Wednesday, May 27, 2015

Longan Kering Dan Kurma Merah Tambahkan Susu Badan


Assalamualaikum.

Bagi ibu-ibu yang gigih nak susukan anak dia, ni ada lagi satu tips nak tambahkan susu badan. Kakak dekat office lama aku la yang mula-mula cakap pasal ni. Al-maklum, kita ni kena cuba macam-macam. Ada yang serasi dengan kita, ada yang tak serasi. Jadi kena lah cuba dulu.

Macam sebelum ni aku minum Ummo Lacto untuk tambahkan susu badan aku. Alhamdulillah stok memang banyak. Tapi sekarang nih dah makin berkurangan dah, sebab tak konsisten pam. Bukan apa, aku selalu ter-'miss' untuk pam bila dekat office baru ni. Fokus sangat buat kerja, kah! So, bila no demand, no supply lah..adoi! La ni cukup untuk anak aku minum sehari je.. Sedih!

Nak tau apa yang aku cuba makan sekarang ni selain Ummo Lacto? Nin diaaa....


Campuran longan kering dan kurma merah. Aku suruh husband aku beli dekat kedai ubat cina. Kalau korang search online pun, memang banyak yang cakap longan kering dan kurma merah ni boleh tambahkan susu badan. Tu yang aku nak cuba ni. Harap-harapnya menjadi la dan boleh buat stok balik.

Yang penting kena konsisten bila pam. Aku siap pam dalam kereta lagi tau. Alang-alang tengah jalan jem tu kan. Tangan lagi sebelah duk sibuk pam sambil tangan lagi satu pegang stereng. hahahaha Ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anak kan. Selagi boleh, aku nak anak aku menyusu badan sampai umur dia 2 tahun. InsyaAllah. hehe~

Untuk tahu samada berkesan ke tidak longan kering dan kurma merah ni pada aku, nantikan review nye nanti ye. Nak minum dulu suam-suam. Ok bye~






suke? like la..

Tuesday, May 26, 2015

Tips Melayan Kerenah Anak


Assalamualaikum.

Ni ada beberapa tips untuk melayan kerenah anak-anak kita. Macam aku baru sorang je anak. InsyaAllah yang seterusnya coming soon..kihkih
1. Jika nampak anak korang menangis, jangan buang masa untuk diamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit supaya bila dia lihat, dia akan terdiam. Ni sebab psikologi bila manusia menangis, adalah dengan menunduk.
2. Jika nak anak-anak berhenti bermain, jangan terus cakap "Dah, dah..stop sekarang!". Tapi cakap kat diorang macam ni "Main 5 minit lagi yee.." Lepas tu ingatkan lagi "2 minit lagi yee.." Kemudian barulah cakap "Dah, habis dah waktu main." Anak-anak akan berhenti bermain.
3. Jika anak-anak tengah bergaduh atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat dan kita nak alih perhatian anak-anak nih, cuba cakap "Siapa nak dengar ibu cerita?angkat tangan..." Mesti ada salah sorang akan angkat tangan, diikuti dengan anak-anak yang lain dan semuannya akan diam.

4. Masa anak nak tidur, cakap kat diorang "Tidur ye sayang..esok pagi kan kita nak solat subuh.." maka perhatian mereka akan selalu pada akhirat. Jangan pulak cakap " Jom tidur, esok nak sekolah" dan akhirnya anak-anak tak solat subuh sebab perhatiannya adalah kepada dunia.
5. Nikmati masa kecil anak-anak kita sebab waktu akan berlalu dengan cepat. Kenakalan dan sikap kebudak-budakkan diorang tak akan lama. Ia akan jadi kenangan terindah dalam hidup ni. Main lah dengan diorang, bergelak ketawa, bergurau dengan diorang.
6. Tinggalkan handphone seketika dan matikan jugak TV. Jika ada orang telefon untuk urusan tak penting, cakap "Sorry, tengah busy dengan anak-anak" Semua ni tak akan menyebabkan jatuhnya kewibawaan atau hilangnya keperibadian korang. Orang yang bijak tahu cara bagaimana nak seimbangkan segala perkara dan menguasai pendidikan anak-anak.
Selain tu, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah dan dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya diorang tahu betapa pentingnya diorang pada kita. Kalau baca Al-Quran pun sama, masa anak kecil-kecil ni, baca je depan diorang sebab bila diorang nak belajar nanti mudah sebab dah biasa dengar. InsyaaAllah.






suke? like la..

Monday, May 25, 2015

Selamat Ke Beli Barang Online?


Assalamualaikum.

Sekarang ni memang banyak yang kita nampak orang shopping online je. Tak kisah lah dari segi barang makeup, handbag, perfume, makanan, asalkan ada permintaan, apa-apa je yang kita nak, ada je pembeli yang sediakan perkhidmatan belian online termasuk penghantaran. kan?

Aku pun tak terlepas untuk beli barang online. Kalau zaman universiti dulu, aku borong beli tudung bawal online. Sebelum kahwin, beli baju, dress, handbag. Sekarang ni bila dah jadi mak budak, of course lah barang pun dah lebih tertumpu kepada barangan baby. hihi

Baru-baru ni aku beli playard secara online..bukan playmat tau..playard ni macam kandang budak-budak yang kita biasa akan nampak dekat taska tuh..Rata-rata kalau cari kat kedai memang takda.. kalau yang safety gate tu ada lah. Masa aku pergi expo baru-baru ni dekat Mid Valley pun ada 2 seller je yang jual. Tu pun mahal kalau nak dibandingkan dengan harga yang dah aku survey online.
Jadi aku pun buat keputusan untuk beli secara online saje. Aku beli playard tu dengan bola-bola tu 100 biji. Memanglah kalau ikutkan risau jugak nak beli online ni, lebih-lebih lagi kalau harganya mahal. Takut weh kalau-kalau peniaga tu tipu pulak. Duit dah bayar tapi barang tak sampai! acaner? nangis tak berlagu nanti.

Jadi, penting tau korang cek dulu page online tu betul ke tak. Tengok sama ada dah lama establish ke tak. Tengok dari segi feedback orang ramai yang dah pun beli dekat dia. Agak-agak nampak semua okay, baru beli. Macam husband aku risau jugak bila aku kata nak beli online, sebab takut kualiti tak okay. huhu

Jumaat lepas bila aku sampai-sampai je office, senyum lebar aku bila nampak kotak besar ada tepi meja. hehehehee tak sabar aku nak bukak balik rumah nanti. Terus aku call husband cakap barang dah sampai dengan excitednya..kihkih tak sabar nak pasang kandang tu, nak tengok anak aku, Mierza main dalam tu. baru selamat sikit. takde lah dia dok usik wayar-wayar kat rumah tu, lebih-lebih lagi plug tu jenis kat bawah.


TAPI, bila bukak je kotak tu, aku nampak ada playard je. Bola-bola tu tak ada! alaaaaaa........baru je teringin nak masukkan semua bola tu dalam kandang dan baring atas bola-bola tu sambil buat rama-rama. ish! aku pun apalagi, terus whatsapp balik orang yang jual tu. Tanya dia ada pos tak bola-bola tu.. mana tau ada packaging lain pulak ke kan. rupa-rupayan dia lupa! Isnin nanti dia pos balik. Kalau macam tu takpe lah..jangan dia suruh aku bayar lagi postage fee sudah..kan...

So, gambar hold dulu..nak bagi ada bola-bola tu baru best post gambar..hehe





suke? like la..

Thursday, May 21, 2015

Terjumpa Duta Monopod


Assalamualaikum.

Semalam waktu makan tengahari, ex-officemate aku yang baru lepas naik kerja dari cuti bersalin ajak pergi makan dekat Times Square. Teringin nak makan Lamb Chop katanyaaa......... lama dah puasa sebab kena berpantang kan.. kesian..kikikiki

Jadi tepat je pukul 12 terus gerak ke Times Square, naik motor! hahah Lama dah weh tak naik motor. Kalau orang lain nampak, mesti kata kitorang ni macam budak-budak baru habis kelas ke apa, tapi dua-dua dah jadi mak budak! heheh

Bila sampai je dekat Times Square, aku order Grilled Steak. Boleh tahan. Patutlah beria benor dia ajak aku makan sini. Mentang-mentang baru naik kerja, kerja tak banyak lagi, boleh lah berjimba dulu..huhu 


Baru aku tahu yang kat Food Court Times Square ni pakai sistem bayar guna kad khas yang disediakan. Maaf, aku memang jarang gila jejakkan kaki ke Times Square, apatah lagi ke food court..kalau Mid Valley ke, Setia City Mall ke biasa lah. Bak kata kawan aku - kau kan duduk Selangor..gitteww..hahah

On the way kitorang nak balik ke tempat parking motor, nampak dah ada sorang celebrity lepak kat Starbuck. Kenal siapa??? tengok gambar bawah..kikikikiki Terpikir jugak kalau ada program "LARI" buat shooting masa aku ada ni, kan best? boleh enterframe.. hehehe


Ish! aku lupa nak bergambar dengan monopod dia. Tu nampak tu? warna pink tu..



*OOTD sememeh sikit sebab terbangun lambat nak pergi kerja. Main capai je apa yang nampak senang pakai. Sap sup sap siap! hahahahaha




suke? like la..

Tuesday, May 19, 2015

Hilangkan Sakit Kepala Dengan Berbekam


Assalamualaikum.

Husband aku ni jenis kerap sakit kepala..dulu pernah dia kena vertigo tahun 2010. Memang teruk masa tu sampai kena duduk kat wad seminggu! Tapi tu dulu berkaitan dengan mata dia la..start daripada tu dia pakai spek. Nampak macam skema tapi still handsome..kihkih 

So bila tahun ni sakit kepala dia datang lagi, kitorang ikhtiar cara sunnah nabi pulak iaitu berbekam. Mana tau berkesan. Macam perempuan setiap bulan ada caranya untuk keluarkan darah kotor, lelaki takde..hahah boleh gituu??



Tengok dari cara husband aku kena sedut kulit dia macam gambar atas ni macam sakit je kan? tapi dia kata tak sakit pun. sedap! just bila ustaz tu masukkan jarum sikit untuk bagi laluan darah tu keluar, baru rasa sakit macam kena gigit semut..tu je..lorhhh takde la sakit mana pun.

Bekam ni tak ambil masa lama pun, dalam 20 minit macam tu. Sebelum berbekam ni, ustaz tu akan cek dulu blood pressure tengok ok ke tak..lepas tu dia tengok umur, tanya masalah apa, baru dia akan tentukan berapa cup kena buat. Macam husband aku kena buat 11 cup. Untuk permulaan ni tak boleh terus buat kat kepala, kalau kata ada laluan darah block ke apa, naya!huhu

Kalau kata lepas berbekam ni, nampak kat setiap cup tu banyak darah pekat, maknanya memang banyak lah darah kotor tu. Macam husband aku, banyak dekat bahagian bahu. Tempat lain ok. So next time dia nak cuba focus bahagian kepala pulak, tapi nanti memang kena botakkan kepala la..takkan nak tobek pulak kot kan? hahaha

Dulu aku ingat bekam ni akan tinggalkan kesan lebam-lebam kekal la kat badan. Rupanya tak. Lebih kurang macam love bite gituuu..kikikiki 

Antara penyakit yang dapat disembuhkan dengan berbekam ni ialah:
Gout, Migrain, Mata Bengkak, Pening Kepala, Sakit Jantung, Sakit Pinggang, Sembelit, Paru-paru, Susah Tidur, Kencing Manis, Sesak Nafas, Pendarahan Otak, Radang Usus Besar, Sakit Waktu Haid, Stroke, Kolestrol, Mandul, Tekanan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Rendah

Hadith-Hadith Berkaitan Bekam (Hijamah) :


-Dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi s.a.w: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (Shahih Bukhari)







suke? like la..

Sunday, May 17, 2015

Bubble Guppies!


Assalamualaikum.

Setiap anak-anak ni mesti ada kartun favourite dia kan? Ada jugak yang ikut musim. Contoh paling senang cerita Frozen tu ha... kannn?? bersepah sana sini nampak budak-budak perempuan pakai dress warna biru ala-ala princess frozen..hehe

Lepas tu pulak ada Baymax - robot putih yang boleh diagnos hati dan perasaan manusia. Comel je kan. Kalau kita yang dewasa pun boleh terpikat dengan kecomelan kartun ni, apatah lagi budak-budak. Terus hentak kaki suruh beli mainan figura kesukaan diorang. hoho harap Mierza tak macam tu la..mak ayah dia ni bukan kaya..hahah

Sekarang ni yang aku nampak, Mierza suka gila dengar lagu-lagu kartun. Pantang bukak tv, bila dengar je bunyi lagu kartun comel-comel, dari tengah ralit main mainan dia, terus laju pandang ke arah tv. Lebih-lebih lagi bila tv tu tunjuk Bubble Guppies! Terus pandang dan senyuman makin lebar..hehe




Kadang-kadang bila dekat luar, aku saja nyanyi lagu bubble guppies, terus tengok aku dan senyum..suke sangat dia..lepas ni bila dia da makin besar, nak tengok pulak kartun ape yang dia suka. Ni lah gunanya berblog, macam diary gitu..dah besar nanti, boleh la dia baca apa yang ibu dia merepek kat blog..hahaha

Macam korang, apa kartun yang korang minat?? masa aku kecik-kecik dulu, suka tengok teletubbies..bhahaha sailormoon, doraemon.. kalau yang lelaki mesti suka tengok dragonball.. kann?.tau dahh..






suke? like la..

Friday, May 15, 2015

Sakit Kepala Berterusan


Assalamualaikum.

Hari ni aku terpaksa ambil MC jugak. Ingatkan boleh la aku jadi pekerja cemerlang tahun ni bila rekod kehadiran tak dicemari dengan MC tapi tadi serius dah tak boleh blah sebab sakit kepala bertambah kuat sekali dengan loya.


Dari petang semalam lagi aku dah kena sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Kebiasaannya bila aku kena sakit kepala, selalu sebelah je dan bila makan panadol, tidur, bangun dari tidur dah ok dah. Tapi tak untuk sakit kepala kali ni. Kali ni punya lain macam. Berpanjangan membawak sampai ke hari ni walaupun aku dah makan panadol masuk kali ke-3.

Masa bawak kereta pun dah tak boleh blah. Bertambah sakit bila nak kena pusing kepala kalau nak masuk lane lain atau nak belok ke kiri atau ke kanan. Jangan cakap nak pusing kepala je sakit, nak gerak mata ke kiri ke kanan pun berdenyut mencucuk kepala aku. Sakit!

Jadi bila setel je kerja apa yang perlu buat pagi tadi, aku mintak diri untuk balik dan berehat. Sebelum sampai rumah, aku singgah ke klinik dulu. Aku risau jugak kot ada benda yang serius. Alhamdulillah lepas doctor diagnos, segala macam jenis soalan dia tanya, dia cakap aku migrain. Cuma dia bagi ubat lagi kuat sikit dari panadol yang aku telan tu.


Penyelesaiannya memang kena bagi kenyang dulu perut, telan 2 biji ubat yang dia bagi dan tidur! and wallahhhh....macam magic- sekarang dah okay dan boleh berblog sambil layan anak. haha Alhamdulillah, segalanya ujian dari Allah dan Dia juga penyembuh segala penyakit.




suke? like la..

Wednesday, May 13, 2015

Tenanglah dikau di sana: Al-Fatihah


Genap 5 tahun mak pergi tinggalkan kami. Setiap kali adik teringatkan mak, setiap kali tu jugak air mata akan menitis. Hanya mimpi menjadi tempat untuk adik hilangkan rasa rindu pada mak. Sesekali bila adik mimpi pasal mak, walaupun dalam mimpi tu mak hanya berdiri kaku dan tidak bercakap, sudah cukup untuk adik. Hanya Allah je yang tahu betapa rindunya adik pada mak.

Setiap kali lepas sembahyang, adik akan sedekahkan surah al-Fatihah untuk mak. Kadang-kadang adik bacakan yaasin untuk mak. Adik ingat lagi, masa adik jaga mak dekat hospital, mak akan suruh adik baca surah 3 Qul dekat mak sebelum mak boleh tidur. Mak cakap mak takut terlupa ayat tu, dan setiap kali tu adik akan baca.

Bila mak pergi, bila bacaan tahlil, adik tak boleh nak baca ayat 3 Qul tu. Bila dengar je ayat 3 Qul, terus hati ni rasa sebak dan adik tak boleh nak ikut baca. Kalau adik teruskan baca, adik akan menangis.

Menangis teringatkan mak. Menangis teringatkan saat-saat adik jaga mak dekat hospital. Menangis bila teringatkan mak dah tak sedarkan diri, doktor dan nurse berkerumun di sekeliling katil mak, melihat mereka guna alat kejut jantung untuk stabilkan balik heart rate mak. Menangis bila teringatkan saat-saat doktor bagitahu adik yang malam tu adalah penentuan, peluang untuk mak hidup hanya 50-50.


Tapi adik redha. Redha sebab adik tak sanggup tengok mak menderita sakit cancer. Redha sebab adik tahu perasaan mak bila hospital jadi rumah kedua. Dengan segala rawatan radiotherapy, chemotherapy yang mak perlu tempuh. Dengan segala jenis ubatan yang mak perlu telan. Dengan segala dugaan yang mak lalui.

Teringat lagi saat adik lihat tubuh mak terbujur kaku di katil hospital. Saat mak di mandikan untuk kali terakhir. Saat mak dibawa balik ke rumah sebelum dikebumikan. Saat mak sebelum dimasukkan ke liang lahad. Jelas di ingatan betapa muka mak putih bersih,seolah-olah senyum pada kami. Badan mak pun nampak macam sihat berisi, tidak seperti sebelum ni yang kurus kering pabila roh masih lagi dengan jasad.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sesungguhnya aku redha ya Allah. Kau lah penentu segalanya. Tempatkan ibu ku di kalangan orang-orang yang beriman. Ampunkan dosa-dosanya ya Allah. Lindungilah dia daripada azab kubur dan azab api neraka. Dia seorang ibu yang tabah dan penyayang ya Allah. Ampunkan dosa-dosanya. Ampunkan dosa-dosanya. Ampunkan dosa-dosanya. Amiinnnn ya rabbal alamin.




suke? like la..

Tuesday, May 12, 2015

Kembara 3 Sahabat Bersihkan Masjid

Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya aku tahu pasal Kembara 3 Sahabat ni sebab selalu dengar kat Radio Era waktu pagi. Biasalah, keluar rumah untuk pergi kerja pukul 6.15 pagi, mestilah dengar radio masa bawak kereta. Kalau tak, boleh accident aku nanti sebab mamai..haha


Jadi pagi tadi, JOHARA pagi ERA ada call 3 sahabat ni untuk tahu perkembangan sekarang. Hari ni dah masjid ke 63 dah, dan sekarang diorang ada kat Kelantan. Target diorang ialah untuk membersihkan 132 masjid. Murni sungguh niat diorang ni.

Sedikit sebanyak info mengenai Kembara 3 Sahabat ni:

Misi perjalanan mereka ialah untuk melawat sebanyak mungkin masjid di seluruh Semenanjung Malaysia sambil menjalankan kerja amal membersih masjid dan melaksanakan ibadah iktikaf.

Aku doakan agar diorang sentiasa di bawah lindungan Allah. Murah rezeki dan seronoknya bila hidup ni hanya kerana mu Tuhan.
 

suke? like la..

Tuesday, May 05, 2015

Zikra 2015 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' : Part 3


Assalamualaikum.

Bersambung lagi kita pada part 3, hehe. Untuk part 1 dan part 2 boleh klik sini: 


Lepas selesai je penyerahan mock up kunci rumah baru tu, jelajah kami diteruskan ke rumah En. Saharune bin Abdul Kadir, seorang suami dan ayah kepada 5 orang anak. Dilahirkan tanpa kaki kiri tapi tidak pernah berputus asa untuk memajukan diri dan keluarga.

sedikit sumbangan diberikan kepada En Saharune


Gambar di atas menunjukkan kaki palsu yang di pakai selama ni yang dibuat sendiri oleh En Saharune menggunakan pokok nangka. Sedih rasa hati bila dengar En Saharune meluahkan rasa syukurnya. Dia jugak berharap agar dia boleh keluar dari kemiskinan dan boleh membayar zakat pula seterusnya.

Sate hasil air tangan En Saharune
Sate ni memang sedap! Pihak Lembaga Zakat Selangor siap beli lebih lagi untuk kami makan tengahari tu. Bukan cakap kosong tau tapi memang terbukti sedap!


Seterusnya kami melawat ke Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor. Pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam ni ialah satu lagi inisiatif LZS dalam menyantuni warga emas di kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Bila kita lihat sendiri keadaan dan persekitaran di sini, rasa tenang je hati. Rasa berbaloi sangat bila duit yang kita zakatkan, disalurkan ke tempat yang betul. Alhamdulillah.

bilik tidur
ruang solat
Karya seni warga emas
Dan destinasi terakhir kami untuk program Zikra kali ni ialah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang (SM Tahfiz Sains, Klang). Aku berkesempatan untuk meluangkan masa dan melihat adik-adik ni halaqah. Sejuk je rasa hati bila kita dalam persekitaran macam ni kan? 



Kalaulah Mierza dah besar nanti dapat masuk sekolah macam ni kan ke best! Sejuk perut aku yang mengandungkan dia, hehe.


Akhir kata, terima kasih untuk pengalaman yang cukup berharga ni. Selain dapat melihat sendiri kepayahan dan kehidupan para asnaf, sambil-sambil tu dapat kita menginsafi diri dan tahu betapa kerdilnya kita di dunia ni. Dunia ni hanya sementara dan dengan amalan kita yang akan menentukan nasib kita di sana. Jom kita sama-sama membantu.






suke? like la..

Monday, May 04, 2015

Kecewa dengan Steamboat Tupai-Tupai Shah Alam


Assalamualaikum.

Disebabkan niat awal untuk makan di KL Steamboat Station terbantut kerana kedai tu pun dah tutup, alang-alang di Kelana Jaya, jadi kitorang pun singgah lah Paradigm Mall, mencari Seoul Garden. Waktu tu dah pukul 9.15 malam. Kalau tengok pada operating hours Seoul Garden tutup pukul 10.30 malam. Siap ada tulis: Last serving on 9.45pm ehhh!!! macam tak sempat je nak makan..nak makan steamboat of course lah kena slow-slow..takkan nak terkejar-kejar kann??? rugi..rugi..

So,  apa boleh buat?? bergerak lah kami ke Steamboat Tupai-Tupai dekat Shah Alam seksyen 13, berdekatan dengan Acapella tu. Masih lagi tak lari dengan tema makan malam steamboat tu kann..hehe Pertama sekali kitorang pastikan yang kedai ni tutup pukul berapa. Nampak kat signboard tu tulis tutup pukul 1 pagi. Cantik! barulah best nak menikmati steamboat. hehe


Steamboat Tupai-Tupai ni berkonsepkan terbuka dan santai. Tapi disebabkan ada budak kecik si Mierza ni, kitorang pilih bilik berhawa dingin. Selesa sikit dia. Kang berpeluh, tak pasal menjerit kat kedai ni..hehe Dah nama pun steamboat - buffet, jadi harga satu kepala ialah RM38. Apalagi, jom pilih!! hehe

pilihan mee dan sayuran


Nampak pada pilihan yang ada kat atas ni, bagi aku okay lah. Tapi kalau nak kata bahan-bahan yang rare, jarang jumpa tu tak de lah sangat. Pilihan sup dia pulak ialah sup ayam, tomyam atau pun sup ikan. Kami pilih sup ayam dan tomyam. Aku ingatkan dapat dua bekas, rupanya satu bekas je yang dibahagi pada dua bahagian sup. Disebabkan kakak ipar aku ada alahan tak boleh makan seafood, nak mintak lah dekat waiter tu untuk mangkuk steamboat lagi satu. Katanya ada cas tambahan RM15. Amboih..

Aku terfikir jugak, kalau lah kata ada ramai orang satu meja, takkan masih lagi bagi satu mangkuk steamboat tu je kan? agak-agaklah. Lepas tu, kalau habis sup tu? tak boleh tambah ke? ke ada cas tambahan jugak kalau tambah sup? kata buffet, all you can eat, adoii...


Dari segi nak ambil makanan dalam mangkuk steamboat tu pun agak tak praktikal. Kalau macam restoran lain, mangkuk steamboat tu jenis built in punya. Siap asing untuk sorang-sorang. Nak kata aku salah bandingkan dengan jenis tempat makan steamboat high class punya tak jugak, sebab contoh paling senang: Seoul Garden tu ha.. harga sama jugak. RM38 sekepala. jenis built in punya, siap boleh grill lagi. 

Lagi satu, yang agak tak puas hati bila waiter kat sini tak ramah langsung. Senyum tu tak kisah lah, mungkin penat tapi bila orang duk tanya, haram nak jawab dengan betul. Siap buat muka bila mintak tolong nyalakan balik api untuk mangkuk steamboat tu. Dah kau punya mangkuk steamboat ni kena guna lighter untuk nyalakan api, siapa suruh? ha kann..aku dah membebel.

chicken porridge dan mushroom soup
antara pilihan minuman sejuk
Aku tak lah nak menghentam tempat ni, bukann.. Mungkin jugak malam ni bukan malam terbaik tempat ni. Cuma kalau boleh, perbaiki lah. Mana yang dah nak rosak tu, ganti. Tak adalah kejadian-kejadian yang tak diingini. Macam masa waiter tu nak nyalakan api, gas kau biarkan bukak lama sementara kau panggil kawan yang ada lighter, sampai semua dalam bilik berhawa dingin ni boleh hidu bau gas tu. Tak ke bahaya??? Buatnya meletup, tak pasal-pasal masuk berita.

Pasal mangkuk steamboat jenis built in punya tu dan menu pilihan yang ada mintak pertimbangkan. kalau ada empunya Tupai-Tupai ni bacalah. Bukan apa, harga dah standard, perbaiki mana yang patut supaya orang ramai akan sentiasa datang lagi dan lagi. Kalau tempat dah cantik, selesa, praktikal dan pilihan menu yang banyak, confirm orang tak putus-putus datang. Macam aku sekeluarga buat masa ni, memang sekali ni je la datang sini. Lepas ni tak ada dah. hohoho

Gambar bawah ni masih lagi senyum sebab ambil gambar masa baru lagi sampai Steamboat Tupai-Tupai ni. Lepas semua dah habis makan, masam dah muka. hahahaha

Entah apa yang Mierza terkejut tu tak tahu lah..haha


*Pendapat adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Setiap cadangan dan kritikan, kalau dipandang dari sudut positif, maka akan lebih berjaya seseorang itu ataupun dalam hal ni merujuk pada restoran tupai-tupai ni. Sekian, terima kasih.






suke? like la..

Zikra 2015 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' : Part 2


Assalamualaikum.

Sambung Part 1 hari tu, Jelajah Kasih bersama Asnaf seterusnya kami ke Butik D'Qaseh di Jalan Sungai Udang, Klang. Pemiliknya ialah Puan Siti Salbiyah Eksan yang lebih mesra dengan panggilan Puan Sal. Puan Sal ni ialah seorang ibu tunggal kepada 4 orang anak yang masih belajar dan beliau ni salah seorang penerima bantuan modal perniagaan.


Dengan berbekalkan modal yang diberi, Puan Sal berjaya memilik butiknya sendiri, Jadi sesiapa yang nak buat tempahan baju kurung, baju kebaya, baju melayu, baju pengantin mahupun langsir, boleh pergi sendiri ke Butik D'Qaseh ni ataupun boleh hubungi Puan Sal di nombor:  016-3621907

Kunjungan kami seterusnya ialah ke Kampung Delek Kiri, Klang untuk menyerahkan mock up kunci rumah kepada penerima bantuan bina rumah tiga bilik, En Jali Kadio. Penyerahan itu diserahkan sendiri oleh Mufti Diraja Selangor, Y.A.D Dato' Setia Mohd Tamyes Wahid.

simbolik penyerahan mock up kunci rumah kepada En Jali

bacaan doa dan sedikit ucapan dari tuan rumah
Alhamdulillah. Tuan rumah siap menjamu kami lagi dengan kuih-kuih yang dibuat sendiri. MasyaAllah sedap! Sempat lagi aku ambik seketul karipap sebelum naik kenderaan untuk ke tempat seterusnya. haha. tak senonoh.  

Bawah ni ialah gambar rumah baru En Jali sekeluarga. Harapnya supaya duit yang kita hulurkan dapat disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Amin. Jadi kalau korang ada tau mana-mana asnaf miskin yang memerlukan bantuan, tolong sampaikan kepada pihak lembaga zakat. Takut ada yang terlepas pandang. Kita semua manusia biasa yang alpa dan tidak sempurna. Mana-mana yang salah, harap ditegur dengan berhemah. Sama-sama kita membantu.
Rumah baru En Jali sekeluarga
Jap! tak habis lagi. Banyak lagi tempat yang harus dituju. Kita sambung di Jelajah Kasih Bersama Asnaf Part 3 yee... hehehehee



suke? like la..

Sunday, May 03, 2015

KL Steamboat Station Dah Tutup?


Assalamualaikum.

Sabtu lepas kakak ipar ajak satu keluarga pergi makan steamboat. Dia kata dulu dia pernah makan dekat KL Steamboat Station dekat area rumah dia, Kelana Jaya. Dia kata sedap, not bad. Okay jugak tu, lama dah aku tak makan steamboat ni. Lagi ramai lagi best bila makan steamboat. kann?? Lagipun dia cakap KL Steamboat nih ada grill sekali. Macam menarik je. Jadi sebelum tu, sementara nak tunggu masuk waktu maghrib, google dulu kat website nak pastikan alamat dia dan aku nak jugak tengok-tengok makanan apa yang ada kan. Lepas maghrib baru gerak ke tempat tu.

KL Steamboat Station
Sushi Train
dessert and cookies
Chocolate fountain
Gambar credit to Malaysia Cuisine

Tengok dari gambar-gambar kat atas ni je dah buat aku terliur. Lagi-lagi bila nampak chocolate fountain atas ni..sushi pun ada. aku memang gila coklat dan suka sangat makan sushi. Nak ajak husband makan sushi, dia tak minat. Tak ada geng makan sushi. sedih..haha so, bila nampak KL Steamboat ni ada hidangkan sushi, lagi teruja la aku nak pergi makan kat sini.

Jadi lepas semua dah solat Maghrib, kami gerak ke tempat yang dituju mengikut panduan dari waze. Nak masuk ke tempat ni, jenis parking berbayar, takpelah..steamboat punya pasal. lepas dah masuk, dok lah cari mana kedainya. Nampak ada orang beratur panjang dan kedai macam steamboat tapi bukann..tu Yuen Steamboat..kedai orang cina. Kami pusing lagi sekali area tu dan cari lagi kedainya. Mana nih? Waze dah banyak kali menjerit 'you have arrived at your destination' cehhh.

Tak puas hati, pusing lagi sekali, tengok betul-betul. Kot-kot la kedai tutup sempena Public Holiday ke kan. Cari punya cari, tu diaaa....nampak pun signboard KL Steamboat Station. Kedai gelap. Tutup kot. Betul-betul kereta sampai depan kedai, nampak tulisan 'FOR SALE' ah sudahhhh! ni betul tutup nih.

tinggal kenangan
Hmm..baru je nak merasa.. kecewa. Kalau ikut pembacaan aku kat blog lain, owner KL Steamboat ni bukan calang-calang orang. 4 orang doktor berbangsa Melayu dan Islam. Kalau salah sila betulkan. Kedai ni siap ada sediakan kemudahan bilik surau, dan yang penting halal. Tapi nak buat macam mana. Kedai tinggal kenangan je lah. Aku pun gigit jari tak dapat nak merasa. hmmmm

Ni alamatnya. Kalau korang ada tau kedai ni bukak mana-mana (mana tau tutup sebab pindah cawangan ke) sila bagitahu ye.

Address:
Behind Paradigm Mall,
43A -G, Block D, 
Zenith Corporate Park, 
Jalan SS7/26, Kelana Jaya, 47301 
03-7887 7000




suke? like la..

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com
suke? like la..

Saturday, May 02, 2015

Cenderamata Istimewa


Assalamualaikum.

Macam yang korang sedia maklum, aku adalah salah seorang ahli KBBA, singkatan bagi Kelab Blogger Ben Ashaari. Hari tu bila join Bloggers Day Out tu, excited and seronok gila bila dapat goodies..Lebih-lebih lagi cenderamata yang tak boleh dapat kat mana-mana unless you are one of KBBA members...giitteewwwww....kihkih

Button Badge and Fridge Magnet KBBA
Smart kann?? fridge magnet ni kalau nampak depan-depan, bersinar tau..umpama kelab blog yang menambahkan sinar dalam hidup aku..haha ayat tak boleh blah..hehehe

Sesiapa yang nak tempah button badge ke, fridge magnet ke, mug ke boleh tengok kat sini: www.stampnprint.blogspot.com..bak kata company ni: cetak cenderamata, cetak baju, cetak macam-macam! hehe



Tunggu apa lagi? Jommmmmm check it out......














suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...