Monday, May 23, 2011

Persiapan Sebelum Up Entry | Cabaran Minggu 4

Setiap blogger mempunyai cara yang tersendiri bila meng-update blog. Aku pun tidak terkecuali. Siapa kata nak up entry ni senang? susah tau.. tapi susahnya takde lah sampai botak kepala ni nak pikir ayat apa nak tulis kan? over lah tu..hehe lainlah kalau kau seorang penulis novel hebat atau penulis skrip filem yang meletup-letup di panggung wayang kan.. itu dah masuk kategori lain..

Bagi seorang blogger yang tegar tak tegar sangat dengan blog macam aku ni ha, lainnn.. Gaya persiapan ada macam-macam! hoho kadang-kadang ikut sesuka hati aku je nak update apa.. apa yang aku rasa, apa yang aku nampak dari kaca mata aku, aku pakai tulis je.. kalau tengah emo tu, ha! lagi laju lah aku menaip dan menghamburkan segala perasaan aku kat blog aku ni..

Situasi bila ada masa berblog tapi idea takde:

Cara paling mudah, aku join cabaran 30 hari, tak pun masuk contest sana sini.. ada rezeki, aku menang.. kalau tak, dapat backlink free..hoho 

Situasi bila ada masa berblog dan idea mencurah-curah:

Aku suka mencari gambar yang sesuai.. untuk bagi nampak lagi ceria blog aku.. gambar ni kadang-kadang memang aku punya, tapi kalau takde gambar yang sesuai, pakcik google lah yang rajin sedekah dekat aku.. satu kelebihan bila aku ada masa berblog dan idea datang mencurah-curah, gaya penulisan aku akan jadi lagi kemas dan mantap (lah sangat!).. err..kira ok lah penulisan aku tu..

Situasi bila idea datang mencurah-curah tapi takde masa pulak:

Kalau dalam keadaan macam ni, memang penulisan aku akan jadi tunggang langgang kalau aku degil jugak nak up entry time takde masa sangat tu.. selalunya bila jadi macam ni, akan berlambak gila lah draft dalam blog aku ni.. baru tulis sikit, dah save as draft.. 

Situasi bila idea takde, masa berblog pun takde:

Kalau yang ni toksah cakap lah.. alamatnya blog aku asyik entry yang sama je...bukak lah berapa banyak kali pun, blog aku still keluarkan tajuk entry yang sama.. dan time ni lah aku paling benci.. tak suka.. rasa banyak kenangan yang aku tak dapat abadikan dalam blog aku ni.. biasalah, blog aku ni dah macam e-diary.. suka duka ada dalam blog ni..  tapi tak semuanya aku reveal dalam ni.. hidup kena ada privacy juga walaupun sedikit.. kan?


So, apa pulak persiapan yang korang buat sebelum up entry? meh kongsi sikit..

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis


korang semua dijemput join!
aku tag : fadzmie dan zacky

suke? like la..

6 comment :

zacky ~786~ said... Reply To This Comment

ekk ? hehee.. thnks sudi tag..~

Faziera193 said... Reply To This Comment

@zacky ~786~

haha tekejut pulak dia ye.. hehe jemput join.. =)

Fadzmie Mohamad said... Reply To This Comment

Kalau Fadzmie, time takde idea nak buat entri, Fadzmie blogwalking. Jalan-jalan baca entri blogger lain. Hehe.

Selalunya, idea Fadzmie ni banyak yang datang time Fadzmie takde depan laptop. So, supaya idea tak hilang, Fadzmie tulis note dalam HP Fadzmie. Haha. Fadzmie ni pelupa sebenarnya. :p

Btw, thanks sudi tag Fadzmie. Menarik! :)

Faziera193 said... Reply To This Comment

@Fadzmie Mohamad

tulis note dlm hp ye?pernah gak buat camni.. tp selalunye tulis keyword je la..

kalau time tu takde internet, selalunye saye karang dlm word dulu..hehe semangat kan?hehe

100penulis said... Reply To This Comment

salam faziera, entry ni dah masuk senarai.. keja2 tag-mengetag sampai topik 5 saja, nanti topik 6 ke atas xpyh tag dah :)

Faziera193 said... Reply To This Comment

salam 100 penulis.. ^___^
tengkiu ye..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...