Thursday, May 05, 2011

Day 5 - How Important You Think Education Is?

Kalau sebelum-sebelum ni tajuk challenge agak santai, kali ni macam serius pulak kan? hoho aku cuba kupas sebaik mungkin eh pendapat dari akal ku yang tak seberapa ni..hehe 

How Important I think Education is

Actually kalau nak cakap education ni penting, memang tersangatlah penting kan... Ilmu sangat berharga tau.. Tambah berharga bila kita praktikkan dalam kehidupan sehari-harian kita. Contoh senang, macam aku lah.. aku belajar Food Science, tahu maggi tu tak elok untuk kesihatan, tapi tetap jugak maggi tu menjadi makanan rutin aku.. yelah, nak buat macam mana kan, tak boleh nak elak.. dah duit agak-agak takat leher kan, makan lah apa yang mampu.. huhu tapi aku dah mula praktikkan makan sayur dan buah banyak-banyak untuk kesihatan tubuh badan dan awet muda.. kira aku ada lah praktikkan sikit-sikit apa yang aku belajar kan.. heheh


perbanyakkan makan ni dalam makanan harian ye adik-adik
*macam dah tua pulak aku kan.. haha*

Apa-apa ilmu memang berguna.. bukan takat apa yang korang belajar kat sekolah ke, matriks ke, poli ke, universiti ke, kolej ke, tapi ilmu yang korang baca dari internet pun ada jugak yang berguna.. <--tidak termasuk gosip artis.. hahah dengan membaca, fikiran korang akan jadi lebih matang, dan yang paling utama, sel-sel otak korang tak mati sebab digunakan sebaiknya.  jom sudoku! *tetibe*


bajet aku yang grad.. BUKAN ok? aku belum grad lagi.. hahah

Kalau nak cakap dari segi taraf hidup korang meningkat, itu memang ye lah.. sebab dengan education lah yang akan bawak korang pergi ke tahap yang lebih tinggi. tapi perlu diingat, orang yang tiada education yang tinggi pun boleh pergi jauh. Jangan korang pandang diorang sebelah mata pulak sebab jika dia rajin bekerja dan mencari ilmu, dengan pengalaman pun boleh membawa mereka jauh lebih tinggi. Jadi, siapa yang ada ijazah ke, master ke, phd ke, jangan sombong dan bongkak sebab bila-bila masa je ilmu tu boleh ditarik.. mana tau, accident, hilang ingatan ke, lumpuh ke.. macam mana nak buat kerja walaupun ilmu korang penuh di dada? ye tak?huhu

Ilmu dunia, ilmu juga.. tapi ilmu akhirat jangan dilupakan.. seimbangkan dua jenis ilmu ini agar berjaya di dunia dan di akhirat ^____^

p/s:  teringin nak sambung master, tapi aku tak nak jadi lecturer.. =p
p/s lagi : ilmu untuk hidup, bukan untuk exam <---pandailah kau bercakap kan?! hahah

p/s lagi dan lagi : Apa benda yang aku buat day 5 bagai ni?? rujuk [sini] untuk tahu lebih lanjut. =)

suke? like la..

2 comment :

MaiRa QuEeN said... Reply To This Comment

2 la degil sgat nk makan jgak..hahahaha

http://ctqueen.blogspot.com/2011/05/peserta-segmen-reviewkorang-bila-lagi.html

jemput join review..

Faziera193 said... Reply To This Comment

@MaiRa QuEeN

hehe nak buat mcm mane.. duit takde sgt,kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...