Sunday, August 30, 2015

FIFA 2015 MDEC Game Challenge



Semalam 29 Ogos, aku dan Mierza ikut suami aku ke KLCC untuk bagi sokongan kat dia dan jugak untuk abang aku sebab diorang ada game FIFA tournament anjuran DMEC kat Hall 1, Exhibition Center KLCC. Kasi can lah kan untuk diorang seronok-seronok sebab minggu depan giliran aku pulak untuk event sendiri..hehe

Sebenarnya aku tak tau pun apa program yang ada kat KLCC hari tu. Ingatkan sekadar FIFA tournament tu je. Rupanya banyak aktiviti lain yang dianjurkan di samping pameran teknologi bagai. Siap ada persembahan live dari Bunkface lagi! Haha memang rezeki lah. Dah lah sebelah-sebelah je dengan tempat FIFA tu, hoho

Bunkface, olaf dan bu,ble bee pun ada skali! haha


Paling excited giler sebab abang aku menang tournament tu! Pergghhh..seribu woi! Sebelum-sebelum ni punya games takde lah banyak tu dia punya hadiah. Mierza memang bawak tuah lah kat Pak Lang dia. 

'Mierza..bila nak bawak tuah kat ayah pulak? kihkih' 

Takde luck..nak buat macam mana kan..cuba lagi..hehe 

Dapat tunai kat situ jugak
suke? like la..

Friday, August 28, 2015

Subway Promotion


Subway Promotion 27/08/2015
Fuhhhhh..punya lah ramai manusia beratur semalam dekat Subway outlet. Puncanya Subway buat promotion buy 1 free 1 sempena diorang punya 50th anniversary. Aku pun turut terjebak beratur membeli, gigih aku ni! haha Alang-alang semalam memang aku singgah Giant Shah Alam untuk beli susu tepung Mierza, beli lah sekali subway kannn..Awalnya suami aku cakap tak nak makan malam. Bila tahu je aku nak beli Subway, terus dia order! Hahaha

Masa aku nak beli, gigih tak aku?

Memang saja nak dijadikan cerita, dah tinggal sikit orang kat depan aku, tiba-tiba pekerja subway tu cakap "15 minit lagi ye..roti tengah masak" aku macammm whatttttt.. habis pulak roti! Hmmm...nak cancel, perut rasa lapar dan tekak pulak memang dah teringin nak makan subway. Tunggu je lah. Sambil-sambil menunggu, dok lah layan facebook instagram semua kan.

Lepas 15 minit berlalu, semua tak sabar nak order bila nampak pekerja subway keluarkan roti dari oven tu. Dan akhirnya sampai giliran aku untuk order. Aku order Italian BMT dan Subway Club. Sayur lettuce, tomato dan onions. Sos aku suruh letak cili sos, mayonis dan bbq sos banyak-banyak. Belum sempat abang tu nak letak balik sos kat tray dia, aku menyampuk "banyak lagi..letak banyak lagi sos tu.." haha Pedulikkan. Kita bayar.

Tengok beratur dari dalam sampai ke luar!

Ni masa aku dah selesai dapatkan sandwich subway aku. Pergghhh giler ramai! Selamat masa aku datang tak macam ni. Kalau tak pukul berapa pulak aku boleh balik. Promotion ni bagi aku, korang akan untung kalau beli sandwich premium, samada subway melt atau subway club atau italian bmt. paling aku suka ialah italian bmt. Nyum nyum! Suami aku pun suka. Siap cakap dia nak makan italian bmt. No way! Separuh-separuh lah kan baru adil. Sebab tu lah aku beli 2 jenis subway, boleh rasa lain-lain. Kalau tak, baik aku beli dua-dua rasa yang sama. Huhu

Kalau korang tak berpeluang merasa semalam, jangan risau. Selalu subway ni ada je buat promosi harian yang berharga RM6.70 satu. Tapi bukan untuk semua jenis la. Menu untuk breakfast dia pun sedap. Selamat area pejabat aku tak ada subway. Kalau tak, bertambah banyak lah perbelanjaan aku. Kihkih






suke? like la..

KBBA Bloggers Day Out Sempena Kelahiran Panda Gergasi



Seronok giler dapat jejak kaki ke Zoo Negara Ahad lepas. Lebih-lebih lagi aku pergi dengan rakan-rakan blogger di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Ni kira kitorang punya Day Out la sebab kalau tak masing-masing borak dalam group whatsapp je..huhu Awalnya memang aku plan nak pergi dengan anak dan suami aku, tapi disebabkan suami aku belum baik sepenuhnya dari sakit dia, jadi aku pun pergi dengan anak dan juga sahabat lama aku masa belum kahwin, Aini - kembar Neelofar. Dia single lagi tau. haha

Aini merangkap peneman aku, tukang tangkap gambar dan tukang pegang anak, kihkih

Seawal jam 9 pagi kami semua berkumpul di depan Zoo Negara. Macam aku, aku memang kena bangun awal pagi sebab nak siap-siapkan anak aku, Mierza. Ingat senang ke nak kejut anak kecik. Salah kejut mahu mood dia moody nanti..hehe tak ada lah..anak aku okay je..cuma aku lah, tak sampai hati nak kejut dia awal pagi, lagi-lagi nampak dia elok lena tidur kan. Nasib kau lah Mierza, ibu nak bawak jugak Mierza pergi zoo, hehe 

Dah siap semua bekalan susu, makan pakai Mierza, terus drive pergi ambil Aini dan bertolak ke Zoo Negara. Hari Ahad, pagi buta pulak tu, memang jalan clear lah tak jem. Aku pulak macam biasalah kan akan guna waze untuk tunjuk jalan, bukan aku reti sangat jalan KL ni, selalu suami aku yang bawak kereta. Aku duduk diam-diam kat sebelah layan anak, hehe.


Sesi bergambar dulu ramai-ramai

Tengok....ramai kan kami! Memang meriah giler lah. Kitorang siap dibahagikan kepada dua kumpulan. Separuh kumpulan Tiger, separuh lagi masuk kumpulan Hornbill, aku lah tu..hehe Ramai kot! Senang AJK nak pantau bila dah dibahagi dalam group masing-masing. Gerak mengikut kumpulan, kang tak ada lah yang tercicir kann...Habis je sesi bergambar atas ni, kitorang mula gerak ke Taman Rama-Rama atau dalam bahasa omputeh nya Butterfly Garden. Cantik tamannya.. Tak caya? tengok gambar bawah ni...

Butterfly Garden Zoo Negara Malaysia

Antara rama-rama yang aku tak tahu jenisnya, haha

Aksi blogger ambil gambar dengan hp cikai je, haha
Elok Mierza duduk dalam stroller tengok rama-rama

Selesai je tengok rama-rama, kitorang pun dibawa jalan-jalan sekitar Zoo. Masa ni lah kitorang diberitahu tentang sikap-sikap dan asal usul haiwan-haiwan kat sini. Ada siamang, beruk, landak, burung dan macam-macam lagi. Best jugak bila ada tourist guide ni, selalu jalan sekitar zoo duk tengok dan baca sendiri je dekat board tu kan, ni siap ada orang terangkan lagi. Tak paham, boleh tanya terus. 

Dah penat kami berjalan, kitorang diarahkan pulak untuk pergi ke satu tempat berbumbung yang ada tempat duduk. Di depan pentas utama ada air kolam dan di atas pentas ada meja dan props. Yay! Ada pertunjukan haiwan lah. Serius teruja bila start je show, burung-burung berterbangan ramai-ramai. Semua orang pun macam waaaa sampai nganga mulut! Haha Lepas tu ada binatang comel warna hitam lalu kat atas sepanjang tali sambil huruf-huruf W E L C O M E jatuh. Macam mana sebutannya anak-anak, welcome. Kihkih

Abang baju merah tu handsome, kbai

Masa ni memang anak aku dah wasted. Lena betul dia tido dalam stroller dia. Tak pedulik pun dia bila semua orang dok jerit-jerit konon bagi sorakan bila burung colour luna tu, nama dia Coco dan sekor lagi burung nama Ringo lawan siapa cepat jaringkan bola dan masukkan gelang kat besi tu. Tak boleh blah bila Ringo main tipu tapi dinafikan oleh penonton, hehe serius kami terhibur. 

Eh, belum habis lagi pertunjukkannya. Apa guna air kolam yang ada kalau anjing laut tak buat persembahan kan?? mesti lah ada!hehe comel je anjing laut tu bila dia tepuk tangan dan mengengsot tergelincir macam jalan licin, haha Tak rugi tengok pertunjukkan haiwan ni. Salute kat trainer haiwan ni sebab berjaya ajar haiwan ni buat macam-macam. Aku agak berharap jugak kot ada dolphin pulak buat show kat situ tapi harapan tinggal harapan je lah. Kah kah

Mr Dobbu comel! anjing laut tu tau, bukan orang tu =p

Selain pertunjukkan haiwan ni, kitorang pun ada pergi kat akuarium untuk tengok ikan-ikan dan hidupan laut ni. Ada yang kenal tu, kenal la. Mana yang tak kenal tu, buat-buat tau je lah kan. Aini pulak lagi best, nampak je ikan patin, terus dia terbayang ikan patin masak tempoyak! ceh..tak pasal-pasal buat aku lapar..haha

Dalam akuarium ni, sejuk tau! hiasan dalaman dia pun cun! Sambil tengok-tengok ikan, aku dan Aini sempat lagi bersembang, kalau ada mini akuarium built in kat dinding macam gambar bawah ni kan cantik. Elok kemas je, siap ada lampu, rumpai laut, batu-batu sungai, kayu..tenang kan bila nampak pemandangan cantik ni. Boleh hilangkan stress kerja. Betul tak?

Ewah Mierza! sedap dia baring sambil minum tu kan

Teka! Ikan apakah ini?

Selesai je tengok akuarium, kitorang naik tram pulak untuk dibawa sekitar Zoo. Yes! hilang sikit penat berjalan tu. Sorrylah, dah jadi mak budak ni memang level stamina aku dah kurang sikit. Nak kena bersukan balik ni untuk tambah stamina dan tak cepat letih. huhu Bukan aku sorang je rasa happy tau bila dapat naik tram ni, rakan blogger yang lain pun tunjuk muka-muka kegembiraan tau, hehe Lebih-lebih lagi di hujung trip kami menaiki tram, makanan tengahari sudah disediakan, perghh..lapa lapa!

Tram ni fungsi dia untuk tunjuk kat korang secara overview apa yang ada kat dalam Zoo ni. Jadi korang boleh tau lah kat mana hala yang nak dituju. Diingatkan yang tram ni ada laluan dia sendiri dan tak berapa dekat sangat dengan haiwan yang ada sebab ada satu lagi jalan khas untuk bezakan dengan pejalan kaki. Jadi bila naik tram tu, mungkin ada beberapa haiwan yang tak dapat diperhatikan dengan jelas. Yang tu korang kena jalan kaki sendiri lah lepas dah habis naik tram tu. Okay?

Bila blogger tak ada monopod, gini lah jadinya, haha

Perut pun dah kenyang, hati senang, Mierza pulak aku sempat mandikan bagi dia fresh balik, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Panda!! here we come! hehe teruja weh, serius teruja! kali pertama aku boleh bertentang mata dengan panda - nama panggilan aku dari zaman sekolah sebab mata aku lebam! kah kah Tapi aku terima sebab panda kan comel, haa gittuuuu...kihkih

Sebelum kitorang ramai-ramai dibenarkan masuk, kami dibrief dulu tentang pantang larang untuk tengok panda. Tengok wei, curlass panda ni siap ada pantang larang tau kalau nak tengok dia. Kena senyap, tak boleh bising. Kalau nak ambil gambar dia, kena pastikan camera tak ada flash. Ah, tak kisah lah kan! janji aku dapat tengok panda tu. Risau jugak aku kot tiba-tiba Mierza menangis kuat atau menjerit ke kan, selamat takde!

Alololo manja tau panda ni, geram!

Mierza ralit tengok panda. takmo tengok camera. hehe

Cuma rasa terkilan sikit sebab tak dapat tengok mak panda dan anak panda. Masa ni diorang masih kena kuarantin. Ye lah, tiba-tiba je kita dikejutkan dengan berita panda betina ni melahirkan anak kan. Ingat adalah sekali Liang-liang. Xing-Xing atau nama asalnya Fu Wa je yang ada. Boleh lah kannnn..dari tak ada. Sempat jugak Aini ambil video dia, nanti aku kongsi dekat instagram. Pekerja zoo siap susun cantik-cantik lagi kek harijadi dia. Bila dia muncul je mencari makanan, aku macam, arghhhh comelnya panda ni! rasa nak picit-picit, belai-belai, peluk-peluk je panda ni. Tapi macam biasa lah, harapan tinggal harapan je. haha

Tak dapat yang betul, yang patung pun jadi lah! Pihak sponsors pun siap bagi goodies lagi. Suka! Terima kasih pada pihak sponsors, ajk yang terlibat dan Kelab Blogger Ben Ashaari yang buat event terbaikkk ni. Tanpa mu, siapalah kami. Eh gituuuu..hehe

Aku riba Mierza, Panda riba aku, kah kah

Goodies yang aku dapat, suke!

Dapatkan tiket masuk Zoo Negara di www.zoonegaramalaysia.com 
Pihak penaja dan kerjasama:
#zoonegaramalaysia
#zoonegaraonlineticket
#giantpanda
#wildlife
#curves
#cosmoderm
#foodpanda
#kelabbloggerbenashaari



suke? like la..

Tuesday, August 25, 2015

Botol Susu Baru


Assalamualaikum.

Bila dah jadi ibu ni, memang automatik korang akan baca banyak kisah pasal pengalaman ibu bapa lain. Tak kisah lah cara nak jaga anak ke, cara nak buat puree makanan anak ke, even benda simple cara nak bagi baby mudah kentut pun ada! heheheh

Anak-anak ni bermacam-macam ragam. Macam-macam peel (perangainya). Dapat anak yang tak banyak ragam, tak memilih dan senang diurus tu memang rezeki dan tuah badan la..hehe Tapi kalau dapat anak yang sebaliknya, jangan lah pulak kita merungut. Mungkin itu adalah satu ujian untuk Allah bagi ganjaran yang lebih ataupun mungkin ada dosa-dosa lampau yang kita pernah buat. Eh, terceramah pulak sekejap. aku nak cerita pasal botol susu baru yang betulnya, haha.


Korang tahu kan, botol susu ni lebih-lebih lagi puting susu tu kena tukar dengan kerap. Bukan apa, bakteria memang senang nak lekat kat botol susu tu. Lebih-lebih lagi kalau botol tu tak terus dibasuh dan direndam dengan air panas sejurus lepas anak habis minum susu. Kan bahaya kalau ada bakteria melekat kat situ, boleh bagi keracunan makanan yang kronik. Topik ni lah yang jadi tajuk tesis aku dulu, enterobacter sakazakii laa, salmonella serovar laa..macam-macam lah..Risau!

Jadi bila cukup masanya, aku akan tukarkan botol susu anak aku. Aku memang dah perasan, bila basuh je botol susu tu, dah ada tompok-tompok putih kat puting dia! No! kena ganti botol baru cepat-cepat nih. Kitorang pun pergi lah dekat Tesco sebab tu yang dekat dengan rumah pun. TAPI! botol yang selalu Mierza guna tak ada pulak. Mierza memang dari kecik pakai botol Tommee Tippee. Hmmm...dah takda, aku beli je lah botol apa yang ada untuk sementara. Aku pilih botol susu Pureen, siap beli puting extra lagi. Balik je rumah, basuh dengan air panas, lepas tu bancuh susu. Bila bagi je dekat Mierza, dia gigit lepas tu dia tolak! Alamak.. dia tak nak!  bagi lah banyak kali pun. takde nya dia hisap puting tu, terus tolak je pastu mengamuk..adehhhhhh

Hari dah malam. Ahad pulak tu. Esoknya kerja. Kedai Marissa yang biasa aku pergi pulak bukak sampai pukul 6 petang je hari biasa, memang tak sempat lah kalau aku nak beli bila habis waktu kerja kannn...dengan jemnya. Jadi apalagi, terus bukak website Lazada!haha Pilih punya pilih botol Tommee Tippee Mierza tu, terus beli! Senang! Siap ada diskaun voucher lagi dan penghantaran pun percuma! huhu

Satu untuk susu, satu standby untuk air masak
Hari selasa masa aku kat tempat kerja, posmen hantar sampai ke meja pejabat! kan senang gituuu...tak payah susah-susah! hahahaha senang hati aku. Balik rumah, lepas dah sterilkan botol baru tu, aku bancuh susu dan cuba bagi dekat Mierza tengah dia dok leka tengok kartun kat TV. Tau apa reaksi dia? Lepas beberapa kali dia nyonyot puting botol tu, dia buat muka pelik. Pelan-pelan dia keluarkan puting botol susu tu dari mulut dia dan dia tengok botol tu. Lama. Mungkin dia tak nampak apa-apa yang pelik kat botol tu, terus dia masukkan balik puting botol dalam mulut dan teruskan minum. Lega aku! hahah Tengok...anak kecik baru 11 bulan pun dah pandai bezakan botol baru atau botol lama dia. Selamat dia tak tolak. kalau takkkk...jenuh aku! hahah


suke? like la..

Saturday, August 22, 2015

Lagak Aliff Mierza Bila Bosan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah anak aku, Mierza dah masuk 11 bulan dah..lagi sebulan je lagi dia nak cukup setahun. Ni tengah fikir-fikir gak ni untuk sambut birthday pertama dia..hehe tapi sebelum aku fikir apa nak buat untuk sambut birthday dia, nih aku nak kongsi gelagat dia masa bawak dia pergi hospital jenguk ayah dia yang tak sihat. 

Macam-macam budak nih! 








kihkihkih tu je lah kerja dia.. asal nampak benda je, semua nak gigit! selamat tak ada gigi lagi..kalau tak auchh!! perit weii..haha





suke? like la..

Tuesday, August 18, 2015

Bayi Terkena Demam Campak


Assalamualaikum.
Belum pun sempat Mierza cukup setahun, dia dah terkena demam campak! Kalau ikutkan, jadual vaksinasi untuk elakkan terkena demam campak ialah pada umur satu tahun. Sebulan je lagi kannnn....apa nak buat? dah ketentuan Ilahi, terima sajo..huhu

tu bintik-bintik merah penuh kat perut.

Bila cakap pasal anak kena demam campak, kebanyakkannya mesti keliru dengan chicken pox. Demam campak dengan chicken pox lain tau! Tau?huhu apa yang lainnya?? chicken pox ialah cacar air yang berair-air tu..tu memang akan jadi gatal. Ikutkan cacar air disebabkan oleh virus varicella manakala demam campak pulak disebabkan oleh virus measles.

Demam campak atau measles ni kebiasaannya mengalami gejala jangkitan pernafasan dan naik ruam atau bintik-bintik kat seluruh badan. Memang mula-mula aku perasan bintik-bintik merah muncul kat belakang badan mierza pun masa aku mandikan dia pagi hari Sabtu tu. Cuma takde lah aku ingatkan dia kena demam campak..ingatkan ruam biasa je..maka terlepaslah dia ke majlis kahwin saudara aku dan juga majlis berendoi anak pengasas Aurawhite..hoho harapnya tak ada sesiapa berjangkit lah...

Happy lagi dia masa ni, tapi takmo langsung kat orang lain.

Balik petang tu, masa aku nak mandikan dia, dah terus banyak kat bahagian depan badan pulak..kat dada dia..kat perut dia penuh bintik-bintik merah! Eh! Risau pulak aku kannn...tu yang bawak pergi jumpa doktor tu..aku risau kalau penyakit kaki tangan mulut tu je..naya weh! Bila doktor cakap kena demam campak, risau tu memang lah risau tapi cuma kena jaga jangan bagi suhu dia naik dan pastikan demam dia kebah selain kena kuarantin kat rumah je la. Cara tradisional, boleh bagi minum air kelapa dan lapikkan daun bambu (semambu) dekat bawah tilam atau bantal dia.

Aku pun terus bagitahu bos kata aku nak ambil emergency leave. Alhamdulillah bos jenis memahami. Elok Isnin aku duduk rumah jaga Mierza, aku pulak demam menggigil! Dugaan dugaan..bila badan tak sihat, nak pulak jaga anak sorang-sorang memang menguji tenaga dan semangat kental aku sebagai seorang ibu. Yelah, bila badan dah lemah, rasa tak larat sangat kannn...tapi fikir yang anak tu tak mandi lagi, nak kena bagi minum susu, nak kena bagi makan, kenalah gagah untuk anak. Diri sendiri tak kisah kalau tak makan, tapi anak tu..sayangggggg...siapa tak sayang...kan?

Alhamdulillah Mierza pun macam faham je ibu dia sakit, elok dia dah mandi dan kenyang, dia main sendiri je dengan mainan dia sambil tengok tv.. tak meragam pun nak benda lain suruh dukung ke, bawak keliling rumah ke..huhu macam ni lah hero ibu!cayalah Mierza!hehe

Cepat baik ye sayang!







 
suke? like la..

Thursday, August 13, 2015

Pentingnya Pemilihan Pampers Anak


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak sembang sikit pasal pampers ni. Ni berdasarkan pengalaman anak aku sendiri Mierza. Penting sebenarnya korang pilih pampers yang betul, jangan main sebat je. Kesian anak tu kalau naik ruam, gatal-gatal. Budak kecik lagi-lagi masih bayi ni bukan reti nak bagitahu kita dia sakit ke, gatal ke. Nak garu pun tak reti, jadi menangisssss je la kejenya nanti. Kita pun nanti dok pening kepala fikir, dia lapar ke, dia mengantuk nak tidur ke, dia kencing berak ke, angin ke, kan jenuh.

aku guna Drapolene je kalau naik ruam-ruam dia

Awal-awal dulu sebelum Mierza lahir, memang aku dah beli stok pampers siap-siap kat Baby Expo. Aku terpengaruh dengan jenama Huggies Ultra warna hijau tu sebab rasa kain dia lembutttt je. Lepas tu tahan lama dan meresap baik. Lagipun bakal ibu kan, tak pernah ada anak lagi dan tak berapa tahu pasal pampers-pampers ni. Dan alhamdulillah pilihan aku tepat. Memang bila Mierza lahir, pakai pampers Huggies tu dia selesa je, tak ada alergik ke, ruam ke, elok cantikk je.

Mierza umur 3 bulan yang bebas masalah ruam-ruam. gituuuuuu...haha

Lepas dah beberapa bulan, stok dah makin sikit, aku dok usha lagi kot ada expo kat mana-mana. Mahal kot kalau beli kat shopping mall. Beli kat expo murah sikit! Bayangkan lah, harga retail kat shopping mall satu pek (saiz M, 60 keping) dalam RM54.40, dekat expo 3 pek (yang sama saiz dan keping pampers) dapat dalam RM126. kan ke jimat tuu..TAPI malang yang teramat bila dua kali aku pergi expo yang berbeza, Huggies tak join expo tu. Kecewa! dan disebabkan itu, akhirnya aku beli jenama Drypers Wee Wee pulak. 

Hmmmmm.. sejak dari tu memang Mierza meragam setiap kali aku nak tukarkan dia pampers. Bontot dia jadi merah-merah walaupun dia baru je kencing. Kalau dah terperam lama tu aku boleh terima lagi. Lagi satu telur dia jadi kecut! Lebih kurang kalau korang main air lama-lama, tangan jadi kecut kan? Macam tu lah perumpamaannya. Maksudnya, penyerapan pampers Drypers ni tak berapa elok. Boleh rasa basah kat pampers tu. Mana tak kecut telur anak aku. Dengan merah, naik ruamnya. Mesti dia gatal-gatal dan jadi pedih. Kesian Mierza!

Tak boleh jadik! Luluh hati seorang ibu bila tengok anak dia sakit melawan rasa pedih dan gatal-gatal. Tak boleh wooo...ibu ayah mana yang tak sayang anak? Jadi aku cuba jugak cari balik mana-mana yang jual pampers Huggies Ultra. Last-last suami aku jumpa kat Lazada! Ada diskaun siap ada voucher macam kalau beli RM100 ke atas, ada dapat lagi diskaun 20%. kan lagi jimat tu! memang kitorang beli! haha

Ni yang terkini (13/08/2015) siap ada sale merdeka lagi! RM100 ke atas, boleh guna voucher RM25

Jangan risau! Penghantaran percuma dan memandangkan aku kerja hari biasa, jadi pejabat lah alamat penghantaran barang-barang yang aku beli secara online! Jenuh kau mengangkat 3 pek sekali dari pejabat ke tempat parking kereta. Semua orang dok pandang-pandang, sambil tanya:


"wahhh..apa tu??" 
"pampers eh?"
"ko beli online ke?"
"murah eh?"
"delivery charge tak kena?"


Kalau seorang je yang tanya tak apa. Ni macam sepanjang aku jalan, semua dok tanya, jenuh weh nak menjawab! rasa macam nak letak je jawapan bergerak ikat kat atas kepala supaya semua orang boleh dapat jawapan terus kat situ! hahahaha tak kesah, janji aku happy, Mierza kembali happy!

Kalau korang tau mana-mana yang lagi murah, jangan lupa share tau..





XOXO
suke? like la..

Friday, August 07, 2015

Duit Raya Kena Telan!


Kena telan dengan singa comel nih!hehe

peluk tabung ketat-ketat
Mentang-mentanglah dah ada anak kecik, tabung pun nak stok-stok comel je kan..ekekeke biasalah, kadang-kadang ibu nya yang lebih. Anak kecik lagi, bukan dia faham pun nak memilih-memilih ni. hihi 

Tabung ni aku dapat sebab aku bukak akaun simpanan junior untuk anak aku. Dari kecik ni lah kita kena mula menyimpan. Senang bila dia dah besar nanti. Banyak woo perbelanjaan anak! Untuk pelajaran dia, untuk kesihatan dia, untuk makan pakai dia. Mana tahu kot-kot ada kecemasan pape nanti, kan senangggg.....


Aku galakkan korang bukak banyak sikit akaun untuk anak. Macam Tabung Haji ke, SSPN ke, ASB ke. Insurans pun perlu tau. Penting! Lagi-lagi sekarang ni bermacam-macam penyakit ada. Aku tak mintak, Nauzubillah moga dijauhkan tapi kena berwaspada, bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' 'sediakan plastik sebelum muntah' eh! Tu pengalaman masa morning sickness dulu..haha

Tapi TAPI.....janganlah pulak korang bukak akaun tapi duitnya tak masukkan dalam akaun tu! haha tak ada gunanya lah nanti. Berdebu je nanti akaun tu. Lagi satu, lebih baik pilih akaun yang boleh bagi banyak manfaat dan dihadkan cara pengeluaran, supaya tak ada lah di salah pakai pulak nanti.


Peringatan: Mana-mana duit raya yang orang bagi untuk anak tu, simpanlah dalam akaun dia ya. Jangan mak ayah nya pulak yang kebas! hehe







suke? like la..

Tuesday, August 04, 2015

Raya Lebih Dirasai Bila Sudah Ada Anak Kecil

Assalamualaikum semua!!

Kami bersama abah aku
Selamat hari raya dari kami!!hehe Dah ada anak ni baru la terasa mood beraya. Dulu lepas arwah mak pergi, memang takde la rasa sangat. Sekarang bila dengar je lagu raya, mulut pun terikut menyanyi sekali. Memang lain lah bila dah ada anak ni. Lagipun, sebagai ibu ayah kenalah bagi anak tu rasa seronok dan jadi kenangan manis untuk dia..kan? Kan?

Kalau boleh aku nak dia rasa seronoknya bila berpuasa dan beraya macam masa aku kecik-kecik dulu. Rasa berbaloinya bila dapat puasa penuh (waktu period tak dikira lah, hahah). Pengalaman terlepas bersahur ke..ikut sembahyang tarawikh dekat surau. Tolong mak buat kuih. Sambil-sambil susun kuih raya dalam balang, sambil ambil 1 masuk mulut! Hehe 

Bila pagi raya pulak, lepas dah selesai sembahyang raya, balik ayah dan abang aku balik rumah je, mak ayah aku dah siap duduk kat kerusi, kami adik beradik pulak masing-masing beratur untuk salam dan cium mak abah. Minta maaf sesama mak abah dan adik beradik, tak lupa menyengih bila dapat duit raya! tak lupa jugak dengan rendang ayam arwah mak aku akan buat di pagi raya. Sedap gila, lagi-lagi bila makan dengan lemang! Hehe harapnya gitulah nanti bila Mierza makin membesar.

Sumber: google/diyanazman.com
So untuk Raya 2015 ni, raya pertama kitorang cuma habiskan masa dengan mak ayah husband dan petang tu dengan ayah aku. Macam aku senang sebab dapat jodoh taman sebelah-sebelah. Kampung satu je. Jadi tak ada isu raya tahun ni balik mana, pung pang pung pang gaduh!hahaha Mula cadang nak pergi ziarah saudara sebelah husband tapi tak jadi, dok rehat kat rumah je dulu..jalan mesti jem. Raya kedua baru kita berjalan. Berjalan ke mana? Ke Cameron kita....hehe ceritanya dekat entry sini.

Macam biasa, tradisi belah keluarga mertua diteruskan dengan ambil gambar di studio..hehe Tahun ni aku, suami dan anak mengenakan warna peach pinky. Comel je Mierza berbaju melayu, aku beli dekat Jakel edisi Upin Ipin saiz 0..selamat muat dan tak besar sangat. Almaklum, aku ni bukan jenis reti jahit baju melayu. Kalau jahit jelujur kasar pandai la..hahaha

bersama keluarga mertua :)
suke? like la..

Sunday, August 02, 2015

Orang Lain Beraya, Kita BerHoliday!


Assalamualaikum.

Tak pernah sebelum ni hari raya pergi bercuti sampai bermalam dekat hotel. Selalu orang balik kampung beraya dengan sanak saudara, main bunga api bagai, tapi kami tidak! Haha Hari raya kedua, aku dan keluarga mertua pergi holiday kat Cameron Highlands. Seronokkkkkkk dan sejukkkkkk, hehe sampai demam selesema la Mierza sebab sejuk sangat, elok pulak hujan kat Cameron, tu yang lagi sejuk!


Dah bertahun sebenarnya aku tak jejak kaki ke Cameron. Padahal dekat je dengan kampung halaman. Banyak kali jugak aku ajak husband tapi sebab dia dah jemu. haihhhhhhhh Dia lainlah, selalu pergi Cameron dulu dengan kawan-kawan dia, tambah pulak saudara dia pun ada tinggal kat Cameron, tu yang takde pergi. Aku pulak dah lama mengidam nak layan air teh panas sambil tengok pemandangan ladang teh. Nak makan strawberry banyak-banyak! Hahah

Hajat aku memang tercapai sebab aku dah beli strawberry banyak-banyak makan dengan coklat dia. TAPI! agak kecewa sedikit dengan coklat yang diorang jual dalam bekas tu, tak sedap! macam guna coklat murah je. Lebih baik kalau korang beli yang jual dekat gerai makan, penjual tu dah siap cucuk strawberry kat lidi dan diorang akan lalukan batang lidi strawberry tu dekat coklat fountain tu. Yang tu lagi sedap coklat dia.


Lagi satu, pastikan korang beli dan makan strawberry tu kat Cameron sampai habis! Jangan jadi macam aku. Tamak sangat beli banyak-banyak, tak habis, turun je dari Cameron dan bawak balik rumah, terus strawberry tu lebam-lebam dan dah tak sedap! Nak makan pun rasa was-was sebab dah ada bahagian strawberry tu yang dah berair, Lagi-lagi aku masih menyusukan Mierza. Kang tak pasal-pasal Mierza pun sekali dapat sakit perut kannnn...

Disebabkan kitorang pergi Cameron waktu Raya kedua dan ketiga, majoriti kedai melayu memang tak bukak! Jadi pilihan untuk makan tu memang susah. Kalau pagi kitorang cari kedai mamak, alhamdulillah sebelah hotel kami je ada kedai mamak. Tapi takkan makan malam pun nak makan mamak kan, jemu! jadi tiada pilihan lain, kami serbu KFC! haha Toksah cakap lah, KFC memang masyukkkkkk malam tu. Penuh dengan orang Melayu yang kelaparan di malam hari. kihkihkih


Aku pakaikan Mierza baju sejuk yang dari atas kepala sampai kaki dia macam gambar atas ni. Kan comel? siap ada telinga bagai. Semua dok pandang-pandang sebab ingat kitorang dukung anak kambing atau anak patung! yelah, nampak dari bahagian belakang badan Mierza yang ditutup penuh dengan baju sejuk ni. Bila diorang dah melepasi suami aku yang tengah dukung Mierza, baru diorang nampak muka Mierza dan senyum-senyum. haha! 







suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...