Monday, May 02, 2011

Tips Bila Kena Ngorat | Gadis, Ambil Perhatian.

Sekarang ni, dah macam-macam taktik yang si lelaki gunakan untuk pikat si perempuan. Taktik swit menyuit macam bunyi tikus tu dah lapok dah dek zaman.. beransur pulak kepada taktik meninggalkan secebis kertas yang dikoyak kecil berisi nombor telefon si lelaki untuk diletakkan di tempat strategik untuk si perempuan menemuinya, seperti di dalam buku nota yang dipinjam, di atas meja, malah ada juga diselitkan pada helmet si perempuan. 

Sekarang ni pulak, si lelaki dah mula bertindak agresif! mungkin kerana taktik sebelum ni kurang berkesan kerana tidak dilayan, maka mereka bertukar taktik dengan terus berdepan dengan si perempuan. Ada lelaki yang berbuat demikian kerana memang perempuan itu diminatinya dan ada juga yang niatnya hanya sekadar suka-suka untuk test market ataupun sebab bertaruh dengan kawan-kawan.

Jadi perempuan! ambil perhatian mengenai cara untuk respon apabila berada dalam situasi sebegini. Bagaimana cara yang sepatutnya untuk menolak?

  • Jika dia menghulurkan kertas berisi nombor telefonnya, ambil sahaja dan senyum.

  • Jika dia meminta nombor telefon kamu, pandai-pandai lah kelentong.

  • Jika dia mengajak untuk keluar atau pergi makan, tolaklah dengan cara baik.

  • Jangan sesekali korang mengejeknya kerana dia tak sedar diri mengajak korang yang cun tuh- tak padan lah kononnya.

  • Jangan sesekali korang membalas dengan tengkingan atau jelingan.

  • Jangan sesekali korang mengambil barang yang diberi dan membuang barang tersebut di depannya.

  • Senang cerita, jangan sesekali korang menyakiti hatinya.

Nampak macam baik je kan.. tapi inilah yang sepatutnya korang buat. Jangan mainkan perasaan mereka. Mereka juga punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tu aku tengok, relax je perempuan ni menengking orang asing yang nak pikat dia. Memang lah kita akan jadi marah kan.. tapi cuba bersabar. 

Kenapa aku cakap macam ni?? sebab lelaki sekarang dah makin psycho! dendam sedikit, bomoh! sebab di reject dan dimalukan depan orang ramai -> bunuh! Korang nak ke menjadi mangsa macam ni? TAK NAK kan? 

Jadi cuba atasi dengan sikap berkhemah dan senyuman di bibir ye walaupun dalam hati tengah panas membakar sampai boleh rentung hati tu. hehe =)

p/s: bukan lelaki je yang makin psycho, perempuan pun banyak dah macam ni. 
(-_-') tak paham dengan dunia sekarang..


suke? like la..

3 comment :

Shah said... Reply To This Comment

p/s: kpd aweks yg dah ade balax tu kasi jer number telipon balax korang tuh..hahahaha..klu nk ganaz lagi bagi lah number telipon bapak ko jerk.hahah

Faziera193 said... Reply To This Comment

@Shah

hahahaha betul jugak tu.. mesti trauma nanti budak laki tuh..kihkih

izzah syahirah said... Reply To This Comment

Betul. Tak pun cakap je yg diri tu bini org. *selalu buat taktik ni. Haha !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...