Wednesday, July 29, 2015

Mari Beraya Dengan Fesyen Hijab Terkini


Assalamualaikum.

Macam mana raya korang tahun ni? Best tak? Mesti beraya sakan kan? Lebih-lebih lagi perempuan dengan labuci-labucinya, dengan tudung bermacam-macam fesyennya, hijabista lah katakan..hehe Macam aku simple je tahun ni, berjubah dan shawl main lilit-lilit, kihkih saudara mara aku pulak, nampaknya lebih selesa dengan instant shawl, mudah sebab main sarung gitu je. 

Gambar hiasan, bukan saudara mara aku, haha
Bercakap pasal tudung ni, korang perasan tak dah bermacam-macam jenis ada kat pasaran? Dan yang pastinya ramai pilih jenis tudung yang sarung terus tak kira yang warna plain atau ada corak, yang ada didatangkan dengan inner skali, yang jenis hood mahupun yang kain bertingkat-tingkat, hehe. Ermmmm..tapi terus terang aku cakap aku tak minat jenis yang bertingkat-tingkat..mungkin tak sesuai untuk aku kot. Ikut bentuk muka jugak rasanya sebab ada orang pakai nampak cantik, ada yang ehem! Tak berapa...heheh 

Selain shawl biasa yang aku beli yang kena lilit-lilit sendiri tu, aku pun ada tudung jenis instant ni, tudung Naelofar aku beli. Kalau macam waktu kritikal, tetiba orang datang rumah beraya secara mengejut ke, cepat-cepat aku boleh ambil tudung tu dan sarung terus, siap! huhu tak payah susah-susah. Agak-agak kalau nak kena lilit-lilit mengejut tu, buat pulak lilitan tak mengena, mau rosak mood terus! Pernah jadi kan? kan?hehehe

Ni aku pakai instant shawl
Sekali imbas nampak macam serabut kan tapi cantik sebenarnya. Tudung yang macam ni ada dijahit sekali dengan inner. Nampak kelainannya dekat situ bila inner dia zig zag gitu. Cantik! Aku pun ada, warna pink lagi..


Cun je aku tengok Neelofar pakai instant shawl dia. Nampak kemas dan tak kurang bergaya. Memang dah niat dalam hati nak tambah lagi koleksi instant shawl. Kalau boleh nak ada semuaaaa warna untuk semuaaaaa design! Haha melampau tak? Yelah, yang ada sekarang pun jenis plain simple je takda labuci..mana boleh! Tak glamour lah takde lip lap lip lap masa pergi beraya..hahah

Korang pulak macam mana? Ada cuba bermacam-macam gaya tudung terkini ke? Raya pun masih ada lebih kurang 2 minggu lagi, open house jangan cakap lah berlambak kan?! Jadi jom cuba bermacam-macam gaya. Korang boleh tengok kat sini untuk pilihan Latest Hijab Style. Cantik-cantik dah tudung sekarang! Tudung instant yang dah siap lilit, labuci tersusun cantik pun ada, tak payah dah susah-susah lilit sendiri dan guna banyak pin. Aku pun jadi rambang mata, rasa macam nak beli je semua. haha

Selamat Hari Raya! Maaf zahir batin~





suke? like la..

Sunday, July 26, 2015

Ahhh Esok Kerja!

Assalamualaikum.

Rasa tak best giler bila dah terfikir yang esok kena kerja balik! Mau tak nya monday blues tu menggiler? Dah seminggu lebih aku cuti raya! haha! Raya sakan aku tahun ni. Alhamdulillah rezeki anak yang membuatkan aku dapat kerja waktu pejabat dan bukan lagi shift macam dulu. Peluang aku pulak untuk ambil cuti panjang, hehe.

Raya pun ada kurang lebih 3 minggu lagi. Jadi tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat korang. Ampun maaf aku pinta kalau ada aku tersalah kata, terkecikkan hati korang, termengata dan seangkatan dengannya. Kosong-kosong ye. :)


*ternampak pulak set golf kat tepi tu..hahaha ni kes malas nak crop, sekian. k bye~



suke? like la..

Saturday, July 11, 2015

#Cabaran20Hari [Pengalaman Manis Di Bulan Puasa]

Assalamualaikum.

Bercerita pasal pengalaman ni memang menggamit nostalgia lama. Teringat masa zaman budak-budak dulu. Kurang dari 10 hari tibanya hari raya, mak mesti panggil mintak tolong masukkan duit dalam sampul. Senyum je bila nampak duit kertas baru dan bermacam-macam warna!hehe padahal bukan dapat semua kat kita, benda nak bagi orang..tapi diri sendiri yang excited main kira-kira duit dan masukkan dalam sampul.

Lagi-lagi dulu sampul jenis pendek, Jadi duit kertas tu kena lipat sikit kat hujungnya. Mak akan bagitahu yang ni sampul untuk 1 ringgit, yang ni 2 ringgit, yang ni 5 ringgit. Khusyuk la ni dok kira betul-betul, takut terlebih atau terkurang.  Lepas tu check balik kot-kot ada sampul kosong. Kesian pulak kalau ada yang dapat sampul kosong kan..hehe


Lepas tu, masa bulan puasa ni lah mak abah akan ajak pergi shopping baju raya. Seronok bukan main! Yelah, dulu bukan senang nak dapat baju baru. Kami keluarga sederhana je. Penat mak abah bertungkus lumus perah keringat untuk cari rezeki makan kami anak beranak. Jadi bila dapat beli baju raya rasa seronok sangat. Masing-masing mesti nak baju baru, kitorang panggil baju jalan. Tak nak baju kurung. Hahahaha 


Harapnya aku dapat serapkan perasaan ni untuk anak aku pulak. Biar dia rasa kenangan manis yang aku dapat masa budak-budak. Tak mahu manja sangat. Nak dia hargai apa itu pengorbanan seorang ibu ayah. hehe InsyaAllah aminn~








suke? like la..

Friday, July 10, 2015

#Cabaran20Hari [Menu Wajib Bulan Puasa]

Assalamualaikum.

Bercakap pasal menu wajib bulan puasa ni, apa yang aku faham ialah makanan apa yang korang mesti makan bulan puasa ni kan? Kiranya macam KENA ADA. Tak boleh kalau takde kan? kalau takde tu memang tak feel la..giitttuuuuu...huhu

Macam aku, masa berpuasa ni mesti aku ngidam air tebu! Haha aku pun tak tau kenapa..bulan-bulan lain takde pulak dok mencari air tebu..Tapi bila tiba je bulan puasa, mesti aku nak basahkan tekak dengan air tebu..mak aihh....dia punya feel tu bila dapat minum air tebu, gile nikmat lah! 

Sumber: google
Masa aku period pun (opppsss), aku bantai minum air tebu! Tajam kot..lagi cepat dan banyak la..(yang perempuan cukup umur, fahamlah apa yang aku cakap ni..hahaha) 

Makanan pulak aku lebih ngidam kepada murtabak..kihkih tapi murtabak ni kalau tak dapat pun takpe..aku takde lah meroyan macam aku nak sangat minum air tebu tu.. So far tu je yang buat aku mengidam pun masa bulan puasa ni. Biasalah, tengah lapar memang nafsu membuak-buak, tapi bila dah waktu berbuka, takde makan banyak mana pun..betul tak?

Elakkan amalan membazir ye..kos hidup makin tinggi sekarang..hehehe








suke? like la..

Thursday, July 09, 2015

#Cabaran20Hari [Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas]


Assalamualaikum.

Perlu ke tepek resepi dekat sini? Rasa tak perlu kot sebab sahur paling ringkas aku ialah telur mata! hahahahahaha takkan nak letak resepi cara-cara nak menggoreng telur mata kot?? laaa... nak jugak ke? meh sini aku ajar:
  1. Mula-mula, tuang minyak dalam kuali.
  2. Panaskan kuali.
  3. Pecahkan sebiji telur dalam kuali. Jangan sampai pecah kuningnya.
  4. Angkat telur apabila putihnya sudah masak.
Ni untuk sebiji telur je, kalau nak 2, 3 biji telur, ulang langkah 3 dan 4. hahaha best tak resepi aku? hehe korang sahur apa pulak yang ringkas? Bagi aku, benda yang paling senang zaman sekarang ni, korang beli je makanan kering yang boleh tahan lama. Contoh macam sambal hitam tu ke, serunding ke..tak lupa jugak keropok ikan atau papadom..makan dengan nasi panas-panas! Nak special sikit, goreng telur mata macam resepi aku atas ni! Kan sedappp...kihkihkih

sumber google
Teringat aku masa aku belajar dulu, soalan paling susah nak jawab ialah bila orang tanya 'nak makan apa ni?' Hmmm...walaupun kat Selangor ni punya banyak makanan, tapi tetap soalan paling susah dan jawapan biasanya 'ikut ko lah...' kannnnn???? Adehhh....

By the way, untung bila kita dapat suami yang tak banyak ragam ni. Makan je apa yang ada. Tak ada nak memilih lauk atau jenis yang sahur kena banyak-banyak lauk dan kena masak fresh..jenuh tu! Kalau aku suri rumah, insyaAllah aku dapat buat. Tapi bila fikir nak kena kejar anak, nak siapkan kerja rumah, rushing nak pergi kerja dengan jalan jem nya, minta maaf sangat-sangat. Belum lagi aku mampu nak buat semua tu.







suke? like la..

#Cabaran20Hari [Pengalaman Sahur]

Assalamualaikum.

Pengalaman bersahur dulu dan sekarang memang berbeza. Kalau dulu mak-mak kena bangun awal gile untuk panaskan lauk atas api. Air dalam cerek pun kena jerang atas api, duk tunggu la bunyik 'tsiiiiiiiiiiiii...' tanda air masak! Haha legend wei.. 

Sekarang senang je. Bangun, keluarkan lauk dalam peti ais, masukkan dalam microwave, 'ting' tanda lauk dah siap panas! Air pun dah ada jenis tekan je nak panas atau nak sejuk, terus siap. Jadi, bangun pun tak ada lah awal mana kalau nak ikutkan. 

Kalau dulu waktu kecik-kecik, tunggu je mak kejutkan bangun sahur. Makanan semua dah siap terhidang, tinggal nak bukak mulut dan makan je. Lepas tu, tidur! Haha (tak berkat betul puasa zaman budak-budak,kihkih) La ni dah jadi mak budak, siapa lagi yang kena bangun dan siapkan makanan kalau bukan kita kann?? Dah siap bersahur, terus siap-siap kena pergi kerja pulak untuk elak jem..hoho

Paling best bila ada suatu hari tu, handphone sendiri terpadam.. handphone suami pulak hang, tak berbunyik alarm..sedap je tidur kan..sedar-sedar dah pukul 6! Terlepas sudah....haha berlapar la kitorang..nak buat macam mana..nasib badan..sabar je la ye! hehe


Kalau nak ikutkan, macam-macam pengalaman bersahur ni. Dari segi perangai masing-masing masa nak sahur, liatnya MasyaAllah! haha ada yang dengan air liur basi melekat lagi kat mulut terus duduk untuk makan. Ada yang sahur kat mamak sebab tengah dalam perjalanan. Macam-macam lah! Korang pun mesti ada pengalaman bersahur yang menarik kan. Share la dan tinggalkan link dekat kotak comment. Nanti aku blogwalking. hehe





suke? like la..

Wednesday, July 08, 2015

#Cabaran20Hari [Apa Erti Puasa Pada Anda]

Assalamualaikum.

Apa erti puasa pada aku??? hmmmm..Kalau masa kecik-kecik dulu, aku tak anggap pun puasa ni penting..sekadar menahan lapar dan dahaga je. Pernah je aku curi-curi bukak peti ais dan minum. Tak pun pergi minum air paip..haha biasalah, zaman budak-budak hingusan tak tahu apa-apa.


Kalau sekarang yang dah jadi mak budak ni pun masih lagi nak buat hal, tu memang parah la dan mintak penampar sebijik. kihkih Bila usia kita meningkat dan fikiran pun lebih matang, jadi kita akan nampak puasa ni dari sudut yang berbeza. Tak ada lagi dah nak curi-curi bukak puasa, lebih faham yang puasa ni bukan sekadar menahan rasa lapar dan dahaga, tapi lebih dari tu!

Jadi, apa erti puasa ni? Yang sebenar-benarnya puasa ni mestilah dapat menahan diri kita daripada berbuat dosa dan lebihkan amalan pahala. Pernah dengar amar makruf nahi mungkar? gitu....hehe
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”[al-Quran 3:104]
Selalu kita diperdengarkan yang bulan puasa ni, syaitan kena ikat. Jadi tiada alasan untuk kita terus berbuat dosa. Masa ni lah untuk kita pertingkatkan amalan. Pernah aku dengar satu ceramah dari seorang ustaz ni, ayat dia makan dalam beb. Katanya:

Kebenaran paling pahit di bulan Ramadhan apabila kita sendiri ialah syaitan apabila masih lagi berbuat kemungkaran sedangkan syaitan di ikat.
Kononnya selama ni di luar bulan Ramadhan, kita asyik menyalahkan syaitan kalau kita buat jahat. 'Syaitan la ni dok menghasut aku..' Jadi, kalau dah syaitan kena ikat, siapa lagi yang harus dipersalahkan? tak ke diri sendiri? adehhh..






suke? like la..

Jom Sahut Cabaran #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas aku dah ternampak dah ramai blogger yang join mende alah ni. Macam best lah pulak. Dulu masa aku belajar kat UKM dulu, selalu jugak aku join cabaran-cabaran blogger tegar ni..haha Ada cabaran menulisa la, ada cabaran 30 hari la.. Satu hari nanti mungkin aku nak godek balik blog aku ni dan buat satu page khas apa cabaran yang dah pernah aku buat. hehe

Eh melalut panjang pulak...berbalik pada cabaran yang aku macam excited nak buat ni ialah #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 anjuran Exchange Feed Group. Dengar kata ada hadiah! hehe walaupun aku dah macam terlambat nak join, tapi tak mengapa! aku akan cuba kejar dan update selalu. Tak menang pun takpe sebab ni cabaran-cabaran ni sebenarnya suatu kepuasan untuk seorang blogger. huhu

Nak tahu lebih lanjut, sila ke blog ni..aku jumpa masa tengah blogwalking..hehe Antara yang korang kena tulis entri, tengok gambar di bawah, malas nak taip panjang-panjang..agagagaga




Jom, apa tunggu lagi?? meh sahut cabaran!






suke? like la..

Saturday, July 04, 2015

Alamak! Terlajak Sahur!


Assalamualaikum.

Hmm...dalam dok beringat-ingat untuk kunci jam bangun sahur, mesti ada jugak yang terlajak! korang pun mesti pernah merasa saat-saat nak masuk waktu imsak, baru terbangun tidur kan? tak pun, terlepas terus..haha Nak buat macam mana..tu namanya nasib badan.......kihkih

Dua-dua situasi atas ni pernah terjadi dekat aku sekeluarga tahun nih..adehhh...dah ada anak dan suami pun boleh terlepas sahur jugak..macam mana nak jadi ibu dan isteri mithali ni? tinggal tali je ni..hahaha 


Kalau yang terlepas terus sahur tu memang sadaqallahulazim la jawabnya..tapi kalau agak-agak ada lagi sikit masa untuk bersahur, apa je yang korang akan makan? kalau aku, dapat minum milo dan makan kurma pun jadilah..jangan korang malas pulak untuk bersahur tau..bersahur ni ada pahalanya..

Bersahur ni waktu dia ibarat tempoh bacaan 50 ayat suci Al-Quran, macam kurang dari 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Jadi sesiapa yang konon kata bersahur tengah malam tu, tu bukan sahur ye..tu makan lewat malam dan tak dapat pahala sahur..huhu
 






suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...