Thursday, May 31, 2012

Spek oh Spek!

Pernah tak korang rasa sakit kepala??
kalau sekali pun tak pernah seumur hidup menipu sangat lah tu kan??? tak baik tipu..hehe


Punca sakit kepala ni boleh jadi macam-macam. kalau korang lambat makan pun, boleh jadi pening-pening sebab angin dah masuk dalam badan. Perempuan datang haid pun senang dapat pening kepala time2 macam ni dan tak lupa juga kalau korang tidur lama sangat pun boleh jugak menyumbang kepada sakit kepala atau pening kepala.

Tapi kalau korang rasa pemakanan korang ok, tidur cukup tapi masih lagi sakit kepala melampau, baik korang pergi check..mana tau migrain ke, atau ada penyakit lain yang lebih serius. Dan korang jangan tak tau pulak, antara sebab lain yang boleh jadi punca korang sakit kepala ialah apabila mata korang dah makin rabun. agak-agak dah tak berapa nampak atau silau tu, cepat-cepatlah pergi check mata ok? sebab bila korang dah rabun, dia akan tarik saraf kat kepala, that's why korang boleh dapat sakit kepala.

Dulu masa medical check up untuk masuk kerja dekat RHB Bank, aku dah check mata aku.. mata belah kiri masih ok lagi..tip top! tapi belah kanan dah tak nampak 2 baris perkataan yang terakhir tu..ada sedikit silau..hmmm..nanti lah aku pertimbangkan buat spek.. susah kot nak cari spek yang sesuai untuk aku! huhu

si dia dah kena pakai spek dah..selalu sangat sakit kepala sebelum ni..

Apa-apa pun, silakan pergi check kesihatan anda selagi belum terlambat. sekarang ni macam-macam penyakit yang ada. jangan takut untuk buat pemeriksaan kesihatan ok???hiii bye~


Thanks for reading~
suke? like la..

Monday, May 28, 2012

Himpunan Belia di Putrajaya 2012


Salam 1 Malaysia,

Semalam aku pergi ke Putrajaya. Awalnya, aku pergi sana semata-mata nak teman si boyfy sebab dia ada PES Tournament, konon sekadar bagi sokongan lah dan boleh la aku dengan cousin aku, yayah pergi meronda-ronda ke taman botani ke kayuh basikal ke kan sementara tournament tu habis. Rupa-rupanya tak sedar yang ada himpunan belia kat putrajaya..kih2 (sape suruh tak rajin baca paper kan?)

So, sementara si boyfy bertanding, aku ngan yayah pun pergilah round dekat tempat himpunan belia tu..punyalah besar sampai lenguh-lenguh kaki..di tambah pulak ada jom heboh sekali kat situ.. maunye tak ramai orang?hoho 

lawa tak aku sketch??? kih2

Aku tak la minat sangat tempat2 yang ramai orang sebab boleh buat aku rimas. lagipun jom heboh ni banyak nye gerai jual makanan dan barang-barang..bukannya aku nak beli sangat pun..selamat ada lah jugak aktiviti2 yang buat aku berminat macam soal selidik atau ujian personaliti (pelik ke?tak kannn..haha) 

HR Steak House

Overall, kaki lenguh dan badan pun sakit2..huhu tapi sebelum balik, kitorang makan dulu kat kg baru - HR Steak House..romantik betul kedai makan ni..malap sungguh...sakit mata pun ada sebab malap..selamat chicken chop die sedap..yang paling sedap mushroom soup die la..sebijik macam pizza hut punye..pekat!hii


romantika betul kedai ni kan?


p/s: nak pergi USS Singapore!! (-_-')


suke? like la..

Tuesday, May 22, 2012

I'm BACK!

Salam 1 Malaysia,

haha..macam skema gila je..kih2
hai semua!! 
hmm..kalau tengokkan pada tarikh last aku post dekat blog ni iaitu 23 november 2011 dan tarikh hari ni 22 may 2012..fuiiyooooo....lama betul aku tak ber-blog! ENAM BULAN tuuu!! hohoho




dah bermacam-macam story mory aku tak tulis kat sini..
hari ni terdetik sekejap untuk bukak blog, dan aku tengok memang dah banyak perubahan kat sini..template blog pun dah lain sampai kan aku pun macam dah tak pakar dah pasal blog ni..nak edit mana-mana yang patot pun dah terkial-kial balik...tak suke! 


ok takpe, aku akan try catch up balik dengan blog ni dan aku akan tulis apa saja yang aku rasa nak tulis.. and mostly pasal hidup aku lah kan..sebab kalau nak tulis cerita pasal artis-artis, dah berlambak blog yang tulis pasal artis.. lagipun kalau tulis kisah hidup aku, at least tu memang betul kisah hidup aku..bukan dengar cerita dari mulut orang yang sampai boleh dianggap menyebarkan fitnah pasal orang lain..err..ok aku dah melalut..


back to my life, fast update:

  • aku dah pun bekerjaya sekarang..jap! bekerjaya sangat ke?kih2 dah bekerja lah senang cerita sebab aku pun tak tau berapa lama aku akan kerja dekat tempat sekarang ni..hihi tak tau samada nak stay atau cari kerja lain..hmmm..

  • dah ada anak buah yang sangat comel.. aisyah damia..akan cukup umur dia setahun pada 06.06.12 ni..dah tumbuh 3 batang gigi dan sangat manja dan mengada-ngada..keh2

  • umur aku dah 22 nak masuk 23 bulan 9 nanti dan one step closer untuk plan aku dan si dia..insyaAllah dan diharapkan semuanya dipermudahkan..hee

comel kan?? macam mak su die.. haha

so, next update akan dicerita kemudian di lain entry..
see ya..



Thanks for reading,
suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...