Saturday, April 30, 2011

Birthday Bloglist By MahirahNazlim

Jom buat ramai-ramai.. aku memang suka menghebahkan benda-benda macam ni.. hehe Tapi kan, macam segan pulak nak bagitau birthday date aku <--- Ok, ayat ni macam biasa, mintak pelempang! hahah aku PENYEGAN dalam bab-bab bagitau tarikh birthday?? tolonglah.. lagi hebohkan ada lah..hahaha

Tamat pada 31 Mei 2011

TAPI! tengok orang jugak lah kan.. aku takda lah gila sangat sampaikan terus pergi kat orang yang baru aku kenal dan cakap " bulan 9 ni birthday aku tau! sila bagi hadiah.." gilo kau.. hahah ok dah-dah! cik MahirahNazlim ni nak entry ringkas-ringkas je.. terlebih pulak aku kan.. huhu ni dia details nye..


Sorry ye..tahun still dirahsiakan

hahah ni general details je.. hehe takpe kan aku tak bagitahu tahun.. =p


p/s: apo laei.. nanti sampai tarikh 19/9, bagi hadiah kat aku ye.. korang wish pun aku dah terharu dah.. =)

suke? like la..

30 Days Challenge!

Aku selalu nampak orang buat cabaran ni. Macam nak buat jugak.. saja.. aku kan gila blogging sekarang.. huahua and baru-baru ni pun, aku ada join Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis. Still ongoing lagi cabaran tu, tapi yelah, cabaran tu kan 30 entry setiap minggu. Yang aku nak buat ni cabarannya setiap hari.. bermakna tiap-tiap hari akan terjamin ada 1 posting. betul tak?

dibuat oleh : hunnymaldini.blogspot.com

Tapi kan, agak-agak aku boleh buat tak? 2 cabaran sekaligus.. dah lah dengan kerja lab lagi aku nak buat, tesis writing lagi.. hmm.. insyaAllah boleh kot..kan?kan?? yang penting, confident! hehe =) wish me luck k guys??hehe

Jom, check it out apa cabarannya:

    Day 1 — Your favorite song
    Day 2 — Your favorite movie 
    Day 3 – Your idea of the perfect first date.
    Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
    Day 5 – How important you think education is?
    Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
    Day 7 – Your dream wedding.
    Day 8 – A song to match your mood.
    Day 9 – A photo of the item you last purchased.
    Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
    Day 11 – What’s in your makeup bag?
    Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
    Day 13 – Your views on drugs and alcohol
    Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
    Day 15 – Something you don’t leave the house without.
    Day 16 – Your view on homosexuality. 
    Day 17 – How you hope your future will be like.
    Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
    Day 19 – Your reflection in the mirror
    Day 20 – The meaning behind your blog name.
    Day 21 – A photo of something that makes you happy.
    Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently. 
    Day 23 – 15 facts about you.
    Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
    Day 25 – Who are you?
    Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
    Day 27 – What kind of person attracts you?
    Day 28 – In this past month, what have you learned?
    Day 29 – Something you could never get tired of doing.
    Day 30  A photograph of yourself today + 3 good things that have happened
                 in the past 30 days


p/s: kalau aku berjaya buat 2 cabaran ni, ada sesape nak bagi aku hadiah?? *tetibe

suke? like la..

Aku Jadi Pengarah Filem?? | Cabaran Minggu 2

Kalau aku jadi pengarah filem, tak perlu lagi aku terkejar-kejar nak jumpa artis. Artis yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan aku. Tak ada lagi yang akan pandang aku sebelah mata atau tak pandang langsung! Inilah saatnya, giliran aku yang pandang diorang sebelah mata. HAHAHA (hehe, best jugak ni! *excited..excited*)

Dari segi perfileman pulak, aku akan mengarah cerita mengenai kehidupan aku. hey! kalau kehidupan Mark Zuckerberg - seorang pengasas facebook boleh difilemkan, kenapa aku tak boleh pulak? tak menarik ke kehidupan aku? akulah pengasas makan maggy setiap hari.. eh! oh eh? tak menarik eh? (-_-') fine, aku tukar.. aku kan pengarah yang bertoleransi *pandang ke atas, tangan di dada*

Pelakon pulak, siapa? siapa? heroin semestinya lah Aku! tak perlu banyak tanya..semua filem aku, aku lah heroinnya! kan senang, jimat budget.. heronya pulak... haihh berdebar-debar pulak nak cakap..hihi hmmm..banyak calon-calon yang ada dalam kepala aku... ni aku bagi top 3 la - Aaron Aziz, Zizan atau Shaheizy Sam! ok ape.. semua ada huruf Z.. sepadan lah dengan aku kan - faZiera.. bwahahaha *perasan* <-- sila lempang aku sekarang supaya aku berada dalam alam nyata..


Persoalannya sekarang, bagus sangat ke aku sebagai pengarah filem sampai artis berkejar-kejar nak berlakon di bawah arahan aku, hah? aku tak nak lah jadi macam ehem-ehem - pengarah yang dibenci dan di meluatkan tu kan..ahahaha jadi, aku give up.. tak nak jadi pengarah, aku nak jadi sponsor filem je.. still dapat dekat-dekat dengan artis kan?? ekekeke <--sila lempang aku lagi skali.

duit pun takde sangat, nak jadi sponsor! pirahh mabuk

Aku tag semua followers aku untuk join cabaran ni.. 
Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis!
klik [sini] untuk tahu lebih lanjut. Aku cabar korang! huhu =)


suke? like la..

Maharaja Lawak Minggu 5 - Jozan

Minggu ni bagi aku Jozan adalah yang terbaik. Yang lain kebanyakkan agak slow atau kurang idea, tapi adalah part-part yang kelakar - buat aku gelak.. itu tak dinafikan. Kenapa aku cakap Jozan best? Saksikan sendiri performance mereka pada minggu yang ke-5 ni di bawah ni:


Mail lambong! hahahaha

p/s: aku sokong Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu. =)

suke? like la..

2nd GA : Potretkan Aku

Hye peeps! agak-agak korang nak tak gambar korang dipotretkan? Ye, gambar korang.. Selalu kita nampak kan kat KL sentral, kat pasaraya, kat pasar seni, ada booth orang tawarkan untuk melukis gambar potret atau pun gambar kartun.. betul tak? kali ni, tak payah pergi jauh-jauh, just duduk rumah dan buat je entry pasal 2nd GA : Potretkan Aku.. 

Apa?! korang tak percaya aku pandai lukis potret?? *sentap aku* takpe-takpe.. aku tunjukkan bukti aku pandai lukis potret kat korang.. meh tengok bawah ni meh.. gambar aku sendiri dilukiskan jadi potret..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
berbakat tak aku?? *pangggggg!!! <--kena penampar!
Sadis kan aku lukis?HAHA lukis doodle pun tak reti, ni lagi nak lukis potret.. adeiihhh.. 
Actually GA ni jiran blog aku yang buat --> Azmie. Dia memang pandai lukiskan potret-potret ni.. orang berbakat kan.. aku pun berbakat jugak - berbakat dalam menghancurkan potret.. haha


cantik kan potret yang dia lukis?
tamat pada 15/06/2011
Jadi Azmie, nak mintak tolong sangat-sangat lukiskan potret muka saya yang tak semenggah tu..haha anda dah nampak kan betapa tak berbakatnya saya.. kihkih

Dari dulu berniat untuk potretkan muka atau mengkartunkan muka tapi tak berkesempatan sebab bila terserempak dengan booth yang offer potret2 ni, mesti time tu takde duit.. (-_-')

mana tau GA kali ni aku bertuah pulak kan.. free je dapat, jimat duit aku.. ekekeke aku tag Nurul Lalala, Nur Elyani dan Jaa =)

p/s: yang lain-lain pun dijemput untuk join.. just click kat banner GA tu ye.. =)

suke? like la..

Friday, April 29, 2011

Siapa-siapa boleh bantu atau ada cadangan??

Malam tadi aku tak dapat tidur disebabkan bunyi fire alarm yang memekak dari pukul 4 pagi sampai pukul 9 pagi! 5 jam beb terseksa jiwa raga aku.. dah lah bunyi tu betul-betul depan bilik aku.. kalau lah fire alarm tu manusia, dah lama kena hempuk ngan aku! marah ni..aku marah ni.. (bwahahaha, aku pemarah?? heh)

Berbalik pada tajuk asal, aku nak mintak tolong korang yang bijak pandai, macam mana aku nak ringankan lagi bloh aku nih.. blog aku sangat gemuk! tapi aku rasa waktu loading kejap je kot.. ye ke? haha 


See!! nampak tu.. berat dia 249 kilogram! aku tak nak lah blog aku ni gemuk sangat.. nak dia maintain je macam aku..keh keh .. kan blog ni better berat dia bawah 100kb... ni melampau sampai lebih 249kb.. hmm.. aku tak tau camne lagi nak ringankan blog aku..

Nak kata aku letak widget merapu or bling-bling tak ada jugak.. apa lagi yang aku boleh buat eh? aku tak nak lah orang yang lawat blog aku, terus tekan [X] bila waktu loading lembap ya amat sangat.. huhu 

somebody help me!! siapa tolong, aku bagi hadiah.. hadiahnya --> 

aku doakan korang murah rezeki dan segala urusan dipermudahkan..hehe =)

p/s: kalau korang nak cek berat blog, click [sini], masukkan blog url dekat bahagian your domain(s) dan tekan check!

suke? like la..

Thursday, April 28, 2011

Asleenda 2nd Giveaway

Malam-malam ni semangat pulak nak join giveaway. Giveaway yang kedua dari Asleenda tapi baru 1st time join giveaway dia..huhu harap-harap rezeki memihak kepada aku lah kan..erkkk!! hahah

click banner untuk tahu lebih lanjut

Aku tag Nurul Lalala
tapi everyone's invited! =)

suke? like la..

Bila Lelaki Mula Obses dengan Gadget

Hello peeps! Ni aku nak bercakap sikit tentang lelaki dan gadget. Kalau dulu sebelum teknologi makin canggih, zaman sebelum adanya Playstation, Xbox, Computer pun mahal lagi masa tu, kita nampak lelaki hanya obses dengan motor, bukan? Siang malam dengan motor. bak kata orang, bercinta dengan motor! Motor tu lah bini pertama dia. Ada je duit yang dibelanjakan untuk upgrade bini dia. Mencuci, mem'polish' tu tak payah cakap lah kan.. 

Sekarang ni lagi lah. Makin ramai lelaki yang kita nampak makin obses dengan gadget. Tak kira lah playstation ke, motor ke, kereta ke, computer ke, TV plasma ke, DSLR ke, apa-apa je lah. Rata-rata setiap orang bernama lelaki akan obses pada 1 benda sekurang-kurangnya. Paling kerap aku tengok - obses dengan computer. 

sumber: encik google
Computer memang penting bagi lelaki. kat situlah dia boleh online..kat situ lah dia boleh simpan movie dan 'movie' (if you know what i mean, kehkeh).. kat situ jugalah dia boleh main game bersama rakan-rakan mahupun game online. Setuju? huhu maka ada sajalah yang dia akan beli untuk upgrade computer nya seperti flat screen, hard drive, external hard disk (wajib ada), sistem untuk tingkatkan performance ape kejadah yang aku pun takde lah tau sangat. 

Kalau lelaki itu ada motor atau kereta, pun begitu jugak. Bila dia dah mula obses, macam-macam lah yang dia akan beli. Siapa tak nak tengok harta dia cantik dan smart kan? even aku yang bernama perempuan ni pun suka tengok kalau scooter ego aku lawa. Rasa bangga je bila orang tengok kan. Samalah dengan perempuan. Bezanya perempuan ni kebanyakkannya obses pada kecantikan muka dan tubuh badan. Belanja ratus ringgit untuk beli produk penjagaan kulit, make up, pergi spa dan yang utama --> shopping! Tak gitu? huhu

gambar zaman2 tengah banyak duit, =p

Memang seronok dapat beli barang yang kita nak demi kepuasan diri tapi biarlah berpada-pada. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jika tak, tu yang hutang keliling pinggang tu.

p/s: ayat atas ni memang buat aku sentap.. haha =p

suke? like la..

Jika RM100 Diberi Kepada Aku | Cabaran Minggu 1

Huish! serius aku akan menadah tangan mengucap kesyukuran kepada Dia yang memberi rezeki kepada aku. Ayat macam nak baik je kan tapi itulah apa yang aku rasa di saat diri aku tengah dalam kesempitan wang terutama dah akhir-akhir semester ni. Duit pinjaman PTPTN pun dah habis digunakan, lagi-lagi aku kena extend untuk sebulan dua bagi menyiapkan tesis dan menjalani viva. Siapa nak tanggung perbelanjaan aku semua?


Kalau dulu, bila aku kesempitan wang di saat akhir semester, boleh juga aku mengadu, membuat suara simpati kepada emak. Mesti emak akan menghulurkan sedikit wang. Paling tidak pun rm50 untuk duit belanja sebulan. Boleh lah aku buat budget untuk berapa aku akan belanja setiap hari. Stock Meggi tak perlu cakap lah, memang wajib ada dalam bilik. Stock apa lagi yang murah kan untuk buat perut kenyang walaupun tak adalah kenyang sangat..hihi

Tapi sekarang, setelah emak pergi, aku nak bergantung harap pada siapa? Kakak-kakak ku sendiri ada tanggungjawab masing-masing.. Seorang dari kakak ku bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi, mesti banyak perbelanjaan yang akan digunakan kelak.. dan seorang lagi perlu membayar balik pinjaman PTPTN  - kesemuanya, kerana telah disenarai hitamkan..kalau tidak, tidak dibenarkan ke luar negara..haha ini kelakar! 

Jadi memang aku akan bersyukur jika diberi RM100. Bahkan kalau diberi RM1 pun aku akan mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Aku sentiasa mendoakan agar rezeki diperluaskan dan Alhamdulillah. Bila saja aku mengalami kesempitan duit, ada saja orang yang menghulurkan bantuan. Hari tu, tidak semena-mena kakak ku bagi RM100 untuk buat duit belanja. Aku bersyukur sangat! Bila aku tergerak hati untuk pergi rumah Pak Lang dan Mak Lang, ziarah mereka sebelum mereka pergi buat umrah, ka-chingg!! RM50 dihulurkan kepada aku.. dan kadang-kadang kawan aku pula offer belanja makan, hmm.. senang hati ni.. ^__^ sayang korang tau! hihi

Dunia sekarang memang perlukan duit tapi janganlah terlalu taksub dengan duit sampaikan boleh menggadai maruah diri dan terjadinya perpecahan keluarga.

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika ada lebih, perbanyakkanlah sedekah pada jalan yang betul. Bukan pada nombor ekor, arak mahupun rokok. hehe sorry ye perokok.. =)


p/s: ada sesiapa nak bagi aku RM1000 pulak?? *tetibe..

Aku tag semua followers aku untuk join cabaran ni.. 
Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis!
klik [sini] untuk tahu lebih lanjut. Aku cabar korang! huhu =)

suke? like la..

Wednesday, April 27, 2011

Aku Dah Nak Bertunang =)

Hello peeps! Seperti yang korang tahu, aku lagi sikit je nak menamatkan pengajian aku kat UKM ni.. Semua exams dah pun settle.. Rasa macam sekejap je belajar kat sini padahal dah 4 tahun! huhu Bulan 9 ni aku akan menggenggam segulung ijazah, insyaAllah.. heee~ *happy happy!

Oleh sebab aku dah nak selesai belajar, maka apa lagi kan? tiba lah masa untuk aku bertunang. ye bertunang! hihi Jadi, aku nak jemput korang sekali untuk sertai majlis pertunangan aku dengan Encik Tunang iaitu.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
click sini untuk tahu lebih lanjut

Inilah bakal Encik tunang ku..bwahahahaha aku nak 'bertunang' dengan cabaran ni..Tak lama pun, lepas 30 minggu aku bertunang dengan dia, aku putuskan lah pertunangan ni.. huhu Tapi tak tahulah betul ke tak 30 minggu.. tengok jugak lah 'perangai' dia ni macam mana kann.. agak-agak aku dah fed up dan nak give up, aku putuskan lah.. haha  

Kenapa? korang ingat aku dah betul-betul nak bertunang ke dengan bf aku?kihkih itu lambat lagi la wei.. tu kena tanya tuan badan..hihi 

p/s: jom sertai cabaran 30 minggu ni.. sama je macam 30 days challenge yang biasa korang dengar or buat tu, cuma ni untuk 30 minggu.. 1 minggu sekali... bukan tiap2 hari.. hee =)

suke? like la..

Tuesday, April 26, 2011

Yayyy!!! Akhirnya no more exams lepas ni!

Saat kaki melangkah keluar dewan peperiksaan 17 minit awal dari waktu tamat peperiksaan, hati aku dah mula lega tapi bukan seronok! kerana paper ni memang lah.. 

"alah.. kacang giler lah soalan dia.. senang je.."

Siapa yang cakap macam kat atas ni, sila bagitahu aku.. aku rasa macam nak hempuk je kepala orang yang cakap macam atas ni.. bapak giler susah! memang ni lah exam yang aku rasa jawapan hentam aku pun takkan mengena.. hahah 

Tapi bila pikir balik, lantaklah! benda dah jadi sejarah.. lagipun salah sendiri jugak study last minit.. huahuahua jadi, apa yang kita boleh buat adalah dengan menjerit keriangan sebab no more paper after this! no more exams! no more next semester whatsoever! hahah aku puas..Yesss!

Tengoklah betapa excitednya kami... kihkih

Tadi sempat juga buat sesi bergambar ramai-ramai sekali dengan chinese student class aku..our last picture together ramai-ramai gitu..sob sob.. sayu pulak bila ingat nak berpisah dah dengan mereka-mereka yang banyak memberi makan makna dalam kehidupan aku selama 4 tahun belajar kat UKM ni.. huuu (T_T)

Next time aku buat entry khas untuk classmate aku yang gila-gila tu.. how they make my life meaningful.. ^__^ love you guys!! heee

p/s: esok kemungkinan nak pergi berkelah dengan diorang.. weee~ kenangan berharga tu beb!

suke? like la..

Monday, April 25, 2011

Layan Char Kue Teow dan Teh O Ais Sebelum Study.. Nyum2!

Hello peeps! Malam ni nak update seciput je a.k.a short entry je kali ni before nak sambung study untuk paper esok.. Paper Kualiti, Keselamatan dan Perundangan Makanan.. haa, amacam? panjang tak tajuk paper ni?haha 

Perasaan agak happy walaupun sepatutnya gundah gulana sebab esok exam kan, tapi tak kira! nak happy jugak sebab esok merupakan paper terakhir untuk semester ini dan untuk pengajian ku selama 4 tahun di UK.... M.. bwahaha perasan belajar kat UK, pirahhh mabuk!

dah try ambil gambar, tapi tempat gelap gila! so, encik google menjadi mangsa.. haa

Jadi, before study tu, kenalah makan dulu sebagai sumber tenaga untuk bersengkang mata kan? dan segelas minuman iaitu teh o ais - minuman yang ada sedikit unsur cafein agar boleh membuatkan mata dan kepala otak agak segar untuk tak tidur sampai pukul 5 pagi..huahuahua 

Dan aku juga dah membeli 1 bungkus milo ais buat peneman dahaga ketika study.. tapi abang tu buat milo tak best lah.. dia guna milo pelesu.. tak kaw rasanya.. cett! buat spoil mood je nak layan milo malam-malam ni kan.. sob sob *kesat hingus

Dah..dah..nak sambung study.. wish me luck tomorrow guys.. ^__^


p/s: Esok lepas exam mesti meronggeng punya lah.. yay!! tak sabar nak abes exam! weeee~

suke? like la..

Arnab..Kenapa Kau Buat Macam tu Arnab? Aku Trauma~



Amaran: Entry ini ada menunjukkan gambar-gambar yang boleh meloyakan anda.. Sesiapa yang tengah sedap makan sambil blogwalking, dinasihatkan agar memakannya sehingga habis dahulu sebelum membaca untuk mengelakkan isu aku disaman kerana membuatkan korang muntah dan tuntutan belanja balik makanan yang korang makan. Terima Kasih. =)

Al-kisah~

Di kala aku tengah sedap baring melayan movie seram tak seram tapi slow iaitu The Rite, aku toleh ke sebelah ku untuk membelai seketika kucing manja gedikku --> Ami.

'Eh..mana pulak Ami ni.. Tadi ada kat sebelah'

Lalu aku bangun dan mencari di bilik belakang dan dapur, tiada. Di tandas kah?Kaki melangkah ke tandas, tiada juga. 

'Eh..takkan dia duk kat luar belakang kot? terkunci ke? pintu tutup.. dah lah tengah hujan lebat dan guruh ni'

Berkejaran aku ke luar belakang, membuka pintu dan tidak ternampak juga bayang-bayangnya.. baru sahaja aku ingin menutup kembali pintu itu, mata ku tertangkap pada sesuatu.. 
-
-
-
-
-
-
-

bukan takat orang je buang bayi, arnab pun buang bayi

Kelihatan 4 ekor anak arnab yang baru lahir dah tercampak keluar dari kandang arnab! Sadis! angkara siapakah ini? 

tertuduh nampaknya bersalah di situ

Namun, nasib baik ada 2 ekor anak arnab yang tercampak keluar tu yang masih bernyawa.. Terus mood sedih aku melihat kejadian itu bertukar menjadi mood heroin <-- ingin menyelamatkan bayi yang tidak bersalah..

Lantas aku ambil 2 ekor anak arnab itu dan masukkan ke dalam laundry bag kerana aku tak jumpa kotak yang bersesuaian..dan aku masukkan sekali arnab betina untuk bagi dia menyusukan anaknya itu.. kesian.. mesti hati ibunya tersentuh dan sedih apabila melihat anak yang dilahirkan mati kena campak keluar kandang oleh suami tidak sahnya. 

Nampak ibunya mengusap-ngusap anaknya dan menjilat-jilat anaknya. Kesian..Aku pun berlalu pergi ke dapur untuk mengambil carrot. Niat di hati untuk meredakan hati ibu yang sengsara tu lah..tetapi! terkejut ku bukan kepalang.. berpalang-palang sampai mulutku ternganga luas pabila aku nampak ibunya tengah sedap menggigit dan memakan anaknya itu!

'Arrgghhhhhh!!! mana satu yang baik ni?? ku pikirkan bapaknya yang jahat..rupanya maknya lagi jahat!'

Harapkan emak, emak makan anak!

Kejadian ini buatkan aku trauma dan nak termuntah. Masa aku menulis entri dan mengedit gambar ni pun aku letakkan bekas kosong di tepi, in case aku nak muntah. (-_-')


p/s: arnabku dah gila.

suke? like la..

Friday, April 22, 2011

Panggilan Misteri

Tengah aku sedap-sedap minum coklat panas di kala hujan lebat turun, tiba-tiba bunyi ringtone polyphonic.. Oh, handphone cikai ku rupanya yang berbunyi.. Tengok screen, kelihatan..


'Call 1??? Siapa pulak yang aku save nombor as call 1 nih?? pelik je..tak payah lah angkat..'

Aku memang macam ni..agak-agak nombor yang aku tak kenal or tak tahu ni memang malas sikit nak angkat.. biar je dulu.. kalau call lagi, mungkin aku akan angkat..

Disebabkan aku pelik dengan nama Call 1 tu, aku tak angkat..aku tunggu sampai lah handphone aku diam.. lepas tu, aku unlock handphone aku dan tengok kat Senarai kontak (Contact list) aku untuk tengok nombor apa yang aku save as Call 1 tu...

'Eh! takde?? habis tu cam mana pulak boleh keluar nama Call 1 nih??'

Pergi pulak cek dekat Pendaftaran Panggilan (call register), bahagian Panggilan Terlepas (Missed Call), 


' Hekk!! no number??? '

Sapo pulok nie?? menakutkan je.. kalau tulis private nombor takpe lah lagi.. ni tak.. no number.. cam mana nak trace balik?? Ahhh! lantak pi lah.. dah la dulu pernah kena ganggu dengan orang pervert.. Eee yek yekk..miang gila orang tu..tak suka! lantak ko lah nak ringing banyak kali.. malas aku jawab..

p/s: Aku paranoid ke?haha Hmm..ada siapa-siapa pernah dengar orang hantar santau guna telipon? ada ke?? takot gak ni..huhu jangan kata orang buat panggilan hangit kat aku sudah.. memang aku hangitkan kepala orang tu.. 

suke? like la..

Thursday, April 21, 2011

Bila Hasad Dengki Memenuhi Dada, Maka Santau Menjadi Cara Noktahnya

Fuhh..tajuk entry macam gempak je kan.. tapi itulah kenyataan! sekarang ni ramai orang yang terpesong. Menggunakan ilmu hitam demi kepuasaan. Asal iri hati sikit, santau.. asal terpikat sikit, pukau.. semuanya yang au..au.. lah.. 


Sebab dengan cara ni lagi mudah..takde kena tangkap oleh pihak berkuasa sebab tak ada bukti dan aku tak pernah dengar lagi orang kena tangkap sebab menyantau orang lain.. ada ke? kalau ada, reply kat komen.. huhu 



Ni makanan aku beberapa hari lepas.. mee bandung RM2.50.. nampak sedap je kan.. dah terliur ni nak makan.. lapar.. belek punya belek, sekali ternampak rambut daa.... mula lah hati rasa tak sedap! aku pun snap 1 picture.. then mulakan aktiviti menggeledah mee tu.. aku kuis-kuis mee tu.. nak tengok ada tak 'benda' lain.. mana lah tahu ada kuku ke, paku ke, darah ke, senang citer benda kotor la.. tapi takda! Alhamdulillah.. 

So, tanpa pikir panjang, aku baca Bismillah dan ngap! sampai kenyang.. hoho dan sampai sekarang aku masih waras lagi.. syukur..huhu 


p/s: rasa takut kena santau mula membuak-buak lepas dengar cerita member.

Kedai sekarang banyak guna ilmu untuk lakukan jualan kedai mereka.. siapa berani, baca ayat kursi 7 kali before makan dan hembus.. tengoklah korang makan apa sebenarnya... bwahaha
 ada brani?? aku ---> *takot2*
suke? like la..

Wednesday, April 20, 2011

Cokolat Celup..celup-celup..

Siapa ingat lagu tu? ada kan lagu berbunyi macam ni -->

 "Cokolat celup..celup-celup.." 

hahah ingat nak letak video terus, baru korang boleh dengar rentak lagu tu kan, tapi dah-dah..tak payahlah dengar suara sumbang aku menyanyi..pekak telinga korang nanti weih, tak mau aku bertanggungjawab.. hoho 

lapor pulak tengok coklat nie.. *air-liur-meleleh*

Selalu bila nampak coklat ni, terus hati membuak-buak nak makan kan? bila dah makan, mulalah hormon endorphin iaitu hormon kegembiraan keluar.. yelah..tak sedap ke bila orang cakap - coklat cake, strawberry coklat, coklat fountain.. 

eh jap! cam tak rasa pape pun bila dengar macam tu...tak berkesann..tak berkesann.. kena guna cara lain ni untuk bagi korang tergoda..
-
-
-
-
-
-
-
-



Macam ni baru betul tergoda kan..hahah semua picture kat atas ambil dari google..takde kerja aku nak pergi mencari coklat, strawberry, nak buat cake semua bagai just to prove my point..huhu

Sedap kan kalau dapat makan.. tapi cukuplah..asyik makan je kerjanya.. apa kate kita try guna coklat sapu kat badan pulak - buat MASKER badan.. ala- ala spa gitu.. hoho pelik??! tapi benar.. malah ada spa yang dah lama guna coklat sebagai bahan utama diorang.. chocolate spa..

Aku tahu mende alah ni pun sebab beli MilkADeal..berguna jugak iklan nuffnang ni.. deal dia memang murah! aku dah beli tapi belum redeem lagi..tak sabar ni nak buat chocolate spa..huhu

deal dia:
RM88 instead of RM353 for Full Body Scrub + Chocolate Mask Wrap + Full Body Massage + Aromatic Steam Bath + Hydrotherapy Milk Bath for 2.5 hours at I Gorgoeus, Aman Suria [75% OFF] 

jimat RM265 tu..huhu korang boleh cek deal dekat [sini] tapi offer ni dah tamat pun..selalu-selalu lah cek ok? mana tahu next offer lagi mantap! heee


p/s: nanti aku dah buat spa ni, aku update balik.. weeee~

suke? like la..

Tuesday, April 19, 2011

Aku nak tukar ambil Lukisan Kejuruteraan lah, boleh?hahah

Sekarang ni course yang aku ambil lebih kepada Sains dan Teknologi iaitu Food Science and Nutrition.. selalulah deal dengan microbe dan makanan..lebih-lebih lagi sekarang tesis aku berkaitan dengan microbe, asyik duduk lab je berkawan dengan Enterobacteriaceae, Salmonella serovars dan Cronobacter Sakazakii.. rasa macam boring pulak kan..

Hari tu aku buat freelance work.. saja suka-suka try lukis pelan pulak.. macam best pulak kan lukis-lukis bangunan ni, fikir pasal konsep bangunan tu, macam mana nak letak kerusi meja bagai... meh aku tunjuk sikit kerja freelance yang aku buat tu..


Amacam? ni lah restaurant konsep army.. nampak meja makan tuh.. nampak ada kereta kebal tu..alah..kereta kebal tuh tak hitam kan lagi... kalau korang rajin, cari lah..haha amacam? kreatif tak aku??

Bila buat freelance ni, macam berminat pulak nak jadi architecture.. korang fikir macam mana? sesuai ke aku jadi architecture or teruskan dengan course aku-  jadi food scientist nih??

haha bapak buruk lukisan aku.. cam mana nak jadi pelukis ni??  (-_-')

demm.. maka terkuburlah impian baru ku untuk menjadi architecture bila lukis orang pun tak lepas...nak jadi archi konon..pirahhh mabuk! hahah

suke? like la..

Monday, April 18, 2011

Kuah Durian Buat Aku Pengsan 8 jam

Sekarang ni banyak je kita nampak durian di jual tepi jalan kan? ramai pulak tu yang berhenti dan membeli.. geramm je aku tengok kan...dah lah mengidam kuah durian.. kalau dulu, senang je..boleh terus mintak kat mak suruh buat kuah durian, tapi sekarang, tak tahu nak mintak kat siapa..


Semalam aku baru balik dari Kelana Jaya, malam..masa tu pukul 9 lebih, pergi kejap bilik Nurul Lalala, konon nak ajak dia pergi makan malam la kan.. kebuloq dah ni tak makan lagi.. masuk je bilik dia.. tu dia!!! kuah durian sekali ngan roti! excited giler...memang langkah kanan ni! hehehe 

gambar background harus di blurkan..hehe

Tengkiu so much Nurul Lalala!!! sayang ko.. hekhek 

Malam tu aku pengsan sampai pagi..lena gila sampai tak sedar langsung hari dah meninggi..makanan yang diidamkan tu pun mesti dah siap proses dalam perut dan sedia untuk membuang je bila masuk toilet..haha

p/s: ramai cakap senang je buat kuah durian, tapi aku TAK NAK buat..aku nak makan je..bweehehe

suke? like la..

Kena Pandai Curi Masa

hello peeps.. hmmm.. sedih bila tengok nuffnang pagi ni.. walaupun duit nampak bertambah tapi tu tak kisah sangat.. yang aku kisah bila tengok analytics - visits this week..dah berkurang..ish ish.. ni semua sebab aku jarang update dah sekarang.. dua hari baru nak update.. 


seperti yang korang tahu, sekarang ni kan musim exam.. tapi selalunya aku boleh je update walaupun busy nak exam sebab bila agak-agak otak ni dah tak mampu nak serap nota yang dibaca, aku akan mula godek-godek blog aku kan.. tapi kali ni tidak..sebab sebagai 4th year student yang perlu siapkan tesis, aku tak dapat nak godek blog..

ye lah, bayangkan aku dah busy gila kena masuk lab dari pagi sampai malam, ada satu hari tu sampai stay kat lab buat kerja sampai pukul 2 pagi, nak kejar baca nota untuk exam lagi, ada ke aku masa nak bukak laptop, online dan blogging?hoho 

boleh tu boleh update, tapi aku tak naklah update benda bodoh-bodoh yang orang bukak pun tak hingin nak baca.. macam sekarang ni aku dok merapu pasal hidup aku kat korang kan..haha berapa kerat je yang suka baca pasal life orang.. ye dak??

tapi alhamdulillah, walaupun aku update 2 hari sekali, dan walaupun visits this week berkurang, tapi follower masih bertambah.. hehe ^__^ 

nanti agak-agak aku ok sikit dan pandai curi masa, aku update lagi ye.. nak masuk lab dulu buat kerja lab.. bye-bye korang..=)


suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...