Thursday, March 31, 2011

5 Sebab kenapa Bowling dipilih berbanding Jogging

bowling VS jogging

Korang tahu tak kenapa makin ramai orang main bowling dan semakin sikit orang yang pergi jogging kat taman nun? kalau ada kat taman pun, bukan jogging, berdrama adalah.. tak pun jalan-jalan keliling tasik je, tak jogging.. hmm..ada tu adalah orang yang jogging tapi majoritinya tidak. Tahu tak kenapa? Ni antara sebab-sebabnya.. lets check it out..

1. Exercise yang lebih menguntungkan.
kenapa aku cakap bowling adalah exercise yang paling menguntungkan?? mainly sebab bowling ada aircond ! HAHA so, tak perlu berjemur tengah panas dan berpeluh-peluh kat tasik tu.. lagipun, petang-petang kena sinar UV, dah sunburn..


2. Buatkan anda lebih gembira dan atasi stress
Korang tahu tak badan korang akan hasilkan sejenis hormon yang disebut hormon endorphin bila korang exercise atau tengah gelak? hormon ni korang boleh juga panggil sebagai hormone gembira..hihi hormon ni lah yang buatkan badan korang happy je dan boleh elak stress. ok? Bowling ni memang boleh buat aku release tension sebab aku suka tengok gelagat gila-gila orang lain yang main bowling kat sebelah. ada yang terbaling bola ke belakang la, ada yang masuk longkang la.. korang tak hepi ke bile dapat strike? hoho

3. Lebih mengeratkan perhubungan
Korang perasan tak orang yang jogging kebanyakkannya akan pakai earphone dan jogging sorang-sorang? hidup dalam dunia sendiri je. layan feeling sorang-sorang. aku pun macam ni dulu jugak. sebab tak ada member jogging sekali, semuanya sayang kat lemak-lemak diorang..HAHA (no hard feelings ya friends? =p) dan jogging biasanya lebih kepada nak train diri korang kan? kena fokus.. nak tunggu member korang yang masih tercungap-cungap mengejar nafas nak jogging pun jenuh jugak kan? 

Tu yang kebanyakkannya prefer jogging sorang-sorang. thats why bowling lagi seronok sebab boleh main ramai-ramai walaupun asyik baling masuk longkang.. =) Orang boleh bond dengan senangnya bila main bowling. betul tak apa aku cakap?

sumber encik google

4. Menggunakan tangan, kaki dan kepala
Siapa cakap main bowling tak penat? try tengok main 2,3 round. boleh berpeluh tu badan.. badan pun boleh jadi tegang-tegang tau.. lagi satu, bowling ni menggunakan otak korang untuk fikirkan cara mana yang terbaik untuk bagi strike dan bukan menuju ke longkang mahupun menuju ke kaki orang di belakang.. haha

5. Bayar guna duit orang lain

Dalam erti kata lain, orang belanja korang main bowling. haha memang lagi seronok la kan main bowling free.. kikiki


Sumber: kepala otak aku sendiri.. =p

p/s: baca boleh, percaya jangan.. XD


suke? like la..

Wednesday, March 30, 2011

Contest KM: Header Simple Tapi Menarik!

Hye peeps.. before aku post something, aku nak join contest ni dulu. Memandangkan ramai dah buat hidung aku makin kembang sebab cakap header aku lawa, aku pun sajalah cuba nasib join contest ni..hekhek =p


siapa nak join, click banner ni

Header aku, aku rasa memang simple la.. just nama aku and a little bit pictures of something i own. Orang cakap kalau alam realiti, 1st impression dari muka kan, untuk alam maya ni, dari header.. so, header teramatlah penting selain isi kandungan blog. ok, tak mo panjang2..macam korang nampak kat atas tu, ni lah header aku..


everything yang ada kat atas tu dah menceritakan sikit-sikit pasal aku. so, korang boleh agak la aku macam mana kan..tapi tak semua bende yang aku miliki tu warna pink la..menipu la tu..haha 

aku nak tag:



p/s: kalau suke header aku, like atau tinggalkan comment di bawah.. =)

suke? like la..

Tuesday, March 29, 2011

Cerita Budak Sengal: Shieldtox

Beberapa hari yang lepas....


Aku pun cari la sekeliling mini market tu..aku ambil 2 tin perisa ocean dan 1 tin perisa mackerel..sebab kucing aku Ami gemuk tu memilih, tak nak tuna..gedik je lebih! so, aku pun bawaklah ke kaunter..

Oh..aku lupa, shieldtox tak ambil lagi..aku pun pergi balik ke belakang, cari lagi..dan lagi..dan lagi.. TAK JUMPE..


Ok..hati da senang..pergilah balik ke kaunter dengan 3 tin makanan kucing dan berbaris menunggu giliran untuk bayar. Aku tengok jugak kat kaunter tu, mana shieldtox nye?? rokok, arak, chewing gum semua adalah..tak nampak pun shieldtox..

Sampai je turn aku nak bayar, belum sempat aku nak bukak mulut, abang kaunter tu duk sembang ngan abang kat belakang yang aku tanya tadi tu..sembang dalam bahasa Myanmar ke Bangla, aku pun tak tahu...tak paham..

Tiba-tiba dia ambil satu bekas panjang dan..


Aku blur..


abang tu terus blah menahan malu.. aku senyum je kat kaunter tu....tahan je....masuk dalam kereta aku bantai gelak gila-gila.. HAHA

aku bukan nak main badminton cik bang oi!

suke? like la..

Faziera's Giveaway kini telah ada pemenang!! Wee~

Nak tengok siapa pemenang yang bakal mendapat 2 tiket ke anugerah bintang popular berita harian?



Nampak kan gambar di atas..
Pemenangnya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sengit diorang dua orang ni..seri pulak tu..selamat aku ada 4 tiket..hoho
kepada pemenang, sila pm me your name and address
supaya kerja-kerja mengepos tiket anda dapat saya jalankan..
kang tak dapat tiket on time, ah sudahh..naya je kan..huhu

email: jakalll_fays89@yahoo.com
p/s: thanks for joining..kalau ada rezeki lebih, aku buat giveaway lagi or contest ok?^__^ ~bye~


suke? like la..

Monday, March 28, 2011

My Baby You

Kenapa aku tiba-tiba my baby you ni? kena sampuk? angau? HAHA semuanya gara-gara seorang jejaka ni.. jejaka terhangat..hak hak kenal tak?

kenal tak?
ohhooo..ni bukan boyfriend aku..jangan salah sangka ye..heheh Ni lah Mohd Azhar Osman. Juara bintang idola berita harian. Bertuah tau dia- dapat menang macam macam.. tapi korang jangan ingat dia menang sebab rupa ok? suara dia memang perrggghhhhh..sedap! hoho dia nyanyi lagu my baby you~

Aku promote die bukan sebab apa..dia baik tau..ni nak cerita sikit macam mana aku boleh bertegur sapa ngan dia..

Hari jumaat hari tu aku pergi Klang Parade sebab nak redeem tiket ke ABPBH, seorang just boleh redeem 4 tiket je. aku nak redeem 10 tiket. mana cukup kan, aku dan kakak aku baru boleh redeem 8 je.. jadi dengan selamba yaya nya, aku approach Azhar ni - dia tengah relax berdiri kat tepi..

Tanpa segan silunya..aku cakap:


Aku  : "err..excuse me, korang nak redeem tiket ke?"
Azhar: "a ah.." (dengan muka macam terkejut)
Aku  : "hee..nak mintak tolong sikit boleh tak?" (sambil sengih-sengih)
Azhar: "........................" (angguk pun tak, cakap ya pun tak tapi terus tengok muka aku)
Aku  : "tolong redeemkan tiket untuk saya boleh tak?saya nak redeem 6 tiket tapi sorang boleh redeem 4 tiket je.. awak tolong redeemkan sekali untuk saya boleh tak?" (buat muka simpati sikit)
Azhar: "Ohh..boleh je..kawan saya tengah beratur tu, boleh redeem sekali..err..apa nama awak?"
Aku  : "eh..nama?saya dah guna nama saya untuk redeem tadi dah.."


terus dia pergi kat kawan dia yang tengah beratur dan cakap-cakap tanpa ambil sekali aku punya keratan berita harian untuk redeem tiket tu..

beberapa minit kemudian....


Azhar: "Nah..2 tiket untuk awak.." (sambil senyum)
Aku  : "eh..tengkiu..tapi awak tak nak ke ni?" (sambil tunjuk kat dia keratan paper tu)
Azhar: "takpe..awak ambil la..kitorang just nak redeem 6 tiket je..so, 2 tiket lagi tu awak ambillah..hee"
Aku  : "tengkiu tengkiu..betul tak nak ni?"
Azhar: "betul...." dan senyum lagi..
Aku  : "Ok..gud luck..=) " 

aku pun blah dari situ dengan hati yang sangat gumbira.. HAHA dah la comel..ngehehehe kenapa aku tak cakap nama aku tadi eh..damn! 
eehhhh..bukan2..bukan damn..bukan damn..ko tu dah berpunya..ingat sikit..gatai je!


Hari Ahad

Aku dan kakak aku memang nak pergi Klang Parade sebab akan ada artis yang akan meriahkan jelajah berita harian tu. Baru aku tahu yang Azhar telah menang peringkat mall Klang Parade hari tu dan jadi finalis untuk peringkat akhir bintang idola. Wah wah..tak sangka aku..terkejut jugak mula-mula tu.

Finalis Bintang Idola Berita Harian

Nahh...kan dah menang. banyak pulak tu dia menang..bertuah..bertuah..huhu Antara yang dia menang (total up menang peringkat mall dan peringkat akhir):

  1. Wang tunai RM5000
  2. Hamper tajaan Klang Parade dan sijil
  3. Barangan Eksklusif Berita Harian
  4. Barang Kemas tajaan Rafflesia/Mandalay bernila RM15,000
  5. Peluang menyampaikan trofi pada malam kemuncak ABPBH di Genting Highlands

bertuah gila kan? dan..dann..aku tak habis lagi..KRU lamar dia menyertai KRU Studio Sdn Bhd sebagai artis rakaman..wahhh...hepi aku untuk dia..dan tak lupa juga kawan dia Syed Alfrizal selaku naib juara peringkat mall Klang Parade..dia pun baik tolong redeem tiket tu.. =)

Azhar dan Syed
Pengajaran: buat baik di balas baik. kan dah dapat menang bintang idola berita harian. package lengkap: ada rupa, ada suara, dan baik budi pekerti..macam ni lah kita nak kan? ^__^
Congrats!! see you again at Genting Highlands.. =)


suke? like la..

Senarai Peserta Faziera's Giveaway: 2 Tiket ABPBH



Hello peeps.. dengan ini saya umumkan Faziera's Giveaway telah ditutup! hihi disebabkan ramai yang mengatakan diorang dah ada event time 3 hb 4 nanti, juga masalah transport, tak tahu nak pergi ngan siapa semua..maka bloggers yang join hanyalah 3 orang.. takpe-takpe..nanti aku buat hadiah yang flexible..tak involve event-event ni ye? ^__^

Mintak perhatian: aku nak mintak tolong korang- readers2 aku sekalian untuk vote diorang..aku ada 4 tiket je..so, 2 orang pemenang je boleh dapat tiket ni..tolong vote diorang ye? kotak vote, anda boleh tengok kat sidebar kanan belah atas sekali..tolong vote before pukul 12 malam ni.. ^__^

So, siapakah peserta-peserta yang join giveaway aku ni? Nin diaa...peserta pertama ialah - nadira shahid, kedua - ayinira.. dan ketiga - marissa elena.. weeheee~


~Kesian kucing aku, disebabkan ralit bermain benang, ia telah tersumbat kedalam botol.. Naseb baik botol tu tidak berisi air.. Ini gara-gara idea adik aku la ni, ade ke main permainan benang bulu kambing dengan kucing.. Disaat aku membebel, televisyen di ruang tamu menjerit.. Aku tersentak seketika.. Mengapakah? Rupa-rupanya model perempuan popular Malaysia, Hanis Zalikha ditemu ramah kerana trend blogging yang telah melanda sekarang.. Sedang asyik aku menonton televisyen, ringtone telefon bimbit aku berbunyi.. U have one message ~  "Nad, my dear love, ko nak join tak reunion budak-budak-budak geng bas sekolah?" Wah, projek baik ni.. Reunion lepas aku tak dapat pergi, terpaksa ikut cakap mak, kne balik kampung T_T Kali ni harap-harap la ade rezeki nak jumpe member lame.. Kalau buat dinner, pergh, dapat melantak sampai kenyang.. Lantak aku lah kalau orang cakap kuat nye budak ni melantak, bela cacing ape.. Mesti yang cakap tu Cik Joyah!~


Trend reunion cik joyah adalah love dinner sambil bawa botol air bersama kucing sebagai modelnya. idea terbaik ini dapat time balik kampung kat utara Malaysia. Terus melantak dengan rakusnya sambil berkata "akulah pembawa rezeki" hahaha..


Macam aku tak percaya je aku terpilih jadi Model Malaysia , haha .. Aku lah tu . So , aku diminta pergi reunion dinner yang idea theme dia " Love Trend " . Malam tu jugak datang rezeki aku Balik Kampung . Boleh la melantak air bertuah Cik Joyah puas-puas sambil tengok kucing cute main dengan botol :)
~voting starts now~

suke? like la..

Sunday, March 27, 2011

Biasalah..I kan artis..penat tau..

Disebabkan penat sangat melayan peminat tadi di Klang Parade, balik rumah pun sampai jalan terkengkang-kengkang..lagi-lagi nak panjat tangga rumah yang tingkat sampai 14..

amboih..hiperbola sungguh kan kau buat ayat..bila masa pulak kau jadi artis??

Ye aku tipu. aku bukannya artis. nak ada peminat? jauh panggang dari api..aku sedar aku siapa... hanya insan biasa di muka bumi ni (ayat biasa meminta simpati..HAHA) Aku sebenarnye yang jadi peminat, duduk kat bawah stage je sampai penat sebab gelak terbahak-bahak melihat keletah artis-artis yang join Jelajah Berita Harian sempena menarik undi untuk anugerah bintang popular berita harian 2010 (ABPBH). 

Ana Raffali, Black dan ramai lagi

Aku ada benda nak post tapi hold dulu kejap boleh?aku nak tidor kejap..bagi aku charge dulu tenaga aku, nanti aku sajikan korang dengan post pasal jelajah tadi ye? hehe sorry ye..nantikan tau.. =) 

Zzzzzzzz kruih..kruih..kruih..fuuuu (dengkur terus)

aaron..aaron...datanglah dalam mimpiku..ahaks =p

suke? like la..

Saturday, March 26, 2011

5 waktu biasa orang korek hidung

Korang pernah perasan tak bila waktu biasa orang korek hidung? atau paling mudah, korang tu selalu korek hidung time bila?HAHA jom cek it out 5 waktu biasa orang korek hidung..

gambar tak bernyawa pun korek hidung tau

1. Ketika bangun pagi.
Kebiasaannya malam hari, hidung kita akan ada banyak mucus atau cecair kerana sejuk. Cecair tersebut akan tersejat sepanjang tempoh kita tidur dan menghasilkan ketula-ketulan yang dikenali sebagai tahi hidung. Maka waktu pagi adalah masa yang paling baik untuk mengorek hidung sebab memberi satu kepuasan dan nikmat apabila dapat melihat ketulan-ketulan tahi hidung yang melekat di jari. HAHA


2. Ketika menunggu traffic light.
Perkara ini normal di kalangan pemandu kereta, bas, lori, teksi, mahupun van security force. Mungkin disebabkan tiada lagu seperti papa americano dan radio hanya mendendangkan lagu sentimental, membuatkan pemandu dibuai-buai dek alunan lagu lalu meletakkan mereka di dalam mood mengorek hidung mengikut rentak lagu yang mendayu-dayu. 


3. Ketika berada dalam panggung wayang
Haa..ni namanya korek siang, pandang-pandang..korek malam orang tak pandang..mentang-mentanglah gelap kat dalam panggung tu kan, yang orang lain pulak khusyuk sangat tengok wayang dan sesetengahnya khusyuk buat wayang, maka masa ni memang sesuai untuk mengorek hidung.


4. Ketika berada di dalam kereta.
Kebanyakkannya tak sedar yang bila dalam kereta, penumpang akan selalu tengok ke arah luar kereta dan juga ke dalam kereta orang lain. Jadi, fikir dahulu sebelum korek kerana mungkin anda akan terkantoi dengan orang lain saat sedang enak mengorek hidung. 


5. Ketika berada di toilet.
Nampak sangat orang macam ni adalah seorang yang pemalu dan menjaga adab. Tidak mengorek hidung sesuka hati di khalayak umum. Gatal macam mana pun hidung minta dikorek, dia akan tunggu jugak sampai masuk dalam toilet. Jangan tak sempat korek hidung sudahh la ye..ada pulak tergantung melekat je ketulan-ketulan yang tidak diingini kat luar hidung tu.  


nampak muka kepuasan dia korek hidung, HAHA 
"Tidak menjadi kesalahan untuk mengorek hidung. Cuma menjadi kesalahan apabila anda membiarkan hidung anda penuh dengan 'semak samun' dan 'lalang' yang panjang" hek hek

sekian sahaja aku mengarut untuk hari ini.

suke? like la..

Aku REVIEW Sambil SEDEKAH

hoho malam-malam ni aku rasa boring pulak kan, dah lah tak dapat tidor.. tengok kat list blogwalking aku, ada pulak si kyerull ni buat segmen. nak join lah.. ngee ini lah peluang aku untuk mengutuk dia..bwahahaha kiddin'..^__^


Ni lah kyerull.. dia memang suka tepek gambar dia besar-besar..aku pun tak tahu kenapa..tapi bagi aku ok je..lagi senang nak tengok..sehat mata aku! HAHA eh weh!weh! aku bukan maksudkan cuci mata la..banyak scandal die ni, segan aku..tak ter-challenge wei..hoho (jangan nak menggatai boleh tak faziera?!sepak kang..)

First time aku kenal mamat ni masa gathering main bowling tu.. dia peramah.. senang lah nak bergaul dengan dia ni..biasalah..dah nama artis, kenalah pandai cara-cara interact dengan orang kan? dah lah berbakat dalam buat magic..kikiki aku salah seorang audience yang kena pilih kad time die buat show magic dia masa gathering lagi sekali di Shah Alam.. haaa tau??

cilok dari blogcaripasal

Pasal blog die pulak, memang kebiasaannya lelaki akan menggunakan warna-warna selamat atau dalam kata lain lebih kelelakian..HAHA memandai je aku buat term sendiri.. yelah..warna selamat lah tu kan hitam dan putih.. huhu and then, blog die kemas.. tak serabut laa..tersusun je..sedap mata memandang..hikhik * kyerull, sila jangan kembang-kembang di sini, hohohoho*

tu je kot review aku pasal si budak kyerull ni..eh yeke? jap-jap..ada lagi.. ngehehe 

kalau korang nak dapatkan tips2 menarik, pergi lah terjah blog budak ni.. banyak tips berguna macam:

6 tips pikat perempuan
10 tips pikat lelaki
rahsia hari lahir wanita
perbezaan lelaki dan perempuan

mende ni buat aku terpikir..ko Dr Love ke kyerull?? ngahaaha....

suke? like la..

Friday, March 25, 2011

My First Giveaway - 2 Tickets to Anugerah Bintang Popular =)

Yayy!! My first giveaway..hihi disebabkan aku excited giler pagi tadi sebab berjaya mendapatkan tiket ke Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung pada hari Ahad depan iaitu 3 April 2011 di Genting Hinghlands, aku nak share kegembiraan aku dengan korang. Special for my followers. ^__^ 

Siapa nak, cepat ikut syarat-syarat bawah ni..hee

1.  Terbuka kepada semua follower aku..so, siapa yang nak join tapi bukan follower tu, follow la ye.. =)
2. Ada blog sebab senang nak inform..
3. Taip ' Faziera's Giveaway: 2 Tiket ABPBH' sebagai tajuk entry korang.
4. Letak banner ni dan linkkan ke entry giveaway ni..


4. Buat ayat yang paling menarik menggunakan certain perkataan yang ada dalam tajuk-tajuk entry aku yang lepas. bwahahaha senarainya adalah seperti di bawah:

Kucing   Botol   Model   Malaysia   Love   Trend   Reunion   Lantak aku lah   Rezeki    Balik Kampung   Air   Cik Joyah   Idea   Dinner.

Ayat tak perlu panjang-panjang macam buat essay.1 perenggan je pun cukup..atau 2, 3 baris pun ok..huhu
~tak ikut susunan pun tak apa~

5. Nak tag ke tak nak tag ke aku tak kesah. just sebar-sebarkan je lah eh..hee
6. Dah siap buat semua tu, tinggalkan link blog korang kat comment box aku ye..
7. Itu sahaja..hehe

Tamat pada 27 March 2011, tepat pukul 12 Malam

# keputusan berdasarkan ayat yang paling menarik. aku akan pilih top 10 dan selepas tu, vote selama sehari je akan dijalankan. so, 2 orang yang tertinggi akan dapat 2 tiket ke ABPBH setiap seorang. 
# Isnin (28 March 2011) : aku akan listkan senarai top 10. Start Voting lepas tu.
# Selasa (29 March 2011) : aku akan senaraikan 2 nama pemenang tiket dan mintak details. 
# Rabu (30 March 2011) : Aku akan pos hadiah tu. 

Aku buat macam ni sebab tak nak orang cakap aku pilih kasih pulak. sesungguhnya tiada erti pilih-pilih kasih dalam blog aku ni.. haha sekejap je tempoh giveaway ni sebab aku tak nak masalah tiket tak sampai ke rumah timbul..Hoho

~Jom join ramai-ramai ^__^ ~

p/s: duit minyak ke Genting, penginapan, makan, tu tanggung sendiri. aku just mampu bagi tiket je.. HAHA

suke? like la..

Cik Eira Shoppe Giveaway :)


Ok..contest ni menarik!! macam tahu-tahu je aku tengah mencari contact lens kan..walaupun mata aku normal, sihat walafiat alhamdulillah..tapi teringin nak pakai contact lens sebenarnya.. nak makeup tang mata..nak pakai fake eyelashes..wahh..tapi takot! bwahahaaha 

Lumrah manusia kan untuk kelihatan cantik, cun, hensem, smart dan baby face..HAHA jadi aku nak join giveaway ni, mane tahu rezeki aku pulak bertuah dapat contact lens free dari cik eira ni kan.. (nama nak dekat same dah, tapi ejaan lain2..kikiki)

jadi, i pray to God! (*tibe je) hehe harap2 aku bertuah dan semua orang yang join giveaway ni pun bertuah..amin~ ^__^

to all my readers, please feel free to join..hee click banner atas ye..=)

suke? like la..

Thursday, March 24, 2011

Aku Suka Kucing Ni!! Kucing Paling Malas di Dunia

The laziest but the cutest cat in the world. Ni lah kucingnya. Shironeko. (Shiro=putih, neko=kucing) kucing Jepun yang berumur 8 tahun yang kuat gila tidor. Korang buatlah apa sahaja, letaklah apa sahaja, dia  tak heran langsung! HAHA tak percaya? jom tengok gambar dia.













rasa cam nak lempang je muka dia kan? hahaha tak de lah..aku sayang kucing..


hehe stylo giler..




ni paling aku suke. smart..tergoda aku..bwahaha


amacam? cute kan kucing ni? memang boleh buat aku senyum setiap kali tengok dia. hihi korang tak puas lagi ke tengok? pergi sini. kucing ni siap ada facebook fan page lagi tau..jangan lupa LIKE..HAHA


Shironeko!! u make my day.. ^__^
already fallen in love with you..ngeeee

suke? like la..

Wednesday, March 23, 2011

Contest Entry Paling Best by Nurul Lalala


Cik Nurul Lalala ada buat contest..weehee..ni first time dia buat contest. so, jom join!! aku join..hihi just copy paste je entry korang yang dulu-dulu tu yang korang rasa best..jom lah...nak tahu syarat lebih lanjut, click banner atas ye untuk pergi ke blog cik Nurul Lalala. hee

Aku pertaruhkan entry aku yang ni..hehe silalah baca..^__^


Budak Paling Kreatif Masa Umur 5 Tahun

Dulu time aku kecik-kecik, satu hari tu aku teringin sangat nak main tali skipping..yelah, nak main galah panjang atau baling guli ke, kena tunggu kawan-kawan semua kan..at least main tali skipping boleh main sorang-sorang..

Tapi masalahnye, kedai runcit belakang rumah aku tak jual pulak..dan kalau nak pergi kedai kat pekan nun jauh sana tu, kena tunggu mak balik kerje dulu..lambat lah pulak kan...

Jadi, aku pun geledah la satu umah aku mencari kot-kot ade benda yang aku boleh buat tali skipping..entah kenape aku syahwat giler nak main tali skipping hari tu pun aku tak tahu sampai tak nyempat-nyempat tunggu mak balik kerja bawak pergi kedai...

Geledah punya geledah, tak jumpe jugak...aku tengok tali rupia ke ape semua takde...Ape lagi eh yang ade kat rumah nie?? aku berpikir sejenak..aku pun selongkar lagi stor belakang..takde jugak..aku pergi pulak almari tv kat ruang tamu...cari-cari kat setiap laci kat almari tu...AKU JUMPE!!! 

Aku jumpe benda yang aku boleh buat jadi tali skipping..happy giler dah time tu...tapi sebelum tu, aku ambil dulu gunting sebab macam berat la pulak kalau nak skipping sekali dengan kepala tu kan..kepala apa????tengok gamba bawah ---->















Kepala microphone beb!! microphone aku tukar jadi tali skipping!

MyEm0.Com

Tahu-tahu je la zaman dulu-dulu kan..ada 1 set microphone kat rumah tu da kira kaya lah jugak tu..punyelah mahal microphone dulu..zaman-zaman tengah syok berkaraoke kat rumah kan...kira microphone kesayangan ayah aku la..haha

Korang agak-agak apa jadi eh bila ayah aku balik dan tengok anak bongsu die tengah sedap main tali skipping gune tali microphone yang dah putus die punya kepala mic tu? bwahahahahaha



psst: kreatif tak aku masa aku kecik-kecik dulu??
(sengal pun ada jugak..muke mintak pelempang.. *sigh*)


click sini untuk pergi ke link asal entry aku ni.. ^__^
oh ye, aku nak wish gud luck pada semua yang join contest ni..hee


suke? like la..

Apa Yang Dalam Botol?? Anu?! Hah??

Tengok tajuk pun dah hot kan? apa kes ni aku cakap pasal anu??muahaha Bukan niat aku untuk melucah di pagi hari. XD

Minta Perhatian: Blog aku bukan tempat lucah ye..Siapa-siapa yang datang sini dengan tujuan yang entah hapa-hapa, sila angkat kaki, angkat tangan dan tekan X. Terima kasih. =)

sumber: encik google

Nampak tajuk movie ni? ... dalam botol --> kenapa dot dot dot tu ada 3 kali?? haha pikirlah sendiri. Aku dah bagi jawapan dah kat atas tadi kan..huhu ni la movie pasal gay iaitu mencintai kaum sejenis. Agak-agak korang berminat tak nak tengok? Mesti ramai kan? tahu dah.. Bab-bab hubungan sejenis, skandal, aksi panas sikit mesti nak tengok kan?hohoho 

Yang aku macam berminat nak tengok ialah macam mana pelakon lelaki tu melakonkan watak dia. Menjadi atau tak? Tu yang macam berminat tu. Tapi realitinya aku memang boikot lah kan aktiviti-aktiviti gay ni. Memang tak suka langsung! 

Uuuu kefli af3 pun ada..sexy!!

Tapi elok jugak dia tayangkan cerita ni sebab memang sudah berleluasa pun kes ni berlaku dalam Malaysia. Harap-harap dapat memberi pengajaran pada pasangan-pasangan yang dah hanyut tu. Tapi tapi tapi...adegan-adegan panas tu tak payahlah kan. Lagi menambahkan syahwat budak-budak sekarang untuk meniru pulak perbuatan yang tak senonoh tu. betul tak? ni pandangan aku je lah. 

Jom tengok trailer dia..



"Sungguh, sejak saat itu....setiap pagi nafasku berlagu kesal"
di pawagam mulai 24 Mac 2011



p/s: nurul lalala, jom tengok wayang.. *dussh kena tendang* 
lupa aku dah pokai sekarang..bwahahaha

suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...