Wednesday, May 18, 2011

Day 18 - 5 Things That Irritate ME

Hohoho sebelum aku cakap perkara-perkara yang buat aku menyampah pasal opposite/same sex ni, aku nak mintak maaf lah ye kalau aku ada menyinggung mana-mana pihak. kadang-kadang mungkin entry aku yang berunsur ala-ala nasihat ni ada terkena batang hidung orang lain atau aku sendiri, tapi think positive ok? jadikan teguran ni sebagai muhasabah diri... benda yang baik, jadikan amalan.. benda yang tak elok, jadikan pengajaran.. wah wah! pandai pulak aku bermadah.. hehe

Jadi, apakah 5 perkara yang buat aku annoying pasal opposite/same sex ni?? Jawapannya :

1. Potong queue, buat muka toya.

Ini memang nak kena. ok fine lah kalau nak potong que, mungkin ada hal emergency ke, nak cepat ke kan..aku boleh bertimbang rasa lagi bagi dia potong line.. tapi yang bikin aku panasss tu bila dia potong line, dia bawak sekali geng2 dia yang lain.. mak aihh!! membakar beb

haha bagus jugak macam ni.. hehe

2. Berkasar dengan kucing

Hoi! pantang mak nenek aku bila nampak orang yang berkasar dengan kucing ni.. dia ingat kucing tu patung barbie doll yang boleh cabut-cabut kan kepala, kaki dan tangan dari badan tu kalau dah geram?? haihh..sesuka hati je angkat kucing pakai pegang kat kepala ngan tarik telinga kucing tu.. lagi-lagi kalau anak kucing yang kena..kesian aku tengok.. aku kan, kalau nampak ada orang sepak kucing, buat lah...aku sepak dia balik! kucing tu.. comel kot.. ciannn dia..

ada siapa-siapa yang nak jadikan kucing sebagai hantaran?? hehe

3. Park motor ikut sesuka hati

Ha ni baru-baru ni jadi kat aku.. apa la bengap sangat diorang ni park moto ikut sesedap rasa je tanpa pikir yang cara diorang park moto tu menghalang laluan moto lain. aku ingat time tengah cuti sem ni, tak banyak lah moto, rupa-rupanya adoi!! banyak lah pulak dan perempuan-perempuan yang parking motor kat sini pulak memang lahh..memanggg ______ (*isi tempat kosong sendiri*) pagi-pagi lagi dah tensyen bila moto yang aku park baiiikkk punya tak boleh nak keluar sebab tersekat depan belakang kiri dan kanan.. kalau moto aku boleh lompat tinggi atau terbang takpe lah jugak.. (-_-')

4. Layan aku macam kedai tu mak bapak dia yang punya

Korang pernah tak masuk kedai, lepas tu sales person dia buat bodoh je kat korang. Tengok korang pun macam sinis gila macam korang tak mampu untuk beli barang yang dijualLayan pun nak tak nak je.. agak-agak apa perasaan korang time tu? kalau aku, walaupun barang tu aku dah berkenan sangat nak beli, aku tak jadi nak beli.. kerek sangat! tak nak aku kayakan kedai tu.. ingat kita ni apa? wei sedarlah sikit yang ko tu pun cuma pekerja je kat situ.. sedangkan apek yang pakai seluar pendek, selipar jepun, nampak macam selekeh pun, rupa-rupanya kaye..ni nak pandang rendah kat orang lain..piirahhh!
  

sumber: pacik google

5. Ambil hak orang lain

Ni aku tujukan khas untuk para lelaki. eh, ni bukan pasal rampas awek ke pe, ni pasal bila korang naik train dan masuk coach yang dah terang-terang tulis COACH WANITA. Macam aku, aku memang biasa naik ktm (keretapi tanah melayu) dan aku bersyukur sangat-sangat bila sekarang dah ada coach khas untuk wanita. tiada lagi kes di sondol ke ape time sesak-sesak tu..

tapi yang buat aku tak puas hati, bila si lelaki ni masuk coach wanita dan duduk di kerusi yang disediakan sedangkan ramai lagi wanita yang tak dapat duduk terutama bila ada perempuan tengah sarat mengandung kena berdiri. tak ke hampeh je namanya tu?? hmm..next time aku nak beranikan diri aku tegur lelaki-lelaki yang macam ni.. agak2 berani ke aku eh? hoho

agak2 kalau nak femes, buatlah photoshoot dekat dalam coach wanita ye, hehe

p/s: maaf! maaf! maaf! jika terkasar bahasa.. =)
p/s lagi : nak tahu apa yang aku buat day 18 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)

suke? like la..

4 comment :

zacky ~786~ said... Reply To This Comment

hahaa..

pernah gak masuk kedai sales man wt xthu.. terutama yer kedai cina.. adehh.. cm kita xde duit jer nk beli2 brg2 kt kedai die.. bengang pn ada.. last2 kputusan yg baik.. ialah membawa diri ke kedai lain.. huhu

faisal apardi said... Reply To This Comment

ni yang last skali tu la..giler kalau aku segan giler...selamba badak je muka budak tu..huhu...

follow blog ni..

Faziera193 said... Reply To This Comment

@zacky ~786~

ye betul tu.. tapi ada sesetengah orang yang nak kenakan balik sales person tu ngan tunjuk act.. beli banyak2 bagi nampak kaya.. hoho

Faziera193 said... Reply To This Comment

@faisal apardi

hahah tau takpe.. taktik paling biasa nak elak malu, dia akan duduk dan buat2 tido.. (-_-')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...