Monday, June 29, 2015

Penukaran Ujrah PTPTN


Assalamualaikum.

Bercakap pasal PTPTN ni, aku memang salah seorang peminjam yang bayar setiap bulan. Yelah, pandai pinjam, pandai lah bayar.. walaupun sesak-sesak, aku tutup mata je bayarkan jugak..haha mahu taknya, belajar ijazah dulu 4 tahun, RM3500 setiap semester, bersamaan dengan RM28000 aku pinjam..tu belum masuk interest lagi. Selamat ada program tukar pada Ujrah. Jadilah daripada tak ada kan...


TAPI! huh ada tapi di situ.. hmmmm...awat nya lah proses dia lambat bebenor???? dari awal Januari tahun ni lagi aku dah serahkan borang dekat pejabat PTPTN. Kat laman web Ujrah pun dah siap cakap dokumen diterima dan lengkap tapi tang status tu..Belum Laras!! haihhh..dah nak masuk bulan Julai dah ni wei... kalau tak silap aku, masa aku serahkan dulu, katanya ambil tempoh dalam 3 bulan, la ni??? adehhh...

Jadi, apa yang aku buat? tak tanya tak tahu..jadi aku tanya! mana lah tahu kot-kot diorang dah laras tapi tak update je kan kat website..(ayat sedapkan hati..hahaha) aku bukan ape wei, dok tengok bayar tapi macam lambat betul jumlah pinjaman tu turun...gerammmmm je...bhahaha 


Skema tak ayat aku??? hahaha nak tanya tu biar berhemah. Diorang pun akan senang hati membantu. Pengalaman aku sendiri bila layan kerenah customer, kalau dapat yang meroyan tu, rasa macam malas je nak layan.. saja buat lambat-lambat..haha ehhhh...melalut pulak..

Aku cuba jugak bukak laman web ptptn tadi nak tengok apa respons diorang tapi website down la pulak....lerrrr...baru nak ngomel lagi kat blog ni,,haha takpe..takpe..kita tunggu apa yang diorang balas. till then, bye~





suke? like la..

Thursday, June 18, 2015

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2015 : NEGERI PERAK


Assalamualaikum.



Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk memyambut kedatangan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Sama-sama kita beramal.

Berikut adalah jadual waktu berbuka Puasa tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi bagi Negeri Perak.
Zon 1 : Tapah, Slim River & Tanjung Malim


Zon 2 : Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg.Siput, Kuala Kangsar

 
Zon 3: Pengkalan Hulu, Grik, Lenggong


Zon 4 : Temengor dan Belum
 
Zon 5 : Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor


 Zon 6 : Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
 
Zon 7 : Bukit Larut

Sumber: Jakim






suke? like la..

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2015 : NEGERI SELANGOR


Assalamualaikum.


Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk memyambut kedatangan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Sama-sama kita beramal.

Berikut adalah jadual waktu berbuka Puasa tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi bagi Negeri Selangor.

Zon 1 : Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat & Sepang
Zon 2 : Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor & Sabak Bernam
Sumber: Jakim






suke? like la..

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2015 : KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk memyambut kedatangan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Sama-sama kita beramal.

Berikut adalah jadual waktu berbuka Puasa tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sumber: Jakim








suke? like la..

Wednesday, June 17, 2015

Bila Pecah Tabung


Assalamualaikum.

Malam tadi entah semangat apa datang, gigih aku pecah tabung dan asingkan duit syiling..haha tabung ni sebenarnya dari zaman sebelum aku kahwin lagi tapi tak dibuka-buka..tambahnya tidaklah sangat jugak..jadi perhiasan je..hehe

Jadi dah alang-alang anak aku pun tengah sedap lena tidur, aku pun dok bukak tabung, asingkan dan kira! Tak de kerja kan..padahal boleh je bawak pergi bank dan masuk dalam mesin tu..haha!

Ni hasilnya..siap pack dalam beg plastik ikea..haha
Teringat masa aku kerja part time dekat Guardian dulu..kena kira duit, baik duit kertas ataupun duit syiling..jenuh ko!! Duit 50 sen senang lagi..cukup jadi nilai RM10, masukkan syiling tu dalam bag plastik kecik dan staple..huhu tiba duit seposen dengan 5sen..adoii!! Tu belum kalau salah kira lagi..Habis je kira, mesti melekat bau duit syiling kat tangan..hahaha

Singapore dollar ada, indonesia rupiah ada, thailand baht ada..kihkih
Aku berani jamin la..setiap tabung ni mesti ada punya lah duit syiling yang tak berkaitan..maksud aku macam matawang asing lah kiranya..mesti bila korang asing-asingkan tu, ada lah jumpa duit syiling selain dari Malaysia..macam Indonesia, Thailand..Paling rare yang gambar bawah ni..

ini comel!
Haha duit gambar bear pun ada! Ni token untuk main game kat arcade..bukan duit syiling!kihkih




suke? like la..

Monday, June 15, 2015

Xperia C4 Dual, Xperia M4 Aqua Dual & Xperia Z4 Tablet: Mana Satu Pilihan Kalbu?


Assalamualaikum.

Kalau ikutkan rasa hati, masa press release tu lagi aku dah angkat satu SONY Xperia ni..Gila tak nak? Memikat kalbu sungguh bila test sendiri guna handphone ni..elok pulak tengah-tengah handphone aku sekarang ni asyik buat hal! ku tahan kan juga hati..tapi ni confirm tak tertahan gak nanti..hahahahahaha

Nak tahu apa keluaran terbaru SONY Xperia?? Sekali keluar 3 kau.....hoho ada Xperia C4 Dual, ada Xperia M4 Aqua Dual dan Xperia Z4 Tablet. Masing-masing ada kelebihan tersendiri yang membuatkan korang macam..."arghhhhh..mana satu nak pilih nih??!!"...gittewww...huhu 



Perkenalkan..yang ni Xperia C4 Dual..sesiapa yang kaki selfie/wefie tu memang sesuai angkat yang ni! flawless gile muke weh bila ambil gambar..tak payah dah edit-edit..kihkih phone ni didatangkan dengan 5MP untuk kamera depan, siap ada soft LED flash dan steadyshot..baru gambar jadi terang dan takkan goyang...hihi


Xperia M4 Aqua Dual pulak specialty dia boleh masuk air! woohoo! phone yang boleh bawak masuk dalam air ni best nih..tak ada lah incident handphone rosak masuk air berulang macam last aku dan suami pergi Krabi..nanges beb bila waterproof bag tak berapa nak waterproof..huh!

Handphone Xperia M4 Aqua Dual  ni pun aku macam berkenan jugak sebab boleh masuk air tu of course lah..lagi satu phone ni jimat bateri..tahan lama sehingga 2 hari! handphone aku sekarang ni, tak sampai sehari dah nak kong..mana aku tak tercarik yang lain..kihkih

gambar entah siapa snap guna tablet Z4..haha

Untuk Xperia Z4 Tablet  ni pulak aku berkenan sebab besar: 10.1", ringan giler, dan bila attach dengan keyboard dia, dah jadi macam ala-ala laptop..penting ni untuk seorang blogger macam aku..lagi senang nak update blog..kalau guna handphone sekarang payah..so bila guna tablet ni, ko boleh ambik gambar dan terus karang ayat untuk publish dalam blog..

  
So apalagi..lai lai...pilih-pilih mana yang berkenan di hati..aku dalam proses pikir nak yang mana satu..haha lepas ni posing dengan handphone baru pulak..kihkihkih










suke? like la..

Sunday, June 14, 2015

Aliff Mierza: Gelagat Bila Mandi


Assalamualaikum.

Tengok gelagat budak kecik ni..seronok tengok dia membesar depan mata..walaupun bila weekdays dia banyak habiskan masa dekat taska sebab aku bekerja, tapi Alhamdulillah aku boleh jadi fulltime ibu untuk dia masa weekend..hehe

tengok tu! suka! hehe
So, waktu weekend la aku boleh bermanja-manja lelama dengan dia..layan kerenah dia..tengok gelagat dia..hee kalau waktu mandi, aku bagi dia main dengan air..selalu mandi express je..tak dapat berendam..hee

Mula-mula takot! Mulut terkumat kamit sebut "mamamamamama..mamama" sambil tangan terus hulur kat aku suruh dukung..haha tapi aku buat dek..Aku sebut "weeeee....weeeeee..seronoknya!" sambil kocak-kocak air..baling-baling lembut bola tu kat dia..lama-lama dia senyummm lebar dan okay..terus dia yang dok pukul-pukul air tu..hehe

masa mula-mula masuk air..muka cuak! kihkih
ralit main bola
Jadi ibu bapa ni kena banyak main psychology dengan anak! hahahaha yang pasti, masa berendam ni, JANGAN kita leka atau tinggalkan dia main air sorang-sorang.,.bahaya tau,,walaupun nampak air ni tak dalam, tapi tak mustahil dia boleh lemas.. 

Lepas ni dah besar sikit, aku cadang nak beli kolam yang besar tu..mana aci dia sorang je berendam! kihkih






suke? like la..

Thursday, June 11, 2015

Playard: Perlu ke Tidak?


Assalamualaikum.

Korang mesti biasa nampak dekat taska kan..akan ada playard disediakan..playard tu apa??? alaaa...yang macam kandang tu..haha Hari tu aku perasan dekat hospital swasta pun ada untuk anak-anak bermain dalam tu..tapi yang tu memang besar la!

Kalau nak fikir apa orang kata tu memang payah la.. sampai sudah kau tak boleh nak puaskan hati semua orang. Biarlah apa orang nak cakap: macam
"eh, kenapa letak anak dalam tu??kesian dia"
"ko letak anak ko dalam ni? kejamnye!"
"ko pemalas kan..jaga anak pun tak boleh sampai kena letak dalam ni"
Mulut orang..malas nak ambil kisah..yang penting kita tahu apa yang elok. Alasan aku mudah. Aku nak anak aku selamat! Rumah aku ni jenis plug socket kat bawah. Jadi sebelum keluar berita 'bayi terkena renjatan elektrik' dan kemudiannya mak bapak dipersalahkan sebab lalai, baik aku kandangkan. Nauzubillah.. mintak dijauhkan.. Anak sorang je wooo....kena jaga wooo....


Tapi kandang-kandang pun, kitorang beli yang saiz besar..nak bagi dia puas bergerak ke sana ke sini. Di tambah pulak dengan mainan, siap bola-bola, ada aktiviti panel untuk dia gerakkan minda dia. Lagipun bila kandang ni besar, aku pun boleh duduk dalam tu sekali. Tak gitu? Maka jadilah mak anak dikandangkan...kihkihkih



Lai...lai....siapa nak masuk..silakan..silakan..sejam RM5..tak mahal..hahah











suke? like la..

Tuesday, June 09, 2015

Taktik Scam Paypal


Assalamualaikum.

Korang tolong lah berhati-hati ye..sekarang ni dah terlampau banyak taktik menipu! Pandai je diorang ambil kesempatan pada kita. Baru-baru ni pasal taktik menipu guna Paypal pulak. Banyak lagi taktik menipu yang aku tahu, tapi tu nanti aku cerita ye..

Kesnya macam ni..ayah mertua aku ada satu setem ni..special sebab tak ada nilai dekat setem tu..dia iklankan lah dekat mudah. Ada orang minat nak beli dengan harga 10 ribu Ringgit Malaysia..Kadang-kadang macam tak masuk akal jugak bila penggemar pengumpul setem ni boleh nak habiskan duit beribu-ribu kan..sama macam kes beli lukisan nilai juta-juta. hahah


Orang tu tanya kat ayah mertua aku samada ayah mertua aku ni ada akaun Paypal tak untuk dia transfer duit guna Paypal. Memang confirmlah tak ada. Selamat masa ayah berususan ni, kitorang pun ada sekali. Kebetulan diorang datang rumah kami nak lawat cucu kesayangan. Jadi aku cakaplah dekat ayah suruh bagi akaun paypal aku je. Senang! tak payah susah-susah nak buat akaun lain.

Sebab Paypal ni sekarang ala-ala partnership dengan RHB Bank. So kalau korang nak daftar paypal, korang kena ada akaun RHB. Dah banyak kerja pulak kan kalau nak daftar akaun paypal baru. Tanpa banyak soal, ayah mertua aku pun bagi je aku punya akaun Paypal dekat pembeli tu.

Esoknya pembeli tu cakap dia dah transfer duit ke akaun Paypal, mintak check samada ada terima ke tak. Aku pun login lah akaun Paypal aku. Kosong! Tak ada pun..takpe, aku cuba login email Yahoo aku pulak..kot-kot lah ada Paypal bagi email cakap suruh claim duit. Ada email! Harapan makin bersinar-sinar nak dapat 10 ribu!hahah

Dah baca dah isi kandungan email dalam gambar atas nih?? aku recap balik:
We've placed a temporary hold on the funds of this transaction! In order to complete this transaction and get the funds approved in your account, we advice you go to nearest Western Union Office, and send the excess sum of RM2,500.00 MYR to the Transport Agent.
Apa jadahnya nak guna western union pulak????! Dah elok guna Paypal, nak suruh guna Western Union pulak..hahahahahaha nampak sangat penipunya! ni kalau kena dekat orang yang tak pandai sangat bab bab transfer duit ni, memang masak lah..habis terpedaya.. selamatlah ada anak menantu macam aku yang kerja bank dan tahu selok belok transfer online ni..nama pun kerja bahagian internet banking...bhahahaha

Rasa macam nak je aku balas email ni, bagi fake info konon-konon aku dah buat transfer guna western union. Okay jugak tu kan..boleh tengok apa yang dia reply. Biar dia pulak terkena..kihkih

korang rasa nak tak aku buat camtu?







suke? like la..

Monday, June 08, 2015

MORNA by Effareeza


Assalamualaikum.

Tengok budak nih! Amboihh..kemain anak buah aku ni..Aisya Damia..lagak model cilik..hehe 


Untuk pengetahuan korang, kakak aku akan release jubah kanak-kanak sesuai untuk umur setahun sehingga 5 tahun. Ni namanya Aisya jubah dan ada 9 warna pastel..cantikk! 

Sesiapa yang ada gugurls/princess tu boleh la cuba beli..raya pun nak dekat dah kan..sedondon pakai baju jubah warna pastel dengan anak..ala la la la suwiitttt....


Visit ig ni untuk tahu lebih lanjut okay..



*p/s: jubah untuk orang dewasa pun ada nanti..nak ngendeng2 kat kakak aku pulak untuk jadi model jubah orang dewasa..bhahahaha











suke? like la..

Sunday, June 07, 2015

Craving for Chocolate! Monster's Crazy Crunchy!

Assalamualaikum.

Siapa penggemar chocolate kat sini?? Angkat tangan!! Ada berita baik untuk korang...hehe sila tengok gambar bawah...


Menggoda tak? Tergoda tak? Ni lah chocolate keluaran Monster's Crazy Crunchy! Serius sedap! Aku sorang je boleh habis 5 botol! Sambil buat kerja dekat office, sambil krup krap krup krap layan chocolate ni.. tetibe habis! Tak sedar..haha

Aku saje test market jual sekali dekat office, rupanya bukan aku sorang je yang suka chocolate ni..dah ramai officemate aku yang terjebak gila kan chocolate nih..ada yang order sekali 4..ada yang repeat order nak buat stok katanya..haha

Korang memang patut try..tak rugi..elok sedap je manis dia..ditambah dengan rangup rainbow rice dia..nyummih!!

Nak tengok lebih lanjut produk apa lagi yang ada, boleh pergi dekat official website dia..mana-mana yang kenal aku, nak order, boleh beli dekat aku...aku jual sambil-sambilan je dulu..hehe


Selamat ber'crazy crunchy'!hehe bye!











suke? like la..

Saturday, June 06, 2015

Farewell Party with Domino's Pizza


Assalamualaikum.

Selalunya bila ada rakan sekerja yang dapat kerja lain ataupun berhenti ke nak jadi full time housewife ke, mesti ada farewell party kan..hehe untunglah..time aku nak blah ari tu, takde jamuan bagai.. lagipun tak pergi jauh pun..still bangunan yang sama, tingkat je yang berbeza..haha

Party ni untuk rakan sekerja department yang aku baru masuk ni. Alhamdulillah la environment dan rakan-rakan kerja sini memang tip top! seronok kawan dengan diorang. Time kerja, kerja..tapi time gelak tu melampau..hahaha terus ngam gituuu...hehe

So kali ni kita raikan dengan Domino's Pizza. Senang! free delivery, tak yah pergi jauh-jauh..haha lagipun makan ramai-ramai dan kita-kita je lagi seronok..baru rapat ukhuwah tu.. gituuuu...hehe



Ni lah Kannan..orang yang diraikan..terharu dia bila dapat surprise cake dan bunga..kelu lidah dia bila orang suruh bagi speech..hehe 



Wish you all the best Kannan! 




*gambar aku takda,,boleh pulak lupa selfie depan kek..haha
suke? like la..

Thursday, June 04, 2015

Selangor Food Mega Festival 2015


Assalamualaikum.

Ahad lepas aku dan husband aku bawak Mierza sekali pergi jenjalan. Takde jauh mana pun, area Selangor jugak..Jalan-Jalan Cari Makan! dekat mana? kebetulan Selangor ada buat 'Selangor Food Mega Festival 2015'. Aku pergi tu dah hari last event dan sampai dalam pukul 10 lebih macam tu. 


Masa sampai tu, banyak jugak booth yang tak bukak lagi. Ada yang baru nak sediakan makanan, ada yang baru tengah susun-susun barang. Jadi aku pun pusing-pusing dulu tengok apa pilihan yang ada.


Kalau korang perasan lah..sekarang nih dah jadi macam trend pulak kalau orang hias booth/gerai ni.. semuanya konsep kayu, rumput, putih, hijau..hahahaha cuba tengok balik gambar-gambar atas nih.. kannnn???? hehe

So far aku tengok makanan waktu tu macam tak ada banyak yang menggugat keimanan aku la..berbanding masa aku pergi satu event Food Hunt dulu..yang tu banyak dan buat aku craving! huhu Tapi tak tahulah kot sebab aku pergi awal sangat ke ataupun belum hangat lagi food festival ni..entah..

Yang aku tahu, sebelum matahari terik, aku nak balik..kesian kat Mierza..nanti demam pulak dia. Alhamdulillah lah tak berapa panas masa nih dan angin pun best je sepoi-sepoi..hehe

 

Last-last aku beli takoyaki dan tacos je sebab tu memang favourite aku. Tacos ni sedap jugak. Food Truck ni selalu ada kat Sunway sana tapi sekarang sebab tengah semester break, jadi diorang kejap kat sana, kejap kat sinun, kata salah sorang abang tu la..huhu

Siap ada sedia tempat untuk lepak ala-ala piknik lagi tau..ni kalau cuaca redup ok la..tengah panas rembang ni memang tak lah nak berjemur tengah-tengah tu kan..kalau negara berhawa dingin (ambik kau ayat aku berhawa dingin..kihkih) ok lagi.. orite..jumpa lagi..bye!






suke? like la..

Monday, June 01, 2015

BUFFET RAMADHAN 2015 : PICC, Putrajaya


Assalamualaikum.

Khamis lepas, aku dan rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk menikmati beberapa hidangan yang bakal disajikan nanti di Putrajaya International Convention Centre PICC, di bulan Ramadhan. Kalau macam tahun lepas ada 200 hidangan yang disediakan, tapi Ramadhan tahun ni akan ada 300 hidangan! banyak tuh...

Tak perlu cakap banyak..Sila tengok makanan-makanan yang bakal dihidangkan bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya"..hehe


Ni hanya beberapa makanan je tau..ada banyak lagi..kang penuh dengan gambar pulak je kang..haha macam pembuka selera PICC ada sediakan som tam, papaya salad, gado-gado, aneka keropok, acar, buah-buahan jeruk dan macam-macam lagi.

Untuk dessert pulak, ada ais kacang, chocolate fountain- 2 jenis iaitu dark chocolate dan white chocolate, ada apam balik, pengat durian dan pengat pisang pun ada tau...uishh..kecur liur aku!

Harganya pulak macam bawah ni.. tapi digalakkan korang buatlah tempahan tau..kang kalau main datang je, tiba-tiba penuh..dah kempunan tak dapat makan kat sini..hehe











suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...