Thursday, October 29, 2015

Reward Hasil dari Blogging


Alkisahnya aku ada training kat tempat kerja aku yang memerlukan aku untuk berpakaian sukan. Disebabkan aku dah lama tak aktif dan seluar sukan yang ada pun dah koyak (ehem!), jadi kenalah beli yang baru kan? Lepas tu aku terfikir yang aku ada lagi voucher Zalora yang aku tak tebus lagi. Voucher ni aku dapat masa aku buat job review dari Zalora bulan 8 dulu kalau tak salah. Tak tebus lagi sebab rambang mata nak pilih mana, samada nak beli kasut ke, jam ke, tudung ke, blouse ke sampaikan langsung tak dapat buat pilihan, haha.

Dah alang-alang nak kena beli seluar sukan ni, apalagi, baik gunakan voucher ni. Lagipun bukan apa, training tu hari Khamis. Masa tu dah hari Isnin, ada 3 hari je kan. Kalau nak harapkan aku pergi shopping mall untuk beli seluar sukan pada hari bekerja dengan jalan jemnya memang harapan tinggal harapan lah. haha Tak yah fikir banyak, beli je online. Kemudahan kan dah ada, gunakan. Sekarang ni senang. Dapat pulak yang cepat. Order hari Isnin pagi, Selasa dah sampai abang posmen mintak tanda tangan aku dan bagi barang, kihkih.

Muka excited kononnya
Voucher RM100 tu aku gunakan sebaiknya. Aku beli seluar sukan, jam tangan dan kasut. Seluar sukan alhamdulillah muat. Cuma kasut je. Perasan kaki saiz kecil. Padahal tak muat! kah Yang aku perasan bagusnya Zalora ni sebab dia ada bagi sekali percuma slip pemulangan. Maksudnya kalau ada apa-apa sebab yang kita tak puas hati dengan barang tu, kita boleh kembalikan balik dan dapat refund tanpa perlu tambah apa-apa bayaran. Kan bagus tu. 

Ada lah disertakan beberapa step untuk korang ikut. Isi borang, bungkus balik barang yang nak dipulangkan tu dengan kotak/pembungkus asal, lekat slip tu dan hantar ke pejabat pos. Kan senang! Nanti aku kongsikan cara yang lebih detail lagi untuk proses pemulangan dalam entri lain sebab memandangkan kasut aku tu terkecik satu saiz, patutnya aku kena pilih saiz 6, tapi aku pilih saiz 5, hoho. Nak tengok dan rasa sendiri jugak samada betul ke semudah yang disangka proses nya tuh kan. 

Apa-apa pun, yang penting seluar sukan muat dan dapat pakai masa training tuh, hihi. Jam tak payah cakap lah, free size kan. confirm muat! hehe kbai~






suke? like la..

Wednesday, October 21, 2015

Kenaikan Tol Membebankan

Tak cukup dengan kadar hidup yang makin meningkat, ekonomi menurun, ditambah pulak dengan GST, sekarang ni timbul pulak isu kenaikan harga tol. Oh mak ai! Terasa bebanan nya tuh.

Mahu tak terasa?? Bagi orang yang tinggal kat negeri lain, kerja kat negeri lain, dah nak fikir dengan jalan jem nya.. harga minyak lagi.. harga parking kereta lagi.. kekerapan servis lagi bila jarak jauh..ni tambah pulak dengan harga tol..hmmmmmmmm terkesan beb! Serius terkesan.



Dua hari ni aku dah cuba ikut jalan highway iaitu MEX dengan NPE.. purata pergi balik kalau aku ikut 2 haluan ni, untuk tol sahaja aku akan habiskan dalam RM10 sehari! Tak ke banyak tuh? Pening weh..nak naik motor, memang harapan lah husband aku tak bagi. Jauh satu hal dan risaukan dari segi keselamatan.

Mamak sebelah office pun dah naikkan harga makanan. Memang lepas ni bawak bekal lah ke office. Kalau tak pun, makan nestum dan milo je untuk sarapan pagi. Hmmm.. tak boleh ni.. takkan cukup gaji hidup kat kl macam ni..

Kerajaan pulak dok la bagi alasan macam-macam.. naikkan tol sebab nanti kalau tak naikkan, pemberian BRIM kena dikurangkan. Ceh! Kami yang berpendapatan tengah-tengah ni macam mana? dah lah BRIM tak layak..kos semua makin tinggi..keistimewaan takde..adoila..

Soh seh soh seh

"Mahal giler tol!"

"Tak payah lah ikut tol..ikut jalan biasa je.."

"Jalan jem giler"

"Tak payah lah naik kereta..naik je public transport.."

"Harga minyak pun naik?!"

"kan dah kata..naik je public transport"

"Makanan kat mamak pun dah naik harga!"

"Tak payah makan luar.. bawak bekal je.."

"DIAMLAH KAU"

suke? like la..

Tuesday, October 13, 2015

Seharian dengan Teman Rapat


Assalamualaikum.

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk ziarah mak buyong sorang ni, Yuya. Dia lah teman karib dari zaman budak hingusan lagi, sama-sama turun kebun kutip buah durian, sama-sama pergi mandi swimming pool dekat Stadium Ipoh, dan sama-sama pakai baju merah gambar teddy bear pergi tour Jom Heboh! haha Ni lah dia sepupu rapat aku dan lebih kurang sebulan je lagi dia nak due. Muka pun dah makin berisi dah sebab berbadan dua kan.


Aku datang berdua je dengan anak aku, Mierza sebab husband ada tournament PES dengan Kota Damansara. Nak teman husband, husband pun cakap kat situ tak ada tempat lepak. Kalau dalam shopping mall okay lah jugak untuk aku dan Mierza ikut sekali. Jadi apalagi, gunakan peluang ni untuk drive ke Serdang dan  jumpa sepupu rapat aku ni.

Sampai je aku dekat rumah Yuya, mula lah kami bersembang sakan. Ni kalau imbas balik zaman muda remaja, dah kena marah dah dengan mak aku atau mak Yuya sebab asyik bersembang je sampai tak tidur-tidur. Ada je yang kitorang pot pet pot pet kan. hehe Cuma beza sekarang ni, kitorang bersembang lebih ke arah mak-mak dah, kah! 

Biasalah. Yuya baru mengandung anak pertama. Aku pulak dah bersalin anak pertama. Apalagi, dok kongsi lah pengalaman mengandung, alah kat apa lah, pengalaman aku duduk kat hospital tunggu masa bersalin lah dan barang bayi apa yang nak kena beli. Kan banyak tu! Memang sampai malam lah tak habis bercerita.


Yang seronoknya bila masa bersembang ni, mulut pun tak henti-henti mengunyah! Bagus betul mak buyong ni. Ada je makanan yang dia masak. Rajin! Kalau masa aku mengandung dulu, ehem! bau minyak pun dah buat aku loya dan muntah-muntah. Ni si Yuya ni siap masak nasi carrot, ayam goreng, sambal udang dan sup sayur. Petang sikit tu, dia bantai hidang laksa pulak. Tanya jugak kat dia.

"Ni kira dinner sekali ke apa?"

"Ni makan petang. Malam kang lain."

haha.. betul la orang kata. Pengalaman mengandung, perangai dan alahan setiap orang berbeza-beza. Tu yang seronok bila kongsi dengan teman rapat. Lagipun dia mengandung anak perempuan. Harapnya melekat la sifat rajin tu. Hehe

 

Anak aku pulak macam tipikal budak yang lain. Suka sangat ngap remote control. Aku pun tak tahu kenapa budak budak suka sangat dengan remote. Hoho Senyum lebar bila dapat remote control, handphone atau ipad. Kan? Kan?




suke? like la..

Thursday, October 08, 2015

Teringinnya Nak Beli Ni!


Apakah?
Laptop la! haha
Dah lama jugak lah aku dok survey-survey nak beli laptop ni. Ini antara gadget penting kalau nak jadi seorang blogger tegar. gittew.. haha Jenuh jugak lah aku nak update entry kalau pakai smart phone. Gigih nak tengok dekat screen kecik. Bila pakai apps, susah bila kita nak susun gambar atau justify kan perenggan tu. Kalau guna webview, Allah simbolnya kecik yang amat! Belum lagi tiba-tiba handphone tu tak keluar screen keyboard. Ah sudah! nak taip macam mana? haha

Kesudahannya memang kena beli laptop. Dulu aku ada laptop. Bukan laptop la, tapi netbook acer warna pink tu. Tu zaman aku belajar lagi aku guna. Netbook tu memang banyak berjasa la buat aku. Tesis aku semua taip guna netbook tu. Sayang woooo... tapi nak buat macam mana. Masing-masing ada jangka hayat dia sendiri. Dah tiba masanya aku mencari yang baru. Netbook tu buat jadi barang hiasan je la kat bilik. huhu
Ni Netbook lama aku. comel je kan?

Husband pun dah asyik cakap kat aku:

"Beli la laptop sayang. Sayang kan blogger. Blogger kena ada laptop."

Erkkk.. bak duit! hahaha
Bukan tak boleh guna duit gaji. Banyak sebenarnya komitmen lain kalau nak diikutkan. Jadi aku berazam nak kumpul duit hasil blog aku untuk beli laptop. Sekarang ni just survey-survey dulu. InsyaAllah ada rezeki blog atau duit bonus, aku mesti beli laptop. Mesti!

Elok pulak aku tengah mencari laptop ni, kawan sekerja aku cucuk aku suruh beli kat Lazada. Murah katanya. Cuba tengok ni:



Dalam RM900 je.. (Jeeeee la sangat! hahahaha) Asus Transaformer yang boleh tanggal-tanggal kan keyboard dia. Tapi kan.. tapi kan... ni serupa macam netbook aku dulu. Screen kecik. Husband suruh beli laptop je. Screen pun besar. Ringan je pun sekarang ni. Tak ada dah berat macam dulu. Tengok screen pun puas hati. 

Hmmmmm....berbelah bahagi ni. Nak beli laptop ke atau macam netbook/tablet ni.. haishhhhh.. kecik macam comel. Tapi kalau screen besar, clear jugak mata ni nak tengok. Dilema aku dibuatnya. Korang rasa macam mana? Tolong bagi pendapat sikit.







suke? like la..

Wednesday, October 07, 2015

Officemate's Birthday Celebration


Seronok bila hubungan sesama rakan sekerja rapat kan? Hubungan rapat ni la yang akan menentukan korang kerja lama kat sesuatu tempat. Walaupun kerja korang tu tensyen, tapi ada rakan sekerja yang boleh sama-sama masuk dan gelak ketawa, tekanan kerja tu boleh letak tepi.



Tapi kalau kerja korang dah cun, tak buat korang tertekan, tapi rakan sekerja atau bos macam hareemmmmm, takde fikir banyak dah.. pasti nak cari kerja lain! Kan? Kan? Haha



Ni semalam punya cerita. Aku dan rakan-rakan sepejabat menyambut birthday dua orang sekali iaitu Kak Mala dan Abang Rusdy. Kitorang sambut kat Levain- ni je lah pun bakery/restaurant yang dekat dengan pejabat dan ada jual kek. Haha

To Kak Mala dan Abang Rusdy: happy-happy selalu. Moga dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. 

suke? like la..

Monday, October 05, 2015

Aliff Mierza | Demam Berlarutan


Jumaat lepas pukul 11 pagi, tengah aku sibuk dengan kerja pejabat, aku dapat panggilan daripada taska.

"Kak, Aliff demam teruk lah. Dia muntah-muntah. Nangis je dari tadi." (sayup-sayup aku dengar suara Mierza menangis)

Aku dah mula panas bontot nak balik. 

Kerja kerja jugak. Anak lagi penting.

Terus whatsapp bos kata nak balik. Dapat je green light, aku terus chow.

Selamat jalan tak berapa nak jem. Lancar. 55 minit aku sampai depan taska anak aku.

Tengah tidur rupanya Mierza. Bila dia di dukung pengasuh, dia terjaga. Nampak muka dia yang tak bermaya. Alahai kesian anak aku. Tengok jam dah pukul 12.30 tengahari. Alamak. Klinik kat sini dah tutup ni. Memang kebiasaannya tengahari klinik akan tutup. Pukul 5 petang baru bukak balik.

Hmm.. tak apa lah. Aku ikhtiarkan cara biasa dulu. Balik rumah, bukakkan seluar baju dia dan tuam.

Aku buka peti ais. Nampak ubat demam Mierza yang lama. Ada lagi. Lepas bagi dia minum susu, aku bagi dia makan ubat.



Setengah jam lepas tu dia terbatuk-batuk pulak. Mungkin bila batuk tu menekan perut dia, habis dia muntah balik susu yang diminum tadi. Dah lap-lap cuci mana yang terkena muntah, dia minum air masak dan tidur. 

Macam tu jugak lah untuk sabtu dan ahad. Kadang-kadang panas dia turun. Tapi kejap-kejap lagi panas balik. Yang risaunya bila dia selalu muntah atau muak balik apa yang dia minum dan makan.  Tapi dia aktif. Cuma bila waktu makan, nampak yang dia dah tak berapa nak makan. 

Risau aku bila Mierza tak sihat-sihat lagi sampai sekarang. Jadi semalam aku pergi jugak klinik. Doktor masukkan ubat bontot lepas cek suhu dia. 

Terbaca jugak aku pasal tak elok bagi anak ubat bontot ni. Tapi kalau dah demam berpanjangan, suhu tinggi pulak tu, tak risau ke kan? 

Harap-harap Mierza okay lah lepas ni. Tolong doakan dia cepat sembuh jugak ye.

*tak boleh blah bila Mierza senyum saat nurse tu masukkan ubat bontot..haha


suke? like la..

Sunday, October 04, 2015

Miliki Kejelitaan Rozita Che Wan Dengan Rysya Skincare

Khamis 1 Oktober lepas aku berpeluang untuk menghadiri Majlis An Evening of Beauty Hi-Tea di Ruang Event Space, Subang Jaya bersama jelitawan Rozita Che Wan. Ya. Che Ta. Hehe Huishh.. tengok depan-depan memang cantik baq hang.. macam baby doll! kulit halusss mulusss je.. kurus.. tinggi pulak tu! Korang nak tahu apa rahsia dia?


Tuu Che Ta kat belakang, haha

Jom miliki kejelitaan Rozita Che Wan dengan Rysya Skincare! Produk kecantikan ni baru sahaja dilancarkan pada 19 Mei lepas di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas dan majlis ni merupakan majlis santai pertama untuk memberi peluang kepada wakil media, pengedar dan pengguna Rysya beramah mesra dan berkongsi rahsia kecantikan dengan lebih lanjut. Pengasas Rysya Skincare iaitu Puan Noorazlina Mohd Noor akan berkongsi kelebihan dan kehebatan lima jenis produk Rysya Skincare di mana Che Ta sendiri dah cuba produk ni beberapa bulan sebelum ni sehinggalah sekarang. 

Bak kata Che Ta, tak cuba tak tahu dan lagipun produk kecantikan ni mengandungi semua bahan yang kita perlukan untuk kulit lebih anjal, tegang dan muda. Yang penting, kena konsisten dan rajin dalam penjagaan kulit kita. Takdelah nanti pipi jatuh ke dada! Haha kelakar ayat Che Ta.


Selain itu, majlis ini juga memperkenalkan pakar perunding imej Rysya, Mizalwa Idris atau lebih dikenali sebagai Wawa Idris. Beliau akan berkongsi tips-tips penjagaan dan penampilan diri serta kaedah penggunaan produk Rysya. 

Cantik ni adalah subjektif. Jadi keyakinan diri adalah kunci utama untuk kita lebih yakin untuk tampil cantik. Cantik tak semestinya kulit putih, kurus dan tinggi. Terima diri seadanya dan cuba jadi lebih yakin sebab Wawa Idris punyai tips untuk nampak lebih kurus, tinggi dengan penampilan diri. 


Perkenalkan rangkaian produk Rysya Skincare:

1. LY Bird Nest Body Scrub
Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna.

2. LY Facial Cleanser
Dirumus khas untuk membuat 'pembersihan secara lembut' terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kekotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semula jadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas.

3. LY Facial Toner
Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan Rysya LY Facial Toner secara konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. LY 24K Gold Serum
Membantu meransang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit. Rysya 24K Gold Serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain di mana Rysya mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi bahagian dalam kulit. 

5. LY 24K Gold Miracle Cream
Mengandungi ramuan anti penuaan unikyang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta meransang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Penggunaan Rysya 24K Gold Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktivit kulit supaya kulit menjadi lebih muda. 


Selain tu, Che Ta pun ada bagi tips bila kita bangun pagi je, cuci muka dengan air sejuk. Baru muka tu segar! Lagi satu pemakaian toner memang penting. Sebabnya bila kita cuci muka, liang-liang muka kita akan terbuka untuk bersihkan segala kekotoran dan fungsi toner ialah untuk menutup balik liang-liang tu. Sebab tu kena rajin! Rajin-rajinkan diri ye kalau nak cantik macam Che Ta! Hehe

Untuk maklumat lebih lanjut:

Webpage: www.rysya.com
Email: sales@rysya.com
Instagram: @rysyaskincare
#rysyaskincare
Whatsapp: 019-7388866/ office: 03-78318669
Alamat: Thames Skincare Sdn Bhd, D10-9-1 Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1.

Rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari
Bersama Pengasas Rysya - Pn Noorazlina Mohd Noor
Bersama Perunding imej Rysya - Wawa Idris -
suke? like la..

Thursday, October 01, 2015

Bahaya Bagi Penunggang Motor


Bahaya Bagi Penunggang Motor | Semalam masa aku balik kerja, baru separuh jalan, aku nampak banyak motor berhenti. Ingatkan ada roadblock ke apa, rupanya kat depan nun dah nampak hujan turun. Jadi ramai-ramailah berhentikan motor kat tepi jalan dan pakai baju hujan. Perghh..teringat zaman dulu kala masa aku jugak adalah salah seorang penunggang scooter biru ego. Hoho


Tapi kan, yang bahayanya bila penunggang-penunggang motorsikal ni berhenti beramai-ramai dan berlapis-lapis motorsikal tu kat bawah jambatan sampai menghalang laluan kereta. Tak ke bahaya kalau ada kereta yang tak sempat nak brek? Tambah pulak jalan licin kan..

Macam aku dulu, sebelum naik scooter lagi aku dah pakai baju hujan siap-siap. Jadi kalau apa-apa, tak payah aku nak berhenti. Tak kisah lah hujan renyai-renyai ke, hujan lebat ke, tetap aku akan teruskan perjalanan. Bukan apa. Kita ni dah lah perempuan. Bawak motor sorang-sorang. Kalau berhenti tepi jalan dan join penunggang-penunggang motor lain yang majoritinya adalah lelaki, tengah hujan pulak tu, kalau jadi apa-apa, tak ada orang perasan pun. Nak jerit, tak dengar dek hujan lebat. Tak ada siapa boleh tolong. So, dari jadi perkara yang tak diingini, aku sanggup lagi redah hujan.. hoho paranoid tak aku?

Tu pendapat aku je lah. Zaman sekarang ni macam-macam. Perempuan berisiko, lelaki pun tak lepas dari risiko. Kan? Doa-doa je lah supaya dijauhkan..

*Jangan lupa pakai topeng jerebu di kala musim jerebu sekarang ni ya..



suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...