Thursday, May 12, 2011

Day 12 - Your Current Relationship

Ek ehem! hehe Selamat tengahari korang.. sementara aku tengah tunggu maggy perisa tom yam dan milo ais aku ni siap, aku nak sahut cabaran untuk tajuk hari ni iaitu 'Your Current Relationship. If single, discuss how single life is' . Sebelum tu, agak-agak korang aku single ke atau double? yang mana kawan-kawan sekolah aku, kawan universiti aku, diam! hahah

Takdelah..main-main je.. macam kuiz pulak kan nak main teka-teka aku ni single atau double.. dapat hadiah takpe jugak kan.. ni tak.. haprak! haha Aku sebenarnya dah ada yang punya a.k.a dah double a.k.a unavailable.. kalau tak paham jugak, pergi depan cermin, tengok muka sendiri dan cakap :

' kenapalah aku lembap sangat ni..tak paham-paham'

haha, gurau je.. jangan marah eh.. ^___^

Aku dah lama dah dengan si dia.. macam-macam kami harungi bersama.. seronok, sedih, suka, duka semua cukup lah.. biasalah, bak kata pepatah, lidah lagi kan tergigit, ini pulak hubungan sesama manusia.. tapi part yang paling bestnya, kami dapat tempuh dugaan dan cabaran sampaikan kami masih kekal bersama.


Siapa si dia, tak payah lah aku reveal.. nanti kalau betul aku dah nak kahwin dengan dia, baru aku tunjuk ye.. yelah.. kang buatnya aku gempak sangat bercerita pasal kami, buatnya tak jadi, malu je kan.. tapi kebanyakkan kawan-kawan aku dah tahu dah siapa si dia.. tu tak menjadi rahsia lagi dah.. hehe

Apa yang best bila double ni? bagi aku, best.. lagi-lagi dapat pasangan yang memahami dan sering ada apabila kita berhadapan dengan masalah dan tekanan.. dia lah yang menjadi tempat aku luahkan perasaan sedih dan gembira selain dari family dan kawan baik aku..

awak, u're my hero

Contoh paling senang aku bagi, masa arwah mak aku meninggal tahun lepas, si dia sentiasa ada kat sisi aku.. even time masa nak kebumikan arwah pun, dia ikut sekali dan teman aku.. terharu tau tak.. walaupun aku sedih bila kehilangan emak yang aku sayang, tapi at the same time aku bersyukur kerana ada orang tersayang di sisi aku saat aku dalam kesedihan..

Itulah pentingnya hubungan sesama manusia. indah bila bersama, merana bila keseorangan.

Aku harap betul lah jodoh aku dengan dia.. doakan aku dengan dia ye korang..terima kasih ^___^

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 12 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut.. 

suke? like la..

4 comment :

nurul lalala said... Reply To This Comment

kalo jodoh tak ke mana..cecepat le kumpul duit..hehehe

Faziera193 said... Reply To This Comment

@nurul lalala

harapnye gitulah yob..hik2..
tengah setat ngumpul ler ni duitnye.. ater kamu tak nak ke sponsor sesen dua?? ngahahahaha =p

♥CHaRa♥ said... Reply To This Comment

amin..
semoga faziera sentiasa gembira bersama si dia tercinta.hihi;)

Faziera193 said... Reply To This Comment

@CHaRa

hihi tengkiu chara.. ^____^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...