Thursday, April 30, 2015

Bayou Coffeehouse Cafe


Assalamualaikum.

Ni aku nak share sikit dengan korang tentang Bayou Coffeehouse yang menjadi salah satu sponsor untuk makanan tengahari kami masa Bloggers Day Out di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Ahad lepas.


Jujur aku cakap, masuk je Bayou Coffeehouse ni, terus buatkan nafsu makan aku tu melonjak-lonjak. Mana tak nye, cafe ni macam tau-tau je makanan favourite aku kann..ada sambal belacan, ada rendang tok, ada kerabu daun selum..perghhh..memang membuka selera betul!




 

Terliur takkk?? hehehehe korang pun boleh try makan dekat sini. Lagipun Bayou Coffeehouse ni jugak ada sediakan perkhidmatan katering. Kalau korang check cafe ni punya facebook atau instagram, korang boleh nampak dah bermacam-macam event dah yang menggunakan perkhidmatan professional Bayou Coffeehouse ni.



 




Untuk sebarang tempahan seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, majlis ulang tahun, berbuka puasa ke, atau saja-saja nak makan pagi/tengahari/malam:

boleh hubungi talian; 03-83180008 / 0193305848 





suke? like la..

Tuesday, April 28, 2015

Blogger Day Out Memang Gempakk!!

Assalamualaikum!!!! hehehehehe

Tetiba excited kan nak bercerita pasal Blogger Day Out Ahad lepas! hehe Walaupun kejadiannya berlaku kelmarin, akan tetapi (amek kau bahasa baku) terujanya sampai ke hari ini! Serius aku cakap. Best Giler! meh aku cerita sikit.......


Hari Ahad tu, seawal 7-8 pagi adalah waktu pendaftaran. Disebabkan alarm aku tak berbunyi hari tu, maka tau-tau je lah kann..akan lewat punya! hahaha dengan nak siapkan anak kecik lagi. Tapi Alhamdulillah, pukul 8.15 pagi kami tiba di lokasi iaitu Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya atas bantuan waze - walaupun direction yang waze bagi banyak kena u-turn..hmmmmmm...

Mierza pun excited
Lepas selesai je sesi pendaftaran, kami sarapan dulu dan aktiviti dimulakan dengan senamrobik. Mak aihh..penat dan berpeluh-peluh aku dibuatnya. Biasalah kann..nama pun dah lama tak exercise. stamina pun berkuranganlah..mana yang larat, aku ikut..lepas tu berhenti kejap, sambung ikut step, lepas tu berhenti balik..hahahahha okay lah tu, asalkan ada sesi panaskan badan..

Lepas bacaan doa oleh blogger Zaini dan ucapan alu-aluan oleh wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, maka bermulalah segala kejadian yang happening! hehehehehe semua peserta bergerak ke Driving Range untuk main golf. Sorang-sorang cuba pukul bola golf. Yang kelakarnya, ramai gila yang pukul angin! bukan pukul bola golf, termasuklah aku! hahahahaha nampak macam senang main golf ni, rupanyaaaaaa...ish ish ish....kira terror jugak lah ayah aku, sebab dia memang pro main golf. Sepatutnya aku kena menurun dengan ayah aku dulu niii....hahahahaha

gaya macam sopan je..padahal rasa macam dah hayunkan kayu golf tu tinggi-tinggi
Next kitorang bergerak ke Court Badminton pulak untuk main badminton. Tapiiiii.....ni bukan badminton biasa tau...entah siapa bagi idea suruh main badminton cara gini...korang bayangkan 6 orang 1 raket untuk 1 team...hah?!!! tak dapat bayangkan?? tengok gambar bawah ni.... 

mampu main pas-pas gitu??haha perlukan kerjasama yang tinggi nih!
Lepas habis je aktiviti badminton, Go Kart pulak menanti. Tapi aku tak dapat nak join sebab nak uruskan anak kecik aku ni - Mierza, sian pulak dia berpanas dan tak tidur sejak pagi. Jadi aku dan suami berehat dalam surau je..rasa di hati memang teringin nak cuba Go Kart ni, tapi anak lagi penting..kan? dapat tangkap gambar depan litar pun jadi....haha



Elok tengahari tu, kitorang menjamu selera di Bayou Coffeehouse Cafe, Cyberjaya. Makanan dia maasyaAllah membuka selera betul! ada sambal belacan, ada kerabu daun selum, rendang tok..perghhhh...macam tau-tau je favourite aku kannn...dan semestinya licin lah aku makan! hehe 



Perut pun dah kenyang, Zohor pun dah sudah, maka aktiviti yang ramai ternanti-nanti pun bermula..apakah?? Yes! Paintball..hehe dah lama aku teringin nak main tembak-tembak orang. ni baru lah merasa. At least suami aku pernah merasa main laser tag. Jadi aku mintak izin dia, mintak dia tolong jagakan Mierza kejap sebab aku nak pergi berperang..haha Bila pusingan kedua, aku cakap kat dia, "sayang tak nak try ke?" mula-mula dia macam tak berminat, sekali dah main paintball, terus lupa diri..dan dan terus volunteer untuk ganti orang bagi team yang tak cukup pemain..haha

perkenalkan prebet ahmad sapes..haha


Secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti yang dirancang semua dapat dijalankan dengan baik..walaupun masing-masing baru nak berkenalan antara satu sama lain, tapi kami boleh terus ngam dan rapat, macam satu keluarga besar, Inilah kami. kami bukan sekadar blogger..kami blogger yang boleh berbincang dan mencapai kata sepakat dan seterusnya membawa berkat..gitttuuuuuu...hahaha Serius aku salute dan tabik hormat pada Ben Ashaari dan AJK yang terlibat yang menjayakan Blogger Day Out ni..tak lupa juga pada para penaja yang sudi menaja. Banyak kot goodies aku dapat..siap bertuah lagi bila nama aku lagi sekali naik untuk hadiah lucky draw..haha rezeki...rezeki...

Antara penaja-penaja rasmi:

CYBERVIEW CYBERJAYA

COSMODERM

YEOS MALAYSIA

STAMP N PRINT ENTERPRISE

NATALIA

AZWAR

MONSTER CRAZY CRUNCH


Next event, confirm nak join lagi! Suami aku pun excited..haha senang macam ni...hehe







suke? like la..

Thursday, April 23, 2015

KBBA Blogger Day Out!

Assalamualaikum.

Yeeessszzzzaaaa. Lagi 3 hari je lagi nak hari Ahad. Event yang ditunggu-tunggu kerana buat julung-julung kalinya Kelab Blogger Ben Ashaari menganjurkan aktivit riadah yang akan berlangsung di
KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA,
CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Blogger Day Out ni akan menyaksikan ramai blogger-blogger tak kira blogger otai mahupun yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog. Masa ni lah boleh cari peluang meluaskan network dan bergaul mesra dengan satu sama lain..kan? kan? So, apalagi... jangan lupa bawak kad banyak-banyak dan bagi je pada semua yang ada. Nanti mesti ada kes bagi dua kali kat orang lain ni..haha


Bila dengar je pasal Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) ni, tak tahu pulak yang tempat ni ada sediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan. Macam best je sebab KKTTC ni ada Driving Range, Paintball, Sirkit Go Kart, Gymnasium, studio menari, kolam mandi, gelanggang tenis, badminton, squash dan juga basketball. Gila banyak kan???? hahahahah Ni yang tak szabaarrrr nih!

Tempat ni jugak sesuai kalau nak buat majlis perkahwinan. Luas pun luas. Kawasan parking kat sana dah boleh tampung sehingga 500-700 tetamu. Nampak? luas tuuu...Katering pun dah tak payah penat-penat fikir sebab katering pun korang boleh tempah kat sana terus. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 03-8318 0008. Cuba cek instagram diorang jugak: @kelabkomuniticyberjaya

Korang memang sangat dialu-alukan datang untuk memeriahkan lagi event ni tapi maaf sangat-sangat sebab penyertaan untuk main game yang dianjurkan adalah terhad. Seramai 50 orang blogger dah bagi nama untuk main aktiviti yang dirancang, termasuk aku! haha teringin nih nak main tembak-tembak rakan blogger lain untuk game paintball. Kita tengok siapa yang kena. hehehehe

Oh ye, penaja-penaja yang turut sudi menaja adalah seperti:

CYBERVIEW CYBERJAYA

COSMODERM

YEOS MALAYSIA

STAMP N PRINT ENTERPRISE

NATALIA


Terima kasih pada para penaja semua.





suke? like la..

Zikra 2015 ' Jelajah Kasih Bersama Asnaf'


Assalamualaikum.

Rabu haritu aku beria mintak cuti kat bos untuk turut serta program Zikra 2015 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' oleh Lembaga Zakat Selangor. Tak malu kan..dah lah baru je aku lapor diri kerja baru, dah mintak cuti. Tapi apa salahnya, niat aku baik. Bukan untuk enjoy tapi untuk melihat sendiri asnaf miskin yang layak dibantu hasil duit zakat yang kita bayar tu. Alhamdulillah bos sempoi dan luluskan cuti tahunan aku..hehe



Izin suami pun dah dapat, maka seawal jam 7.40 pagi aku dah terpacak sorang-sorang depan pejabat Lembaga Zakat Selangor, suami hantar naik motor..lama dah tak naik motor sama-sama dengan suami. Eh! melalut pulak, tu cerita next entry. Ni nak focus pasal Lembaga Zakat Selangor.

Okay, sebelum bermulanya jelajah ni, kami diberi taklimat ringkas dulu oleh wakil Lembaga Zakat Selangor akan tentatif program dan kenderaan mana yang kami akan naiki sepanjang program ni. Disebabkan aku bagi nama last minit, nama aku tak ada pun masa aku nak sign masa sesi pendaftaran tu. Dah lah orang LZS dah siap-siap bahagikan nama peserta untuk naik kenderaan yang mana satu. Kalau dah nama pun takde dalam list, confirm jalan kaki la jawabnya..haha Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahya. Tup tup, aku naik sekali dengan orang penting Lembaga Zakat Selangor dan wakil korporat. VVIP terus! kecut perut aku.

Apa-apa pun, kita sarapan  dan selfie dulu.kih kih

cenderamata dari Lembaga Zakat Selangor. 
Merasalah aku naik kereta yang diiringi oleh abang polis trafik. Seronok jugak bila nampak semua orang dok berhenti bagi laluan pada kami. Rasa diri bak kerabat diraja..gituuuuuu!! haha Mintak maaf ye semua, jangan marah naaa....hehe

sempat snap salah sorang abang polis trafik
Kunjungan pertama kami adalah ke Asrama Anak-Anak Asnaf Lembaga Zakat Selangor di Daerah Klang yang menempatkan anak-anak asnaf dari darjah 4 hingga ke tingkatan 4. Disini tempat mereka berteduh, bergaul, di didik dengan kasih sayang dan mana-mana anak yang sudah dewasa, akan dipanggil untuk menjadi mentor pada adik-adik baru. 


Laman Pahlawan

Sesi ulangkaji
Bilik komputer disediakan
Asrama asnaf perempuan
Antara ruang belajar yang disediakan
Alhamdulillah. Bagi aku persekitaran dan kelengkapan yang disediakan mencukupi. Asrama ni jugak ada sediakan perkhidmatan dobi macam untuk baju sekolah mereka tapi amat digalakkan agar adik-adik ni berdikari dan basuh baju sendiri. Penting untuk kita mendidik mereka berdikari agar mereka pandai bawak diri kemudian hari. Bak kata orang, jangan bagi ikan tapi bagi lah joran. kann??

Kunjungan seterusnya kita sambung pada Zikra 2015 Bahagian 2 okay? banyak lagi aku nak cerita..panjang sangat entry kang boring pulak..hehe


suke? like la..

Sunday, April 19, 2015

Aliff Mierza: Say No to Paparazzi


Assalamualaikum.

Mierza dah masuk 7 bulan dan nak mula merangkak. Cara dia merangkak ni lain sikit. Selalu budak merangkak akan guna lutut, dia tak. Dia guna tapak kaki dia untuk tolak badan dia ke depan. Ni mau terus berjalan je nanti. hehe

Ni dia kat rumah Tok Ma dan Tok Ayah dia kat kampung. Tengah dia ralit main, aku saja panggil nama dia dan halakan kamera untuk ambil gambar dia. Ni respon dia.........



Sampai je kat depan aku, PAPPPP!!!

Dia tepis handphone aku. Amboih..tak suka ke ibu ambik gambar Mierza?? macam mana nak jadi retiss ni Mierza? ekekekkeke


p/s: puting still tak mau lepas..




suke? like la..

Saturday, April 18, 2015

[Event] Aman Palestin: Bersama Kita Perjuangkan


Assalamualaikum.

Alhamdulillah ahad lepas aku sebagai blogger diberi peluang untuk menghadiri Majlis menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin di Hotel Bangi Putrajaya.


Dalam majlis ni turut menyaksikan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari telah secara rasmi dilantik sebagai blogger Aman Palestin. Sungguh besar penghargaan yang diberikan kepada kami. Serius weh. Siapa sangka? Aman Palestin kot. Nama besar kan...benda baik pulak tu..

Heliza Helmi juga turut melancarkan buku yang dikarangnya: Diari Seorang Mujahidah yang menceritakan pengalaman dan apa yang dirasainya apabila dia menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Sebak rasa hati bila kak Heliza Helmi cerita kotak-kotak yang kita hantar untuk diberi sumbangan pada mereka, mereka carik, mereka koyak kotak tu kepada cebisan kecil untuk dimasak sup dan diberi makan warga Palestin. Sampai begitu sekali kesusahan mereka sehingga makan sup kotak


Aku pulak dalam proses meng-order buku Diari Seorang Mujahidin ni untuk aku sendiri baca dan bayangkan apa yang dirasa ketika di Bumi Palestin. In syaa Allah aku akan review lepas aku baca nanti ye. 

Korang pun sedia maklum kan bahawa Isu Palestin ni bukanlah isu bermusim yang hangat ketika diserang sahaja. Mempertahankan Palestin dan usaha membebaskan Masjidil Aqsa adalah usaha yang wajib dijalankan berterusan dalam apa jua keadaan. Jadi aku sebagai blogger ni rasa amat bersyukur dan terharu apabila dapat turut terlibat dalam majlis macam ni. Aku harap semua boleh menyumbang tidak kira apa pun bentuk sumbangan demi agama kita. 

Heliza Helmi dan Maulana antara duta Palestin
Wakil blogger Kelab Blogger Ben Ashaari diberi penghormatan untuk memberi sepatah dua kata
Orang-orang penting Aman Palestin
Antara blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir bergambar bersama Heliza Helmi
Marilah menyumbang apa yang patut
Aku bersama salah seorang blogger cute mute: Yaya Natsumi
Lagi satu, dah datang dengan niat baik, rezeki aku pun tak disangka-sangka sebab tiba-tiba boleh pulak jadi insan bertuah dapat lucky draw yang ditaja oleh cosmoderm..ehehe 

Lucky Draw tajaan Cosomoderm
Akhir kata, marilah kita sama-sama beramal kerana: 
"Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dmanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya."





suke? like la..

Sunday, April 12, 2015

6 Teknik Urutan Bayi Selepas Mandi

Assalamualaikum.

Setiap ibu nak yang terbaik untuk anak dia kan? Sama jugak macam aku. Jadi aku selalu google apa yang aku nak kena buat untuk anak aku. Salah satunya ialah urutan bayi selepas mandi. Tak dinafikan memang aku tak dapat nak urut anak aku setiap hari lepas dia mandi sebab aku kerja. Tapi aku akan pastikan yang weekend memang aku akan urut dia, manja-manjakan dia, hehe 

Banyak sebenarnya kebaikan bila korang urut bayi korang ni. Kalau orang dewasa kena urut pun dah Aaaaaa~ sampai boleh terlena, inikan pula bayi yang masih lagi kecil yang perlukan belaian kasih sayang. Tak gitu?huhu

Antara kebaikan urutan bayi selepas mandi:
  • Menghasilkan dan mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan bayi
  • Bayi menjadi lebih tenang (hasil hormon oksitosin)
  • Bayi rasa disayangi
  • Membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi
  • Rangsangan sentuhan
  • Menyihatkan kulit bayi
  • Melancarkan sistem pengaliran darah bayi
  • Membantu sistem penghadaman
  • Membantu dalam pernafasan
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
Bawah ni aku dapat teknik urutan beserta gambar dari Johnson & Johnson untuk korang lebih senang faham macam mana cara urutan yang betul. Lagi satu, urut dengan lembut dan penuh kasih sayang ye. Ingat! ini bayi, bukan orang besar yang kena picit kuat-kuat. Lain. 








Jom! jom kita mengurut anak. Oh ye, lupa pulak. Lagi satu tips, jangan lupa sapu minyak untuk elakkan bayi dari kembung perut. Macam aku, aku guna minyak bayi Amway, bau pun sedap, Mierza pun tak meragam. Alhamdulillah.

Pesanan ini ditaja oleh seorang ibu bekerjaya merangkap tukang urut anak sendiri dan suaminya..ahahahaha





suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...