Friday, July 05, 2013

Panggilan Temuduga SPA

hye korang..

Semalam bila bukak je peti surat, tengok- tengok surat daripada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Dah untuk jawatan apa pulak ni..bukak-bukak, tengok panggilan temuduga untuk jawatan pegawai sains di bawah kementerian kesihatan..



Apa lagi, terus bukak laman web, search apa skop pekerjaan pegawai sains ni sebab macam general je kan..and then bila tengok banyak yang dok bercakap pasal kerja kat lab, uisshhh..terus excited!! haha al maklum, aku memang suka kerja-kerja lab ni..dari zaman universiti memang aku suka kerja lab..yang tak suka bahagian buat report! haha

Jadi bersemangatlah aku kali ni kan..harap-harap sangat rezeki berpihak kepada aku kali ni..ni kira da masuk kali ke-3 la berurusan dengan SPA. First dapat panggilan untuk menduduki exam untuk jawatan Pegawai Kastam.. FAILED! 

Second, dapat temuduga terus untuk jawatan Pegawai Teknologi Makanan, hampeh jugakkkk...haha Ni tak tau lah macam mana..nak buat homework lebih kali ni.. In Syaa Allah~

korang, doakan aku berjaya ye.. aminnn~



suke? like la..

Sunday, June 23, 2013

Baked sweet potato! Om nom nom~

Aishhh petang-petang ni boleh pulak teringin nk makan sweet potato yg dibakar...aummmmm!! ala..korang pernah nampak tak gerai kecik-kecik kat jaya jusco tu? selalu ada jual baked sweet potato sekali dengan buah berangan tu..tu yang kalau pergi kat jaya jusco, rasa nak beli je..heee 

la ni nak try masak sendiri pulak..lagi puas makan sebab boleh makan banyak-banyak sampai burrpppp! kenyang...hihi  ni lagi sikit nak habis kerja, so kita mulakan operasi pergi tesco or giant untuk beli sweet potato..jimat sikit daripada nak redah pergi jaya jusco memang tak la..malas aku..mesti ramai orang kt mid valley tu..kan hari ni hari ahad..huu tapi kalau aku pergi mid valley, mesti nak beli 2 mende..1 baked sweet potato, 1 lagi tako tao..haha




Oh ye, nanti kalau menjadi baked sweet potato aku tu, aku post kemudin..hehe till then~ 
suke? like la..

Saturday, June 22, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia!!

Tajuk post tak boleh blah kan--> nak sama ngan tv series tengah popular sekarang kat tv3..huhu
NOPE!ni bukan aku nak cerita pasal tv series tu..ni just nk bagitau sebenarnya aku isteri dia...isteri kepada boyfriend aku suatu ketika dulu...dah selamat nikah dah pun bulan 11 tahun lepas..


Ni aku sesaja je update..lame benor tak update.. dah setahun lebih dah kan..so ni kira warm up la..dah tak reti sangat nak tulis panjang-panjang.. so kita layan gambar je lah sedikit ye..gambar di sekitar ijab kabul..sebab masa kenduri kahwin belum ada lagi..album belum siap..hoho






dah la sikit-sikit kan..hihi nanti aku try curi masa lagi untuk meng-update blog..In syaa Allah~

suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...