Monday, July 25, 2011

Tak Sabar Nak Tunggu Bulan 8~

Kenapa aku tak sabar nak tunggu bulan 8??

  • 1st sekali sebab aku akan dapat gaji aku yang pertama..hihi
  • 2nd, tibalah hari puasa yang dinanti-nantikan di mana aku hope sangat aku dapat puasa full (boleh ke?perempuan la pulak, keh2)
  • 3rd, sebab aku akan pergi bandung 3 hb 8 ni! yay!! hihi


harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan hari-hari ku akan lebih ceria selepas ini..haha  
peace ya'll..

suke? like la..

Sunday, July 17, 2011

Kehidupan Selepas Alam Belajar~

Seriously aku rasa macam nak sambung belajar balik.. fikiran aku kusut gila memikirkan pasal alam kerja ni..

nak apply kerja ni ke tak?
Ok ke kerja ni? 
Kang aku tak kena campak ke location mane2 ke?
Berbaloi ke kerja ni ngan gaji camni?
Kang kalau aku dapat kerja lagi bagus, camne nak berenti kerja yang ni pulak?

arghhh!! banyak betul persoalan.. dan satu kelemahan aku adalah aku tak reti nak cakap TIDAK pada orang atasan.. =(  

Tapi kalau nak sambung master..hmmm..nanti bertambah lagi hutang aku.. degree aritu dah pinjam kat PTPTpu PTPTN bape puluh ribu.. ni nak pinjam lagi?? haaaa semputtt aku nanti.. hoho

tengoklah esok lusa macam mana.. agak2 pikiran aku dah refresh balik, baru boleh buat keputusan dengan bijaksana (kot)..

jangan tension sangat sudah.. kena format balik la jawabnya otak aku ni..hahah
korang kalau tau mana2 kerja mantop2 jangan segan silu inform aku eh?
thanks~
^___^


suke? like la..

Monday, July 11, 2011

Haihhh..Apa Nak Jadi Ni..

Assalamualaikum w.b.t. bagi yang muslim dan salam sejahtera bagi yang bukan muslim..

Amboih ayat macam nak berucap mintak undi, haha

Ok, cukup! aku bukan nak bercakap pasal politik ke apa sebab aku tak minat pun politik. Ye, aku tau politik itu penting dan memang tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat perlu mengundi mana yang aku rasa lagi baik. Cuma perasaan takut apabila melihat rakyat terutama sesama muslim bergaduh dan menentang sesama sendiri walhal kaum lain bersorak melihat ketidak-satu-paduan kita. 

aku petik ayat Dr. M dari nota facebook dia yang mengatakan:

Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan. 
sumber: [click sini]

Satu kenyataan yang sangat apa-orang-cakap, menyedihkan tapi benar. 



satu je aku nak cakap dan ini pendapat peribadi aku semata-mata:

Perarakan sebenarnya tak perlu, bayangkan lah eh, memang niat kita ni suci murni nak proses pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih, maka kita berarak beramai-ramai membanjiri jalan.. tapi hanya dengan satu kejadian kecil, aku ulang, HANYA SATU kejadian kecil contohnya ada seorang lelaki yang kepalanya terkena balingan batu, mula lah orang ramai akan mula mencari siapa yang mulakan dan mula menuding jari lalu terjadinya riot! keadaan akan jadi kelam kabut sebab orang dah mula sesi pukul memukul nak tunjuk siapa yang hebat, orang tak bersalah jadi mangsa dan orang yang malang yang terjatuh akan dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu nak beredar dari situ. 

si pembaling batu - berpuas hati sebab berlakunya riot dan agenda tersembunyi dia tercapai iaitu orang mula tuding jari siapa yang salah, siapa yang benar.. Yang kita pulak, apa yang kita dapat? hanyalah sakit dan kerugian.. 

aku tak menyokong mana2 pihak tapi aku kesian tengok keadaan sekarang. 
Wallahualam~



insan yang penuh takot dan risau,
suke? like la..

Thursday, July 07, 2011

#4 SPONTANEOUS THURSDAY



HONESTLY I WISH SOMEONE WOULD GIVE ME A HUG AS I REALLY MISSED MY MUM



I love you mum~
Al-fatihah.

suke? like la..

Friday, July 01, 2011

Hanya Kerana Buku Mewarna | Cabaran Minggu 7


SATU KISAH LUCU

Ni pengalaman aku sendiri iaitu semasa aku berumur 5 tahun! ye, dari aku kecik lagi aku suka buat ikut sesuka dan sesedap hati aku je tanpa pikir panjang dan menghiraukan perasaan orang lain.. haha Ceritanya bermula dengan suatu hari di mana aku tetibe mengidam nak buku mewarna. Kat rumah aku tak ada buku mewarna, jadi dalam hati aku berkata-kata:

" Alahhh...nak buku mewarna! "

Dengan hati yang tekad, aku pergi luar rumah, meninggalkan adik-beradikku yang tengah sedap tengok televisyen. Aku mengambil basikal kecikku, lalu terus pecut menaiki basikal untuk pergi ke kedai di pekan. Kalau nak tahu, rumah aku terletak di atas bukit, jadi untuk pergi ke pekan, aku kena turun bukit yang lebih kurang 75 darjah ketinggiannya..




Bayangkan budak sekecil 5 tahun menaiki basikal dan pergi ke pekan dengan confidence-nya menyeberang jalan yang penuh dengan kereta kiri dan kanan. Jarak perjalanan dari rumah dengan kedai Pasaraya Kawan adalah dalam 2 km  (kott..aku tak pandai mengagak). 

Bila tiba je dekat Pasaraya Kawan, aku terus pergi ke tingkat 2 iaitu bahagian alat tulis di mana terletaknya buku-buku mewarna di situ. Gembira bukan kepalang! excited giler masa tu!

Sementara di rumah aku..........




Ye. Aku memang nakal time kecik. Kesian family aku - risau dan dah fikir yang bukan-bukan. Diorang fikir aku dah kena culik. Tapi selamatlah sebelum mereka sempat call polis untuk membuat laporan kehilangan aku, aku dah tersembul kat depan rumah dengan buku mewarna di tangan dan muka yang HAPPY


p/s: lepas tu jangan tanyalah muka aku macam mana.. dah tukar dah jadi "Happy". haha


-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis




suke? like la..

Tutorial Mee Bandung | Cabaran Minggu 6

Hye Korang!! ^___^
Hari ni aku nak share tutorial untuk buat mee bandung. Aku jadi addicted dengan mee bandung beberapa hari lepas so, yg tu je lah aku masak.. lagipun aku duduk sorang sekarang ni.. masak je lah jawabnye.. nak keluar pergi beli makanan malas pulak.. huhu resepi dia ialah:




Bahan-Bahan:

Untuk Paste:

# 1/2 cawan udang kering
# 1 biji bawang besar
# 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan kat atas ni kisarkan, lepas tu tumis dengan minyak yang banyak. Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan 1 sudu garam. Masukkan sedikit air dan biar sampai kering.

Bahan-Bahan:
mee kuning (cukup untuk sorang makan)
paste (atas)
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
udang
sedikit kobis
1 biji tomato (hiris)
1 biji telur

Cara-Caranya:

1. Tumis bawang sampai wangi dan masukkan paste. (ambil dalam 2 sudu je cukup)
2. Masukkan air (1 mug). Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur berhati-hati dan biarkan masak. Letak telur dalam bekas lain dulu.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, mee, kobis dan udang.
5. Biar didih dan letak garan gula secukup rasa.
6. Masukkan tomato dan hidangkan.
7. Letakkan telur. Sedia dimakan.

Kalau nak lawa, letaklah bawang goreng dan hirisan cili merah..tapi macam aku -tak payah pun takpe sebab sendiri-sendiri makan..hihi 

Selamat mencuba~

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis




suke? like la..

GEGAR BLOG JULAI 2011



Nur Faziera nama diberi,
Blogku simple lebih kepada luahan hati,
Telah bermula segmen bulan ini,
Apa lagi tunggu? jom click sini.

hehe peace~



suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...