Thursday, May 26, 2011

Wahai Pembuang Bayi..... | Cabaran Minggu 5

Wahai pembuang bayi, 
kenapa kau tegar membuang bayi yang dikandung itu?
tidak kah kau berasa salah?
tidak kah kau berasa sedih?
kau juga punya hati dan perasaan bukan?

Aku tahu kau malu..
Aku tahu kau dicerca bila orang sekeliling tahu kesalahan yang telah kau lakukan..
Aku tahu kau mungkin ingin berubah..
ingin membela anak yang dikandungkan itu..
tetapi kau tertekan..
tertekan dengan tanggapan orang ramai..
tertekan apabila keluargamu sendiri sudah tidak mengaku kau sebagai anak..
tertekan dengan kekasihmu yang memaksa kau menggugurkan kandungan..
tertekan dengan kekasihmu yang sudah lari meninggalkan mu..
tertekan dengan kesilapan lampau..
maka kau salahkan bayi itu..
kau salahkan dia sehingga sanggup kau buang bayi itu di tong sampah..

kenapa kau bertindak sedemikian rupa?
tidakkah kau ingat akan tuhan mu?
jangan salahkan ujian dan dugaan yang menimpa dirimu..
mungkin itu satu petunjuk menyuruhmu agar berubah ke jalan yang benar..
bersyukurlah kerana setiap ujian yang menimpa sebenarnya mendekatkan lagi diri kau pada tuhan mu..
janganlah kau berpaling ke jalan syaitan yang sering menggoda mu..
kenapa kau masih nak ikut telunjuk syaitan yang nyata telah membawa kau ke arah kesesatan ini?
bertaubat lah.. 
pintu taubat sentiasa terbuka untuk kau selagi kau masih bernyawa..


kepada orang ramai:
Janganlah kita mencerca, mencaci dan berpaling dari mereka yang ingin berubah dan bertaubat. Ingatlah bahawa kita juga makhluk ciptaan Tuhan yang tidak terlepas melakukan kesalahan. 

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis 
iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis


korang semua dijemput join!
aku tag : Warna dan bunny

suke? like la..

4 comment :

Almari Si Pari-Pari said... Reply To This Comment

next entry, update dgn contest ni eyh :))

http://networkedblogs.com/ihf2B

Cik Bunny said... Reply To This Comment

tersentuh and rasa nak nangis baca entri ni ;__;
mmg ada sebab tertentu diorg wat cam tu.

TQ tag me

Faziera193 said... Reply To This Comment

@Almari Si Pari-Pari

insyaAllah.. ^____^

Faziera193 said... Reply To This Comment

@Cik Bunny

tu la..saya try paham dari sudut mereka pulak.. =)
tapi mmg kesian lah kat bayi2 yang jadi mangsa tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...