Sunday, May 08, 2011

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana


Nama aku Nur Faziera tetapi aku pendekkan kepada Faziera kerana ramai yang memanggil ku dengan nama Faziera berbanding Nur..tak sesuai kata mereka sebab Nur terlalu ayu untuk nama panggilan ku.. haha Berkenaan nombor 193 di sebelah nama faziera tersebut, itu bukan nombor keramat mahupun nombor ekor.. cuma nombor itu memberi makna sedikit dalam hidup aku.. eh! semestinya bukan tarikh lahir aku sebab tarikh lahir aku 19/9..<--sempat lagi promote tuh.. =p

Seperti yang korang lihat pada header aku, terpampang besar-besaran perkataan FAZIERA dan beberapa item disekelilingnya.. item tersebut sedikit sebanyak telah memberikan info mengenai aku.. aku seorang gadis yang sukakan dslr, menaiki scooter ego bernombor plat AGE ****, amat gemar bermain guitar hero, memiliki netbook berwarna pink dan sangat suka memeluk bear besar waktu tidur. Tapi, perlu diingat, jangan terpedaya dengan warna pink yang menunjukkan kelembutan dan sangat keperempuanan itu kerana aku bukanlah seorang gadis yang ayu.. hahah 

dalam lembut-lembut, ada ganasnya..kehkeh

Aku mula berblog pada April 2009 tetapi tidak aktif sangat kerana waktu itu terlalu banyak kisah duka yang aku hadapi membuatkan aku malas dan tiada mood untuk berblog. Lagi pula, aku sibuk menjaga arwah ibuku yang sedang sakit di hospital ketika itu.. Namun, pada Januari 2011, aku kembali aktif berblog atas pujukan sahabat rapatku menyuruhku berblog semula.. dan sehingga kini, aku semakin aktif dan seakan-akan ketagih dengan blog.. <--ni semua kau punya pasal Nurul Lalala..hahah

Blog aku kebanyakkannya mengenai personal life, tetapi ada juga aku selitkan sedikit info yang aku dapat, juga berkongsi sedikit tips mengenai aneka ragam lelaki dan perempuan.. Selain itu, aku juga ada membuat sedikit tutorial blog untuk rujukan aku sendiri dan bloggers lain..biasalah, manusia mudah lupa..hehe dan sekarang ni aku suka masuk cabaran 30 hari dan cabaran 30 minggu latihan menulis.. barulah rasa mencabar sikitkan dunia blogging ni.. tak gitu? ^___^

Panjang pulak aku taip pasal pengenalan.. belum masuk isi lagi.. hehehe apa-apa pun, salam perkenalan pada semua dan selamat berblog! =)


p/s: segmen ni dah tamat dah pun tapi aku saja buat jugak.. degil! haha 

suke? like la..

2 comment :

Azmie said... Reply To This Comment

kita sama jek.. start blogging 2009 tp 2011 bru jumpe SB trus smgt nk berblog.. hehee.. nyway thanks sbb komen doodle iols tu.. =)

Faziera193 said... Reply To This Comment

@Azmie

yup2! sebab SB juga semngat berblog kembali membara.. baru tau yang ramai rupanya blogger..hahah noob sangat time tu.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...