Thursday, May 19, 2011

Keghairahan Popular di Dunia Maya | Cabaran Minggu 3

Popular. Popular ni apa sebenarnya? majalah popular? kedai buku popular? popular post? atau popular joke? 

click gambar dan tekan (ctrl +) untuk pembesaran

Isu terhangat sekarang ni adalah keghairahan popular di dunia maya..siapa yang ghairah untuk popular ni? mari kita lihat satu persatu.

1. Blogger

Blogger sekarang sudah tidak macam dulu. kalau dulu blogger berblog kerana atas niat minat menaip dan lebih kurang menjadikan blog macam e-diari, sekarang tidak lagi setelah mata dikaburi dengan wang ringgit. asyik mengejar trafik.. mengejar follower ratus ribu..



Ya, memang tidak salah. sebab aku pun tidak terkecuali. siapa tak suka bila diberi wang sampingan kan? aku pun melompat keriangan walaupun nampak nuffnang aku meningkat walau 40 sen.. hahah itu dikira bonus. Sama juga seperti korang dapat pasangan yang baik, berhati mulia, dan penyayang. jika ditambah dengan muka yang hensem atau cute, itu dikira bonus lah, betul tak?

kata-kata aku : jangan sesekali berblog dengan niat menjatuhkan orang lain. 

2. Artis/bakal artis tanahair

Sekarang ni senang je nak jadi popular. Ada bakat menyanyi? boleh je terus upload kat YouTube atau 1tube.my .. tak payah lagi nak penat-penat cari syarikat rakaman, last-last syarikat rakaman sendiri yang serah diri melutut kat korang untuk jadikan korang artis rakaman mereka <--kalau betul suara korang sedap dan banyak orang like lah kan.. hoho 

Najwa Latif, bermula dengan youtube, sekarang jadi artis NAR records
Bukan setakat bakat nyanyian je yang boleh ditonjolkan, bakat mengacara pun boleh.. berlakon? try lah berlakon depan camera dan upload.. cuba dulu, give up kemudian..hahah 

kata-kata aku : biarlah popular melalui cara baik, bukan dengan kontroversi meletop tak senonoh.

3. Syarikat-syarikat besar

Syarikat-syarikat besar turut tak terlepas untuk merangkul gelaran popularity di kalangan pengguna internet. kenapa aku cakap macam ni? Korang tak nampak berapa banyak dah company yang buat iklan merata-rata? kempen sana sini pakai online je sekarang? sebab apa? untuk naikkan saham mereka. i mean, marketing strategy. Yelah, dalam era teknologi yang makin canggih ni, takkan lah company-company besar nak ketinggalan zaman kan? lagipun anak-anak kecil dah makin pandai guna IT, nenek pun ada facebook. apa kes?huhu 

Kata-kata aku: online shopping pun dah makin mudah. cuma berhati-hati supaya tiada fraud, ok? =)

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis


korang semua dijemput join!
aku tag : Anith chan & NanaSahir

suke? like la..

8 comment :

Ecah Shafiee said... Reply To This Comment

entry ko yg ini plg berinfo!!nice one..

Faziera193 said... Reply To This Comment

@Ecah Shafiee

bwahahaha nampaknya aku kena perbnykkan entry macam ni... tapi susahlah nak keluar idea.. hohoho

darul_makmur@yahoo.com said... Reply To This Comment

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

Faziera193 said... Reply To This Comment

@darul_makmur@yahoo.com

nak click mana ni?huhu

100penulis said... Reply To This Comment

hehe smakin ramai gadis bertudung tunjuk bakat main gitar kebelakangan ni

*maaf lambat baca entry ni, bz skit. anyway link da masuk senarai.

Faziera193 said... Reply To This Comment

@100penulis

gitar memang dah jadi kegemaran gadis2 skarang ni...huhu kalau si lelaki pandai main gitar, tu satu bonus untuk diorang nak buatkan gadis2 ni terpikat..hoho

thanks 100 penulis.. ^____^

zahidah dihaz said... Reply To This Comment

saya jauh dah ketinggalan ni....tak sempat lagi nak menulis tajuk ni...huhuhuhu



Pernah tak kena tanya soalan ni: Awak pakai perfume apa?

Faziera193 said... Reply To This Comment

@zahidah dihaz

ni pun dah lama tinggal cabaran.. busy sejak dapat anak buah la katakan..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...