom!

Aku masih lagi tengah mencari geng yang sekepala nak makan sushi sebab ramai pulak yang takde kat kl sekarang.. ada yang tak boleh keluar sebab kena jaga anak demam campak. Ada yang baru pregnant jadi tak berapa sesuai kalau nak ajak makan makanan mentah sushi. Hmmmm... kakak aku pulak dah tukar kerja kat putrajaya.

Takpe, kalau takde jugak, aku pergi sorang je! Nampak tak excited nya tuh? haha
suke? like la..

Tuesday, November 03, 2015

FoodGasmFest mengecewakan??

 

Sambutan luar biasa FoodGasmFest kali ni. Memang ramai giler kot orang yang datang. Aku pun terjebak sama untuk pergi dan jalan-jalan cari makan sebab tak tahan duk tengok gambar makanan yang di post kat instagram FoodGasmFest. Memang boleh buat korang craving! Kakak aku dah siap-siap tulis makanan apa yang dia nak, dengan no booth nya malam sebelum event ni supaya senang nak serbu, huhu.

Pagi dalam pukul 10 kitorang gerak dari Kelana Jaya, dalam 20 minit dah sampai tempatnya tapi yang jadi jem bila ada kereta yang sesuka hati parking kiri kanan dan tengah jalan sampai menghalang laluan. Dah lah menghalang bas pulak tu. Masa ni memang kecoh la dengan bunyi hon banyak kali dari bas. Siap orang ramai ada yang pakat nak angkat kereta tu, macam nak patah aku nampak body kereta tu, haha nasiblah kannn..siapa suruh parking tak beragak.


Makanan yang berjaya buat aku craving! Sumber: Instagram FoodGasmFest

Perut dah mula lapar. Kitorang mula mencari-cari booth yang nak dituju. Tapi mak aihhhh..orang ramai tu biasalah kan, cuma cabarannya ialah bila mana korang kena redah lecak! Lecak teruk kot padang situ. Kat area makanan pulak tu.. even ada beberapa tempat yang pihak organizer dah lapik dengan plywood/board pun masih lagi lecak teruk sebab benda tu pun dah macam tenggelam!

Apadahal..lecak je pun kan.....tapi tapi tapi memang bahaya lah untuk orang tua dan lebih-lebih lagi macam kakak aku yang tengah mengandung. Macam aku pulak dengan dukung anak aku lagi. Selamat pakai baby carrier. Jenuh kalau bawak stroller tadi. Tabik lah dekat orang yang bukak kasut dan hanya berkaki ayam redah lecak tu. Macam seronok je kan...tapi dah kakak aku cakap dia nampak banyak cacing yang besar besar dalam lecak tu terus tak jadi..hohoho


Credit to awan.beverages untuk gambar lecak ni.

Lecak tu memang 'big turn off' lah.. dalam bahasa melayunya putus nafsu! Haha jenuh wei..Mana nak tengok lecak lagi, mana nak tengok makanan lagi, mana nak lalu dengan orang dah makin ramai beratur lagi. Hari pulak dah makin terik. Last-last aku dan kakak aku surrender. Mana yang beratur panjang sangat, kitorang tak pergi pun. Dapat lah sekadar pisang goreng cheese by @pasalpisang, liquid dessert teh dan kopi dengan brownies by @iheartdessertss dan mini chicken pie. Tu je.. tak puas beb! Mana taknya, ada booth yang dalam list kitorang tu pun masih tak bukak lagi. Hmmm..kecewa..


Ramai kannn...

Event dah best dah. Penganjur punya markerting pun dah meletop dah sebab berhasil buat orang ramai datang. Cuma tu lah, kena ada penambahbaikkan untuk beberapa perkara supaya event ni lagi meletop dan pengunjung pun balik dengan senyuman puas hati. Sebab aku tengok memang banyak giler yang melahirkan rasa tak puas hati dengan event ni..lagi-lagi kat bahagian komen instagram foodgasmfest..kalau search melalui hashtag pun, ramai yang up gamba lecak.


Pendapat aku sendiri:

1. Pilih tempat yang ada banyak parking space supaya orang tak suka-suka hati parking tepi jalan dan kesudahannya menghalang jalan dan menambahkan jem.

2. Mintak khidmat RELA untuk menguruskan trafik.

3. Pilih venue yang sesuai lebih-lebih lagi bila kita tahu dah masuk musim hujan. Indoor pun bolehh..cuma kalau nak kekalkan tema piknik tu, bentang tikar rumput tu, kihkih

4. Buat event ni selama 2 hari untuk mengelakkan crowd yang terlalu ramai. Penjual pun dapat bajet dan tak ada lah makanan tak cukup.


Nak kata aku bash sangat event ni tak adalah sebab aku pun mengaku yang penganjur dah buat sehabis baik sebab kalau marketing tak bagus, tak ramai orang sampai macam ni sekali. Yelah, kalau tengok pada map dia pun, siap ada buat live performance, ada special place untuk piknik, seksyen bebudak main belon, dekorasi pun cantik! Siap aku perasan ada signboard 'Den Dah Jumpo Rusuk Kiri' hahaha comel je. 


Spot untuk main belon


Jadi untuk para penganjur, tenangkan rasa hati, memang ramai yang komen negatif tapi ambil yang jernih dan perbaiki apa yang keruh..Apa-apa benda pun ada kelebihan dan kekurangan. Harapnya event lepas ni lagi gempak. Till then, bye~



suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...