Friday, May 13, 2011

Day 13 - Your Views on Drugs and Alcohol

Apa best nya teguk arak dan telan pil ni? Kadang-kadang aku tak paham kenapa arak dan dadah ni jadi pilihan bila berdepan dengan masalah.. 

tensyen kerja --> minum arak.. 
gaduh dengan boyfriend sebab tak belikan topup --> telan pil 6 bijik

kononnya benda tu boleh tenangkan diri.. padahal long term dia tak pikir.. dah terang lagi bersuluh benda tu memudaratkan.. tapi tu lah kan, benda lagi dilarang, lagi berkobar-kobar nak buat... 

bangang cartoon nih, hahah

Pandangan aku tentang dadah dan arak ni sama je dengan orang lain.. aku benci dadah dan arak! dua benda ni lah yang boleh hancurkan manusia.. apa yang tak dikaitkan dengan dua benda ni? semua yang buruk-buruk lah.. penyakit, kemalangan, rogol, buang bayi, bunuh, bunuh diri, dibunuh, terbunuh.. just name it.. nyawa sekarang amat murah..

Jadi jangan lah cuba berjinak-jinak dengan benda-benda ni.. tak payah nak cuba-cuba.. jangan ada sekali pun terdetik kat hati --> "alah, nak cuba sekali je.." sebab dari situlah akan terjadi berkali-kali.. 


Mana-mana yang dah terjebak dengan benda ni, berubahlah sebelum terlambat.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan.. yang penting pandai-pandai lah pilih kawan yang elok.. sebab pengaruh kawan memang kuat.. kalau dah tau diri tu lemah, hindarkan lah kawan yang tak elok.. Mana yang diri dia kuat, cubalah tarik kawan yang tak elok ni berubah jadi elok ye...

Sekian sahaja ceramah dari aku, hahah

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 13 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)


suke? like la..

0 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...