Tuesday, May 31, 2011

Mid Year Giveaway by Nisa Menaip

Aku dapat tau pasal Mid Year Giveaway by Nisa Menaip ni semalam masa aku bukak facebook dan pergi kat facebook fan page blog nisa menaip ni.. jom join ramai-ramai! banyak hadiah pulak tu..


Hadiah-hadiah disponsor oleh:

Tengok! banyak kan hadiah? so jom la join weh..mana tau bernasib baik.. =) 
aku tag Nurul Lalala dan Nur Elyani..

Aku nak menang!! hehe

suke? like la..

Wish Me Luck!! ^___^

Pembelajaran aku selama 4 tahun di UKM bakal berakhir sikit saja lagi.. hari ni pada pukul 2 lebih, aku akan viva (pembentangan tesis) dan selepas itu, hanya touch up sikit je tesis, dah boleh jilid dah and wallah!! siap~ hehe tak sabarnye!! 

So, korang, wish me luck ok?? harap-harap aku dapat A untuk tesis ni.. =) aku nak cepat habiskan tesis ni sebab kakak aku yang sorang tu, iaitu si bunting bakal melahirkan anak 6 jun 2011 ni.. jadi, aku nak lah pergi sana dan jaga kakak aku kan.. haishh.. tak sabar..tak sabar nih nak dapat anak buah pertama.. hehe =)

Thank you for reading and i will update my blog soon after my viva. peace~ 

suke? like la..

Saturday, May 28, 2011

Day 28 - In This Past Month, What Have You Learned?

Apa yang aku belajar dan kena ambil iktibar dengan apa yang dah jadi dalam bulan ni?? 

  • Buat kerja biar cepat-cepat..jangan nak tangguh-tangguh..
  • Kalau takde duit, buat cara takde duit... *tapiiii....hahah*
  • jangan beli milo ais dah kat cafe - dah tak sedap!
  • kena ambil lesen kereta, senang sikit nak pergi mana-mana..
  • duit memang banyak pakai bila nak buat tesis.. =(
  • dannn ubah cara pemakanan.. jangan nak makan megi je.. hohoho

Seingat aku, ni je la.. tapi mesti banyak lagi tuu.. tak ingat lah.. lagipun kehidupan aku biasa je, buat tesis, pergi meronggeng ngan kawan-kawan, lepak makan-makan.. rutin harian biasa... huuu

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 28 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)

suke? like la..

Friday, May 27, 2011

Day 27 - What Kind of Person Attracts You

Selama yang aku perasan diri aku ni, aku rasa aku boleh tertarik dengan orang yang macam ni :

  • lelaki yang agak nakal tapi taklah terlalu nakal.
  • lelaki handsome tapi misteri.
  • lelaki yang mendukung bayi atau bermain dengan budak-budak.
  • lelaki yang aku dengar suaranya saja, membaca al-Quran atau azan.

baik sin chan ni..hoho
rupa atau harta tak penting sangat sebab aku pun tak kaya dan tak cantik mana.. aku sedar diri.. haha tapi kalau dapat yang berupa atau berharta, itu just bonus.. sebab bila-bila masa je boleh ditarik semua nikmat tu.. kan? =)

korang pulak tertarik dengan orang yang macam mane? macam aku? bwahahaha <--tak mungkin.. (-_-')

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 27 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)

suke? like la..

Thursday, May 26, 2011

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

Contest ni anjuran Mohd Fazreen - owner blog Thinking Not Dreaming..

comel je ada cartoon2 ni... hee
tamat 1/7/2011

Best ke header aku? korang nilai lah sendiri.. tak lah canggih mana sampai boleh gerak-gerak kan.. biasa-biasa je..tapi bagi aku, ni header terbaek aku pernah buat.. ^__^


harap-harap bertuah lah.. hehe 
oh ye, gud luck juga untuk semua peserta ye.. =)
nak join, boleh click [sini]

suke? like la..

Wahai Pembuang Bayi..... | Cabaran Minggu 5

Wahai pembuang bayi, 
kenapa kau tegar membuang bayi yang dikandung itu?
tidak kah kau berasa salah?
tidak kah kau berasa sedih?
kau juga punya hati dan perasaan bukan?

Aku tahu kau malu..
Aku tahu kau dicerca bila orang sekeliling tahu kesalahan yang telah kau lakukan..
Aku tahu kau mungkin ingin berubah..
ingin membela anak yang dikandungkan itu..
tetapi kau tertekan..
tertekan dengan tanggapan orang ramai..
tertekan apabila keluargamu sendiri sudah tidak mengaku kau sebagai anak..
tertekan dengan kekasihmu yang memaksa kau menggugurkan kandungan..
tertekan dengan kekasihmu yang sudah lari meninggalkan mu..
tertekan dengan kesilapan lampau..
maka kau salahkan bayi itu..
kau salahkan dia sehingga sanggup kau buang bayi itu di tong sampah..

kenapa kau bertindak sedemikian rupa?
tidakkah kau ingat akan tuhan mu?
jangan salahkan ujian dan dugaan yang menimpa dirimu..
mungkin itu satu petunjuk menyuruhmu agar berubah ke jalan yang benar..
bersyukurlah kerana setiap ujian yang menimpa sebenarnya mendekatkan lagi diri kau pada tuhan mu..
janganlah kau berpaling ke jalan syaitan yang sering menggoda mu..
kenapa kau masih nak ikut telunjuk syaitan yang nyata telah membawa kau ke arah kesesatan ini?
bertaubat lah.. 
pintu taubat sentiasa terbuka untuk kau selagi kau masih bernyawa..


kepada orang ramai:
Janganlah kita mencerca, mencaci dan berpaling dari mereka yang ingin berubah dan bertaubat. Ingatlah bahawa kita juga makhluk ciptaan Tuhan yang tidak terlepas melakukan kesalahan. 

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis 
iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis


korang semua dijemput join!
aku tag : Warna dan bunny

suke? like la..

Day 26 - A Photo of Somewhere You Want to Go

gabungan beberapa photo menjadi satu photo.. ok lah tu kan.. ^____^

Ni antara tempat-tempat yang teringin dan nak pergi lagi sekali.. yang teringin tu of course lah belum pernah sampai lagi kat situ macam paris, makkah, disneyland and london.. yang nak pergi lagi sekali tu ialah langkawi.. =)

Paris and London : tempat biasa yang orang impikan untuk pergi termasuklah aku..entah, sebab romantik kot.. ngahaha

Disneyland : memang aku excited gila kalau dapat pergi.. aku suka pergi tempat2 macam fantasy ni.. ^__^

Makkah : pun menjadi target aku.. lumrah seorang muslim untuk jejakkan kaki ke rumah Allah.. tak gitu? 

bila agak-agaknya aku dapat pergi eh? insyaAllah semunanya mungkin~


p/s: nak tahu apa yang aku buat day 26 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)
suke? like la..

Wednesday, May 25, 2011

Day 25 - Who Are You?

Siapa aku?


Nama: Nur Faziera
Umur : 22 tahun
Suka kucing dan panda
Makanan Kegemaran : Apa-apa yang ada blackpepper sauce, tosei, sushi
Minuman Kegemaran : Milo, Teh o ais, Ice lemon tea, yakult
Cita-cita : nak jadi akauntan tapi terkubur..
Hobi : main guitar hero, makan angin dan aktiviti lasak

dah macam biodata pulak buat time sekolah dulu.. haha sangat kebudak-budakkan! =)   dah.. cukup lah sikit-sikit je pasal aku.. aku bukan siapa-siapa pun.. hee


p/s: nak tahu apa yang aku buat day 25 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)


suke? like la..

Tuesday, May 24, 2011

Day 24 - A Photo of Something That Means A Lot To You

My Ego
Aku sayang gila kat scooter ego aku.. 1stly sebab arwah mak yang belikan untuk aku.. aku ingat lagi masa 1st year aku kat UKM, aku mintak mak belikan motor.. 

Aku : "mak.. nak motor.. senang sikit nak pergi kelas.. naik bas lambat.. dah la bus kat bla..bla..bla.." 
-punyalah mengayat kan..

Mak : "ish kamu ni.. takut mak kalau kamu bawak motor.. kamu tu dah lah kurus..melayang je nanti.." 
(-_-')

Tup-tup bulan 9 tahun 2007, aku dapat motor! mak aku buat surprise masa birthday aku pulak tu.. memang bermakna gila-gila lah moto ni buat aku kan.. =) 

Actually, scooter ego aku warna biru.. but then my bf buat another surprise.. dia pergi spray warna purple and makeover scooter aku macam kat dalam gamba atas tu.. memang buat aku terkejut giler la and at the same time - happy! ^___^  <---another sweet memory bout my scooter ego!

thank you mum and mr. elev11n!


p/s: ak tahu apa yang aku buat day 24 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)
suke? like la..

Monday, May 23, 2011

Persiapan Sebelum Up Entry | Cabaran Minggu 4

Setiap blogger mempunyai cara yang tersendiri bila meng-update blog. Aku pun tidak terkecuali. Siapa kata nak up entry ni senang? susah tau.. tapi susahnya takde lah sampai botak kepala ni nak pikir ayat apa nak tulis kan? over lah tu..hehe lainlah kalau kau seorang penulis novel hebat atau penulis skrip filem yang meletup-letup di panggung wayang kan.. itu dah masuk kategori lain..

Bagi seorang blogger yang tegar tak tegar sangat dengan blog macam aku ni ha, lainnn.. Gaya persiapan ada macam-macam! hoho kadang-kadang ikut sesuka hati aku je nak update apa.. apa yang aku rasa, apa yang aku nampak dari kaca mata aku, aku pakai tulis je.. kalau tengah emo tu, ha! lagi laju lah aku menaip dan menghamburkan segala perasaan aku kat blog aku ni..

Situasi bila ada masa berblog tapi idea takde:

Cara paling mudah, aku join cabaran 30 hari, tak pun masuk contest sana sini.. ada rezeki, aku menang.. kalau tak, dapat backlink free..hoho 

Situasi bila ada masa berblog dan idea mencurah-curah:

Aku suka mencari gambar yang sesuai.. untuk bagi nampak lagi ceria blog aku.. gambar ni kadang-kadang memang aku punya, tapi kalau takde gambar yang sesuai, pakcik google lah yang rajin sedekah dekat aku.. satu kelebihan bila aku ada masa berblog dan idea datang mencurah-curah, gaya penulisan aku akan jadi lagi kemas dan mantap (lah sangat!).. err..kira ok lah penulisan aku tu..

Situasi bila idea datang mencurah-curah tapi takde masa pulak:

Kalau dalam keadaan macam ni, memang penulisan aku akan jadi tunggang langgang kalau aku degil jugak nak up entry time takde masa sangat tu.. selalunya bila jadi macam ni, akan berlambak gila lah draft dalam blog aku ni.. baru tulis sikit, dah save as draft.. 

Situasi bila idea takde, masa berblog pun takde:

Kalau yang ni toksah cakap lah.. alamatnya blog aku asyik entry yang sama je...bukak lah berapa banyak kali pun, blog aku still keluarkan tajuk entry yang sama.. dan time ni lah aku paling benci.. tak suka.. rasa banyak kenangan yang aku tak dapat abadikan dalam blog aku ni.. biasalah, blog aku ni dah macam e-diary.. suka duka ada dalam blog ni..  tapi tak semuanya aku reveal dalam ni.. hidup kena ada privacy juga walaupun sedikit.. kan?


So, apa pulak persiapan yang korang buat sebelum up entry? meh kongsi sikit..

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis


korang semua dijemput join!
aku tag : fadzmie dan zacky

suke? like la..

Day 23 - 15 Facts About You

ni betul facts tentang aku.. bukan aku tipu ye.. =)
1. Tak nak ngaku diri ni dah masuk alam dewasa dan bukan remaja lagi dah..
2. Senang sangat tidor bila duduk dalam kereta..
3. Kadang-kadang makan macam tak cukup makan tapi badan still maintain, hehe
4. berazam nak jogging tiap-tiap petang tapi harapan tinggal harapan..
5. Suka kacau kucen tidur..bila dia jaga, ajak main kejar-kejar - buat bodoh je..
6. Mudah memaafkan dan tak simpan dendam dalam hati..
7. Still tak tahu lagi apa yang aku nak jadi dalam hal kerjaya..
8. Bercita-cita nak beli dslr tapi duit pun tak simpan.. #ape ke hei nye?
9. Teringin nak anak kembar, tapi kalau tak dapat pun takpe..
10. Suka sangat pikirkan benda remeh sampai boleh pening-pening kepala..
11. Tak boleh start main game, kalau tak addicted..
12. Rasa macam nak kawen cepat tapi takut pun ada jugak.. haha
13. Kalau pergi kedai mamak, akan order tosei + teh'o'ais = perfect combination!
14. Teringin nak cuba fashion yang trendy tapi tak berapa confident.
15. Pernah beli teddy untuk best friend tapi tak jadi sebab end up hadiahkan untuk diri sendiri!

bila baca balik dari atas sampai bawah, ada kebaikkan dan ada keburukkan aku ni.. biasalah.. nobody's perfect kan..tapi do remember this

kan?? hihi
p/s: nak tahu apa yang aku buat day 23 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)
suke? like la..

Sunday, May 22, 2011

Day 22 - Letter to Someone Who Has Hurt You Recently

kau suka kacau aku kan?
kenapa kau terlalu obses dengan aku?
dulu kau ingat tak?
kau pernah curi barang aku..
sekarang kau nak apa lagi?

tak cukup kau kacau hidup aku,
kau ngendap aku pulak..
sampai aku takut nak keluar!

kau ni memang lah..
balik lah ke tempat kau..
tolong lah jangan ganggu hidup aku..
bila aku balik dari beli makanan,
mesti aku risau, duk pandang sekeliling..
risau kau ada kat mana-mana..
apatah lagi nak masuk bilik..
oh, jangan kau buat-buat lupa..
kau pernah ceroboh masuk bilik aku..
terkejut aku tau tak?!
kau memang stalker!
aku benci kau!


ada aku kisah??

kenapa kau tak macam monyet lain eh, monyet? jadi lah monyet yang manja.. boleh aku belai-belai kau.. ni tak.. garang.. nampak aku je, tunjukkan gigi kau.. mana aku tak lari.. pastu mula lah kau nak tunjuk keganasan kau kan.. kau kejar aku.. pastu tak agak-agak, memilihh.. makanan yang murah-murah dan tak sihat kau tak nak.. madu aku dengan nestum jugak kau kebas.. maggy tak nak pulak? cettt! 

takpe monyet, lagi sikit aku dah nak habis belajar dan blah dari ukm ni.. time tu mesti kau rindukan aku kan? selamat tinggal monyet... selamat jalan.. 

yang benar, 
orang yang pernah kau sakiti.

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 22 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)


suke? like la..

Saturday, May 21, 2011

Day 21 - A Photo of Something That Makes You Happy

AMI - kucing pengarang jantung aku.. =)

Comel kan?? hehe Gambar ni bukan takat buat aku happy je, rasa nak lempang muka dia pun ade jugak!haha dah gedik sangat kan?! lagi-lagi gambar bawah ni ha......

Grrr... suka kacau dia tido.. =D

Oppss... terletak lebih gambar pulak.. kata satu photo je kan.. heheh 

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 21 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)

suke? like la..

Friday, May 20, 2011

Day 20 - The Meaning Behind Your Blog Name

Nama blog aku adalah Faziera193. Faziera tu of course lah sebab nama aku kan.. yang nombor 193 tu pulak.. SALAH! bukan tarikh lahir aku.. sebab aku lahir 19/9. bukan bulan 3. kenapa dengan 3? sebab ia berkaitan dengan love life aku.. ek ehem! haha


Macam yang korang tengok header aku, aku lebih suka yang simple je tapi kemas. Barang-barang yang mengelilingi nama aku pun, dah boleh buat korang tau serba sedikit tentang aku. 

  • Aku sukakan bear (Suka Giler!)
  • Punya scooter yamaha ego (tapi ego aku rendah je, tak lah ego sangat..hehe)
  • Miliki game guitar hero yang memang aku minat main (tapi tak terer sangat pun)
  • Lappy pink yang aku bawak ke hulu ke hilir
  • Gadis yang mula minat pada bunga (dulu aku benci)
  • Ngidamkan dslr yang tak dapat-dapat lagi ni 

Itulah aku. tapi warna pinky-pinky yang aku buat sebagai tema blog aku ni saje je bagi ayu sikit untuk aku. padahal aku ni tak lah ayu pun.. haha =p

p/s: nak tahu apa yang aku buat day 20 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)
suke? like la..

Thursday, May 19, 2011

Filem Nur Kasih Buat Aku Basah!

Alamak. Boleh pulak tajuk tersangkut. aku nak cakap Filem Nur Kasih buat aku basah lenjun. Yelah, tak cukup-cukup dengan baju aku basah sebab ek ehem! air mata berlinangan tengok movie tu.. time balik hujan lebat pulak! time-time aku bawak moto lah kan nak hujan.. time aku naik kereta dengan member aku tak pulak hujan.. haihh sabar je lah..


Overall, cerita ni bagi aku best. sedih memang sedih lah kann.. kalau tak, takde lah sampai ada orang tu keluarkan status macam bawah ni..

wei! mata aku memang macam ni lah.. ada eyebag semulajadi.. bwahahaa..

Cerita ni banyak lah mengajar pasal kehidupan. jadi aku bagi rating 5/5. aku kan baikkk.. kihkih apa-apa pun, korang tengok dulu cerita dia macam mana ok? agak-agak rasa diri tu jenis emo, bawak tisu ye kalau tak nak baju basah. haha  
  
p/s: ada 3 orang lelaki duduk belakang aku. bila movie dah tamat, aku bangun, saje la pandang belakang kan, tengok semuanya cover muka dengan tangan..bwahahahaha nangis lah tu! =p

suke? like la..

Keghairahan Popular di Dunia Maya | Cabaran Minggu 3

Popular. Popular ni apa sebenarnya? majalah popular? kedai buku popular? popular post? atau popular joke? 

click gambar dan tekan (ctrl +) untuk pembesaran

Isu terhangat sekarang ni adalah keghairahan popular di dunia maya..siapa yang ghairah untuk popular ni? mari kita lihat satu persatu.

1. Blogger

Blogger sekarang sudah tidak macam dulu. kalau dulu blogger berblog kerana atas niat minat menaip dan lebih kurang menjadikan blog macam e-diari, sekarang tidak lagi setelah mata dikaburi dengan wang ringgit. asyik mengejar trafik.. mengejar follower ratus ribu..



Ya, memang tidak salah. sebab aku pun tidak terkecuali. siapa tak suka bila diberi wang sampingan kan? aku pun melompat keriangan walaupun nampak nuffnang aku meningkat walau 40 sen.. hahah itu dikira bonus. Sama juga seperti korang dapat pasangan yang baik, berhati mulia, dan penyayang. jika ditambah dengan muka yang hensem atau cute, itu dikira bonus lah, betul tak?

kata-kata aku : jangan sesekali berblog dengan niat menjatuhkan orang lain. 

2. Artis/bakal artis tanahair

Sekarang ni senang je nak jadi popular. Ada bakat menyanyi? boleh je terus upload kat YouTube atau 1tube.my .. tak payah lagi nak penat-penat cari syarikat rakaman, last-last syarikat rakaman sendiri yang serah diri melutut kat korang untuk jadikan korang artis rakaman mereka <--kalau betul suara korang sedap dan banyak orang like lah kan.. hoho 

Najwa Latif, bermula dengan youtube, sekarang jadi artis NAR records
Bukan setakat bakat nyanyian je yang boleh ditonjolkan, bakat mengacara pun boleh.. berlakon? try lah berlakon depan camera dan upload.. cuba dulu, give up kemudian..hahah 

kata-kata aku : biarlah popular melalui cara baik, bukan dengan kontroversi meletop tak senonoh.

3. Syarikat-syarikat besar

Syarikat-syarikat besar turut tak terlepas untuk merangkul gelaran popularity di kalangan pengguna internet. kenapa aku cakap macam ni? Korang tak nampak berapa banyak dah company yang buat iklan merata-rata? kempen sana sini pakai online je sekarang? sebab apa? untuk naikkan saham mereka. i mean, marketing strategy. Yelah, dalam era teknologi yang makin canggih ni, takkan lah company-company besar nak ketinggalan zaman kan? lagipun anak-anak kecil dah makin pandai guna IT, nenek pun ada facebook. apa kes?huhu 

Kata-kata aku: online shopping pun dah makin mudah. cuma berhati-hati supaya tiada fraud, ok? =)

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis


korang semua dijemput join!
aku tag : Anith chan & NanaSahir

suke? like la..

Day 19 - Your Reflection in The Mirror

Pepatah melayu ada mengatakan, sebelum buat apa-apa, cermin diri dulu.. kan?kan? memang aku selalu cermin diri aku pun.. dan bila aku tengok diri aku dalam cermin:

"boleh tahan jugak aku ni eh.. " <---bwahahahahhaha takpe, korang gelak, aku lagi lah gelak! haha

tapi kadang-kadang bila aku tengok diri aku dalam cermin:

"Ish..ape ke buruk benor ni?" <---hoho ini selalu..

nampak sangat cermin hostel lama tak basuh.. hahah

tapi aku tau tak elok cakap macam ni kan.. macam tak bersyukur pulak..tidak..tidak..aku bersyukur..aku bersyukur.. kira ok lah ni sempurna kejadian daripada dilahirkan cacat kan? 

Jadi, mari kita sama-sama elakkan dari cakap takbur atau percakapan yang seolah-olah kita tak bersyukur. peace~

p/s: nasihat di atas untuk diri aku jugak. 
p/s lagi : nak tahu apa yang aku buat day 19 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)


suke? like la..

Wednesday, May 18, 2011

Day 18 - 5 Things That Irritate ME

Hohoho sebelum aku cakap perkara-perkara yang buat aku menyampah pasal opposite/same sex ni, aku nak mintak maaf lah ye kalau aku ada menyinggung mana-mana pihak. kadang-kadang mungkin entry aku yang berunsur ala-ala nasihat ni ada terkena batang hidung orang lain atau aku sendiri, tapi think positive ok? jadikan teguran ni sebagai muhasabah diri... benda yang baik, jadikan amalan.. benda yang tak elok, jadikan pengajaran.. wah wah! pandai pulak aku bermadah.. hehe

Jadi, apakah 5 perkara yang buat aku annoying pasal opposite/same sex ni?? Jawapannya :

1. Potong queue, buat muka toya.

Ini memang nak kena. ok fine lah kalau nak potong que, mungkin ada hal emergency ke, nak cepat ke kan..aku boleh bertimbang rasa lagi bagi dia potong line.. tapi yang bikin aku panasss tu bila dia potong line, dia bawak sekali geng2 dia yang lain.. mak aihh!! membakar beb

haha bagus jugak macam ni.. hehe

2. Berkasar dengan kucing

Hoi! pantang mak nenek aku bila nampak orang yang berkasar dengan kucing ni.. dia ingat kucing tu patung barbie doll yang boleh cabut-cabut kan kepala, kaki dan tangan dari badan tu kalau dah geram?? haihh..sesuka hati je angkat kucing pakai pegang kat kepala ngan tarik telinga kucing tu.. lagi-lagi kalau anak kucing yang kena..kesian aku tengok.. aku kan, kalau nampak ada orang sepak kucing, buat lah...aku sepak dia balik! kucing tu.. comel kot.. ciannn dia..

ada siapa-siapa yang nak jadikan kucing sebagai hantaran?? hehe

3. Park motor ikut sesuka hati

Ha ni baru-baru ni jadi kat aku.. apa la bengap sangat diorang ni park moto ikut sesedap rasa je tanpa pikir yang cara diorang park moto tu menghalang laluan moto lain. aku ingat time tengah cuti sem ni, tak banyak lah moto, rupa-rupanya adoi!! banyak lah pulak dan perempuan-perempuan yang parking motor kat sini pulak memang lahh..memanggg ______ (*isi tempat kosong sendiri*) pagi-pagi lagi dah tensyen bila moto yang aku park baiiikkk punya tak boleh nak keluar sebab tersekat depan belakang kiri dan kanan.. kalau moto aku boleh lompat tinggi atau terbang takpe lah jugak.. (-_-')

4. Layan aku macam kedai tu mak bapak dia yang punya

Korang pernah tak masuk kedai, lepas tu sales person dia buat bodoh je kat korang. Tengok korang pun macam sinis gila macam korang tak mampu untuk beli barang yang dijualLayan pun nak tak nak je.. agak-agak apa perasaan korang time tu? kalau aku, walaupun barang tu aku dah berkenan sangat nak beli, aku tak jadi nak beli.. kerek sangat! tak nak aku kayakan kedai tu.. ingat kita ni apa? wei sedarlah sikit yang ko tu pun cuma pekerja je kat situ.. sedangkan apek yang pakai seluar pendek, selipar jepun, nampak macam selekeh pun, rupa-rupanya kaye..ni nak pandang rendah kat orang lain..piirahhh!
  

sumber: pacik google

5. Ambil hak orang lain

Ni aku tujukan khas untuk para lelaki. eh, ni bukan pasal rampas awek ke pe, ni pasal bila korang naik train dan masuk coach yang dah terang-terang tulis COACH WANITA. Macam aku, aku memang biasa naik ktm (keretapi tanah melayu) dan aku bersyukur sangat-sangat bila sekarang dah ada coach khas untuk wanita. tiada lagi kes di sondol ke ape time sesak-sesak tu..

tapi yang buat aku tak puas hati, bila si lelaki ni masuk coach wanita dan duduk di kerusi yang disediakan sedangkan ramai lagi wanita yang tak dapat duduk terutama bila ada perempuan tengah sarat mengandung kena berdiri. tak ke hampeh je namanya tu?? hmm..next time aku nak beranikan diri aku tegur lelaki-lelaki yang macam ni.. agak2 berani ke aku eh? hoho

agak2 kalau nak femes, buatlah photoshoot dekat dalam coach wanita ye, hehe

p/s: maaf! maaf! maaf! jika terkasar bahasa.. =)
p/s lagi : nak tahu apa yang aku buat day 18 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)

suke? like la..

Sakinah Boutique 1st Giveaway!

Hye korang.. ni aku nak masuk giveaway.. 

Sakinah Boutique 1st Giveaway!


korang pun kalau nak join, dialu-alukan sangat! ^___^
lagipun hadiahnya boleh menambah koleksi baju dalam almari..hohoho


1st grand prize :
baju + aksesori cantik lagi vogi da vass tajaan sakinah boutique bernilai RM 50
2nd winner :

baju + aksesori cantik lagi cuns tajaan sakinah boutique bernilaiRM 30


Takkan tak nak kot kan?heheh jom join ramai-ramai!

aku tag : hana

suke? like la..

Tuesday, May 17, 2011

Day 17 - How You Hope Your Future Will Be Like

Siapa tak nak masa depan yang cerah dan bahagia kan? hanya orang gila je yang impikan masa depan gelap dan penuh dengan kesengsaraan. Betul tak?

Tajuk cabaran untuk hari ni ialah 'How You Hope Your Future Will Be Like' Aku malas nak berangan benda-benda yang terlalu mustahil untuk aku capai atau pun benda-benda yang tak logik.. contoh macam aku dilamar oleh putera raja ke, Aku ada banglo di setiap negara ke, Aku dapat pergi duduk kat Bulan ke.. tu memang angan-angan yang tak mungkin dan hanya mintak penampor je kalau aku terus berharap masa depan aku macam tu.. hahah



Jadi, aku akan cakap impian masa depan aku yang boleh dan mungkin dicapai ye..hehe Impian masa depan aku adalah :

  • Aku berkahwin dengan si dia, mempunyai 3 orang anak (kembar pun bolehhh, =p) dan keluarga kami bahagia.
  • Cukup serba serbi, tak kaya sangat pun tak apa. 
  • Punya kerja dengan gaji yang bagus (sampai sekarang aku still lagi tak tau kerja apa yang bagus untuk aku, haha)
  • Boleh melancong ke luar negara (ala-ala world tour gitu.. hahah teringin sangat2!)
  • Hubungan aku dengan ayah aku dan adik beradik aku baik sampai bila-bila


tapi perlu diingat, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

p/s: harap-harap apa yang dihajati, dapat lah.. amin~
p/s lagi : nak tahu apa yang aku buat day 17 bagai ni?? click [sini] untuk tahu lebih lanjut..=)

suke? like la..

Are You Lucky Enough??

Hello peeps!! Ni aku nak bagitau, if korang tengah mencari tudung or baju or dress yang cantik-cantik, comel-comel untuk pergi date ke hangout ke, kat sini ada lagi pilihan untuk korang.. meh aku tunjukkan sikit-sikit antara koleksinya :
Nak tudung gaya macam Hana Tajima or Yuna??

korang boleh belek-belek lagi kat [Chanteq Hijab]

Nak baju stylo milo or comel-comel macam contoh bawah ni??


aku suka cardigan coklat ni!
Korang boleh godek-godek kat [Lovely Fashion]

 [Lovely Fashion] pun ada jual bag and mini wallet


So, jangan lupa check it out k? banyak gila pilihan yang buat aku rambang mata.. selamat tengah takde duit ni, kalau tak dah lama aku cekau 3 4 item.. huhu

Disebabkan aku tengah takde bajet untuk shopping, jadi aku pun join contest yang dianjurkan oleh owner blog shop atas ni.. korang pun boleh join jugak sebab tarikh tutup 31 May 2011.. sempat lagi ni..Nak tau lebih lanjut pasal contest tu, click banner ladybird bawah ni..^___^


aku tag : Nurul Lalala
    Elyani

Happy Shopping!! ^____^ 
suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...