Friday, December 04, 2015

The Parenthood : 1st Family Park Malaysia Bertemakan London Street



Teruja gila aku bila datang dengan husband dan anak aku, Mierza ke The Parenthood yang terletak di tingkat 2 Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur ni! Sebabnya The Parenthood ni merupakan Family Park PERTAMA di Malaysia yang bertemakan gaya London Street. Masuk-masuk je korang dah boleh nampak bas warna merah dia!

Yelah, bukan London lah kan kalau tak ada bas warna merah ni.. Bila sebut je London, mesti terus terbayang bas merah, peti surat merah, Big Ben dan jugak istana dia..  kan kan?? Meh aku belanja sikit gambar suasana kat The Parenthood ni..




Cun kann?? Terasa macam jalan-jalan kat London, kihkih Kalau korang nak tahu, The Parenthood ni memang teramatlah menyenangkan kerja mak bapak. Kat sini lengkap segala keperluan anak sebab kat sini menyediakan pelbagai kedai yang menjual barangan bayi dari mula lahir sehinggalah dah besar dan pandai main game. Mana-mana ibu bapa yang nak buat birthday party, nak cari hiasan comel-comel dan belon pun ada di jual kat sini.

Kat sini pun ada jugak kedai yang menjual costume kanak-kanak tau. Comel je weh. Ada costume Cinderella, Snow White, Frozen, macam-macam jenis princess lah ada! Kalau untuk budak lelaki, ada Spiderman, Superman, Batman, bak kata semua superhero ada.. hehe Tiba-tiba aku terbayang kalau anak aku yang pakai costume ni, mesti comel! kan? kehkeh senang lah lepas ni nak buat birthday party tema apa sekali pun..hehe

 


Yang paling buat aku teruja ialah My Kingdom! ni merupakan tarikan utama dan paling menarik bagi aku. Kat sini macam-macam jenis mainan disediakan untuk kanak-kanak bebas bermain. Dari mainan untuk anak-anak sekecil setahun sampailah budak besar yang reti main XBOX.. siap ada xbox wei..seronok kanak-kanak sekarang kann.. Lagi satu, bila dah check in anak kat sini, boleh lah mak bapak tinggalkan anak bermain dan pergi dating berdua! Kehkehkeh

Pasal keselamatan, korang tak perlu risau okay? Sebabnya The Parenthood ni dah belanja lebih untuk pastikan keselamatan anak-anak korang. Bila nak masuk je My Kingdom ni, penjaga dan anak akan diberikan gelang/tag. Tag ni yang akan pastikan anak korang selamat sebabnya bila nak bawak anak keluar je, diorang akan scan tag tu. Kalau match tag anak dengan penjaga, baru boleh keluar. Kalau kata orang asing tiba-tiba nak bawak lari anak korang, tiba kat pintu keluar dan sistem scan kata tak match, memang tak dapat lah keluar. Bagus kan??




Yang seronoknya, mak bapak budak pun boleh join main sekali tau! larat dengan tak larat je.. hahah banyak kali aku dukung anak aku naik tangga dan turun ikut gelongsor tu. Mula-mula memang dia agak takut-takut dan buat muka ketat, tapi lepas tu jerit-jerit suka! Seronok tengok anak aku gembira. Masa ni lah pun untuk korang eratkan lagi hubungan dengan anak-anak kan? Dah 5 hari bekerja, pergi subuh sepie, balik dah senja, anak pun tunggu nak tidur je kan??

Agak-agak korang dah penat tapi anak masih lagi bertenaga nak main sana sini, korang boleh je kalau nak lepak kat cafe dalam The Parenthood ni. Tak perlu risau sebab sambil korang menjamu selera kat cafe yang diberi nama Lillipilli ni, korang boleh awasi pergerakan anak korang main dalam My Kingdom menerusi 2 biji skrin tv betul-betul depan cafe ni. Ada CCTV kau...hehe

 


Bilik ni khas kalau ada nak buat aktiviti apa-apa. Contoh macam nak buat birthday party ke, makanan dan  minuman akan disediakan dalam bilik ni, dan kanak-kanak boleh bebas untuk keluar masuk ke My Kingdom sebab ada pintu yang menghubungkan My Kingdom dengan bilik ni. Oh ye, dalam My Kingdom tu ada staff yang akan awasi kanak-kanak tau. Ni penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan ke apa. Satu lagi aspek keselamatan yang disediakan oleh The Parenthood. *thumbs up!

Selain tu, ada beberapa kedai yang menarik minat aku. Sebabnya aktiviti ni boleh membuatkan sel-sel otak kanak-kanak berhubung. Jangan segan silu untuk bertanya pada staff kat sini sebab diorang bersedia untuk buat demo dan ajar kanak-kanak ni. Nanti dah tiba masanya, memang aku nak beli pun untuk anak aku. Biar dia kreatif dan berimaginasi tinggi. kihkih Nak tahu apa dia? Tengok gambar bawah ni.

 


Comel je kan craft art dia. Satu lagi yang aku minat ialah Painting by Numbers. Kat atas kertas lukisan tu, dah tersedia corak dan nombor. Korang hanya perlu warna gambar tu ikut nombor dia je. Senang dan hasilnya memang wahh! dah macam pelukis terkenal dah aku tengok. Ni kalau anak aku buat ni, boleh lah berbangga kata anak aku pandai mewarna..gittuuu...hahahah

Kotak paling kecil RM14.90 je. Aku dah nak beli dah tapi husband aku cakap, anak tu pegang pen pun tak pandai lagi. Ni kan pulak nak suruh dia mewarna. Alamatnya memang bersepah je lah nanti warna air tu kat atas lantai. Betul jugak tu. Tak sabar betul aku, hahaha

demo mewarna ikut nombor
Ni hasilnya lepas mewarna ikut nombor tu, cantik kan?
Selain daripada aktiviti-aktivit menarik yang disediakan untuk anak-anak, untuk mak bapak pun ada tau dekat sini. Sambil-sambil anak main kat My Kingdom, ayah boleh bersenam dan menyihatkan badan di fitness room kat sini. Untuk mak mak pulak, siap boleh manjakan diri. Ada Beauty Secret studio untuk buat rambut, urut.. manicure pedicure pun ada! Curlassss...

Untuk anak kecil yang takut untuk potong rambut pulak, The Parenthood siap sediakan tempat duduk kereta mainan untuk bagi anak kecil tu leka dan seronok main. Jadi senanglah kerja tukang potong rambut tu kannn... Kalau nak potong sekali mak dan anak pun boleh.. duduk sebelah menyebelah, hehe

Comel kan bila anak duduk diam dalam kereta tu, hehe
Lengkap dengan Baby Room
Bilik memanjakan diri, gittuuu..
Secara keseluruhannya, The Parenthood ni ada 4 komponen utama:
  • Relaxation & Leisure - Bilik fitness untuk keluarga dimana terdapat Wio Express's Power Plate dan alatan fitness yang lain. Untuk mak-mak pulak ada Beauty Secret Studio yang menyediakan perkhidmatan rawatan muka, manicure, pedicure. Anak pun boleh join sekali.
  • Educational & Play - Bermain sambil belajar
  • Dining - Cafe yang sediakan makanan berkhasiat
  • Shopping - Terdapat 33 buah kedai yang menjual pelbagai barang keperluan anak, semunya di bawah bumbung yang sama.
  • Others - servis "drop & shop" untuk 4 tahun ke atas, parti harijadi dan banyak lagi. 
The Parenthood ni dibuka kepada umum mulai esok! ye esok! 5 December 2015. Dan dan dengar kata ada promosi tau! beli 3 tiket My Kingdom, percuma 2 tiket! molek sangat lah tu... Kalau tak, harga biasa untuk hujung minggu RM45 sorang manakala hari biasa RM35.. Apalagi, masa promosi ni lah kita rebut peluang kan?! Nak lagi jimat, jadi ahli dia, lagi ada macam-macam promosi.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Facebook: The Parenthood or MIPC
Website: http://theparenthood.com.my
My Kingdom playground by The Parenthood: https://www.facebook.com/jepkingdom/timeline
 
tudluuu...hehe
suke? like la..

Tuesday, November 24, 2015

Masuk Kelas Semula


Selama 2 hari aku di Bangi atas urusan kerja. Kena masuk kelas belajar pasal Excel! Dah lah Excel Foundation 2010 untuk Foundation & Intermediate pulak tu. Kahkah No no no no! Korang jangan salah sangka ye. Ni semua hanyalah semata-mata untuk cukupkan training hours demi KPI tahunan, bukan sebab aku noob sangat pasal excel..haha


Tempat kerja aku ni, ada satu bahagian pemarkahan di mana semua pekerja kena cukupkan  kursus/bengkel/training selama 40 jam. Sehari training di Bangi dikira 8 jam. Makanya kena lah pergi training apa-apa pun selama 5 hari. Kita akan diberi satu senarai panjang kelas apa yang ada, pilihlah mana yang nak dan bos akan calonkan kelas mana yang sesuai dengan skop tugas kerja supaya boleh diaplikasikan apa yang kita belajar nanti.  Dan memandangkan kerja aku ni ada guna excel, jadi bos aku pun calonkan aku untuk kelas excel. Begitulah ceritanya. 

Masa aku sampai-sampai je kelas ni, baru aku perasan yang kelas ni untuk orang beginner! Dalam hati dah terus terdetik dah, 'mesti boring ni sebab semua aku dah tau kot'. Kelas beginner kan. Mesti lah dok belajar pasal macam mana nak bukak excel, nak cut copy dan paste. Nak buat jadual, carta pai bagai tu. Semua aku tahu kot. *Bajet aku dah pakar gila lah excel ni, hahahah 

Tapi ambik kau! Bila kelas bermula je, trainer Anne Teoh Hui San ni bagi macam-macam short cut key yang korang boleh pakai untuk lagi memudahkan kerja korang masa guna excel ni. Dan aku pun macam:

'Oooooooo..ada cara yang lagi mudah rupanya' 

Gila kagum aku. Konon selama ni dah pakar la kan. Yelah, dari zaman sekolah dah pakai excel. Masa belajar kat Universiti pun buat kerja pakai excel versi terbaru punya, mestilah tahu kan bila godek-godek sendiri. Siap dekat resume dengan yakinnya tulis advanced excel. Padahal dalam kelas foundation & intermediate ni pun aku banyak belajar. Belum masuk kelas excel advanced lagi! Hahah

Tapi aku seronok gila bila aku berjaya buatkan trainer tu tak dapat jawab soalan aku! bhahahaha yelah. Apa gunanya datang kelas tapi tak tanya kat dia jawapan mengenai apa yang kita selalu hadapi masalah bila buat data guna excel ni kan. Senyum je aku bila trainer tu cakap "aikkk..tak boleh lorr.." dan perkataan terakhir dia "stupid lor excel.." hahahahaha last-last dia mintak email aku dan emailkan jawapan bila dia dapat selesaikan permasalahan aku tu..kahkah



*teringin nak belajar balik, pergi kuliah, lepak dengan kawan-kawan kengkonon study kat McD. Rinduu!! Tapi yang penting, tak nak exam! hahah


suke? like la..

Wednesday, November 18, 2015

Percubaan Kali Kedua


Bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Kita praktikkan banyak-banyak kali, lama-lama akan jadi kebiasaan lah, betul tak? Haaa.. Inilah yang aku tengah cuba nak bagi mierza ni biasa dengan air dan tak takut mandi kat kolam. Sebab budak ni kebiasaannya akan takut dengan air bila tak praktikkan dari dia di peringkat bayi lagi. Contoh macam anak kakak aku. Menjerit dia tak nak masuk dalam kolam sebab takut punya pasal, huhu.
Ingat lagi bila kali pertama aku bawak Mierza pergi mandi kat swimming pool, beria ni beli pelampung untuk dia tapi last-last dia tak nak naik pun. Nak melekat je kat badan aku. Takut sangat, lagi-lagi bila nampak orang ramai. Tak biasa lagi kan. Jadi bila kali kedua aku nak bawak dia pergi mandi kolam, malam sebelum tu aku saja tiup pelampung depan dia. Nak tengok reaksi dia macam mana. Bulat mata dia tengok aku pegang pelampung. SUKA! Tak sempat lagi pelampung tu betul penuh anginnya, dah dia masuk dan baring dalam pelampung tu, hehe. 

Naik kereta tapi duduk dalam pelampung
Tengoklah, bila dalam kereta pun, nak duduk dalam pelampung. Ada harapan nih! Sampai je dekat Pusat Akuatik Shah Alam, kami bersarapan ringan dulu untuk lapik perut. Tak adalah nanti rasa lapar menggila bila dah habis mandi kolam. Semangat Mierza makan bihun. Sedap jugak makanan dekat sini. Kena dengan tekak dan selera kami. Perut pun dah kenyang, masa untuk berenang! Hehe

Cubaan untuk biar Mierza duduk dalam pelampung membuahkan hasil. Tapi korang tengoklah macam mana rupanya walaupun dah ada dalam pelampung. Tangan tu...tangan tu.... hahahaha 


Lama jugak Mierza ambil masa untuk 'warm up'. Lebih kurang lepas 20 minit, baru dia agak okay dan kami pun boleh lepaskan tangan tak payah pegang pelampung. Dia pun mula seronok dan tampar-tampar air dengan tangan dia. Bila saja-saja kami jauhkan diri dari dia, dia pun dok tendang-tendang kaki dia dalam air dan automatik bergerak ke depan. Bijak! Hehe

Tapi! 10 minit lepas tu dia takut balik. Nak melekat lagi, jadi kenalah pegang pelampung dia balik! Hahah Mierza... Mierza... Kena cuba lagi nanti nih. Selamat cuaca sekarang dah tak jerebu. Cuma kalau nak bawak pergi mandi kolam, kena pergi pagi-pagi. Musim hujan kan sekarang. Pandai-pandai lah bajet masa untuk beriadah dengan keluarga. Heeeee


Nanti-nanti nak cuba bawak dia beriadah dekat taman pulak, naik basikal ada 3 tempat duduk tu. Bajet feeling macam dalam cerita korea, hahah




suke? like la..

Thursday, November 12, 2015

3rd Year Anniversary


Genap 3 tahun lepas bertarikh 10.11.12, aku selamat diijabkabulkan dengan husband sekarang. Eh! Macam lain pulak husband dulu dengan husband sekarang kan? Hahaha 

Kononnya nak buat surprise kat husband. Balik je dari kerja, terus singgah secret recipe dan beli kek. Nanti menjelang 12 tengah malam, nak la surprise kan dia yang confirm confirm tengah main fifa kat bilik lagi satu. Berhias la sikit untuk suami kan. Gunakan peluang yang ada bila anak tengah sedap tidur.

Cukup sekadar sepotong kek, lagi romantis bila berkongsi bersama

Harapan tinggal harapan bila aku sampai je rumah, tengok-tengok ada kereta keluarga mertua. Allah! Rosak plan. Baru nak pakai cekci mekci dan feeling-feeling manja dengan husband kan, kah kah! 

Tapi tak apalah, plan masih lagi berjalan seperti biasa untuk kejutkan husband tapi tanpa pakaian cekci mekci dan tunggu sampai mak ayah pergi masuk bilik untuk tidur, kihkih


Suka jugak aku dengan facebook ni sebab ada saat imbas kembali apa yang jadi pada tarikh nikah aku ni. Bila dapat tengok balik ucapan-ucapan tahniah daripada kawan-kawan, rasa seronok sangat. Apatah lagi bila gambar yang menyatukan aku dan husband pun ditunjuk sekali. Mula lah melayan perasaan dan terkenang saat-saat manis disatukan tu, hehe.

Mudah-mudahan kekal dan bahagialah kami..aminnnn♥

suke? like la..

Saturday, November 07, 2015

Tak cukup sekali !



Kelmarin kan aku ada up entry pasal sushi king bonanza tu dan punyalah aku sibuk mencari geng nak makan sushi king kononnya kan.. haaaa ambik ko! Tak sampai berapa minit aku upload gambar dekat instagram, terus kakak aku komen kat situ ajak makan tengahari tu! Haha patutlah beria. Dia mc rupanya. Kalau tak, tak ada kerjanya nak datang dari putrajaya ambik aku kat kl ni semata-mata nak ajak makan sushi kannn...

Elok je ngam ngam masa lunch hour, kakak aku sampai dan kitorang bergerak ke Times Square sebab tu je lah pun yang paling dekat dengan pejabat aku. 5 minit je dah sampai. Fuhhhh tak ramai orang! Dan yang paling best bila masuk masuk je sushi king, berderet favourite aku kat atas tempat bergerak macam train tu.. terus ambik 6 pinggan salmon nishoku! Bhahahaha


Ni la salmon nishoku.. sedapppppp!! Kalau salmon lain aku tak makan. Aku boleh makan salmon jenis ni je. Mungkin sebab ada mayonis tu yang membuatkan tekak aku boleh terima. Tak ada lah rasa sangat rasa mentah ikan salmon tu. Cicah dalam soya sos dan sos manis lepas tu ngap sekali harung. Nikmatttt !!! Hoho 

Bagi aku masa bonanza ni, untung kalau korang ambil pinggan yang warna merah, ungu dan hitam. Pinggan warna merah jambu dan oren cair tu elakkan sebab beza harga tak banyak sangat dengan harga bila bukan waktu bonanza. Tapi kalau dah korang punya favourite tu, ambik je lah kan. 


Puas hati dapat makan sushi banyak-banyak. Tapi puas tak berapa puas lah sebab esoknya pulak aku pergi terjah lagi dengan kawan sepejabat pulak! Bhahahaha kena ada 'second round' maaa.... Alang-alang bonanza tak habis lagi kan. Salmon nishoku lagi! kah kah

Kawan sepejabat aku ni pun boleh nampak betapa aku tak sabarnya menunggu chef tu letak salmon nishoku atas meja bergerak tu. Sampai je kat depan aku, terus ambik 5 pinggan! hahah Mula-mula diorang ingat aku bukan nak makan semua dan hanya ambik, lepas tu letak balik untuk tengok saiz mana yang paling besar. Memang ada pun yang aku beza-bezakan saiz, tapi still aku ambil 5 pinggan. haha Nasiblah untuk orang belakang kalau tak sempat ambik. Sorry memang sengaja. kah

Masing-masing kekenyangan dan berat montot nak balik pejabat, hehe 


suke? like la..

Wednesday, November 04, 2015

Sushi King Bonanza November 2015


Jom serbu Sushi King wei! Sushi King ada buat bonanza! Sekarang satu plate harga rm3.18 (termasuk gst). Masa ni lah korang dengan aku aku sekali boleh makan favourite dish banyak banyak dengan harga macam ni. kan? kan? puas hati bila tengok pinggan berlapis lapis lepas habis ngap sushi ni. hehe


Sushi King Bonanza mula dari 2 November 2015 sehingga 5 November 2015

Nak tahu apa favourite aku?? Tunggu next entry bila aku dapat pergi makan kat sushi king..tinggal harini dengan esok je pun bonanza ni..jom jom!

Aku masih lagi tengah mencari geng yang sekepala nak makan sushi sebab ramai pulak yang takde kat kl sekarang.. ada yang tak boleh keluar sebab kena jaga anak demam campak. Ada yang baru pregnant jadi tak berapa sesuai kalau nak ajak makan makanan mentah sushi. Hmmmm... kakak aku pulak dah tukar kerja kat putrajaya.

Takpe, kalau takde jugak, aku pergi sorang je! Nampak tak excited nya tuh? haha
suke? like la..

Tuesday, November 03, 2015

FoodGasmFest mengecewakan??

 

Sambutan luar biasa FoodGasmFest kali ni. Memang ramai giler kot orang yang datang. Aku pun terjebak sama untuk pergi dan jalan-jalan cari makan sebab tak tahan duk tengok gambar makanan yang di post kat instagram FoodGasmFest. Memang boleh buat korang craving! Kakak aku dah siap-siap tulis makanan apa yang dia nak, dengan no booth nya malam sebelum event ni supaya senang nak serbu, huhu.

Pagi dalam pukul 10 kitorang gerak dari Kelana Jaya, dalam 20 minit dah sampai tempatnya tapi yang jadi jem bila ada kereta yang sesuka hati parking kiri kanan dan tengah jalan sampai menghalang laluan. Dah lah menghalang bas pulak tu. Masa ni memang kecoh la dengan bunyi hon banyak kali dari bas. Siap orang ramai ada yang pakat nak angkat kereta tu, macam nak patah aku nampak body kereta tu, haha nasiblah kannn..siapa suruh parking tak beragak.


Makanan yang berjaya buat aku craving! Sumber: Instagram FoodGasmFest

Perut dah mula lapar. Kitorang mula mencari-cari booth yang nak dituju. Tapi mak aihhhh..orang ramai tu biasalah kan, cuma cabarannya ialah bila mana korang kena redah lecak! Lecak teruk kot padang situ. Kat area makanan pulak tu.. even ada beberapa tempat yang pihak organizer dah lapik dengan plywood/board pun masih lagi lecak teruk sebab benda tu pun dah macam tenggelam!

Apadahal..lecak je pun kan.....tapi tapi tapi memang bahaya lah untuk orang tua dan lebih-lebih lagi macam kakak aku yang tengah mengandung. Macam aku pulak dengan dukung anak aku lagi. Selamat pakai baby carrier. Jenuh kalau bawak stroller tadi. Tabik lah dekat orang yang bukak kasut dan hanya berkaki ayam redah lecak tu. Macam seronok je kan...tapi dah kakak aku cakap dia nampak banyak cacing yang besar besar dalam lecak tu terus tak jadi..hohoho


Credit to awan.beverages untuk gambar lecak ni.

Lecak tu memang 'big turn off' lah.. dalam bahasa melayunya putus nafsu! Haha jenuh wei..Mana nak tengok lecak lagi, mana nak tengok makanan lagi, mana nak lalu dengan orang dah makin ramai beratur lagi. Hari pulak dah makin terik. Last-last aku dan kakak aku surrender. Mana yang beratur panjang sangat, kitorang tak pergi pun. Dapat lah sekadar pisang goreng cheese by @pasalpisang, liquid dessert teh dan kopi dengan brownies by @iheartdessertss dan mini chicken pie. Tu je.. tak puas beb! Mana taknya, ada booth yang dalam list kitorang tu pun masih tak bukak lagi. Hmmm..kecewa..


Ramai kannn...

Event dah best dah. Penganjur punya markerting pun dah meletop dah sebab berhasil buat orang ramai datang. Cuma tu lah, kena ada penambahbaikkan untuk beberapa perkara supaya event ni lagi meletop dan pengunjung pun balik dengan senyuman puas hati. Sebab aku tengok memang banyak giler yang melahirkan rasa tak puas hati dengan event ni..lagi-lagi kat bahagian komen instagram foodgasmfest..kalau search melalui hashtag pun, ramai yang up gamba lecak.


Pendapat aku sendiri:

1. Pilih tempat yang ada banyak parking space supaya orang tak suka-suka hati parking tepi jalan dan kesudahannya menghalang jalan dan menambahkan jem.

2. Mintak khidmat RELA untuk menguruskan trafik.

3. Pilih venue yang sesuai lebih-lebih lagi bila kita tahu dah masuk musim hujan. Indoor pun bolehh..cuma kalau nak kekalkan tema piknik tu, bentang tikar rumput tu, kihkih

4. Buat event ni selama 2 hari untuk mengelakkan crowd yang terlalu ramai. Penjual pun dapat bajet dan tak ada lah makanan tak cukup.


Nak kata aku bash sangat event ni tak adalah sebab aku pun mengaku yang penganjur dah buat sehabis baik sebab kalau marketing tak bagus, tak ramai orang sampai macam ni sekali. Yelah, kalau tengok pada map dia pun, siap ada buat live performance, ada special place untuk piknik, seksyen bebudak main belon, dekorasi pun cantik! Siap aku perasan ada signboard 'Den Dah Jumpo Rusuk Kiri' hahaha comel je. 


Spot untuk main belon


Jadi untuk para penganjur, tenangkan rasa hati, memang ramai yang komen negatif tapi ambil yang jernih dan perbaiki apa yang keruh..Apa-apa benda pun ada kelebihan dan kekurangan. Harapnya event lepas ni lagi gempak. Till then, bye~



suke? like la..

Thursday, October 29, 2015

Reward Hasil dari Blogging


Alkisahnya aku ada training kat tempat kerja aku yang memerlukan aku untuk berpakaian sukan. Disebabkan aku dah lama tak aktif dan seluar sukan yang ada pun dah koyak (ehem!), jadi kenalah beli yang baru kan? Lepas tu aku terfikir yang aku ada lagi voucher Zalora yang aku tak tebus lagi. Voucher ni aku dapat masa aku buat job review dari Zalora bulan 8 dulu kalau tak salah. Tak tebus lagi sebab rambang mata nak pilih mana, samada nak beli kasut ke, jam ke, tudung ke, blouse ke sampaikan langsung tak dapat buat pilihan, haha.

Dah alang-alang nak kena beli seluar sukan ni, apalagi, baik gunakan voucher ni. Lagipun bukan apa, training tu hari Khamis. Masa tu dah hari Isnin, ada 3 hari je kan. Kalau nak harapkan aku pergi shopping mall untuk beli seluar sukan pada hari bekerja dengan jalan jemnya memang harapan tinggal harapan lah. haha Tak yah fikir banyak, beli je online. Kemudahan kan dah ada, gunakan. Sekarang ni senang. Dapat pulak yang cepat. Order hari Isnin pagi, Selasa dah sampai abang posmen mintak tanda tangan aku dan bagi barang, kihkih.

Muka excited kononnya
Voucher RM100 tu aku gunakan sebaiknya. Aku beli seluar sukan, jam tangan dan kasut. Seluar sukan alhamdulillah muat. Cuma kasut je. Perasan kaki saiz kecil. Padahal tak muat! kah Yang aku perasan bagusnya Zalora ni sebab dia ada bagi sekali percuma slip pemulangan. Maksudnya kalau ada apa-apa sebab yang kita tak puas hati dengan barang tu, kita boleh kembalikan balik dan dapat refund tanpa perlu tambah apa-apa bayaran. Kan bagus tu. 

Ada lah disertakan beberapa step untuk korang ikut. Isi borang, bungkus balik barang yang nak dipulangkan tu dengan kotak/pembungkus asal, lekat slip tu dan hantar ke pejabat pos. Kan senang! Nanti aku kongsikan cara yang lebih detail lagi untuk proses pemulangan dalam entri lain sebab memandangkan kasut aku tu terkecik satu saiz, patutnya aku kena pilih saiz 6, tapi aku pilih saiz 5, hoho. Nak tengok dan rasa sendiri jugak samada betul ke semudah yang disangka proses nya tuh kan. 

Apa-apa pun, yang penting seluar sukan muat dan dapat pakai masa training tuh, hihi. Jam tak payah cakap lah, free size kan. confirm muat! hehe kbai~






suke? like la..

Wednesday, October 21, 2015

Kenaikan Tol Membebankan

Tak cukup dengan kadar hidup yang makin meningkat, ekonomi menurun, ditambah pulak dengan GST, sekarang ni timbul pulak isu kenaikan harga tol. Oh mak ai! Terasa bebanan nya tuh.

Mahu tak terasa?? Bagi orang yang tinggal kat negeri lain, kerja kat negeri lain, dah nak fikir dengan jalan jem nya.. harga minyak lagi.. harga parking kereta lagi.. kekerapan servis lagi bila jarak jauh..ni tambah pulak dengan harga tol..hmmmmmmmm terkesan beb! Serius terkesan.



Dua hari ni aku dah cuba ikut jalan highway iaitu MEX dengan NPE.. purata pergi balik kalau aku ikut 2 haluan ni, untuk tol sahaja aku akan habiskan dalam RM10 sehari! Tak ke banyak tuh? Pening weh..nak naik motor, memang harapan lah husband aku tak bagi. Jauh satu hal dan risaukan dari segi keselamatan.

Mamak sebelah office pun dah naikkan harga makanan. Memang lepas ni bawak bekal lah ke office. Kalau tak pun, makan nestum dan milo je untuk sarapan pagi. Hmmm.. tak boleh ni.. takkan cukup gaji hidup kat kl macam ni..

Kerajaan pulak dok la bagi alasan macam-macam.. naikkan tol sebab nanti kalau tak naikkan, pemberian BRIM kena dikurangkan. Ceh! Kami yang berpendapatan tengah-tengah ni macam mana? dah lah BRIM tak layak..kos semua makin tinggi..keistimewaan takde..adoila..

Soh seh soh seh

"Mahal giler tol!"

"Tak payah lah ikut tol..ikut jalan biasa je.."

"Jalan jem giler"

"Tak payah lah naik kereta..naik je public transport.."

"Harga minyak pun naik?!"

"kan dah kata..naik je public transport"

"Makanan kat mamak pun dah naik harga!"

"Tak payah makan luar.. bawak bekal je.."

"DIAMLAH KAU"

suke? like la..

Tuesday, October 13, 2015

Seharian dengan Teman Rapat


Assalamualaikum.

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk ziarah mak buyong sorang ni, Yuya. Dia lah teman karib dari zaman budak hingusan lagi, sama-sama turun kebun kutip buah durian, sama-sama pergi mandi swimming pool dekat Stadium Ipoh, dan sama-sama pakai baju merah gambar teddy bear pergi tour Jom Heboh! haha Ni lah dia sepupu rapat aku dan lebih kurang sebulan je lagi dia nak due. Muka pun dah makin berisi dah sebab berbadan dua kan.


Aku datang berdua je dengan anak aku, Mierza sebab husband ada tournament PES dengan Kota Damansara. Nak teman husband, husband pun cakap kat situ tak ada tempat lepak. Kalau dalam shopping mall okay lah jugak untuk aku dan Mierza ikut sekali. Jadi apalagi, gunakan peluang ni untuk drive ke Serdang dan  jumpa sepupu rapat aku ni.

Sampai je aku dekat rumah Yuya, mula lah kami bersembang sakan. Ni kalau imbas balik zaman muda remaja, dah kena marah dah dengan mak aku atau mak Yuya sebab asyik bersembang je sampai tak tidur-tidur. Ada je yang kitorang pot pet pot pet kan. hehe Cuma beza sekarang ni, kitorang bersembang lebih ke arah mak-mak dah, kah! 

Biasalah. Yuya baru mengandung anak pertama. Aku pulak dah bersalin anak pertama. Apalagi, dok kongsi lah pengalaman mengandung, alah kat apa lah, pengalaman aku duduk kat hospital tunggu masa bersalin lah dan barang bayi apa yang nak kena beli. Kan banyak tu! Memang sampai malam lah tak habis bercerita.


Yang seronoknya bila masa bersembang ni, mulut pun tak henti-henti mengunyah! Bagus betul mak buyong ni. Ada je makanan yang dia masak. Rajin! Kalau masa aku mengandung dulu, ehem! bau minyak pun dah buat aku loya dan muntah-muntah. Ni si Yuya ni siap masak nasi carrot, ayam goreng, sambal udang dan sup sayur. Petang sikit tu, dia bantai hidang laksa pulak. Tanya jugak kat dia.

"Ni kira dinner sekali ke apa?"

"Ni makan petang. Malam kang lain."

haha.. betul la orang kata. Pengalaman mengandung, perangai dan alahan setiap orang berbeza-beza. Tu yang seronok bila kongsi dengan teman rapat. Lagipun dia mengandung anak perempuan. Harapnya melekat la sifat rajin tu. Hehe

 

Anak aku pulak macam tipikal budak yang lain. Suka sangat ngap remote control. Aku pun tak tahu kenapa budak budak suka sangat dengan remote. Hoho Senyum lebar bila dapat remote control, handphone atau ipad. Kan? Kan?




suke? like la..

Thursday, October 08, 2015

Teringinnya Nak Beli Ni!


Apakah?
Laptop la! haha
Dah lama jugak lah aku dok survey-survey nak beli laptop ni. Ini antara gadget penting kalau nak jadi seorang blogger tegar. gittew.. haha Jenuh jugak lah aku nak update entry kalau pakai smart phone. Gigih nak tengok dekat screen kecik. Bila pakai apps, susah bila kita nak susun gambar atau justify kan perenggan tu. Kalau guna webview, Allah simbolnya kecik yang amat! Belum lagi tiba-tiba handphone tu tak keluar screen keyboard. Ah sudah! nak taip macam mana? haha

Kesudahannya memang kena beli laptop. Dulu aku ada laptop. Bukan laptop la, tapi netbook acer warna pink tu. Tu zaman aku belajar lagi aku guna. Netbook tu memang banyak berjasa la buat aku. Tesis aku semua taip guna netbook tu. Sayang woooo... tapi nak buat macam mana. Masing-masing ada jangka hayat dia sendiri. Dah tiba masanya aku mencari yang baru. Netbook tu buat jadi barang hiasan je la kat bilik. huhu
Ni Netbook lama aku. comel je kan?

Husband pun dah asyik cakap kat aku:

"Beli la laptop sayang. Sayang kan blogger. Blogger kena ada laptop."

Erkkk.. bak duit! hahaha
Bukan tak boleh guna duit gaji. Banyak sebenarnya komitmen lain kalau nak diikutkan. Jadi aku berazam nak kumpul duit hasil blog aku untuk beli laptop. Sekarang ni just survey-survey dulu. InsyaAllah ada rezeki blog atau duit bonus, aku mesti beli laptop. Mesti!

Elok pulak aku tengah mencari laptop ni, kawan sekerja aku cucuk aku suruh beli kat Lazada. Murah katanya. Cuba tengok ni:



Dalam RM900 je.. (Jeeeee la sangat! hahahaha) Asus Transaformer yang boleh tanggal-tanggal kan keyboard dia. Tapi kan.. tapi kan... ni serupa macam netbook aku dulu. Screen kecik. Husband suruh beli laptop je. Screen pun besar. Ringan je pun sekarang ni. Tak ada dah berat macam dulu. Tengok screen pun puas hati. 

Hmmmmm....berbelah bahagi ni. Nak beli laptop ke atau macam netbook/tablet ni.. haishhhhh.. kecik macam comel. Tapi kalau screen besar, clear jugak mata ni nak tengok. Dilema aku dibuatnya. Korang rasa macam mana? Tolong bagi pendapat sikit.







suke? like la..

Wednesday, October 07, 2015

Officemate's Birthday Celebration


Seronok bila hubungan sesama rakan sekerja rapat kan? Hubungan rapat ni la yang akan menentukan korang kerja lama kat sesuatu tempat. Walaupun kerja korang tu tensyen, tapi ada rakan sekerja yang boleh sama-sama masuk dan gelak ketawa, tekanan kerja tu boleh letak tepi.



Tapi kalau kerja korang dah cun, tak buat korang tertekan, tapi rakan sekerja atau bos macam hareemmmmm, takde fikir banyak dah.. pasti nak cari kerja lain! Kan? Kan? Haha



Ni semalam punya cerita. Aku dan rakan-rakan sepejabat menyambut birthday dua orang sekali iaitu Kak Mala dan Abang Rusdy. Kitorang sambut kat Levain- ni je lah pun bakery/restaurant yang dekat dengan pejabat dan ada jual kek. Haha

To Kak Mala dan Abang Rusdy: happy-happy selalu. Moga dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. 

suke? like la..

Monday, October 05, 2015

Aliff Mierza | Demam Berlarutan


Jumaat lepas pukul 11 pagi, tengah aku sibuk dengan kerja pejabat, aku dapat panggilan daripada taska.

"Kak, Aliff demam teruk lah. Dia muntah-muntah. Nangis je dari tadi." (sayup-sayup aku dengar suara Mierza menangis)

Aku dah mula panas bontot nak balik. 

Kerja kerja jugak. Anak lagi penting.

Terus whatsapp bos kata nak balik. Dapat je green light, aku terus chow.

Selamat jalan tak berapa nak jem. Lancar. 55 minit aku sampai depan taska anak aku.

Tengah tidur rupanya Mierza. Bila dia di dukung pengasuh, dia terjaga. Nampak muka dia yang tak bermaya. Alahai kesian anak aku. Tengok jam dah pukul 12.30 tengahari. Alamak. Klinik kat sini dah tutup ni. Memang kebiasaannya tengahari klinik akan tutup. Pukul 5 petang baru bukak balik.

Hmm.. tak apa lah. Aku ikhtiarkan cara biasa dulu. Balik rumah, bukakkan seluar baju dia dan tuam.

Aku buka peti ais. Nampak ubat demam Mierza yang lama. Ada lagi. Lepas bagi dia minum susu, aku bagi dia makan ubat.



Setengah jam lepas tu dia terbatuk-batuk pulak. Mungkin bila batuk tu menekan perut dia, habis dia muntah balik susu yang diminum tadi. Dah lap-lap cuci mana yang terkena muntah, dia minum air masak dan tidur. 

Macam tu jugak lah untuk sabtu dan ahad. Kadang-kadang panas dia turun. Tapi kejap-kejap lagi panas balik. Yang risaunya bila dia selalu muntah atau muak balik apa yang dia minum dan makan.  Tapi dia aktif. Cuma bila waktu makan, nampak yang dia dah tak berapa nak makan. 

Risau aku bila Mierza tak sihat-sihat lagi sampai sekarang. Jadi semalam aku pergi jugak klinik. Doktor masukkan ubat bontot lepas cek suhu dia. 

Terbaca jugak aku pasal tak elok bagi anak ubat bontot ni. Tapi kalau dah demam berpanjangan, suhu tinggi pulak tu, tak risau ke kan? 

Harap-harap Mierza okay lah lepas ni. Tolong doakan dia cepat sembuh jugak ye.

*tak boleh blah bila Mierza senyum saat nurse tu masukkan ubat bontot..haha


suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...