Saturday, September 26, 2015

Nasi Lemak Segera



Nasi Lemak Segera | Haaaaa.. ni nak cerita kat korang ni.. sekarang ni jangan tak tau..nasi lemak segera pun dah ada tau ! Nasi Lemak ni keluaran Salees Food. Cara penyediaannya pun mudah. Senang dan cepat. Bertepatan dengan nama nya segera. hoho


Kalau lihat pada kotak ni, dia ada 4 paket bertanda A, B, C dan D. Sama macam mee segera, cuma perlu tambah air panas. Guna kotak dia je sebagai bekas. Sudu pun dah disediakan sekali. 


Cara Penyediaan:

1. Masukkan paket A (beras) dalam bekas.
2. Tuang 130 ml air panas dan tunggu 5 minit.
3. Masukkan paket B (serbuk kelapa). Gaul sebati.
4. Masukkan paket C (pes sambal) dan paket D (ikan bilis) dan sedia di makan!


Tadaaaa... Macam ni lah lebih kurang rupanya bila siap. Nasi lemak segera ni memang senang kalau kita tengah travel ke, malas nak keluar ke atau malas masak ! haha Lagipun aku rasa nasi lemak segera ni macam lebih elok daripada kita makan mee segera. Tu pendapat aku la. Dan yang penting, nasi lemak ni menepati citarasa tekak aku. Terasa lemak-lemak nasi lemaknya dan sambal dia pun sedap!





suke? like la..

Tuesday, September 22, 2015

ZIKRA | Jalinan Kasih Bersama Asnaf 2015



Zikra Jalinan Kasih Bersama Asnaf 2015 | Alhamdulillah. Pada 17 September 2015 haritu, aku dan beberapa ahli Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang mengikuti program ZIKRA: Jalinan Kasih Bersama Asnaf 2015 anjuran Lembaga Zakat Selangor. Kami telah dibawa ke sekitar Klang dan Petaling bagi menziarahi dan melihat sendiri aktiviti asnaf LZS yang telah menerima bantuan zakat. Jadi kita tahu ke mana perginya duit zakat yang kita berikan selama ni dan kepada siapa penerimanya.

Program bermula dengan kunjungan ke Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Bait Al Mawaddah) yang dibangunkan hasil daripada manfaat zakat. Di sini kami diberi taklimat ringkas berkenaan usaha LZS menyantuni warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Kalau korang nak tahu, ni kali kedua aku ikut program Zikra ni. Entry Zikra bulan April sebelum ni korang boleh baca kat sini:



Berbanding lawatan aku yang pertama dulu, aku nampak ada penambah baikkan dari segi kemudahan dan yang paling ketara ialah landskap tu. Bagus jugak sebab ada pemandangan hijau yang warga emas ni boleh lihat untuk tenangkan diri. Lagipun warna hijau ni memang baik untuk kesihatan mata. Tak percaya? Cuba kalau korang tengok pemandangan bukit-bukit dan kawasan gunung yang penuh dengan pokok-pokok hijau atau paling senang, sawah padi yang tengah menghijau tu, tenang tak rasa jiwa?? kan? 


Dekat pusat jagaan ni, sesi penyerahan set lengkap pengurusan jenazah disampaikan. Bukan niat untuk menakut-nakutkan warga emas tu. Takkkkk... Cuma ni memang persiapan yang wajib ada. Untuk kita pun wajib ada sebab semua orang pasti mati. Kena beringat tu ! 

Seterusnya kami ke Pusat Dialisis Mais, Jalan Kapar Klang. Di sini pesakit-pesakit yang didiagnos sakit buah pinggang, akan membuat rawatan di sini. Majoriti pesakit di sini adalah tanggungan Lembaga Zakat Selangor dan kapasiti Pusat Dialisis Mais ni hanya boleh menampung 57 orang pesakit.


Untuk pengetahuan kita semua, sakit buah pinggang ni memerlukan rawatan seumur hidup ! Seminggu kena buat 3 kali rawaran dan kos perbelanjaan rawatan termasuk ubat-ubatan boleh mencapai RM 3000 hingga RM 5000 sebulan seorang bergantung kepada kondisi pesakit masing-masing. Banyak kan? Hmmm...tu baru seorang untuk sebulan. Darab dengan 12 untuk setahun dah mencecah RM 36000 hingga RM 60000. Seorang tu ! 

Bayangkan kalau ada yang tak bayar zakat atau berhenti membayar zakat, siapa yang nak tanggung asnaf ni? Hmmm...

Selesai di pusat dialisis, kami teruskan ke Kompleks Asrama Anak-Anak Asnaf yang dikenali sebagai Baitul Hasanah yang terletak di Klang. Kompleks asrama ni menjadi tempat berlindungnya anak-anak asnaf ni. Berbanding lawatan pertama aku dulu, asrama ni pun ada penambah baikkan iaitu gymnasium. 


Waahhh... teruja tengok gym kat sini. Bau pun bau kedai lagi, hehe. Bagi aku memang bagus ada peralatan gym ni. Jadi mana-mana pelajar yang tercicir dalam pelajaran, boleh fokus dalam bidang sukan pulak. Kan ke elok macam tu? 

Tak sempat nak jumpa anak-anak asnaf ni sebab diorang dah pun pergi ke sekolah. Kami terlewat beberapa minit je. Kalau tak, boleh lihat diorang beratur dan diberikan duit saku sebanyak RM 4 untuk belanja ke sekolah. Pandai-pandai mereka untuk berbelanja atau menyimpan.

Dah habis 3 tempat yang dituju, kami beransur ke Restoran Khan's Biryani milik asnaf LZS iaitu Puan Sakinah Gulam Hussin bertempat di Seksyen 7, Shah Alam. Merasa kami makan tengahari nasi biryani dan roti naan. Sedap! Korang boleh waze ke alamat:


Khan's Biryani
No. 66, Jalan Keluli, AN 7/AN, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Malaysia
Office: 03-3362 3130
HP: 0111-504 5066 / 5077
Email: mazmyfoods@gmail.com



Puan Sakinah ni telah menjadi asnaf LZS sejak tahun 2013 dan merupakan salah satu asnaf yang berpotensi keluar dari kategori penerima zakat. Alhamdulillah. Itu yang kita nak sebenarnya. Zakat yang diberi menjadi modal kepada mereka untuk majukan diri sendiri. Bila dah berjaya, mereka pula akan mengeluarkan zakat, seterusnya membantu orang lain yang memerlukan pula. 

Jika ada sesiapa yang korang rasa layak untuk menerima bantuan zakat, jangan segan silu untuk laporkan pada pihak Lembaga Zakat Selangor. Terapkan dalam diri kita yang tanggungjawab ni ialah tanggungjawab kita bersama. Jangan kita soh seh soh seh mengata di belakang tapi pihak LZS tak tahu menahu pun sebab tiada laporan yang dibuat. Bukan apa, kita ni manusia biasa. Takut ada yang terlepas pandang. 



Program Zikra ni berakhir di Kaunter Agihan Zakat untuk penerima asnaf yang terletak di bahagian belakang bangunan Lembaga Zakat Selangor. Di sini kami diterangkan dengan proses yang perlu dilalui oleh bakal penerima asnaf samada mereka layak ataupun tidak. Kena ikut proses dan tak boleh main bagi je sebab duit ni amanah. Amanah yang perlu dijaga dan diberikan pada yang hak. Bukan semua yang pergi meminta bantuan zakat ni betul-betul jatuh dalam golongan asnaf. Ada yang menipu untuk mendapatkan bantuan. Jadi siasatan dari pihak LZS memang perlu.
  • Bantuan zakat hanya berbentuk sementara dan bukannya berpanjangan
  • Bantuan zakat merupakan sumbangan dan bukannya menanggung
  • Bantuan zakat bukan sumber pendapatan tetapi bantuan ke arah perubatan
Jom tunaikan zakat!





Turut serta program Zikra adalah Ahli Jawatankuasa Agihan Zakat, Dato’ Emran Kadir, syarikat besar seperti Encorp Berhad, Highbase Strategic Sdn Bhd, Western Digital (M) Sdn Bhd, MAA Takaful, pengendali laman sosial Shah Alam Resident dan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Norajun Ainun Mohd Hashim (Ketua Sektor Komunikasi Korporat) - 019 388 9821
Ima Syuhada Ismail (Eksekutif Komunikasi Korporat) - 012 387 7835
Ahmad Zubir Zaiyadi (Eksekutif Komunikasi Korporat) - 012 387 7835





suke? like la..

Monday, September 21, 2015

Jungle Tracking Anak Beranak


Ahad 13 September 2015

Lepas selesai je senaman pagi dan berzumba hari keluarga KBBA tu, kami teruskan dengan aktiviti terakhir kami sebelum.masing-masing bersurai iaitu Jungle tracking! Tak semua yang join. Hanya beberapa blogger dan ahli keluarga masing-masing je yang join. Aku dan suami tak lepaskan peluang untuk join sebab dah lama kot tak panjat bukit. Kitorang bawak sekali mierza guna baby carrier. Takkan nak bawak guna stroller kot?haha



Track dia biasa-biasa je. Tak adalah mencabar dan extreme sangat, jadi kalau nak bawak baby tu memang tak ada hal lah. *cakap besar, padahal suami yang bawakkan anak, kihkih Kalau ikutkan boleh naik tinggi lagi tapi sebab ada baby, dan kena lalu celah-celah batu semua tu, macam bahaya je kan. Jadi cukuplah takat tu je untuk kitorang berendam.


Bila sampai je tempat air terjun tak berapa nak terjun sangat, masing-masing lupa diri termasuk aku! haha aku seronok mandi air terjun tapi suami dok tengok je sambil dukung Mierza. Bukan apa, Mierza masih belum baik sepenuhnya dari selesema. Air pun sejuk, kang tak pasal-pasal selesema dia bertambah teruk. Dah ada peluang untuk aku berendam pulak, apa lagi, gunakan sepenuh peluang yang ada lah! haha




Sempat lagi aku buat iklan cosmoderm! kihkih


Aku suka gila sebenarnya aktiviti-aktiviti macam ni. Dulu aku aktif kot. Panjat bukit, berkayak, futsal, jalan 10 kilometer anjuran Milo lah apa lah, tapi lepas dah ada anak, tak buat dah. Ni anak dah semakin besar ni, kita aktifkan lah diri balik. Stamina kena jaga tau. Kalau tak nanti bila makin berumur, badan tak aktif, penyakit pun lagi senang datang. Kan?

Dah siap pesan awal-awal kat suami supaya perbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti menyihatkan badan macam ni. hehe 




suke? like la..

Sunday, September 20, 2015

Family Day KBBA 2015 Best Gila Lah! Part 2


Kesinambungan dari part 1 Family Day KBBA 2015 : kan aku cakap ada kejutan kan untuk malam tu? Nin dia....

Surprise birthday untuk siapa yang sambut hari kelahiran pada bulan september! Hehe yelah..aku satu family lahir bulan 9! Suami aku 3/9, anak aku Mierza 14/9 dan aku sendiri 19/9! Kami adalah Keluarga September ! kihkih 

Comel je kek ni gambar smiley
Kalau dah nama pun malam terakhir event, mestilah namanya Majlis Penutup kan? Malam ni lah pemenang-pemenang diumumkan dan penyampaian hadiah diserahkan. Keputusannya adalah seperti berikut:

Sukaneka 
Juara: Kumpulan Ungu
Tempat Kedua: Kumpulan Merah
Tempat Ketiga: Kumpulan Hijau
Tempat Keempat: Kumpulan Biru

Karaoke
Juara:  Que Achmad
Tempat Kedua: Ayue Jean
Tempat Ketiga: Razi

Gambar Instagram Terbaik untuk Cosmoderm: Razi

Aksi Ben tak puas hati kumpulan purple dapat tempat pertama dan kumpulan dia, kumpulan merah dapat tempat kedua, hehe
Aku pun bertuah tau sebab nama aku naik masa cabutan bertuah. Untuk barang yang aku dah lama survey pulak tu..tau apa dia? Ephyra skin bar! Ramai yang kata product ni bagus. Tu yang tak sabar nak cuba tu. Nanti aku review pasal tu eh. 

lighting masa ni membuatkan muka aku nampak scary, hahah
Banyak juga hadiah-hadiah tajaan dari syarikat korporat, online shop dan lain-lain. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Cosmoderm - produk dan hamper
2. Qasehsu - hadiah cabutan bertuah
4. KaryaSeni - pelbagai jenis buku
5. Buku PTS - Pelbagai buku
6. Kaio Studio - photographer dan videographer rasmi
7. Dkna - Ephyra
8. AJ Cetak District - Tshirt

Malam tu jugak kami dipersembahkan dengan Jungle Show. Abang api bermain dengan api! Hohoho sampai tersembur-sembur air tu kat kitorang. 

Sebelum majlis berakhir, sempat jugak kami bloggers berkumpul ramai-ramai untuk mendengar nasihat dan sedikit tunjuk ajar dari founder kami Ben Ashaari. Ilmu yang kami dapat memang aku rasa sangat berbaloi dan aku akan manfaatkan. Salute kat dia sebab banyak membantu kami lebih-lebih lagi untuk blogger sendu macam aku. haha

Kalau korang nak tengok betapa meriahnya kami pada hari keluarga ni, korang boleh tekan butang play kat bawah. Video awesome hasil kerja Kaio Studio!


The Best Family Day Ever!







suke? like la..

Saturday, September 19, 2015

Pakej Umrah Bersama Ikon Daie



Seronok bila dengar di kalangan darah daging kita sendiri atau kenalan rapat nak pergi menunaikan umrah atau haji kan? Diri ni bila lah berkempatan nak pergi. Masih belum lagi tiba rezeki aku nak jejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Tapi aku akan pastikan jugak suatu hari nanti, aku bersama keluarga aku dapat ke sana. Mudah-mudahan, InsyaAllah.

Oh ye, kalau korang berniat nak pergi menunaikan umrah tapi tak tahu nak ikut rombongan mana, aku syorkan Az Zuha Group. Banyak pakej menarik yang disediakan yang boleh korang pilih. Lebih-lebih lagi ada pakej umrah ikon daie dan Ustaz Don dan Ustaz Nushi pun ikut serta.




Sedikit sebanyak mengenai Az Zuha Group:

Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).

Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu Az Zuha Group juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.


Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

atau hubungi:

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605





suke? like la..

Abadikan Kenangan dengan KAIO Studio

Kemeriahan kami semua pada Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari minggu lepas, gelak tawa kami masih terpahat lagi di minda. Lebih-lebih lagi kenangan manis itu dapat diabadikan melalui gambar-gambar dan video yang diolah dengan sangat menarik hasil tangan dan titik peluh Kaio Studio. Sempoi baq hangg...haha nilaikan sendiri dengan video dan gambar-gambar bawah ni.



Cantik kan? Serius aku cakap aku memang berpuas hati dengan hasil kerja Kaio Studio. Bukan apa, aku sendiri pernah rasa kecewa bila gambar-gambar yang diberi oleh photographer aku tak memuaskan hati. Dah lah untuk majlis sekali seumur hidup saat aku disatukan dengan suami pulak tu! Bila ada kawan-kawan yang nak lihat album kahwin, macam-macam alasan yang aku bagi. haha sedih!

Jadi pengajaran untuk korang dan aku jugak supaya lebih berhati-hati memilih photographer atau videographer untuk majlis terindah korang okay? Dan semestinya aku syorkan Kaio Studio! Meh aku ceritakan serba sedikit pasal Kaio Studio.


KAIO Studio | Bermula dari seorang pemandu pelancong berlesen di Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008, Kaio atau nama sebenarnya Khairul Anwar Abdullah mula mencipta nama dan melebarkan sayapnya dalam bidanphotography dan videography. Minatnya yang mendalam telah berjaya membuatkan namanya semakin dikenali dan di situlah tertubuhnya Kaio Studio. 

Kaio sebenarnya sudah mula dikenali ketika menjadi pemandu pelancong lagi sebelum ni. Kaio yang berkelulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan  berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah disiarkan di kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.

Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan. Dan kini, hasil kerjanya yang memuaskan hati, telah menarik minat orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan professional Kaio Studio. 

Kaio bukan sahaja menjalankan tugasan photography serta videography di serata Malaysia tetapi juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.



Selain dari negara eropah dan timur tengah, Kaio juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Kaio juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai 'Iron Lady'.

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Kaio yang juga meminati industri pelancongan turut berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran "Discover Thainess 2015" di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. Dan terbaru, Kaio telah memenagi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP. Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

Antara Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8

Kaio Studio
Jom ikuti mereka dengan lebih dekat. Pastinya korang juga berpuas hati!

Link Kaio Studio
Website www.kaiostudio.com

Founder Kaio Studio: Kaio secara personal




suke? like la..

Thursday, September 17, 2015

Food Review | Hot Pindang Kitchen Shah Alam



Hot Pindang Kitchen Shah Alam | aku beserta rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul menjamu selera di sini tengahari semalam. Lokasinya di Seksyen 10 Shah Alam berdekatan dengan area masjid dan Hotel Concorde tu. Rupanya dekat je dengan pejabat suami aku. Dia pun biasa makan kat sini lagi-lagi lepas sembahyang jumaat.

Menu special dia ialah special hot pindang. Nampak macam menarik tapi aku tak pesan menu ni sebab aku tertarik dengan menu sambal udang petai dan sotong goreng tepung dia. Pergghhhh makan dengan nasi panas-panas memang aummmmm! Menyelerakan! 

Special Hot Pindang

Antara pilihan menu
Meh nak close up sikit.

Perggghhh mengancam jiwa raga kan? Dan Alhamdulillah memang rasa makanan di sini memuaskan hati kami semua dan masing-masing gembira kekenyangan. Bukan menu makanan je buat kami puas hati. Air dia pun buat kami semua tergoda! 




Hiasan dalaman yang kemas, bersih dan cantik
Bagi yang berminat untuk mencuba masakan yang terdapat di restoran 'Hot Pindang Kitchen', korang boleh waze ke alamat:

'Hot Pindang Kitchen' Restoran dan Katering . 
No. 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11 , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan 
Landmark : (Next to Azira & Hatini Restoran) 
Waktu perniagaan : 11am-11pm

Tutup : Raya Aidilfitri dan AidilAdha 

atau

Boleh singgah ke laman facebook diorang di 'Hot Pindang Kitchen'

atau

Terus hubungi mereka di talian 
☎03-5523 1259 / 012 2043773 

korang boleh follow instagram diorang jugak : 'Hot Pindang Kitchen'









suke? like la..

Tuesday, September 15, 2015

Aliff Mierza | Setahun Dah Dia


Muhammad Aliff Mierza | Tanggal 14.09.14 anak aku dengan nama panggilan manja dia Mierza lahir ke dunia. Sekejap je rasa masa berlalu dan dia dah pun cukup setahun semalam! Sambutan hari lahir dia ditangguhkan sekejap sebab hari lahir jatuh pada hari bekerja. Tak boleh nak cuti sayangg..maafkan ibu ye..


Tengok tuh! suka sangat dia masukkan jari kelinking dalam mulut dan buat muka comey macam tu kan? Siapa tak geram? Orang lain tengok pun dah nak cubit-cubit pipi dia. Ibu dia ni lagi lah.  Habis ku gomol. Anak sendiri kan. *sekali lagi aku ulang. aku bercakap pasal anak ye. Bukan pasal bapak budak. hahaha

Anak ni kan makin lama makin membesar, bermaksud aku ni makin lama makin berumur. *sob sob Lumrah hidup. Tapi tak apa sebab masih ada lagi yang tegur aku dan tak percaya yang aku dah beranak. Terima kasih Yaya Cendana! Kah kah







suke? like la..

Monday, September 14, 2015

Family Day KBBA 2015 Best Gila Lah!


KBBA Family Day 2015 | Pergghhh! Meriah dan seronok sangat-sangat bila akhirnya kami dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan keluarga masing-masing. Kami bagaikan satu keluarga besar yang semuanya macam dah kenal lama. Rapat! Semua sporting dan mesra! Rasa berterima kasih sangat kepada penaja utama kami iaitu COSMODERM.

Begitu juga pada ahli-ahli ajk kbba yang telah banyak menghabiskan masa bertungkus lumus untuk menjayakan hari keluarga ni. Tak lupa juga pada rakan penaja yang lain iaitu Kaio Studio yang menaja rakaman video dan gambar yang gila best dan cantik!! Semua kenangan ni korang boleh tengok dekat instagram KBBA. Meriah giler weh! hehe Selain tu , jutaan terima kasih juga buat Az  Zuha Travel Tours yang sudi menaja baju khas untuk kami para blogger dan terima kasih juga buat penaja hadiah untuk cabutan bertuah seperti AJCDistrict, PTS, KaryaSeni dan Team Mummie Official!



Sabtu 12 September 2015

Hari keluarga KBBA di sebuah resort Hulu Langat ni sebenarnya selama 3 hari 2 malam iaitu bermula hari Jumaat lagi tapi aku dan keluarga datang hari Sabtu pagi sebab hal kerja yang tak dapat dielakkan. Jadi awal-awal pagi Sabtu tu cepat-cepat kami bersiap dan bertolak ke sini. Tak nak terlepas aktiviti lah katakannn..hehe Semangat nih! Sampai-sampai memang mengena sangat waktunya sebab yang lain baru je lepas habis sarapan pagi dan menuju ke padang untuk tarian poco-poco. Takpe, kita sarapan dulu bagi lapik perut. Baru boleh ikut bersenam.

Berpoco-poco sambil dukung anak
mengingat step poco-poco, haha
Hebat tak? Sambil dukung anak pun boleh ber-poco-poco, hehe. Selesai je aktiviti panaskan badan, masing-masing berkumpul untuk ambil nombor giliran. Untuk apa? Ya! Flying fox! weee....dah lama weh tak naik flying fox. Kali terakhir masa zaman sekolah menengah dulu kot. Jadi korang tahu lah perasaan teruja tu macam mana kan bila dah lama tak terbang. hehe Aku dan suami siap gilir-gilir pegang anak sebab nak cuba flying fox punya pasal! kah


Hmmm.. Tengok daripada bawah nampak macam dekat je jarak dari atas ke tempat turun ni. Tapi bila dah penat mendaki ke atas sampai mengah-mengah dan tengok je bawah, mak aihhhh....terus menggeletar kepala lutut! haha Takut memang terasa takut dan menggigil! Siap jerit lagi bila turun tu. tapi seronok sangat rasa! Hilang segala tensyen diri. Gambar tak nak kalah. hehe

 

Habis je flying fox, kitorang pergi makan tengahari dulu dan diberikan masa untuk solat dan tukar kepada rumah sukan masing-masing. Tepat pukul 2 petang, kami semua diarahkan berkumpul untuk mulakan acara sukan rakyat! Kumpulan dah dibahagi awal-awal kepada 4 rumah sukan mengikut warna baju-baju yang diberikan. Ada rumah sukan ungu, biru, merah dan hijau. Aku anak beranak masuk rumah sukan warna hijau dan tagline kami ialah Mak Ko Hijau! hahahaha

 



  

Ingatkan ahli rumah sukan yang paling banyak ahli yang menang kan, rupanya tidak! haha Takpe, yang penting semua sporting dan sempoi. Mahu taknya? Macam-macam kot kami kena buat dalam acara sukan rakyat ni! Kitorang main terompah gergasi lah, berjalan atau berlari sambil kepit belon lah, pancing tin guna paku la dan main boling guna kelapa. Macam-macam gaya ada. kelakar! hehe

  
 
 
 
 

Sukan dalam air pun ada tau! bukan kat darat je. Memang seronok lah kan sebab dah peluh-peluh main sukan darat tadi tu, main air pulak! Ramai gila kena jirus dengan air bila aktiviti sukan isi air dalam tiang berlubang tu mula. Sengaja ke tak tu? yang kena jirus pun redha je lah kan! hehe

 

Masing-masing ingat taktik isi air cepat-cepat akan buat tiang tu dipenuhi air dan boleh menang cepat. Rupanya tak! kena slow and steady supaya air yang dicedok tu masuk semua dan dalam masa yang sama korang dapat pastikan tak ada lubang yang bocor. Tu pun taktik kumpulan yang terakhir. Mungkin sempat menganalisa kelemahan taktik kumpulan awal kot, haha.

Acara lawan ke-sado-an masing-masing yang tak boleh blah tu! tak kering gusi kitorang dibuatnya. Ulang lah video tengok banyak kali, mesti gelak! hehe

 
Part ni Ujang (team ungu) dah tinggal sorang. Belum pun team merah nak pergi dekat dia, dia dah menyerah diri dan terjun terus! haha tau takot. Tengok muka-muka ceria kat belakang tu. Semua dok pakat gelak tengok aksi diorang ni.


Last sekali acara tarik tali dalam air. Tarik jangan tak tarik! hehe Masa ni aku pun dah lost siapa yang menang sebab anak aku Mierza elok terlelap. Tapi bukan terlelap atas ibu dia, kat orang lain pun jadi! hahah Tak dapat aku nak masuk dalam air dan berendam. Ayah dia je yang dapat. Rasa nak je bawak Mierza masuk air sekali bila dia dah bangun, tapi disebabkan dia baru nak baik dari selesema, jadi aku rasa tak payah kot. Kang teruk pulak jadinya, dah lah air pun sejuk. Takpe, lain kali.


Dah selesai semua acara sukan, kitorang pun buat aktiviti riadah masing-masing. Ada yang balik berehat di bilik, ada yang sambung mandi dengan anak-anak dekat kawasan air terjun buatan belah bawah dan ada juga yang main bola dekat padang. Terpulang. Aktiviti free and easy. Pandai-pandai urus masa untuk teruskan acara belah malam pulak. Malam tu kami siap ada kejutan tau. Kejutan apa? tunggu entry lepas ni.






suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...