Monday, March 30, 2015

Milk Booster yang Berkesan

Assalamualaikum.

Ni aku nak share dengan korang milk booster yang berkesan. Apa itu milk booster? bagi yang tak tahu, milk booster ni adalah makanan/minuman untuk tambah penghasilan susu ibu bagi yang menyusukan bayi. Diketahui umum bahawa susu ibu memang susu terbaik untuk bayi sejurus selepas lahir dan amat digalakkan meneruskan penyusuan sehingga umur 2 tahun.

Bergantung pada para ibu samada ada keinginan untuk menyusukan bayi atau tidak, sebab ada sesetengah ibu yang tak nak susukan baby diorang sebab takut nanti payudara melendut.. (-_-') tok sah takut lah, lepas dah abes fasa menyusu tu, pandai-pandai lah pakai korset ke apa untuk jaga badan kasi up balik..adeihhhh..

Ok, enough membebel pasal tu, aku nak share milk booster yang paling berkesan. Sekarang ni Alhamdulillah rezeki anak aku masih ada sebab sekarang Mierza dah nak masuk 7 bulan, stok susu aku masih lagi mencukupi. Masih lagi fully breastfeed. Ibu-ibu kena rajin ok untuk pam susu buat stok. Sebab anak makin lama makin banyak susu yang diminum.

Selain aku amalkan minum sesudu madu setiap pagi dan kadang-kadang makan kurma, aku jugak amalkan minum Umma Lacto setiap pagi masa perut masih kosong. Ya! Umma Lacto! Bagi aku Umma Lacto memang berkesan untuk aku. Sebelum ni aku cuba Mom's Chocolate tapi awal-awal je berkesan, lepas tu dah macam tak ada kesan.



Disebabkan aku memang sungguh-sungguh berazam nak nyusukan Mierza (kalau boleh sampai dia umur 2 tahun, InsyaaAllah) aku teruskan pengambilan Umma Lacto, alang-alang tengah ada promosi, beli 2 kotak percuma 1 kann...aku pun tak tau promosi ni sampai bila. harap-harap ada lagi walaupun dah selepas gst tu la..haha

Ni cuma pendapat aku je sebab aku dah cuba sendiri produk ni. Mana tahu serasi dengan korang kalau nak tambah susu kann..Ikut badan masing-masing. Selagi tak cuba, selagi tu tak tahu. Mungkin korang lebih serasi dengan produk lain macam Mom's chocolate tapi tidak untuk aku.

Wallahualam.

suke? like la..

Sunday, March 29, 2015

Anak Bongsu Paling Gelap Antara Adik Beradik

Assalamualaikum.

Hari ni tengah sedap layan tosei dengan teh ais dekat mamak dengan husband dan Mierza, terkeluar topik berkenaan warna kulit.

Ada lah beberapa kawan husband aku dulu yang pernah cakap, "putihnya anak kau" dan husband pun turut menyampuk, "putih pelik kan?" hahahaha. kawan aku pun ada jugak tanya aku makan apa sampai anak aku putih sangat macam tu.. tau la aku ni hitam-hitam manis kannnn... (-_-), tetiba dapat anak putih melepak pulak..lagi putih dari husband aku.

Gunalah ku putih, ku putih..barulah putih...haha

Aku pun tak tau..tak ada jawapan. Yang aku tau masa aku pregnant tu, aku just makan madu, pati delima, kurma tapi dari segi saintifiknya tak tau lah kalau makanan ni ada bagi pemutihan kat warna kulit pulak..tak pulak aku kaji. Then husband bagitahu yang adik bongsu dia dulu masa kecik-kecik memang putih melepak..tapi bila dah besar, gelap.

Aku cakap lah, tu sebab adik sayang aktif main skate petang-petang. itu yang kulit jadi gelap. Husband aku nafikan. Dia cakap sebelum tu lagi dah gelap. Lepas tu aku bagitahu dia yang aku pun paling gelap antara adik beradik yang lain. Anak bongsu memang yang paling gelap. Isu ni pernah aku tanya kat kawan-kawan aku, dan memang diorang cakap yang paling bongsu dalam keluarga diorang yang paling gelap.

Cuba korang check balik. Betul tak sesiapa yang bongsu berkulit lebih gelap berbanding adik beradik yang lain?? kebetulan atau fakta?? hehe 


suke? like la..

Friday, March 27, 2015

Earth Hour 2015




Tahun ni Earth Hour akan diadakan pada 28 Mac 2015 pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Jadi semua diseru supaya menjayakan earth hour ni okay??support sikit. Bukan lama pun, sejam je. Mana-mana lampu yang agak-agak tak ada function tu, tolong tutup okay?sekejap je..tak lama. hehe

Pada geng blogger Ben Ashaari yang akan duduk sedap makan dan review nasi lemak antarabangsa time earth hour ni, try makan dalam gelap ye..hahaha mau jatuh pinggan, tertumpah air semua bagai..kikikiki

Sama-samalah kita menjayakan Earth Hour ni..sayangi bumi kita. muahhhh cikeeddddd...ekekekkee

suke? like la..

Wednesday, March 25, 2015

Terlepas Suntikan Vaccine Baby: Bahaya atau Tidak?


Anak aku Aliff Mierza bulan ni dah masuk 6 bulan setengah, TAPI, cucuk untuk 5 bulan punya tak ambik lagi. Puncanya rata-rata sektor swasta dah tak ada stok vaksin. Cuba la kat klinik mana-mana pun, tak kira lah klinik biasa atau klinik pakar area Shah Alam ni, semua jawab tak ada stok bila aku tanya. Al-maklumlah aku ni kerja sektor swasta, nak dapat cuti payah. Jadi aku ingat nak lah bawak anak aku ambil vaksin dekat klinik swasta, dah alang-alang insuran company aku memang tanggung. 

Malangnya, klinik swasta pulak bagitahu yang stok memang tak ada. Ok fine. Bila aku cerita dekat kakak aku, kakak aku cakap, "ko try la pergi UMRA Medical Centre Shah Alam, anak aku cucuk kat situ elok je ada stok." aku pun cubalah pergi, 

nurse: "maaf puan, stok memang tak ada" 
aku: "kakak saya selalu ambil vaksin dekat sini, takkan tak ada? anak dia baru je ambik"
nurse: "oh, kakak puan bersalin dekat sini ke? puan?"
aku: "a ah, kakak saya bersalin dekat sini. Saya kat Hospital Teluk Intan"
nurse: "hurmm..maaf puan, memang takda stok"

OK Fine. Dapat dah jawapan dia kat situ. Nak bagitahu aku yang kalau tak bersalin kat situ, tak boleh la ye. Takpe lah, aku faham. Mungkin stok memang limited dan hanya dibekalkan untuk sesiapa yang bersalin dekat situ sahaja. Nampak gaya memang kena ambil cuti la untuk bawak anak pergi Klinik Kesihatan. Memang sebelum ni ambil vaksin dekat Klinik Kesihatan tapi leceh bila kena pergi hari bekerja sahaja. Susahlah bagi kami yang bekerja sektor swasta. Bukan nak cakaplah, kalau kerja government, boleh lari sekejap dan ambil time sleep, tapi kat company aku kerja ni, tak laku weh time sleep, time sleep ni. Sadis!

Disebabkan dah terlewat ambil vaksin, aku pernah lah tanya doktor, takpe ke kalau terlambat ni? doktor cakap takpe, tapi kena ambil jugak. Untuk next suntikan pulak, kena jarakkan sikit daripada suntikan yang terlambat ni. ada faham?? tapi korang kena ingat, jangan lambat-lambat sangat tau. tak digalakkan. Apa-apa, rujuk doktor dulu ok? aku pun bukanlah pakar sangat dalam bidang ni.


Untuk pengetahuan korang, vaksin yang wajib di ambil mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:



BCG : 1st dose ketika lahir.
Hepatitis B1st dose ketika lahir, 2nd dose selepas sebulan dan 3rd dose selepas 5 bulan,
DTP 1st dose selepas 2 bulan, 2nd dose selepas 3 bulan dan 3rd dose selepas 5 bulan.
Polio (OPV)1st dose selepas 2 bulan, 2nd dose selepas 3 bulan dan 3rd dose selepas 5 bulan.
HIB 1st dose selepas 2 bulan, 2nd dose selepas 3 bulan dan 3rd dose selepas 5 bulan.
Measles-mump-rubella1st dose selepas 12 bulan, 2nd dose selepas 6 tahun.



suke? like la..

Tuesday, March 24, 2015

Jom Derma Darah!


Tadi aku baca email, hari ni RHB ada buat blood donation. Excited nih! Aku tak pernah lagi berkesempatan untuk derma darah. Seumur hidup tak pernah lagi merasa untuk derma darah tau. Haip! Jangan kata aku kedekut okay?? Bukan tak nak derma, tapi masa sekolah, masa kanak-kanak riang dulu, berat badan aku tak mencukupi. Maksudnya BMI aku tak menepati syarat.

Masa aku kat University pulak, aku punya tekanan darah rendah (low blood pressure). Lepas kahwin, BMI ok, blood pressure ok, tapi pregnant pulakkkk...hahaha macam-macam kann.. so kali ni aku excited la nak derma darah.



Apa lagi, terus aku IM kawan satu office, Lisa, ajak dia pergi.


Aku: "eh, kita tengok email, ada blood donation, jom pergi nak?tak pernah derma darah"
Lisa: "orang period boleh donate blood ke?huu"
Aku: "entah. kita pun lupa syarat-syarat nak derma darah macam mana. Dulu kita tak boleh derma     sebab low blood pressure. Kejap kita check."
Lisa: "Dulu kita tak boleh nak derma sebab BMI tak cukup"
Aku: "sama lah! haha"
Sedang aku dok godek-godek kat Google, jumpa satu artikel ni;

Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini:

  • hamil
  • mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil/menyusui dalam satu tahun terakhir
  • mereka dapat menderma selepas 6minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka tidak menyusui
  • mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi

Aku: "Ok tak boleh derma. FINE! kecewa lagi"
Lisa: "takpe. nanti boleh derma lagi.hehe"

suke? like la..

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



suke? like la..

Monday, March 23, 2015

[Food Review] KFC Zinger Rice Wrap

Sekarang ni KFC ada menu baru iaitu Zinger Rice Wrap. Seperti biasa aku memang akan try menu yang berlainan setiap kali aku makan KFC. Biasalah, dah nama pun tak ada sangat kedai makan dekat dengan office aku, so KFC lah pilihan paling mudah untuk aku beli dan ngap! haha


KFC ZINGER RICE WRAP ini adalah gabungan kepingan zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan nasi colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

Bagi aku, zinger rice wrap ni memang sedap! tak cukup 1 kalau makan. rasa nak lagi..serius! nasi dia macam ala-ala sushi - which i like..sedap makan panas-panas. dari segi nutritional side, memang seimbang lah sebab cukup carbohydrate, protein and sayur-sayuran

Aku suka ambil set combo: sekali dengan air dan fries dia..sebab fries dia pun dah berbeza dari yang dulu. fries yang sekarang lagi rangup dan flavorful. thumbs up untuk R&D KFC for the awesome improvement! keep it up..

suke? like la..

Sunday, March 22, 2015

[Review] Philips air fryer- mudah dan lazat!


Pagi tadi husband request nak breakfast fries je..tengahari baru makan berat. aku apa lagi, ON sajorr. lagi senang. haha so macam biasa, kitorang akan gunakan philips air fryer ni. Jimat weh! jimat minyak.. tak payah nak tuang minyak bergelen-gelen dalam kuali untuk deep fry fries tu, campak je dalam bakul philips air fryer tu, pusing timer dan biarkan ia masak sendiri. hehe
Tak payah susah-susah nak thaw atau nyahbeku ke pe..sejuk-sejuk beku tu pun dah boleh masuk dalam air fryer tu.

Dulu sebelum beli memang rasa macam betul ke rangup dan sedap kalau masak guna benda alah ni. Lepas kitorang cuba rasa masa Houz Depot Kota Damansara ada buat demo hari tu, terus rembat satu air fryer ni..haha

Serius mudah. Sedap. Lebih sihat!

Setakat ni kami baru cuba dengan frozen food je. Sebenarnya Philips Air fryer ni banyak gunanya cuma aku tak berkesempatan lagi nak cuba. Bukan saja untuk frozen food, korang nak masak ayam sekor pun boleh, nak masak kek pun boleeehhhhh. versatile. Dalam kotak Air Fryer ni siap ada bagi cookbook untuk korang try masakan lain.

Next time bila aku dah cuba masak guna air fryer ni selain frozen food, aku update ye... till then, peace!
sedap je, crunchy, yummy!

suke? like la..

Saturday, March 21, 2015

Cepatnya Dia Membesar


Pejam celik pejam celik, Mierza dah boleh start makan dah sekarang. Tak sangka cepat je masa berlalu sekarang ni. Rasa macam baru bulan lepas aku mengandungkan dia..9 bulan dalam perut, sekarang dia dah mula angkat-angkat bontot nak mula mengengsot dan merangkak..hehe

Lepas ni aku celik lagi mata, dia dah nak ke sekolah dah..tetiba nak kerja dah, tetiba cakap nak kahwin dah, tetiba aku nak ada cucu dah..TETIBBERRRRR... over aku nih!

Hari Pertama (14 September 2014)
15 Hari (1 Oktober 2014)
1 Bulan (14 Oktober 2014)
Tengok tu....dah macam Superman...kecik-kecik dah berangan nak jadi superhero ye..apa-apa pun, You are already my hero sayang. 

2 Bulan (9 November 2014)
3 Bulan (20 Disember 2014)
Masih lagi 3 Bulan (27 Disember 2014)
4 Bulan (25 Januari 2015)

Pandai wat muka dah kannnn....ekekekekeke

5 Bulan (12 Februari 2015)
6 Bulan (7 Mac 2015)

Sayangku Mierza, ibu selalu doa yang baik-baik untuk sayang. Jadi anak yang baik ye sayangku, sejajar dengan maksud nama mu. Amiinnnnnn~

Muhammad : Hamba yang Terpuji
Aliff : Teman Rapat
Mierza : Anak yang Baik

suke? like la..

Petua Sakit Perut untuk Bayi


Dari sabtu malam Mierza sakit perut. Mula-mula okay je dia.. anak aku ni style dia jenis yang tak berak boleh sampai seminggu, sekali berak 2, 3 kali sehari sebab memang dia peram dulu dalam perut..tapi kali ni aku dah macam pelik sebab lepas beberapa jam je, dia berak lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Dari najis tu elok pekat, dah jadi macam cair. Dia pulak dah start nangis-nangis. Ibu mana yang tak risau?

So ahad petang aku bawak dia pergi jumpa doktor.  Sambil doktor tu pegang perut Mierza, check mulut, kepala semua, dia tanyalah:

berapa kerap dah dia berak? -setakat ni da 5 kali
najis warna apa? - kuning
pekat ke cair? - awal-awal pekat, sekarang makin cair
fully breastfeed ke apa? - ya
ada muntah-muntah tak? - takde

Akhirnya doktor tak bagi ubat apa-apa. Doktor cakap Mierza okay lagi sebab nampak Mierza pun aktif, mulut tak kering, just teruskan penyusuan susu badan. Lagipun budak bawah umur 2 tahun tak digalakkan bagi sebarang jenis ubat. Doktor hanya pesan, kalau Mierza nampak tak aktif, menangis dah tak keluar air mata, tak nak menyusu, cepat-cepat bawak ke hospital, kena masuk wad la.

baru lepas jumpa doktor
Mintak-mintak lah takde teruk sangat sampai kena masuk wad. Aku suspect ni sebab aku keracunan makanan haritu masa RHB Bank ada buat makan-makan sempena Chinese New Year. Maybe effect kat Mierza lambat sikit. Hmmm.....kena lebih berhati-hati lagi lepas ni. 

Makanan pun aku nak kena jaga pantang, sebab ingatkan aku kena jaga makan masa dalam tempoh berpantang 2 bulan tu je.. ish! sedih aku tengok bila Mierza nangis-nangis meragam. Punggung dia pun merah-merah dah. Aku sapu drapolene je untuk kurangkan rasa rengsa melecet tu. 

Antara petua yang aku cuba guna dekat Mierza untuk kurangkan cirit birit tu adalah teruskan penyusuan susu badan dan bagi dia madu sikit. Alang-alang rumah aku memang sentiasa ada stok madu asli, aku try bagi dekat Mierza. Alhamdulillah lah najis dia start pekat sikit dan tak cair sangat dah. Dia pun makin beransur pulih dan dah tak meragam sangat dah.

Lagipun memang madu ni banyak khasiatnya. Khasiat madu banyak disebutkan dalam Al-Quran seperti Surah An-Nahl: 69 menyebut:

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat kebesaran Allah SWT bagi orang yang memikirkan.

Rasulullah SAW juga berpesan supaya kita berubat dengan madu asli dan Al-Quran, melalui hadisnya;

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran" Riwayat Ibn Majah

Tapi tapi tapi..korang make sure la tu madu asli ye..bukan tiruan...kang tak pasal-pasal kencing manis pulakkk....


suke? like la..

Thursday, March 19, 2015

10th years Anniversary


Eh! ni bukan anniversary kahwin tau..ni 10th years anniversary kitorang couple...gittuuuuuu....kih2 sebab tu lah aku selalu buat 193 tu..sempena tarikh istimewa ni..lama dah rupanya kitorang meninggalkan zaman belajar..dari form 5 kann...tak sedar diri ni dah tua..ekekeke

So sempena 10 tahun ni, aku saja-saja buat surprise untuk dia. Ye lah, lama dah tak buat apa-apa benda yang mengejutkan. Nak la cetuskan balik api cinta ala-ala zaman remaja..haha lagi-lagi dah sah ni kan..berganda-ganda ganjaran pahala bila buat orang tercinta bahagia..eh, elok berirama pulakkk...ehehe

Tau apa yang aku buat aritu?? Nin diaaa...

ambek kau...haha


Amacam? agak-agak kalau korang balik kerja, jalan ke tempat parking, tetiba nampak motor korang jadi macam ni..takkan tak terkejut kan? siap husband aku cakap, ingatkan ada orang nak kenakan dia..bila dia sampai dekat dan nampak love love, 'ehhh...aku ada secret admirer ke kat office ni??' tengok!! mula lah perasannnn...haha

Jenuh weh aku berpakat dengan pak guard tanya mana tempat staff parking moto. Pulak tu masa dok tampal-tampal notes tu, ada pakcik baru nak park moto dok tengok-tengok, pandang semacam..macam aku ni nak curi motor orang or lekat iklan ke pe kan...ekekekeke

Alhamdulillah husband aku suka..siap gelak-gelak bila sampai rumah..senyummmm je dia..mau tak senyum?? dapat surprise, dapat kek, siap dapat hadiah extra lagi tau..huhu Okla..tak mau cerita lelebih, sendiri mau paham bestnya berumahtangga..hehe korang try la wat surprise untuk orang tersayang. tak rugi buat orang tersenyum.. ;)


Dear husband, I'm happy as long as you're happy my love. terima kasih sebab menjadi suami yang sentiasa menolong, memahami dan mencintai hani. love u!!

suke? like la..

Saturday, March 14, 2015

[Review] The Shop Hotel - more than just a shop -


Kalau korang pergi ke Kuala Kangsar, Perak dan tak tahu nak bermalam kat mana, aku paling syorkan korang try menginap di The Shop Hotel, Kuala Kangsar.


Kebetulan masa tu aku pergi sana sebab sepupu rapat aku kahwin (13 February 2015). Hari jumaat nikah, sabtunya pulak kendurinya. Jadi kena la bermalam kat sana. Fikir-fikir, takkan lah nak bermalam kat rumah pengantin kan? dah la datang dengan suami dan anak kecil. Tak selesa pulak nanti untuk tuan rumah.

Apalagi terus aku google dekat Agoda, cari-cari deal mana bagus untuk bermalam dekat sana. Kalau korang try google kat Agoda untuk area Kuala Kangsar, automatik The Shop Hotel ni ialah top 3 pilihan Top Trending Hotels! nampak?? dekat situ dah macam ada aura suruh menginap kat situ..dan secara jujurnya lah kan, kalau korang tengok gambar kat bawah ni pun, yang menarik hati of course lah gambar The Shop Hotel kan??? di tambah pulak bila aku search, hotel ni dapat banyak feedback yang positif. Dalam hati aku 'boleh la ni..satu malam pun dalam rm110 je..' Deal!


Habis je akad nikah sepupu aku, petang tu lepas Asar, terus kami cari hotel ni ikut waze. Bila sampai je, first impression aku: not bad. Suami aku pulak suka dan puji gila hotel ni sebab lain dari yang lain. Apa yang lain?

Bila korang melangkah masuk je ke hotel ni, korang akan disambut dengan bau fresh coffee! segar! tak macam bau hotel lain yang ala-ala sama je baunya. Hiasan dalaman hotel ni pun tak kurang cantiknya. Banyak elemen kayu yang sudah menjadi trend zaman sekarang ni. Apa yang pasti, owner kedai ni pun peramah dan menyambut kedatangan kami dengan mesra. Staff mereka pun tak lekang dengan senyuman.


Dia pun nak enterframe jugak..hehe
Disebabkan kitorang pun dah kekenyangan dengan lauk kenduri kahwin, esok paginya baru kami cuba signature drinks diorang. Husband aku macam biasa akan order coffee sebab dia memang gila coffee dan aku pulak chocolate - hotel ni panggil Dirty Chocolate..kihkih sedap!! berbaloi-baloi..

Overall memang tak rugi korang bermalam dekat sini, good environment, friendly staff, great drinks and lavish interior design! Oh ye, dapat tips from one of the staff, time buat booking nanti, request untuk dapat bilik bawah, so tak payah susah-susah naik atas 

Sila klik sini untuk ke facebook The Shop Hotel, Kuala Kangsar



suke? like la..

Thursday, March 12, 2015

Manisnya Saat Bersalin

Masih segar dalam ingatan ketika aku melahirkan anak sulung - Muhammad Aliff Mierza. Di saat nyawa terasa di hujung hujung, nafas semakin sesak, tidak senang untuk ke kiri atau ke kanan menahan keperitan yang tidak terhingga, mulut sentiasa menyebut nama Allah, lantas dengan dua kali ku teran sekuat hati, maka lahirlah anak yang suci dengan izinNya.

Segala kepayahan dan keperitan yang ditanggung, hilang sekelip mata apabila bayi yang selama ini dikandung selama 9 bulan diletakkan di atas dada. Rasa sedih, gembira, sayu bercambur baur tatkala melihat tubuh kecil menyusu, langsung terlupa yang doktor masih lagi meneruskan tugas membersihkan darah dari rahim dan menjahit luka di bawah. Terleka dengan keindahan dan anugerah di depan mata.



Benarlah orang kata, walaupun sakit macam nak mati, masih lagi akan menjawab "nak" kalau ditanya "nak anak lagi tak?" hehehehe

Sekarang ni kawan satu office pulak sedang menunggu saat kelahiran anak sulungnya. Sudah 40 minggu 1 hari dah hari ni. sayu je bila baca status dia di FB:



Kepada kawanku HI, aku doakan agar Allah permudahkan urusan kau dan selamat semuanya, aminnn. Harap kau tabah dan dapat lalui apa yang aku rasa- happy nya bila dapat anak! hehe
tu lah..siapa suruh makan yang sedap-sedap sangat? kan anak kau dah tak mahu keluar dah..kihkihkih


suke? like la..

Tuesday, March 10, 2015

[Blog Review] Mata Tak Berhijab

Tidak semua orang yang dianugerahkan dengan deria ke-enam: mata tidak berhijab atau dalam erti kata lain hijab mata yang dibuka. Terpulang pada individu samada untuk menganggap ini adalah satu kelebihan atau sebaliknya, Namun bagi aku, kalau aku dapat melihat alam ghaib ni, hurmmmmm... tobat wehh!!! tak nak! tak nak! mau aku pengsan.....bangun, lepas tu pengsan balik! haha


Alhamdulillah so far tak ada lagi lah pengalaman aku bertentang mata dengan makhluk halus ni..cuma pernah sekadar di tegur-tegur manja sahaja.. orang kata ketegur (short cut pada kena tegur kot,huhu) memang waktu aku kecik dulu jenis yang lemah semangat..tapi suka sangat tengok cerita seram..hehe


Kalau korang jenis yang suka tengok cerita seram, apa kata cuba tukarkan kepada pembacaan cerita-cerita seram pula.. agak-agak sama tak feel macam tengok dekat tv..yang penting, imaginasi korang kena mantap..baru layaannnn... sambil baca, sambil bayangkan, baru hidup rasa seram tu..kan? so, nak uji tak diri tu samada dapat ke tak feel seram tu? cuba baca blog ni: matatakberhijab.blogspot.com




Aku baru je baca petang tadi..tengah dalam traffic jammed duk tunggu polis trafik tu kasi jalan, sempat aku habiskan 1 cerita seram dia..jujur aku cakap gaya penulisan dia hidup.. seolah-olah aku berada di tempat kejadian..dapat aku gambarkan atau bayangkan apa yang penulis blog tu : Zulkifli Ahmad cuba sampaikan..tak percaya?baca sendiri..nilai sendiri..silakan.....


Oh! tak lupa juga, penulis ni jugak ada terbitkan novel yang korang boleh dapatkan di pasaran macam MPH ke Popular ke..aku nak try usha dan beli nanti..hehe


suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...