Wednesday, November 23, 2011

#5 Wordless Wednesday



suke? like la..

Sunday, October 09, 2011

Graduate With Proud!

Hye readers!!



Now, I'm officially called a graduate from UKM. hehe  Rasa berbaloi weh.. 4 tahun belajar bertungkus lumus, mee maggy menjadi peneman saat duit PTPTN tak mencukupi, ke hulu ke hilir dengan scoot ego aku untuk ambil sample tesis, tak cukup tidur bila exam makin dekat sebab study last minit (=p) dan rasa berdebar setiap kali kena buat presentation kat depan. hohoh now I'm free!! ^________^



I will miss these moments for sure! saat2 lepak dengan kawan-kawan.. pergi mandi sungai, main futsal sama-sama release tension, lepak mamak sembang-sembang, naik bukit broga dengan tak warm up before tu, pergi tengok wayang, nyanyi-nyanyi gelak-gelak dalam bilik karaoke siap gelek-gelek lagi, tengok movie ramai2 guna screen laptop wani je dalam bilik.. semuanya kenangan berharga.. Uni life is the BEST! (tidak termasuk saat2 exam, study semua tu lah, haha =p) 

tabik hormat untuk ukm for the last time, hehe
 

Oh ye, tak lupa thanks jugak sebab buat surprise birthday for me walaupun terawal 2 hari.. haha ye la, kita pun dah susah dah nak jumpa sekarang.. masing-masing busy dengan kerjaya.. kann??hoho papepun, thanks sebab ada dalam hidup aku.. korang definitely buat hidup aku lebih gembira.. ngeee =)

saat menunggu untuk amek scroll dalam dewan
Dan kepada member aku dua orang ni yang sudi datang dan bagi bunga, thanks a lot guys!! sangat-sangat terharu~ hehe we really did have a great memories..ye lah, kawan dari sekolah, kenal lama dah.. of kos lagi banyak kenangan bersama kan.. tu yang gosip tak habis2 tu.. hehe =p


And, to my sayang, thanks for being there for me and jadi driver on that day.. heheh i really luv the panda you gave me.. =)


Lastly, bila tengok je gambar bawah ni, haihhh..baru perasan yang aku dah nampak matang.. tak macam budak-budak dah.. (sedar lah diri tu dah 22.. )

right??

p/s: really need to update more after this.. nanti baru lah best bagi anak baca apa yang mak dia lalui masa muda2 dulu, ahaks~ =p 
till then...

suke? like la..

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!!

Assalamualaikum semua!! ^___^

Belum sempat aku nak update pasal aku pergi Bandung aritu, dah nak raya kita dah ye..huhu lusa je nak raya dah.. cepat je rasa puasa kita tahun ni kan? ingatkan boleh la puasa penuh tapi dah namanya perempuan kann... tak dapek la den.. ditambah lagi dengan keracunan makanan! huk huk... ni makanan bazaar la ni.. kalau tak silap aku -ayam goreng uncle bob tu.. sebab tu je aku makan untuk berbuka ari tu.. maybe ayam tak cukup masak kot.. habis aku asyik sakit perut, demam, muntah, pening semua ada.. =(

Tapi harap-harapnye cepat lah aku sembuh.. dah la keje shift.. exec pulak dah ramai yang cuti.. jadi kalau tak ada aku-maka tak bukak la kedai.. tu yang payah tu.. dan tu jugak la antara sebab yang masuk dalam list - alasan2 untuk resign -  haha!

pape pun, aku ucapkan selamat menyambut hari raya ye korang! maaf zahir batin kalau2 ada aku terkasar bahasa, buat salah kat korang.. ye la..bukan semua akan suka kita ye tak?hii sorry ye... selamat ber-happy2.. =)



oh, doakan aku cepat baik dari keracunan makanan ni and moga2 dapat kerja baru yg lagi stabil n yang penting- office hours.. huhu tengkiu! ^_____^
bye2..


p/s: dah besar2 ni mesti dah tak dapat duit raya kan.. ish ish..

suke? like la..

Wednesday, August 03, 2011

Bandung, Here I Come!

Setelah sekian lama aku tak berblog (dalam 7 hari jugak dah), aku kembali menulis semata-mata nak mencatat dalam blog aku yang aku nak ke Bandung, Indonesia.. hohoho Yelah.. semua yang kita buat akan menjadi kenangan di masa akan datang. Tak seronok ke bila kita baca balik kisah2 lepas yang pernah jadi dalam hidup kita? best kan... ^___^

So, sekarang ni aku just duduk berehat di rumah.. sahur tadi just buat roti salut telur je.. easy and simple.. tak boleh sahur makan terlalu banyak - aku akan jadi cepat lapar petang nanti.. kalau sahur sikit je, confirm tak lapar petang tu.. pelik kan? pelik tapi benar..

petang ni dalam pukul 6pm, aku dah kena ada kat airport.. flight aku pukul 7.30.. time berbuka tuu... entah.. maybe di awalkan kot.. sekarang ni aku risau ni.. semalam badan aku dah tak sihat.. demam, hidung berair, pening dan sakit tekak.. aku makan lah ubat selesema Hurix 2 biji sebelum aku tidur.. ni bangun sahur ni, still pening dan demam.. haihhh.. harap2 aku ok la kejap-kejap lagi.. takut jugak aku kalau kat airport kang kena tahan atau kuarantin sebab disyaki pembawa virus apa-apa kan.. naya! jangan wei...aku nak g bandung!

doakan aku sihat ye my dear readers.. =)



p/s: pack baju sikit je..bak kata kakak aku - "bawak selai dua helai je.. tak cukup- beli sana.. "
amboih! aku tak dapat gaji lagi wei! 

suke? like la..

Monday, July 25, 2011

Tak Sabar Nak Tunggu Bulan 8~

Kenapa aku tak sabar nak tunggu bulan 8??

  • 1st sekali sebab aku akan dapat gaji aku yang pertama..hihi
  • 2nd, tibalah hari puasa yang dinanti-nantikan di mana aku hope sangat aku dapat puasa full (boleh ke?perempuan la pulak, keh2)
  • 3rd, sebab aku akan pergi bandung 3 hb 8 ni! yay!! hihi


harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan hari-hari ku akan lebih ceria selepas ini..haha  
peace ya'll..

suke? like la..

Sunday, July 17, 2011

Kehidupan Selepas Alam Belajar~

Seriously aku rasa macam nak sambung belajar balik.. fikiran aku kusut gila memikirkan pasal alam kerja ni..

nak apply kerja ni ke tak?
Ok ke kerja ni? 
Kang aku tak kena campak ke location mane2 ke?
Berbaloi ke kerja ni ngan gaji camni?
Kang kalau aku dapat kerja lagi bagus, camne nak berenti kerja yang ni pulak?

arghhh!! banyak betul persoalan.. dan satu kelemahan aku adalah aku tak reti nak cakap TIDAK pada orang atasan.. =(  

Tapi kalau nak sambung master..hmmm..nanti bertambah lagi hutang aku.. degree aritu dah pinjam kat PTPTpu PTPTN bape puluh ribu.. ni nak pinjam lagi?? haaaa semputtt aku nanti.. hoho

tengoklah esok lusa macam mana.. agak2 pikiran aku dah refresh balik, baru boleh buat keputusan dengan bijaksana (kot)..

jangan tension sangat sudah.. kena format balik la jawabnya otak aku ni..hahah
korang kalau tau mana2 kerja mantop2 jangan segan silu inform aku eh?
thanks~
^___^


suke? like la..

Monday, July 11, 2011

Haihhh..Apa Nak Jadi Ni..

Assalamualaikum w.b.t. bagi yang muslim dan salam sejahtera bagi yang bukan muslim..

Amboih ayat macam nak berucap mintak undi, haha

Ok, cukup! aku bukan nak bercakap pasal politik ke apa sebab aku tak minat pun politik. Ye, aku tau politik itu penting dan memang tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat perlu mengundi mana yang aku rasa lagi baik. Cuma perasaan takut apabila melihat rakyat terutama sesama muslim bergaduh dan menentang sesama sendiri walhal kaum lain bersorak melihat ketidak-satu-paduan kita. 

aku petik ayat Dr. M dari nota facebook dia yang mengatakan:

Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan. 
sumber: [click sini]

Satu kenyataan yang sangat apa-orang-cakap, menyedihkan tapi benar. 



satu je aku nak cakap dan ini pendapat peribadi aku semata-mata:

Perarakan sebenarnya tak perlu, bayangkan lah eh, memang niat kita ni suci murni nak proses pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih, maka kita berarak beramai-ramai membanjiri jalan.. tapi hanya dengan satu kejadian kecil, aku ulang, HANYA SATU kejadian kecil contohnya ada seorang lelaki yang kepalanya terkena balingan batu, mula lah orang ramai akan mula mencari siapa yang mulakan dan mula menuding jari lalu terjadinya riot! keadaan akan jadi kelam kabut sebab orang dah mula sesi pukul memukul nak tunjuk siapa yang hebat, orang tak bersalah jadi mangsa dan orang yang malang yang terjatuh akan dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu nak beredar dari situ. 

si pembaling batu - berpuas hati sebab berlakunya riot dan agenda tersembunyi dia tercapai iaitu orang mula tuding jari siapa yang salah, siapa yang benar.. Yang kita pulak, apa yang kita dapat? hanyalah sakit dan kerugian.. 

aku tak menyokong mana2 pihak tapi aku kesian tengok keadaan sekarang. 
Wallahualam~



insan yang penuh takot dan risau,
suke? like la..

Thursday, July 07, 2011

#4 SPONTANEOUS THURSDAY



HONESTLY I WISH SOMEONE WOULD GIVE ME A HUG AS I REALLY MISSED MY MUM



I love you mum~
Al-fatihah.

suke? like la..

Friday, July 01, 2011

Hanya Kerana Buku Mewarna | Cabaran Minggu 7


SATU KISAH LUCU

Ni pengalaman aku sendiri iaitu semasa aku berumur 5 tahun! ye, dari aku kecik lagi aku suka buat ikut sesuka dan sesedap hati aku je tanpa pikir panjang dan menghiraukan perasaan orang lain.. haha Ceritanya bermula dengan suatu hari di mana aku tetibe mengidam nak buku mewarna. Kat rumah aku tak ada buku mewarna, jadi dalam hati aku berkata-kata:

" Alahhh...nak buku mewarna! "

Dengan hati yang tekad, aku pergi luar rumah, meninggalkan adik-beradikku yang tengah sedap tengok televisyen. Aku mengambil basikal kecikku, lalu terus pecut menaiki basikal untuk pergi ke kedai di pekan. Kalau nak tahu, rumah aku terletak di atas bukit, jadi untuk pergi ke pekan, aku kena turun bukit yang lebih kurang 75 darjah ketinggiannya..




Bayangkan budak sekecil 5 tahun menaiki basikal dan pergi ke pekan dengan confidence-nya menyeberang jalan yang penuh dengan kereta kiri dan kanan. Jarak perjalanan dari rumah dengan kedai Pasaraya Kawan adalah dalam 2 km  (kott..aku tak pandai mengagak). 

Bila tiba je dekat Pasaraya Kawan, aku terus pergi ke tingkat 2 iaitu bahagian alat tulis di mana terletaknya buku-buku mewarna di situ. Gembira bukan kepalang! excited giler masa tu!

Sementara di rumah aku..........




Ye. Aku memang nakal time kecik. Kesian family aku - risau dan dah fikir yang bukan-bukan. Diorang fikir aku dah kena culik. Tapi selamatlah sebelum mereka sempat call polis untuk membuat laporan kehilangan aku, aku dah tersembul kat depan rumah dengan buku mewarna di tangan dan muka yang HAPPY


p/s: lepas tu jangan tanyalah muka aku macam mana.. dah tukar dah jadi "Happy". haha


-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis




suke? like la..

Tutorial Mee Bandung | Cabaran Minggu 6

Hye Korang!! ^___^
Hari ni aku nak share tutorial untuk buat mee bandung. Aku jadi addicted dengan mee bandung beberapa hari lepas so, yg tu je lah aku masak.. lagipun aku duduk sorang sekarang ni.. masak je lah jawabnye.. nak keluar pergi beli makanan malas pulak.. huhu resepi dia ialah:




Bahan-Bahan:

Untuk Paste:

# 1/2 cawan udang kering
# 1 biji bawang besar
# 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan kat atas ni kisarkan, lepas tu tumis dengan minyak yang banyak. Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan 1 sudu garam. Masukkan sedikit air dan biar sampai kering.

Bahan-Bahan:
mee kuning (cukup untuk sorang makan)
paste (atas)
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
udang
sedikit kobis
1 biji tomato (hiris)
1 biji telur

Cara-Caranya:

1. Tumis bawang sampai wangi dan masukkan paste. (ambil dalam 2 sudu je cukup)
2. Masukkan air (1 mug). Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur berhati-hati dan biarkan masak. Letak telur dalam bekas lain dulu.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, mee, kobis dan udang.
5. Biar didih dan letak garan gula secukup rasa.
6. Masukkan tomato dan hidangkan.
7. Letakkan telur. Sedia dimakan.

Kalau nak lawa, letaklah bawang goreng dan hirisan cili merah..tapi macam aku -tak payah pun takpe sebab sendiri-sendiri makan..hihi 

Selamat mencuba~

-------------------------------------------------------------------------

Entry ni merupakan cabaran dari 100 Penulis iaitu Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis




suke? like la..

GEGAR BLOG JULAI 2011



Nur Faziera nama diberi,
Blogku simple lebih kepada luahan hati,
Telah bermula segmen bulan ini,
Apa lagi tunggu? jom click sini.

hehe peace~



suke? like la..

Thursday, June 30, 2011

#3 SPONTANEOUS THURSDAY | EMOSI SEKARANG


AAAAA.... NI MAKAN DIA!!




p/s: gaya baca - tiru macam nabil, hohoho

suke? like la..

Wednesday, June 29, 2011

Bila Lelaki Mula Membebel

A girl and a guy fought. The guy gave silent treatment to his girlfriend by not talking even one word to his girlfriend. So the girl is confused and went to her boyfriend's friend to ask for help.  

----------The conversation between the guy and his friend----------


Friend : Is everything alright?

The Guy : Why?what happened?

Friend : Your girlfriend came in the morning. 

The Guy : What?what did she tell you?

Friend : She told me that you were not talking to her anymore. what's the problem?

The guy : Problem?Problem is she's a girl and nothing else.
Problem is, i wish there shouldn't be any problems in my life.
But if there's no problem in my life, this becomes a biggest problem to her!
why she is worried?
she has to celebrate.
Because, this is exactly what she wants.
Seriously these days, when she opens her mouth to talk, feels like stuffing something into her mouth.
Trust me, i had it all in 6 months, I've seen everything.

what love?what relationship?what happiness?
Relationship means, enter into it with your own happiness.
after that..all you have to worry is about.. her happiness, her birthday, her cat's birthday! her new year..even you have a new year.
No one can make these girls happy.
A happy woman is a myth.
For instance, Batman's girlfriend.
Until he didn't become Batman, she kept saying:

you don't do anything..you are useless.. you are impotent.. how can i stay with a man like you?

Poor guy become Batman, that day she said...

you became batman? i wanted to be with a normal man..how can i stay with you?

The entire fault is of stories.
A girl and a guy falls in love.
They both stay together.
The movie ends.
No one tells the story after this.
I'll tell you the story after that.
if the guy doesn't hug the girl for two days, there's a problem.
if he hugs her, she says: 

you are cheap..This is too much..

They don't get tired from shopping.
First cushions and now curtains.
Cushions didn't match the curtains, so she bought more cushions.
I have so many mugs that if I sell them, I can bear my life for a month.
She goes to buy something and buys something else.
She will irritate me for two weeks saying she wants to buy a table, 
she spent 5 hours in the mall and bought dirty slippers.
Again start irritating that she needs to buy a table.

I am working in the office and she calls..
as soon as I answer the phone, I tell her I cannot talk to her..
Is it so difficult to understand?

What will happen if you talk to me for two minutes?

If I talk to you for two minutes, what will you gain??!
I won't be able to talk to you properly.
Then if I disconnect the phone without saying 'I love you'..she starts her melodrama.
This mobile phone has irritated me a lot.
It has made my life miserable.
It is like a noose to me.

You can't talk to me..
You've lost interest in me..
If you didn't want to talk, why did i call you?

Oh mann! how would i know why you called me?!!

I am working in the office, i get a SMS saying 'i love you',
So, I reply to her 'i love you too'.
Then I keep getting SMS one after other.
What work does she do in the office?
If I don't reply 2 SMS's, I get a call immediately.
If you don't answer the phone,
you get a message in 10 minutes.

I don't think its working anymore.

In 10 minutes it goes from 'Baby, i love you', to 'I don't think its working anymore'.
This is when they are not even down.
Now I know why men die of heart attack and why gays are so successful.
Because they don't have women to ruin their happiness.

People says: Behind every successful man there's a woman...
True! but no one says that : behind all unsuccessful man, there's also a woman!
Anybody can say that unsuccessful people are more in quantity than successful people in this world.

I am working in the office.
I tell her, I'll be late.
She won't have her food.
She'll go to sleep hungry.
If I tell her to eat, it is a problem. 
Shall I quit my job?
Go home. Appease them.
Make them have their food.
Doing all this, one doesn't feel hungry.
Even after doing all this, if the person is sitting in a corner peacefully, 
then she comes asking :

what are you thinking?
what are you thinking?
what are you thinking?

Oh God! I'm not thinking anything.
I am thinking how do i shut your mouth?
what are you thinking? Tell her to place a camera in my head.

After all this: we never talk.

we need to talk.
I don't think its working anymore.

I'm telling you, you cannot discuss anything with a woman.
Because they call it a discussion, but any discussion with a woman is an argument!
Boss, you can't win them in an argument.
Because, we men have a basic need.
To make sense in an argument.
It make no difference to the girls.
Why should she lose the argument for useless things?
They won't argue for today's matter..They'll fight about this matter after two months.
One doesn't even remember what had happened two months back.
Girls remember it. This is not a small weapon, but a big one.
We'll use this point in a bigger argument.
Try to prove that you are right.
you would feel that you would surely prove with this point.
Then you will hear her say:

Don't point your finger at me!

You wouldn't have noticed that your innocent finger is pointing towards them.
Suddenly the whole argument will flush down the gutter and the topic will be
'how dare you point your finger at me?'
Who made this rule?who made it?
If they throw a shoe in that argument, that's nothing.
But if you just point your finger at them, the matter ends.
She's right and you are wrong!

You tell me, why did she come here?
If I do the same, If I call her friend and share my problems with her, 
She would say :

You called my friends?
You want to gain their sympathy?
Why don't you go and sleep with her?!

It is ridiculous, pal.




p/s: selamilah hati lelaki.. jangan ikutkan perasaan keperempuanan sangat..haha
p/s lagi : kredit pada movie punchnama..hohoho

suke? like la..

#4 WORDLESS WEDNESDAY | Melelehhh~



suke? like la..

Saturday, June 25, 2011

Bila Aksi Gay Ada Depan Mata

Semalam tengah aku sibuk nak setelkan hal-hal nak masuk kerja ni - contohnya macam pergi bangunan KWSP untuk ambil salinan penyata, fotostat segala dokumen semua tu, aku memang pecut laju gila lah.. sampai sesat jugak lah cari jalan sebab tak pernah pergi bangunan KWSP kat area bangsar, petaling jaya..

Dahlah dengan mengejar masa takut dah tamat office hour semua kan.. sampai kena call member lagi tanya jalan.. huhu bila dah setel semua tu, agak lega sikit la dan on the way nak pulang ke kelana jaya, aku ambil jalan shortcut.. Tengah aku sedap pecut tu (yelah, dah nak dekat pukul5, kang jam pulak jalan kan..) aku stuck kat belakang satu kereta ni.. slow gila kot.. nak potong tak boleh sebab kereta belah kanan laju lah pulak..


Takpe, sabar-sabar.. dan yang aku hairan tu, asyik-asyik tekan brek je kereta depan ni! apahal? aku tengok kereta kat depan kereta dia jauh lagi.. apasal nak brek brek? pelik.. aku pun usha lah dalam kereta depan aku ni..amboih!!!

Dalam kereta tu ada pemandu dan penumpang di sebelah pemandu.. kira seat depan je lah ada orang.. kat seat belakang takde orang.. dua-dua lelaki! aisshhhh..romantik sungguh! siap pegang-pegang tangan... dekat-dekat kan muka masing-masing.. tak jadi beb aku nak potong kereta tu..follow je senyap-senyap kat blakang kereta tu, HAHA

adehh, dosa mata aku lihat yang bukan-bukan, hehe

kena tukar sticker.. patutnya
baby making in process in the car, haha


p/s: hati-hati dengan no plate ni : JDC 6032 / JBC 6032, bwahahah =p 
peace~


suke? like la..

Friday, June 24, 2011

MAHARAJA LAWAK FINAL

Minggu ni finalis-finalis ada 2 tugas yang perlu dilakukan iaitu tugas pertama ialah bebas dan tugas kedua merupakan muzikal komedi. Tirai dibuka dengan persembahan nabil yang mana aku rasa best jugak.. bak kat nabil - best bro! best bro.. huhu *betul-betul tak sangka yang spiderman tu hidup rupanya, hoho*


Persembahan kedua adalah daripada kumpulan jambu.. ermmm..sejujurnya aku tak rasa best pun.. biasa je.. sorry jambu.. *peminat jambu, jangan marah aku eh.. ni sekadar pendapat peribadi..*


Persembahan seterusnya adalah dari kumpulan sepah dan tugas 1 ni diakhiri dengan kumpulan jozan.. Apa yang aku boleh cakap pasal kumpulan sepah - OMG!! baikkk punye!! haha bengong la sepah ni.. yang ni serius aku gelak gila.. lagi-lagi kemunculan ustazah jeff.. HAHA 


Untuk Jozan - untuk tugasan pertama ni agak average la.. best, best.. cuma tak boleh lawan sepah setakat ni... and pendapat aku yang sejujurnya - setakat ni yang first yang best adalah sepah! 2nd = jozan.. 3rd nabil and 4th jambu...


hmmm...takpe-takpe.. kita tengok tugasan kedua kejap lagi.. its Musical comedy!! hehe

----------------updated---------------


Tugasan Kedua = Musical Comedy.

1. Nabil
Performance best.. guna lagu Bruno Mars.. lirik ok cuma kalau dia dapat hafal lirik - confirm lagi best! betul tak? konsep lebih kurang sama dengan yang dulu.. hmmm.. tapi apa-apa pun, simple lagi best bak kata Mamat Khalid.. hoho 

2. Jambu
aku suka dengan cara jambu buat lagu untuk kira duit tu.. haha sangat entertaining.. part zila bakarin pun ok..ooooohhh.. my love.. my darling.... haha cuma ending dia macam tak berapa sangat...persembahan jambu yang ni dapat tebus balik persembahan diorang untuk tugas pertama tu.. good job jambu!

3. Sepah

SANGAT BESTTT!!! haha tapi serius la, kalau aku dapat laki macam tu, adoiii.. barah otak wooo... haha boleh pulak macam tu.. hihi pape pun.. baikkkkk punya!!!! siap peluk-peluk lagi dengan dafi yang tak tahan tuu... HAHA

4. Jozan 
Jozan punya konsep macam gabung semua balik komedi yang diorang pernah buat dulu.. dan persembahan diorang memang best! aku suka bila mail lambong and acoi bergabung adoi!.. haha lagi-lagi part begitulah awan nano nano nano nano nano........ HAHA



harap-harap yang menang adalah jozan atau sepah..coz they deserve it! hihi

---------------updated---------------

dan keputusannya, juara yang bakal menerima RM350 000 *wooo, banyak tuh!* juara adalah.........


SEPAH!!!!



p/s: walaupun aku peminat jozan, aku ngaku yang sepah memang best malam ni dan layak menang! =)
p/s lagi: selamat pun jozan tak menang, kalau tak orang cakap menang undi je.. kan? tapi jozan tetap pemenang di hati peminat- bak kata ac mizal.. huhu peace ya'll!!


suke? like la..

JOM JOIN BLOGLIST FYNA


jom ramai2 terjah dan join blog dia ni.. ^____^

suke? like la..

Mengejar keseronokan yang tiada faedahnya~

Dunia sekarang dah tak ada perikemanusiaan.. makin sikit orang yang berhati mulia dan baik lah senang cerita.. seriously aku takut dengan keadaan dunia sekarang.. perang sana sini.. rakyat memberontak.. pembunuhan sana sini.. semalam bayi pulak dijumpai mati dalam microwave.. nauzubillah.. 

Aku takut..sumpah! aku takut.. macam mana lah keadaan dan nasib kita di kemudian hari? saat dunia dah nak dekat kiamat ni? sempat kah kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar? sempatkah kita mengucap dua kalimah syahadah sebelum ajal datang? sempatkah kita meminta maaf pada orang ramai atas kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan? fikir-fikirkan lah..

ayat yang sering didengar atau ayat yang lebih kurang maksudnya :

"nanti aku berubah lah.. confirm punya.. jangan risaulah.. aku akan berubah.. sampai masa nanti aku berubah lah..."

sempatkah?
dunia dah nak dekat kiamat tapi diri masih mengejar keseronokan dunia..
sekian tazkirah hari jumaat~


jom sama-sama berubah.. ^___^

suke? like la..

Thursday, June 23, 2011

#2 SPONTANEOUS THURSDAY



KALAU TAK DAPAT, MAKNANYA ADA YANG LEBIH BAIK DARI YANG ITU. SO CHILL, OKEY?~  (^___^)



suke? like la..

Wednesday, June 22, 2011

#3 WORDLESS WEDNESDAY | Blog Faziera193




suke? like la..

Tuesday, June 21, 2011

Movie Unknown | Best!

Movie ni tak keluar wayang lagi tapi biasalah kan.. belum sempat masuk Malaysia lagi, movie ni dah ada dah link untuk download secara halam.. hihi 


Movie ni bagi aku memang best lah.. sebab aku jenis yang tak suka baca sinopsis sebelum tengok movie tu.. yelah..barulah ada suspen sikit kan.. trailer lain la.. ni kadang-kadang aku tengok kat laman web, siap bagi sinopsis full.. pe jadah ke hal nye kan? 

Ni aku nak cerita sikiiit je pasal movie ni..movie ni mengisahkan sepasang suami isteri yang keluar negara sebab ada conference.. sampai je kat hotel, suami ni baru perasan yang briefcase dia yang ada passport dia tertinggal kat airport.. jadi dia patah balik lah naik teksi dan isteri dia tunggu kat hotel.. dalam perjalanan ke airport tu, teksi tu accident - menyebabkan si suami koma selama 4 hari tanpa identiti dan tak berapa nak ingat sangat.. try pikir semua, dia ingat pasal isteri dia dan conference tu.. TAPI! masalahnya sekarang ialah si isteri yang dah tak kenal kat dia! 

haa...amacam?pelik tak?hihi tengoklah trailer movie ni ye.. 


untuk download:

http://ifile.it/aef6oy7/Unkn.2011.BRRip_mediafiremoviez.com.mkv.001
http://ifile.it/t854xu2/Unkn.2011.BRRip_mediafiremoviez.com.mkv.002
http://ifile.it/i4xl3bq/Unkn.2011.BRRip_mediafiremoviez.com.mkv.003
http://ifile.it/vzu4wef/Unkn.2011.BRRip_mediafiremoviez.com.mkv.004


happy watching! =)

suke? like la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...